Memaparkan catatan dengan label sanah helwa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sanah helwa. Papar semua catatan
0

Hari Istimewa buat Adinda

Bukanlah saya penulis tegar. cuma bila org kata, "tulislah, jgn berhenti!" seganlah. saya tidak pandai menulis. jadi, sila jgn baca. tulisan hanya mengikut rentak rasa. ikut suka saya. :)

***** ***** ***** ***** ***** ***** ***** ***** ***** ***** ***** *****

Cuma rasanya hari ini hari istimewa, mungkin. tp sayanglah, internet slow amat. lenguh tunggu ni. nk buat special2 sikit pun x mampu. x mengapalah, sekadarnya shj.

SELAMAT HARI LAHIR KE 20, adinda kasih fillah; Ahmad Firdaus Kamaruddin.

Semoga dalam limpahan rahmat kasih sayang Allah selalu & berjaya dunia akhirat. jadi anak soleh, suami soleh, dan semoga anak2mu nanti soleh2 belaka. tapi, u are only 20 oke. x boleh kawen lg. :P

Adik yg baik, terima kasih ya selama ini byk bantu saya. saya selalu susahkan kamu. kamu adik lelaki saya yg terbaik (yelah, kamu je sorg lelaki). semoga Allah balas kebaikan2mu dengan sebaik2 ganjaran.

Saya je kot rasa Ahmad ni adik yg baik. sbb kalau dgn kakak, selalu kena usik & buli. kalau dgn anah pula, bajet abang. xpe lah mana-mana, asal bahagia sudah.

Masa kecik dulu, Ahmad paling nakal. kalau balik kampung, tewas hero kt kampung tu, menang dia la kalau lawan. teruk2. pengalaman emas tu. he~ Masa besar pulak, dia lah yg paling cool. gatal pon ye. geram rasa.

Teringat kisah, waktu tu saya jalan dgn kakak nk balik rumah. lalu tepi surau. nampak dh budak2 muda main carrom dkt meja bulat kayu tu.

"Kakak, kita buat selambe je neh. Ahmad ada situ," bisik saya pada kakak.
Kakak pun, "ok!"
Sekali kena sound, "Assalamualaikum ustazah, nk g mane tu?"

Ha~ saya mcm nk terlepas gelak je masa tu. senget la budak ni. tp tengok kakak dh macam ada api kt kepala dia, terbantut rasa nk sengih. dan malam tu, apa yg dijangka berlaku. Ahmad dapat ceramah free. hihi. sape suruh buat gitu. lama dia bersyarah, itu ini itu ini.

"Akak, sudahlah! ni nanti kita sewa pentas se, bwk anak2 muda mari dgr ceramah jugop," saje bagi sekali nk suruh dia senyap. si Ahmad pulak sengih2, bukan ambik port sgt mende yg kakak cakap.

Kisah ni saya x lupa lah. sbb kakak baru je lepas nk marah kt budak muda yg kami jumpa dkt bas td, tiba2 otw balik adik sendiri pulak tambah rasa marah tu sikit lg. tu malam tu habis terkeluar tu.

~cameraman~

Sekarang dh besar. dh pandai cari kehidupan. dh rasa beratnya sebuah taklifan. semoga kuat utk terus berbakti, ya.

Sekian dulu.


Tagline (mak abah guna masa Ahmad kecik2 dulu) : "Kaulah Racun, Kaulah Penawar"
0

Salam Ulangtahun Perkahwinan


Ops. salah tajuk.

Salam Ulangtahun Kelahiran Along Sayang.

Moga Allah berimu segala yg terbaik. pjg umur, murah rezeki & diberi kesihatan yg baik.


Terima kasih atas persahabatn ini. sayang Along selalu~ :)
0

Happy Happy Day

Happy Anniversary --->

04.04.2011, genap usia pernikahan ayah bonda yg ke 26. 26 tahun melayari bahtera rumah tangga bersama dgn kurniaan 10 penyeri hidup; tiganya disimpan, tujuhnya masih bernyawa sempurna, Alhamdulillah.

saya fikir saya sempat meraikan hari-hari bahagia bersama-sama keluarga baru-baru ini. rupanya tidak, tarikh penerbangan ke Mesir awal dr jangkaan [akhir Mac]. agak berkecai la saya pny plan. tp x mengapa, saya tersangat yakin bhw perancangan Allah itu terbaik.


walaupun agak lewat posting ini, saya sentiasa mendoakan kesejahteraan ayah bonda yg melahirkan, mendidik & membesarkan dr kecil hinggalah sekarang. semoga mak & abah sentiasa dlm rahmat Allah, kekal bersama sampai ke syurga.

