3

Oral FM

Alhamdulillah. selesai 1 ujian lisan, berbaki 2. khair insyaAllah. x sangka dapat soalan tu tadi. sungguh lah, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia x siapa tahu, kan.

***** ***** ***** ***** ***** ***** ***** ***** ***** ***** ***** *****

Internet masih segan2 macam ni lah. kesian~ nk update pn mcm x best. sebelum ni pernah, balik periksa, melekat di cc dgn kawan. telefon mak, buka youtube, suke beno blh main tenet laju. bes3. tp leni xleh dh la. g balik pekse dgn madam. xde dh geng cc kite. huhu. xleh dh nk singgah cc lepas2 tensen sikit. byk la kena jaga adab sopannya. :P



Mahu nye kita adventure sikit, tetiba teringat; "wah, jalan dgn madam nih!" x sampai hati nk adventure2 sgt. nk naik bas pun kena pilih yg ok sikit, baru blh naik. kalau x, kesian pulak. lagi, kena byk naik teksi (bergantung kondisi madam tersebut). maklumlah sebelum ni kalau jalan dgn suaminya, naik motor. bila jalan dgn bujang mcm saya, kenalah ikut style saya. panjat2 bas gitu. hehe. stylo x. sape suruh nk ikut sgt. :P

Kadang2 saya rasa kesian dgn mereka, sbb kadang2 saya TERkejam dgn mereka. hi~ maaf ya. nanti saya lebih berhati-hati. terkadang saya fikir : "ah, banyaknya kena jaga" pdhl tu benda biasa je pun. biasalah tu.

Ada org kata, "baiknya dgn madam."
Kata saya, "yelah, nanti nk jadi madam. awak xnak ke?"
he~ saje je gurau. jgn ambik hati. :)


the truth is ---> saya dh xde kawan. :( (tiba2 jd teman seperjuangan madam~)
0

PemBERSIHan untuk Anak-anak Masa Depan

Anak mata yang berkaca-kaca itu kurenung.

Melihat tembus ke wajah bercahaya zuriatku yang empat.

Muhammad Saiful Islam, Naurah Sabihah, Muhammad Imaduddin dan Ahmad Muizzuddin.

Renungan itu mencetus kacau di dalam jiwa. Ada resah, ada gelisah dan kelam diselubungi kesah.

Usiaku sudah separuh pergi. Apa yang tinggal adalah butir-butir masa yang kini disulam uban tanda hidup bukan lagi zaman mencuba-cuba. Pendirian hidup harus tersuluh jelas, arah tuju harus selesai ditentu. Aku tidak boleh menoleh ke kiri dan kanan berbelah bagi, kerana hidupku bukan lagi aku sendiri.

Aku adalah seorang bapa. Bahawa dengan kebapaanku, aku datangkan empat nyawa ke alam kehidupan… dengan izin-Nya.

Aku membawa Muhammad Saiful Islam ke dunia nyata.

Aku membawa Naurah Sabihah berkelana di pesada maya.

Aku membawa Muhammad Imaduddin hadir bersama.

Aku membawa Ahmad Muizzudin ke safar buana.

Aku adalah bapa mereka, dan imam kepada sebuah amanah bernama keluarga.

MASA DEPAN

Dalam usiaku yang berbaki di hujung bilangan jari, ke masa depan yang bagaimanakah anak-anakku bakal hadapi?

Apakah aku mahu menghantar anakku ke masa depan yang megah dengan pencakar langit yang mengoyak jiwa hamba manusia yang menghuni? Apakah aku mahu menghantar anakku ke masa depan yang bangga dengan bilangan masjid yang sama banyak dengan pusat serenti? Atau aku mahu menyediakan sebuah kehidupan yang ada segala-galanya buat mereka…. kecuali damai, selamat, sejahtera, tenteram yang semua itu pernah dianggap tidak bermakna?

Mampukah anakku melihat cahaya ESOK jika HARI INI penuh korupsi? Mampukah anakku mengecap bahagia, jika teladan SEMALAM tidak ditoleh lantaran alpa?

Demi ESOK yang kuimpikan buat anak-anak yang kubawa ke kehidupan ini, aku harus bijak bertindak di HARI INI.

Setiap undi adalah benih. Apa yang kau ingin anakmu tuai?

Dengan SEMALAM yang penuh iktibar dan cukup panjang tanpa perlu dipanjangkan lagi, aku mesti KELUAR MENGUNDI.

