Memaparkan catatan dengan label kenangan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kenangan. Papar semua catatan
0

1 Syawal 1433H

Takbir. mcm biasa, saya akan rindu suara itu. malam siap2 utk juadah pagi raya (nasi beriani + kek. tu je.)

Gosok-gosok baju, tersentuh jahitan tepi pada jubah. subhanallah, kemasnya dia jahit. bagus sungguh ammu ni. dlm masa kurang 24jam mampu siapkan jubah2 kami (potong bawah & tepi). kami agak demand la, sbb masa tu dh 29 Ramadhan. baju raya las menet gitu la. alhamduliLlah, beliau mampu siapkan. semoga Allah murahkan rezeki dia. terima kasih memaknakan raya kami. :)

Siap2 nk g solat raya kt dataran kereta tuh, ada plak org lupa wudhu'. haha. sia-sia betul. pastu pegi masjid musa pulak, mendengar khutbah raya dr tuan presiden.

Selesai solat raya hajat nk pegi dengar hadis musalsal Sh Nuruddin, puan jamaliah pulak ajak ke rumah. kami pun berjalan-jalan dari masjid sampai ke rumah. sebelum sampai rumah, igt nk g beli air mineral jap. kami pun belok kanan.

"eh, nk g duaner? x kenal rumoh dh?" sekali kena sound. muka dh pucat waktu tu. bengang jugop. pastu serentak kami gelak.

"k.ma ni mcm mok maroh anak2 je. dh la wt dialog gitu pagi raya. teringat ke mok kite," mengimbau memori sungguh. kena molek dgn tema raya tahun ni.

sgt lama raya rumah beliau. berakar-akar dh tempat duduk. x best bakpe raya, kuih raya malaysia tu. ammar yg tidur dari tadi sampai terbangun dh, acik masih x pulang2. :P

ammar menghayati pecakapan ummi nya XD

sempat pulak jumpa puan shafieza yg datang beraya juga. dh puas2 cubit abdullah yusuf azzam, baru balik, masa tu dh azan zohor, kepenatan, tidur.

abdullah yang aktif ke sana ke mari. letih acik layan.

lepas asar baru sambung semula kembara (padahal kawasan asyir je). raya rumah puan fatimah salwani & puan ainatul mardhiyyah. tapi malangnya kelewatan, termusyrif plak suami beliau. tu la, kita mai ziarah je, bkn nk mai makan. bila makan jd lambat la (alasan :P ).

khadeeja keletihan

3 rumah je sempat. teringat pulak beraya sakan sangat kt rumah k.ma pagi tu, start lepas mayang raya sampai zohor. catat rekod ah tu. hoho.

0

Aidilfitri 1433H


Berakhir sudah Ramadhan. Syawal pula tiba. Allah! sekejap sungguh rasa. apa agaknya hasil tarbiyah Ramadhan buat diri.

Ya Allah, sampaikanlah kami ke Ramadhan akan datang.

Usai solat, jemaah bertakbir. saya janji utk tahun ini, raya saya xmau sedih2. cuma setengah2 suasana yg amat saya rindu, mmg saya xleh lupa. saya rindu sangat suara merdu abah bertakbir, dan air mata kami mengalir. Ramadhan sudah pergi, dan kembalilah manusia kepada fitrah.

Sayyiduna Jubair bin Nufair RA meriwayatkan, "Apabila para Sahabat Rasulullah SAW bertemu sesama mereka pada Hari Raya, mereka saling mengucapkan "Taqabbalallahu minna wa minka"." -Fathul Bari, Imam Ibnu Hajar al-Asqalani. Sanad Hadis : Hasan-

Salam Aidilfitri buat semua muslimin muslimat di seluruh pelusuk dunia. semoga Ramadhan kita menjadi batu loncatan dalam melakukan amalan-amalan kebaikan di bulan-bulan akan datang. berterusan dengan perkara-perkara baik, meninggalkan & berazam untuk tidak mengulangi kesilapan & dosa2 semalam.

