Memaparkan catatan dengan label raya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label raya. Papar semua catatan
0

1 Syawal 1433H

Takbir. mcm biasa, saya akan rindu suara itu. malam siap2 utk juadah pagi raya (nasi beriani + kek. tu je.)

Gosok-gosok baju, tersentuh jahitan tepi pada jubah. subhanallah, kemasnya dia jahit. bagus sungguh ammu ni. dlm masa kurang 24jam mampu siapkan jubah2 kami (potong bawah & tepi). kami agak demand la, sbb masa tu dh 29 Ramadhan. baju raya las menet gitu la. alhamduliLlah, beliau mampu siapkan. semoga Allah murahkan rezeki dia. terima kasih memaknakan raya kami. :)

Siap2 nk g solat raya kt dataran kereta tuh, ada plak org lupa wudhu'. haha. sia-sia betul. pastu pegi masjid musa pulak, mendengar khutbah raya dr tuan presiden.

Selesai solat raya hajat nk pegi dengar hadis musalsal Sh Nuruddin, puan jamaliah pulak ajak ke rumah. kami pun berjalan-jalan dari masjid sampai ke rumah. sebelum sampai rumah, igt nk g beli air mineral jap. kami pun belok kanan.

"eh, nk g duaner? x kenal rumoh dh?" sekali kena sound. muka dh pucat waktu tu. bengang jugop. pastu serentak kami gelak.

"k.ma ni mcm mok maroh anak2 je. dh la wt dialog gitu pagi raya. teringat ke mok kite," mengimbau memori sungguh. kena molek dgn tema raya tahun ni.

sgt lama raya rumah beliau. berakar-akar dh tempat duduk. x best bakpe raya, kuih raya malaysia tu. ammar yg tidur dari tadi sampai terbangun dh, acik masih x pulang2. :P

ammar menghayati pecakapan ummi nya XD

sempat pulak jumpa puan shafieza yg datang beraya juga. dh puas2 cubit abdullah yusuf azzam, baru balik, masa tu dh azan zohor, kepenatan, tidur.

abdullah yang aktif ke sana ke mari. letih acik layan.

lepas asar baru sambung semula kembara (padahal kawasan asyir je). raya rumah puan fatimah salwani & puan ainatul mardhiyyah. tapi malangnya kelewatan, termusyrif plak suami beliau. tu la, kita mai ziarah je, bkn nk mai makan. bila makan jd lambat la (alasan :P ).

khadeeja keletihan

3 rumah je sempat. teringat pulak beraya sakan sangat kt rumah k.ma pagi tu, start lepas mayang raya sampai zohor. catat rekod ah tu. hoho.

0

Aidilfitri 1433H


Berakhir sudah Ramadhan. Syawal pula tiba. Allah! sekejap sungguh rasa. apa agaknya hasil tarbiyah Ramadhan buat diri.

Ya Allah, sampaikanlah kami ke Ramadhan akan datang.

Usai solat, jemaah bertakbir. saya janji utk tahun ini, raya saya xmau sedih2. cuma setengah2 suasana yg amat saya rindu, mmg saya xleh lupa. saya rindu sangat suara merdu abah bertakbir, dan air mata kami mengalir. Ramadhan sudah pergi, dan kembalilah manusia kepada fitrah.

Sayyiduna Jubair bin Nufair RA meriwayatkan, "Apabila para Sahabat Rasulullah SAW bertemu sesama mereka pada Hari Raya, mereka saling mengucapkan "Taqabbalallahu minna wa minka"." -Fathul Bari, Imam Ibnu Hajar al-Asqalani. Sanad Hadis : Hasan-

Salam Aidilfitri buat semua muslimin muslimat di seluruh pelusuk dunia. semoga Ramadhan kita menjadi batu loncatan dalam melakukan amalan-amalan kebaikan di bulan-bulan akan datang. berterusan dengan perkara-perkara baik, meninggalkan & berazam untuk tidak mengulangi kesilapan & dosa2 semalam.

Selamat Hari Raya juga buat keluarga sanak saudara yg jauh di mata dekat di hati. bersederhanalah menyambut lebaran, jgn dilupa orang yg x berdaya, orang2 yg x mampu tersenyum gembira menyambut hari raya, yg merempat di bumi sendiri.
p/s :
[abah] tlg bank in duit raya :P
[mak] kalau buat ketupat, sila ingat saya. teringin sangat. huhu :(
[adik kakak] sila upload gambar raya utk saya. lambat nanti denda.

Selamat menyambut lebaran juga buat sahabat handai, di mana saja berada (Malaysia, Mesir, Jordan, Dubai, Indonesia dll). semoga Allah terima amalan kita semua.

تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ

Happy Eid Mubarak~
0

Hari Kemenangan~

Salam Eid Mubarak bt muslimin & muslimat di seluruh pelusuk dunia. semoga Ramadan yg dilalui menjadikan kita muslim yg beriman, bertakwa & istiqamah, lantas kitalah graduan Ramadan yg cemerlang. mudah2an.

Bulan Ramadan, sudah melabuhkan tirai penghujungnya. Bagi individu yang sedar serta menghayati ‘tawaran' bonus yang di berikan oleh Allah SWT dan RasulNya di bulan Ramadan, mereka sudah pasti akan merasa sedih atau amat sedih dengan pemergiannya.