Aku memilih rencana kemanusiaan, keadilan, ketelusan, kebersihan dan kebajikan. Bukan kemajuan yang saban tahun dicangkuk sekadar umpan!

Sebelum benih undian kusemai, semak dan samun perlu diBERSIH.

Pilihanku… adalah masa depan anak-anakku…

Oleh: Ustaz Hasrizal Abdul Jamil
0

Hari Istimewa buat Adinda

Bukanlah saya penulis tegar. cuma bila org kata, "tulislah, jgn berhenti!" seganlah. saya tidak pandai menulis. jadi, sila jgn baca. tulisan hanya mengikut rentak rasa. ikut suka saya. :)

***** ***** ***** ***** ***** ***** ***** ***** ***** ***** ***** *****

Cuma rasanya hari ini hari istimewa, mungkin. tp sayanglah, internet slow amat. lenguh tunggu ni. nk buat special2 sikit pun x mampu. x mengapalah, sekadarnya shj.

SELAMAT HARI LAHIR KE 20, adinda kasih fillah; Ahmad Firdaus Kamaruddin.

Semoga dalam limpahan rahmat kasih sayang Allah selalu & berjaya dunia akhirat. jadi anak soleh, suami soleh, dan semoga anak2mu nanti soleh2 belaka. tapi, u are only 20 oke. x boleh kawen lg. :P

Adik yg baik, terima kasih ya selama ini byk bantu saya. saya selalu susahkan kamu. kamu adik lelaki saya yg terbaik (yelah, kamu je sorg lelaki). semoga Allah balas kebaikan2mu dengan sebaik2 ganjaran.

Saya je kot rasa Ahmad ni adik yg baik. sbb kalau dgn kakak, selalu kena usik & buli. kalau dgn anah pula, bajet abang. xpe lah mana-mana, asal bahagia sudah.

Masa kecik dulu, Ahmad paling nakal. kalau balik kampung, tewas hero kt kampung tu, menang dia la kalau lawan. teruk2. pengalaman emas tu. he~ Masa besar pulak, dia lah yg paling cool. gatal pon ye. geram rasa.

Teringat kisah, waktu tu saya jalan dgn kakak nk balik rumah. lalu tepi surau. nampak dh budak2 muda main carrom dkt meja bulat kayu tu.

"Kakak, kita buat selambe je neh. Ahmad ada situ," bisik saya pada kakak.
Kakak pun, "ok!"
Sekali kena sound, "Assalamualaikum ustazah, nk g mane tu?"

Ha~ saya mcm nk terlepas gelak je masa tu. senget la budak ni. tp tengok kakak dh macam ada api kt kepala dia, terbantut rasa nk sengih. dan malam tu, apa yg dijangka berlaku. Ahmad dapat ceramah free. hihi. sape suruh buat gitu. lama dia bersyarah, itu ini itu ini.

"Akak, sudahlah! ni nanti kita sewa pentas se, bwk anak2 muda mari dgr ceramah jugop," saje bagi sekali nk suruh dia senyap. si Ahmad pulak sengih2, bukan ambik port sgt mende yg kakak cakap.

Kisah ni saya x lupa lah. sbb kakak baru je lepas nk marah kt budak muda yg kami jumpa dkt bas td, tiba2 otw balik adik sendiri pulak tambah rasa marah tu sikit lg. tu malam tu habis terkeluar tu.

~cameraman~

Sekarang dh besar. dh pandai cari kehidupan. dh rasa beratnya sebuah taklifan. semoga kuat utk terus berbakti, ya.

Sekian dulu.


Tagline (mak abah guna masa Ahmad kecik2 dulu) : "Kaulah Racun, Kaulah Penawar"
0

Ulangtahun

24 April 2012 | pejam celik pejam celik. sudah genap setahun. setahun dua hari. teringat episod muram setahun lalu. semangat jadi pudar. untuk teruskan kehidupan rasa putus asa. sepatutnya saya harus percaya bahawa ujian itu tanda Allah sayang. tapi mengapa wujud rasa kecewa.

ujian yg Allah beri bukan sia-sia. tempoh sakit ajar saya kuat. tempoh ini juga ajar saya reti berterima kasih & rasa syukur. tempoh ini ajar saya byk perkara.

saya tolak satu taklifan. pernah terfikir; adakah ini kafarah. pasrah. saya terima ujian Allah. saya belajar menghargai nikmat sihat & masa lapang. sungguh, bersyukurlah dgn segenap kenikmatan.