Selamat Hari Raya juga buat keluarga sanak saudara yg jauh di mata dekat di hati. bersederhanalah menyambut lebaran, jgn dilupa orang yg x berdaya, orang2 yg x mampu tersenyum gembira menyambut hari raya, yg merempat di bumi sendiri.
p/s :
[abah] tlg bank in duit raya :P
[mak] kalau buat ketupat, sila ingat saya. teringin sangat. huhu :(
[adik kakak] sila upload gambar raya utk saya. lambat nanti denda.

Selamat menyambut lebaran juga buat sahabat handai, di mana saja berada (Malaysia, Mesir, Jordan, Dubai, Indonesia dll). semoga Allah terima amalan kita semua.

تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ

Happy Eid Mubarak~
0

Sarat Mengusung Rindu

Kuat sungguh hati bertahan. di mana kepastian, bahawa rasa ini sampai kepada insan-insan berkenaan. rindu. terlalu. T_T

Ya Allah, padamkanlah rasa cemburu terhadap kelebihan orang lain; yang mampu mengumpulkan hati-hati mereka bersama orang-orang yang mereka sayang. terkadang diri harus dikorbankan demi kemaslahatan panjang. bukanlah Allah tidak sayang, tapi Dia tangguhkan dulu kesenangan/kebahagiaan.

Diri terlebih harus merasa untung & syukur, mendapat perhatian daripada Tuhan. menelusuri ranjau kehidupan penuh ujian, buat diri sedar, hidup ini cuma sebuah pengembaraan. bila-bila masa dijemput Tuhan. dan waktu itu, sudah bersedia dengan cukup bekalan.

Namun, apalah daya menahan manik-manik jernih dari berguguran. sesekali dihempas badai, hati pernah juga berkecai. bukan menyesali ketentuan, tapi berterima kasih kerana Allah masih tidak tinggalkan hambanya ini yang penuh kelekaan. lantas, mencari kekuatan. meminta agar Tuhan sentiasa memberi pertolongan di atas kekurangan. bersama iringan ayat suci al-Quran, hati tertunduk malu. laju menerima pujukan.

"maka, nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan." [QS]

***** ***** ***** ***** ***** ***** ***** ***** ***** ***** ***** *****

Saya : "Anah, berapa minit lagi nk berbuka?"
Anah : "ada 2 3 minit lagi. dekat nk sampai umah pok mu dh ni. berbuka sana. nanti balik terengganu konvoi ramai-ramai."
Saya : "dari N9 ke Shah Alam tu sape drive? awak ke?"
Anah : "Kakak."

Wow, that's a new improvement to my sis! big big surprise. setahun x jumpa kakak, dh blh drive jauh. kalau dulu, nk masuk lorong rumah baru Ahmad kasi drive (Ahmad driver setia kepada kakak-kakaknya). tu pun nampak x nampak je driver dalam kereta tu, sbb saiz kereta abah dgn saiz ke'besar'an kakak itu sgt tidak sesuai. sambil2 drive, sambil2 dikutuk si Ahmad. apapun, nice try. hihi. bagus2, ada peningkatan. cuma dia xleh memandu sorg2, sesat barat. :P

Anah : "nk cakap dgn pok wan x?"

pass handphone kepada satu2nya pak sedara saya yg belum kahwin tu (katanya nk bt majlis sama2 dgn anak2 sedara. haha.)

Saya : "btolak terengganu pukul berapa?"
Pok Wan : "pukul 1 2 pagi gitu la kot. bukan kakak drive, pok wan. kakak xleh drive jauh2. bahaya."
Saya : "kakak buat apa? nk cakap jap."
Pok Wan : "Akak tengah ngemas kete dia. nk bbuka dh ni." (sibuk teh org ada kete leni, x layan doh kite op~)
Saya : "ok la. nanti raya saya telefon lagi. selamat berbuka. kim salam semua pak sedara mak sedara."

Tipu r x jeles. jeles amat! balik raya terengganu blake (lagu latar : dendang perantau). uhuk2. ada untung saya x sempat sembang dengan kakak tadi. kalau tak, free2 je dia menyumbangkan sebuah lagu raya tanpa dipinta-pinta nanti. walaupun masa dia nyanyi tu mmg dh nk tergelak, tp hati Tuhan saja yg tahu. tersentuh juga.