Sebaliknya orang yang tidak sedar atau tidak ambil endah tentang kelebihannya pasti bergembira dan berpesta dengan pemergian bulan hebat ini. Lebih malang lagi, pestanya yang dianjurnya adalah jenis pesta hiburan yang sememangnya bertentangan dengan ruh dan objektif Ramadan.

Seolah-olah individu yang berpesta maksiat di permulaan bulan Syawal ini ingin memaklumkan berkenaan ‘peperiksaan' Ramadhannya yang mendapat keputusan ‘gagal' dan berjaya peroleh doa khas Malaikat Jibrail untuk mendapat 'kecelakaan' iman yang lebih dahsyat pada bulan selanjutnya. Nau'zubillah.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud: "Dan hendaklah kamu menyempurnakan bilangan puasa (pada Bulan Ramadhan) dan hendaklah kamu bertakbir mengagungkan Allah (apabila berhari raya) kerana Allah berikan hidayah kepada kamu." (Surah Al Baqarah : 185)

Aidilfitri disambut sebagai suatu kemenangan bagi orang yang dapat mengerjakan ibadat puasa Ramadan dengan sempurna. Kemenangan itu bukan saja menang kerana berjaya mengawal nafsu makan dan minum selama sebulan pada siang hari sepanjang Ramadan, malah kejayaan menghalang diri daripada melakukan perkara dilarang, iaitu jika dilakukan akan terbatal puasanya. Lantaran itu Allah menganugerahkan satu hari untuk kita sama-sama meraikan kejayaan daripada kemenangan itu.

Selamat Hari Raya semua~ :)

0

Mujahadah itu Payah~~

Salam buat semua. lesu, kaku. lupa kata laluan? barangkali. lama tidak menaip begini. 1, 2 @ 3 posting shj kebelakangan. masa dirasakan begitu pantas sekali, semakin diburu, semakin pantas berlalu.

Kenapa mujahadah itu payah? yang berjaya sahaja merasakan kemanisan di akhir sebuah pengorbanan. apakah kita merasa? apa dinilai stp hari atur gerak langkah kita? apakah disulami ikhlas semuanya? diniatkan hanya keranaNya? Allah~~ sungguh, insan lemah x punya apa-apa. berilah berkat pada langkah ini, agar tidak tersungkur mengejar bayang-bayang sendiri.



First n Foremost
Selamat Hari Raya Aidiladha 1431H buat seluruh keluarga nun jauh di sana. abah, mak, kakak, kak yah, anah, ahmad, adik, tok tokki, mok sdare pok sdare, sanak saudara seluruhnya.

Sungguh, rindu suasana raya di sana! rindu bergotong royong hari raya, rindu bertakbir raya bersama-sama. dan yang paling pasti.....saya sgt rindu suara takbir abah. gemersik menusuk hati. cuba pejamkan mata, mengahayati alunan merdu suara abah pd saki baki suara yg masih tinggal dlm hati ini. sudah 3 tahun, kalaupun hampir luput, cuba sekuat-kuatnya mengingat kembali, agar ia tdk terus pergi tinggalkanku sendiri.

Salam sayang + rindu kutiup bersama angin lalu buat mak abah kakak adik seluruhnya. hanya doa hadiahku buat kalian, moga menjadi hamba yang taat dan soleh, demi mencari redha Ilahi di stp detik hingga akhir semua ini.



NeXt...
Eid Milad Sai'ed buat adinda Nur Aini Hafizah pada 9 November 2010 bru2 ini. Semoga kematanganmu mengiringi usia. jgn letih dan jemu dlm menuntut ilmu selagimana masih bernafas.

x sempat SMS, wish sini pn jadilah ye. sori ijah. huhu. doakan ijah, agar tercapai cita-cita. jd kebanggaan abah mak, n paling penting agama.


skrg da 16 thun, hrp lbh matang dlm mengenal kehidupan. kak teh tau ijah boleh, ijah mampu, yg penting kne yakin n rajin. tu je. x perlu rasa kita kecil, meletakkan diri di luar kebiasaan.

ok, wish u da very best of luck~~ selamat hari lahir ke 16~~



NeXt LaGi...
Sanah Helwah ila ukhti almahbubah, Nor Azila Mamat. semoga sentiasa dilimpahi rahmat dunia akhirat. jadi muslimah solehah, penyejuk mata. semoga dpt zauj yg soleh jgk.


Tgk facebook, hr ni hr lahir awak. x prasan pulak sy mse mula2 tu. he~ sori! time kasih byk bantu selama ni. byk sumbang tenaga dan masa. terima utk bekerja bersama sy. bkn utk sy, tp utk agama. moga Allah balas setimpalnya, sbg saham akhirat, juga kredit utk Islam.

Selamat Hari Lahir org laut, blajar rajin2. uhibbuki fillah~~



& yG PaliNg AkHiR~~~

Selamat Pengantin Baru bt pasangan muda, adik Maizatul Akma binti Ali & pasangan. semoga bahagia hingga anak cucu.

Maaf sgt sbb x byk dapat bantu dalam keadaan yang pantas begitu. apepun, mabruk! selamat da jd zaujah, solehah. insyaallah, sayap kiri sang pejuang.

Baarokallohu lakuma,
Wabaroka alaikuma,
Wajama3a bainakuma fi khoir.

credit to qberphotography
[dayah, curik gambo abg dayah ni..huk2..]


Back to Top