***** ***** ***** ***** ***** ***** ***** ***** ***** ***** ***** *****

tahun lepas, berjalan menuju imtihan dipimpin teman2 akibat sukar hayun langkahan. masih sakit. tapi kawan2 saya penyabar semua. kami berjalan beriringan. menahan karenah arab dalam terik kepanasan. berbekal sabar, kami meneruskan kehidupan berimtihan.

Tapi tahun ini tidak lg. masih berjalan beriringan, cuma dewan peperiksaan berbeza sekali. teman2 sudah tahun 4, cuma saya tahun 3. selesai imtihan nanti, mereka sudah bisa pulang. tetapi tidak saya. ya, cuma saya.

terima kasih sahabat2 yg banyak bantu tahun lepas. sedih kenang kembali. susah payah kalian bawa saya lintas jalan. susah payah cari tempat duduk selesa utk saya. sanggup cari kerusi, walaupun kena pusing satu floor utk dapatkannya. kalian sanggup bersila di lantai, di tepi kerusi saya, supaya saya tidak ditinggal keseorangan. balik imtihan kalian x blh merewang-rewang sbb kena teman saya balik rumah terus. pegi balik imtihan kena naik teksi je.

buku2, nota2, rekod2 kelas tambahan semua kalian sediakan. bila saya kata, saya nk extend & tidak mahu ambil periksa kali ini, saya dikuatkan. alhamdulillah. saya punya teman seperti kalian. tidak putus2 beri semangat dan tiupi saya kekuatan. hingga satu masa, saya terdetik, Ya Allah berilah mereka seluruh kebaikan dlm keikhlasan mereka mambantuku sehari-harian.

kawan2 saya sungguh baik. yg membantu sedia makanan, yg membantu sedia ubat-ubatan, yg menyapu ubat di tempat sakit, yg bantu pergerakan, yg bawa ke doktor setiap bulan, yg beri sumbangan material mahupun spiritual dan lain-lain. terlalu byk utk disebut. saya hanya mampu mendoakan kebaikan utk kalian. sebanyak kebaikan yg kalian buat utk saya, sebanyak itu Allah beri kepada kalian, malah lebih lagi.

sudah setahun. pahit sungguh utk dikenang. tp itu sejarah. kata bonda : "rasalah, ini pasti manis, ini pengalaman!" saya cuma tersenyum. kelat. tiada semangat utk pegang buku. seperti rebah dalam timbunan buku2 yg langsung tidak sempat ditamatkan pembacaan. dalam berkira-kira ingin pulang ke tanah air tanpa menunggu tarikh imtihan, pipi 'ditampar' teman.

"sudah, jgn kecewa terus. kamu masih punya harapan! rezeki kita tiada siapa yg blh jangka. pergi periksa dulu. natijahnya serah kpd Allah." bersungguh benar dia, sedang saya masih lemah lesu. tiada semangat. penat.


***** ***** ***** ***** ***** ***** ***** ***** ***** ***** ***** *****

HARI INI, saya tiada semangat lagi. memori berputar ke setahun yg lalu. rasanya sama, tetapi asbabnya berbeza. rasa lemah, bukan kerana tiada kekuatan luaran. rasa lemah, kerana kekuatan dalaman sudah hilang. saya sorang2. tiada kawan2. semua sudah mahu pulang. dan saya bakal ditinggal sendirian.

wahai semangat imtihan, datanglah! saya harus lulus cemerlang.

Tidak Sihat (~_~)"

Mahu bernafas dengan tenang. Ya Allah, kuatkanlah. kataku untuk tidak berfikir tentang itu cuma dibibir, hakikatnya hati masih memikirkan. x henti. sayu sungguh malam ini.

"Sampai hati". itu saja perkataan tekeluar petang tadi. saya betul tersinggung. sedih sgt. T_T

Hanya melukut di tepi gantang. saya tahu saya bukan siapa2. saya nk cakap, rasa seperti bisu. tp saya masih belum buta. saya juga tidak pekak. apa yg saya nampak dan apa yg saya dengar terkadang perlu kepada penjelasan. sayangnya, saya rasa seperti org bisu.

Tidak mengapalah. biar saya ubat sendiri. saya akan kekal dlm berbaik sangka ini walau tanpa penjelasan. saya tidak mahu kecewa, saya cuma mahu setia. semoga Allah mudahkan.


---> semoga mlm ini saya tidak rosakkan mood siapa2. biar saya sahaja yg begini.
---> siapa agaknya yg seterusnya akan jd mangsa basah ribaannya dgn air mata saya malam ini.
---> Ya Allah, kuatkan saya. T_T saya enggan dikuasai emosi.
3

Jaga Hati

‎"AWAK, APA HUBUNGAN KITA?"