***** ***** ***** ***** ***** ***** ***** ***** ***** ***** ***** *****

Saya : "Assalamualaikum. mak sihat ke?"
Bonda : "Alhamdulillah."

bla bla bla

Saya : "Adik, mak sihat tak? mak makan tak waktu berbuka? banyak tak makan? Ramadhan ni ada demam tak?"
Adik : "ok. rilek2. malam tadi gi klinik. mak sakit, tapi doktor bagi ubat dh. insyaAllah, sembuh la kekgi."

Saya meragui percakapan bonda kerana saya tahu, dia takkan bagitau kalau dia sakit. Ramadhan lepas, sempat bersama keluarga. mak makan sikit sangat. masa tu demam. saya balik masa tu, baru telan nasi. Ya Rabb T_T. abah pun tak berapa nk lalu sgt makan tu. tak semangat.


"bertiga je. anak2 x balik."

ayahbonda, anak2mu berbondong2 pulang (kecuali yg ini), mahu meraikan lebaran bersama. second big sis juga akan pulang, cuma mengintai2 peluang, mana masa yang paling sesuai untuk cilok, balik terengganu.

-drive safely-


ingatlah orang tersayang



rindu mau pulang terengganu. ~_~"
0

Potong Kuku

Jumu'ah Mubaarokah.

Amalan-amalan sunat yg dilakukan di hari Jumaat salah satunya adalah memotong kuku.

Mari lihat cara potong kuku sebenar.

Begini :
***** ***** ***** ***** ***** ***** ***** ***** ***** ***** ***** *****

Rindu suasana Jumaat Malaysia yg hingar bingar dengan suara-suara kanak-kanak riang (wad 17 ;p) di rumah. rindu kt adik, ijah & ahmad yg suke tengok kartun masa kecik2 dulu (besar pn masih suka).

Rindu nk turun ke halaman, bersih2 rumah, tanam2 & siram2 pokok bunga. rindu mau lihat susuk tubuh abah berkebun. susuk tubuh mak menolong.

Dan yang paling rindu suasana potong kuku sama2. rindu juga kt org yg suka potong kuku kite. siyes. lama dh x rasa kejap tangan kakak pegang jari-jari ni utk potong kuku. kakak la yg paling best potong kuku. rasa selamat je bila dia pegang. kemas keming. comel kuku kite. hehe.

Saje imbau kenangan.

K, selamat potong kuku~ :)
0

RINDU

Rasa ikhlas pada hati-hati yang dipisah
Tiada dipaksa akan segenap rasa
Tiada langsung diduga kehadirannya
Murni dan jujur ia pada lafaz

Yang mampu menutur tanpa sedar adalah pada hati yang benar-benar terpisah
Yang datangnya jauh dari sudut hati kecil yang paling bawah
Yang sangat tulus pada meluah gelisah
Yang sangat tegar dan setia sekalipun diancam mehnah

Dipisah jarak dan waktu
Diuji teguh mempertahan rindu
Yang tinggal cuma memori semalam
Untuk dikenang dan terus mengenang

Agar esok mampu tersenyum pada perasaan
Khabari ia : "ya, kita tidak akan tewas dengan dugaan!"



0

Jumaatku Jumaatmu

Bismillah, Alhamdulillah, Allahumma solli ala sayyidina muhammad wa ala alihi wasohbihi ajma'in.
{إن الله وملائكته يصلون على النبي يآيها الذين آمنوا صلوا عليه وسلموا تسليما}

Salam Jumaat, Salam Sayyidul Ayyam, salam seharum kasturi sebersih titis embun pagi. Sudah bersedia hadapi hari ini? moga hari jumaat yg berkat ini, Allah beri kita keberkatan yg panjang dlm menerus sisa baki kehidupan di atas dunia. jom sama2 baiki iman agar terus menerus berada dakapan rahmat kasih sayang Allah.