Sungguh, saya amat sayang & rindu kalian.

Salam Ulangtahun Perkahwinan Jantung Hatiku~~~



NEXT

HaPpY BeLaTeD BiRtHdAy --->



~KAK YAH~

26 Disember 2010, Selamat Hari Lahir ke 23 bt kekanda yg diingati selalu. semoga Allah merahmati hidupmu dgn limpahan kebahagiaan & ketenangan utkmu sekeluarga. saya doakan semua yg terbaik. jgn tensi2, hidup ni kena hepi tau. :)


lokasi semasa : kuantan, pahang. penuntut Universiti Malaysia Pahang, skrg sdg praktikal, pastu nanti grad. cepat2 habis belajar ye, nanti keje bole la saya nk pow awak. :P

Sanah Helwah Ukhti Almahbubah~~~


~KAKAK~

22 Februari 2011, Hepi Besday Sis! I pray Allah to give you strength and success. moga cpt bertemu jodoh. :)


lokasi semasa : melaka, bandaraya bersejarah. seorg guru bahasa inggeris di salah sebuah sekolah di N9. beliau dpt nama baru kt sekolah tu; Ayu Widayanti. x tahan gelak dgr sejarah nama baru beliau. molek ade anak muridnya pandai2 tukar nama cikgu kelas, sbb x thu nk eja nama kakak sebenar. aduh la~ saboh dh anak murid klako gitu, teacher ye poyo ekpom. :P

Selamat Hari Lahir ke 25 kakak yg disayangi :)

~SAYA~

saya? saya pun nk masuk list juga ke? xpe je kn kalau masuk pun kn. :)

5 Mac pd tahun ini, kebetulan saya di Malaysia. di luar jangkaan, bonda masak spesel pg tu. sungguh, saya lupa tarikh tersebut! x sempat pn tlg masak sbb pg tu g basuh kain. pastu dgr mak panggil, "cepat sikit!".

agak kaget la sbb mak tgu saya, semata-mata nk breakfast sama-sama. kebetulan weekend pulak, adik2 x skola. pastu abah datang dan kami duduk semeja. mak igtkn abah suh baca doa sikit. katanya hr ni besday saya.

abah pun mcm bru teringat. beliau kemudian baca doa. sungguh, waktu tu terharu sgt. hati menangis sambil menghayati content doa abah. terharu~ waktu makan sume senyap. saya perasan abah dh cabut spek. mak mcm sapu mata masa mula-mula. saya wt2 xde perasaan. adik da mmg xde perasaan pon.

sedang asyik layan perasaan, tiba-tiba......
"tok tok tok"

"wt mende Mie tu?" abah tegur dgn suara perlahan. ntah abg mie ni, ganggu je family kami tgh feeling. haha. saya sengih je. suasana dh x sunyi lg, sbb beliau dh mula mengetuk, memecah sunyi.

stlh sekian lama 2 3 thun sambut ngan kawan2, tahun ni berpeluang dgn family. alhamdulillah. Allah masih bg peluang + ruang. Allahu Allah.

Selamat Hari Lahir utk saya :)


~AHMAD~

26 April 2011, Sanah Helwah akhuya, Ahmad Firdaus Kamaruddin. moga Allah lindungi & rahmatimu selalu. jd anak soleh ye. :)

usia beliau adlh 19 tahun. kawan adik sikit x pcaya umur dia bru 19, lps dia tgk gambar ahmad yg terselit celah kamus adik. haha. saya x percaya jgk lps adik tunjuk gambar tu. gambar passport je pn, tp wajahnya nmpk matang. humm, perangai skrg pn agak matang. sampai saya rasa dia dh mcm abg pulak. lain sgt dr dulu. berdikari~ protective~

lokasi semasa : dungun, terengganu. mahasiswa UiTM jurusan kejuruteraan. skrg sdg final exam. wish you luck my lil bro.


masa saya di Malaysia bru ni, stp weekend dia balik. kesian jgk tgk ulang alik stp mgu. mana x nye. stp mgu ade je projek dgn beliau. beliau ialah driver saya. hehe. neway, thnx la sbb byk tlg spnjg balik baru ni. moga Allah balas & kira pekerjaan tsebut sbg amalan baikmu.