"Assalamualaikum lama tak tegur awak. Makin laju gerak kerja dakwah. Hari sabtu lepas saya sempat pergi dengar ceramah awak di Surau Blok F".

Mesej ukhti Ira tiba-tiba muncul di ruangan chatting Facebook. Agak berderau darah jantan aku apabila insan yang semakin aku pendam perasaan kepadanya menegur aku.

"Hehe....saya biasa saje. Awak pun apa kurangnya. Dengar cite selalu on9 kt group FB, AKU BENCI DEDAH AURAT DIFACEBOOK. Tak silap saya awak pun dapat anugerah tokoh muslimah harapan ummah sempena Bulan Dakwah di tempat pengajian awakkan?"

Dengan laju aku membalas mesej sekaligus menghiraukan assignment yang berlambak depan mata. Sungguh bersemangat aku chatting dengan ukhti Ira sehingga tidak sedar sudah larut malam. Pantang muamalat muslimin muslimat sepatutnya terhad pukul 12 tengah malam. Itupun aku langgar.

Kerana apa?

Sayang. Betulkah aku sayang dia? Sayang sebagai apa?

"Awak, boleh saya tanya apa hubungan kita ye? Sekadar sahabat ke?" tanya ukhti Ira kelmarin membuatkan tidur semalamanku menjadi tidak lena. Aku mula rasa serba salah.

"Awak, awak...kenapa awak panggil kita Ira je? Bahasakan awak saya? Kenapa tidak enta enti macam yang awak gunakan dengan muslimat yang lain?"

Pertanyaan demi pertanyaan membunuh ego hubungan aku dengan dia. Ego apakah yang aku pertahankan ini?

Ego aku dengan Allah di atas hubungan yang tidak pasti. Adakah aku talam dua muka? Mempunyai 2 identiti? Kala iman naik, alim aku mengalahkan sufi yang bertapa. Kala nafsu melonjak, ghairah aku untuk kembali jahil.

Naik gila aku fikir. Aku benar-benar rasa bersalah. Sangat berdosa dengan Tuhan.

Ya, aku menghidapi penyakit hati. Hati aku sudah rosak kerana wanita, kecantikan, nama dan candu dunia.

Ya, pada asalnya niat aku dan ukhti Ira berukhwah kerana Allah. Tapi lama kelamaan bisikan demi bisikan syaitan yang didengari mula membogelkan niat suci tadi.

Hubungan yang mula dipertahankan dengan ego atas dasar dakwah. Gerak kerja bersama. Dibaluti dengan sutera Rabithah menjadikan hati teruja dengan keasyikan berukhawah muslimin muslimat. Akibat terlalu asyik, jiwa menjadi leka. Nama dakwah hanya menjadi lesen berhubung.

"Awak, maaf saya tanya. Awak tahu tak apa itu dosa?" Aku mula berani membuang ego.

"................"

Tiada jawapan.

"Awak apa kita buat ni dosa. Kita dah semakin hanyut. Ukhwah kita harus diletakkan semula atas dasar taqwa bukan perasaan suka. Bukan sayang. Apatah lagi cinta. Sayang kita pun hanya sekadar saudara seislam bertunjangkan rasa takut takut dan gentar kepada Allah. Kita orang dakwah. Dakwah bukan untuk suka-suka"

"Wahai manusia! Sungguh, Kami telah menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sungguh, yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang PALING BERTAQWA. Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Maha Teliti" (al-Hujurat: 13)

TAKWA.

Jika kita berukhwah tapi tidak membawa kita kepada Taqwa, maka dengan apakah kita berada di jalan dakwah?

Setakat bertanya khabar. Setakat menegur. Setakat beramah mesra. Setakat bergurau senda. Perlukah semua itu? Perlukah?

Aku juga mencari jawapan. Terlalu rigidkah aku untuk aku mengatakan TIDAK PERLU?! Terlalu syadidkah aku untuk bertegas TIDAK PERLU?!

Mari kita fikir-fikirkan semula ukhwah kita di mana sebenarnya?
Wujudkah ukhwah muslimin muslimat? Di mana kewujudannya?

Kita bukan orang biasa-biasa. Kita bernafas dengan oksigen dakwah. Kita hidup hanya kerana mencari redha Allah. Tidak semua tempat. Tidak semua masa hubungan ini dibolehkan. Ada batas-batasnya tersendiri kerana Allah nak jaga kita. Kerana Allah sangat sayang kita.