Perbanyakkan selawat buat nabi junjungan Muhammad Sollallohu alaihi wassalam. pentingnya selawat sehingga dlm doa pun kita kne berselawat sehingga menjadikan doa kita dikabulkan.

mengikut hadis riwayat tabrani, nabi bersabda "doa sesorang itu terhalang, sehinggalah dia berselawat ke atas nabi". pada kebiasaannya memanglah kalau kita lihat imam-imam di masjid membacakan selawat dlm doa mereka bila beramal dgn hadis ini.

dalam hadis lain pula ada menyebut, sabda nabi sollallohu alaihi wasallam "siapa yang berselawat ke atasku 10 kali di waktu pagi dan 10 kali di waktu petang, bagi mereka syafaatku". lihatlah, mudahnya cara mendapat syafaat utusan agung. berselawatlah, moga2 layak kita beroleh syafaat di akhirat kelak yg kita tidak pasti apakah nasib kita.



Ibnu Qayyim rahimahullah ada menyebut 39 faedah berselawat ke atas nabi, antaranya :

1- mengikut perintah Allah subhanahu wataala
2- Allah berselawat kepadanya 10 kali ke atas setiap 1 selawatnya
3- dicatat 10 kebaikan dan dihapuskan 10 keburukan
4- salah satu sebab diampunkan dosa
5- ternafinya sifat bakhil

banyak kelebihan berselawat. so, apa tunggu lagi? tak rugi apa pun kalau berselawat, malah kita teramat la sangat rugi kalau tak berselawat kn. Allah itu maha pemurah, Allah itu maha pengampun. marilah kembali ke fitrah hidup sebanar, moga Allah berkati setiap langkah kita dlm kehidupan.

selain selawat, byk lg perkara amalan lain yg blh kita bt. potong kuku, baca alkahfi dll. hurm, teringat plak mase kt smaasza dulu, kalau jumaat je sgt best. mcm hari raya, sbb bila jumaat je mesti ade org sebut, hari ni kn hari raya. sibuk gosok baju kurung cantek2, bkn nk g jln mane2 pn hr cuti ni, tp saje menceriakan jumaat. rindu suasana cm tu. huhu, tinggal kenangan jela.

oh ya, alang2 menulis ni [pjg la plak,igt nk post pendek je td], sy ucapkan selamat pengantin baru bt abg lan n isteri. moga kekal dan dikurnia anak2 comel soleh solehah. jiran mse kt kemaman dulu ni, mak ngan abah je g walimah tu, adik2 kne pos balik kampung sbg wakil mak n abah utk persiapan walimah pak sdare yg bakal menyusul mgu hadapan.

hah, dh smntara cuti sekolah ni ramai plak yg kawen. apepun tahniah la wat sepupu kak mah [Fatimah Abd Kadir], kak sah [Khamsah Abd Kadir], n pak sdare sy la. huhu. tak dapek den nk nolong nye. xpe, ateh doa pok mu bahagia la sokmo ye. moga hidup baru ni bg sinar baru dlm kehidupan.

kak mah

salmiah, hamdan, kak sah, kak long


smlm pon da kol ucap tahniah, n ngade2 plak mintak hadiah pok sdare ni. mcm la kite kt sini keje, belajar ni bkn mendebitkan duit, mengkreditkan duit abah tu ade la. haih~ tp xpe skali ni je sy bg hadiah ye [ha2,bkn kedekut,tp sy x keje lg]. mintak belikan baju labuh utk dia, konon2 hadiah kawen la.

saya : labuh cmne? stkt lutut ke buku lali?
dia : ikutla gane pn. asal labuh sudah. stkt pusat pn xpe.

time menyampah time ni la. suke loya buruk. apepun sy phm niat murni dia. mesti segan tu sampai mntk tlg ngan sy segala. ha2,xpe. pasni leh la pakai jubah ye [ni mesti kes jeles ngan pok wan dpt jubah yg tok belikan kt mekah hr tu].

eh,silap plak upload gambar hang jebat sesat nih..


abg khairi, pok mu, pok wan, tokki

ok,dhla tu. meleret2 plak. buku x sentuh lg. perut pn lapar. he2, jom makan~

p/s : jgn lupa selawat ye..:)
0

MADROSATI JANNATI..