Jagalah hatimu. Dan aku akan jaga hatiku..
2

Hakikat - Mimpi -

hakikat - mimpi - apakah? tetiba je kan. xde pape pun. cuma kaitan antara satu sama lain nya adalah sangat rapat. mudah dan boleh terbentuk dalam satu perenggan penyataan.

"Hadir'nya' umpama dalam mimpi, terlalu indah! tapi harus sedar, itu adalah realiti. itu yg Allah beri. terkadang rasa, cuma seorang hamba kerdil & sgt hina, pada menerima sebuah kesempurnaan kurniaanNya. ditambah lagi hamba yg byk dosa, menerima kebaikan cinta Sang Pencipta. malu berharap pada kebaikan sedang diri tidak lekang dari kelalaian kepada tuhan. namun, ini hakikat yg mesti percaya. Allah memberi sesuai keperluan manusia.."

Alhamdulillah, Terima Kasih Allah atas sekalian rasa ~

0

Salam Ulangtahun Perkahwinan Ayah Bonda ke 27

[04.04.1985]
Tarikh keramat ayah ibuku. bulan menjadi saksi. dua hati bersatu. dengan akad termeterai janji.


Ingat cerita nenek saudara bagaimana ayah bonda blh jumpa. nk tergelak pun ada dgr cerita org tua-tua. kelakar. mak dan abah mmg xde apa-apa, kerana mereka bertemu berwasilahkan org tua. manis je cara mereka. berkenan saya. :)

Waktu tu abah umur 29, mak pula 23. lepas kawen, mak ikut abah tinggal di kemaman, sbb keje sane. alkisahnya, kami 7 beradik dibesarkan di sana juga lah. setelah khidmat abah hampir 20 tahun di kemaman, ditukar ke kuala terengganu pada detik2 akhir dh nk bersara. patuh. pindah.

Serius, rindu sgt tempat bermain! kata org : tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain.
(*lari tajuk)

Biarlah ia berlalu menjadi sejarah & memori agung mereka. saya dan adik beradik saban hari mendoakan kebaikan untuk mereka. bahagia sentiasa. sayaaang mak & abah sangat2.

Hari tu sembang dengan bonda, katanya "semua org dh ada menantu," sekali saya tergamam. kesian mak kan. haha. nk tergelak pun ada. "xpela, anak2 mak belajar dulu, kdian sket la kawen," wt sedap je tuh.

Saya tahu bonda mula berfikir. waktu kakak dulu, berapa kali x bersedia, x jadi. skrg kakak buat2 sibuk dgn kerjaya, seolah-olah kecewa & malas nk fikir (persepsi awal saya shj). dia byk fikir tanggungjawab, fikir mak abah, fikir adik-adik. dan saya tahu bonda runsing terhadap dia.

Latest saya dgr ayat bonda "mak igt anak2 kecil lg. bila dgr anak2 org lain yg sama baya dh kawen & dapat cucu, baru mak perasan anak2 dh 26, 25, 23, 22, 20 ..." bonda tidak merasa kami dewasa mungkin kerana jarak yg memisahkan. umur 13 semua masuk asrama. ruang bermanja terbatas.

Serta merta rasa mcm mahu peluk bonda seeratnya dan ucapkan "mak abah, jgn tinggal saya!"

"Kami tidak tinggalkan kamu, tp suatu hari kamu pasti meninggalkan kami," saya jd sedih terkenang dialog ini.

Cukuplah dulu. sekian~ T_T
0

Ujian & Kasih Sayang


hari berganti hari
ujian silih berganti
terkadang tatkala satu belum selesai,
kemudian yg lain datang lagi
sungguh, diri terasa lemah sekali
kaki sudah tidak kuat lagi untuk terus berdiri

mata berkaca
tertewas dengan senjata wanita
hati merayu agar dipinjamkan semangat perwira
supaya tidak terus kalah & rebah
supaya tidak undur & menyerah
tatkala diri berhadapan mehnah

lalu apa yg tinggal selain sabar
ujian itu menguji sabar
ujian itu sebenarnya penguat
ujian itu adalah semangat

dengan tribulasi yg dihadapi
aku mula belajar mengerti
aku mula belajar memberi
dan yang paling penting
aku mula belajar menghargai
nilai kasih sayang kurniaan Ilahi

terima kasih Allah untuk semua ini ~ T_T
Back to Top