Kebosanan melanda bila baby dan mak baby dh....zzzzz.. uh, mujur kak chik bg pakai laptop ni, hihi. bukan xde keje, ade tp tgh tgu ni. Allah takdirkan pertemuan ini. Alhamdulillah, akhirnya saya jumpa. mungkin saya terlambat berbanding shbt2 blogger ex sk seri bandi, fais, ayu, izzah n lain2. saya jumpa ni...~SEKOLAHKU SYURGAKU~

Rindu plak kt sekolah rendah bila buka laman ni [isy, apa yg dirindu sgt tuh?]. kenangan pahit manis sume ade sepanjang 6 tahun menadah ilmu dr guru-guru yg x pernah jemu memberi dan terus memberi. kenangan tinggal kenangan jela, kalau nk citer mmg pjg. so, xyh citer. hehe, lenguh taip, rugi masa lak tu.

Apa-apa pun saya nk ucap tahniah kt bdk kecik ni, Nur Amira binti Mohd Yatim atas kejayaan dlm UPSR tahun lepas. terlambat da, tp nk bt cane, baru tahu. huhu, sori mira. mira bdk baik, masa kecik2 dulu tikah, mira n ada mak saya jaga. 3 beradik ni Mira la ok skali. tp dlm byk2 budak mak saya jg, anak2 cikgu aya ni la paling x byk karenah. kalau anak2 cikgu ana, mmg kne sabar sguh la, tp ni 4 beradik. tu la org kata, bdk2 ni kecik2 je payah nk jaga gini, besar nanti Insyaallah soleh tu. dan Firdaus tlh buktikannya.

yg tengah tu kot mira..huhu...lame da x tgk..xtau muka dia besar2 ni cane..

Oh ya, berbalik pd Mira td. Tak sangka la plak Mira dh tingkatan 1 skrg ye. betul la tu, masa saya g sekolah jumpa guru besar [sblm g mesir la ni], mira dh darjah 5. lama dh masa berlalu. Mira masa kecik dulu comel. dh besar2 ni, mesti x comel da kn. hihi. mmg terkejut la jumpa blog sekolah lama saya ni, baru saya tahu Mira dapat 5A. mabruk2 Mira.

Justify Fullmira dan gurubesar (cikgu rani)

SKSB..sekolah yg rakam byk kenangan. walaupun agak diam waktu sekolah dulu, tp cikgu selalu yakin dgn saya. entahla knp, sbbny saya pn x tahu. cuma satu jela, kawan2 saya advance blake, selalu dpt perhatian, tu yg dpt nama jgk kot. lepas keluar dr sekolah tu, sksb satu lg diwujudkan akibat melimpah ruahnya pelajar2 smpai dkt 200 org utk satu tahun, kelas jd 6 buah, students plak sekitar 30-40 org. bila dicongak2 maunya pelajar sksb tu melebihi 1000 org kn.

SKSB 2..pelajar2 sekitar sekolah baru itu mesti berpindah ke sksb 2 dan bdk2 tu berpisahlah sesama mereka. sedih jgkla dgr adik2 saya cerita. terpaksa tukar sekolah gitu, sedih pisah ngan kawan baik. "apa2 pun, jgn putuskan ikatan ukhuwah, kn boleh jumpa lagi masa petang2 waktu main tu, g la jln kt umah diorg," tu jela nasihat saya utk bdk kecik yg baru belajar mengerti makna persahabatan.

Dlm masa mengutip mutiara berharga kt smaasza tu, sekolah menengah pula dibina kt kawasan rumah saya. actually, da lama da tgk rangka sekolah tu. pernah gk terfikir, bila la bangunan yg dia nk bina ni siap agaknya. start mse BN lg projek tu, pastu PAS, pastu BN balik, sekali ngan abah skali kena sbb masa tu abah pengerusi JSR. macam2 la nk blh siap sebuah sekolah tu. Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bandi, dgn nama glamernye SESERI. pengetuanya perempuan. tp adik beradik saya xde la skolah sini, sume sekolah kt luar, duk asrama.

Apa2 pun saya ucapkan selamat maju jaya utk semua ye. selamat menuntut ilmu. moga2 Allah beri berkat pd setiap ilmu yg diperolehi.
Back to Top