Selamat Hari Lahir akhi al-mahbub~~~


** 'happy happy day' di atas semuanya adlh belated. :)


0

Mujahadah itu Payah~~

Salam buat semua. lesu, kaku. lupa kata laluan? barangkali. lama tidak menaip begini. 1, 2 @ 3 posting shj kebelakangan. masa dirasakan begitu pantas sekali, semakin diburu, semakin pantas berlalu.

Kenapa mujahadah itu payah? yang berjaya sahaja merasakan kemanisan di akhir sebuah pengorbanan. apakah kita merasa? apa dinilai stp hari atur gerak langkah kita? apakah disulami ikhlas semuanya? diniatkan hanya keranaNya? Allah~~ sungguh, insan lemah x punya apa-apa. berilah berkat pada langkah ini, agar tidak tersungkur mengejar bayang-bayang sendiri.



First n Foremost
Selamat Hari Raya Aidiladha 1431H buat seluruh keluarga nun jauh di sana. abah, mak, kakak, kak yah, anah, ahmad, adik, tok tokki, mok sdare pok sdare, sanak saudara seluruhnya.

Sungguh, rindu suasana raya di sana! rindu bergotong royong hari raya, rindu bertakbir raya bersama-sama. dan yang paling pasti.....saya sgt rindu suara takbir abah. gemersik menusuk hati. cuba pejamkan mata, mengahayati alunan merdu suara abah pd saki baki suara yg masih tinggal dlm hati ini. sudah 3 tahun, kalaupun hampir luput, cuba sekuat-kuatnya mengingat kembali, agar ia tdk terus pergi tinggalkanku sendiri.

Salam sayang + rindu kutiup bersama angin lalu buat mak abah kakak adik seluruhnya. hanya doa hadiahku buat kalian, moga menjadi hamba yang taat dan soleh, demi mencari redha Ilahi di stp detik hingga akhir semua ini.



NeXt...
Eid Milad Sai'ed buat adinda Nur Aini Hafizah pada 9 November 2010 bru2 ini. Semoga kematanganmu mengiringi usia. jgn letih dan jemu dlm menuntut ilmu selagimana masih bernafas.

x sempat SMS, wish sini pn jadilah ye. sori ijah. huhu. doakan ijah, agar tercapai cita-cita. jd kebanggaan abah mak, n paling penting agama.


skrg da 16 thun, hrp lbh matang dlm mengenal kehidupan. kak teh tau ijah boleh, ijah mampu, yg penting kne yakin n rajin. tu je. x perlu rasa kita kecil, meletakkan diri di luar kebiasaan.

ok, wish u da very best of luck~~ selamat hari lahir ke 16~~



NeXt LaGi...
Sanah Helwah ila ukhti almahbubah, Nor Azila Mamat. semoga sentiasa dilimpahi rahmat dunia akhirat. jadi muslimah solehah, penyejuk mata. semoga dpt zauj yg soleh jgk.


Tgk facebook, hr ni hr lahir awak. x prasan pulak sy mse mula2 tu. he~ sori! time kasih byk bantu selama ni. byk sumbang tenaga dan masa. terima utk bekerja bersama sy. bkn utk sy, tp utk agama. moga Allah balas setimpalnya, sbg saham akhirat, juga kredit utk Islam.

Selamat Hari Lahir org laut, blajar rajin2. uhibbuki fillah~~



& yG PaliNg AkHiR~~~

Selamat Pengantin Baru bt pasangan muda, adik Maizatul Akma binti Ali & pasangan. semoga bahagia hingga anak cucu.

Maaf sgt sbb x byk dapat bantu dalam keadaan yang pantas begitu. apepun, mabruk! selamat da jd zaujah, solehah. insyaallah, sayap kiri sang pejuang.

Baarokallohu lakuma,
Wabaroka alaikuma,
Wajama3a bainakuma fi khoir.

credit to qberphotography
[dayah, curik gambo abg dayah ni..huk2..]


0

Hepi Hepi Day [Happy Belated Birthday]



Buat tatapan adinda-adindaku yang disayangi. Selamat Hari Lahir. Semoga panjang umur, murah rezeki, diberi kelapangan pada ilmu, Allah rahmati dan pelihara hidupmu serta mendapat keredhaan di dunia dan akhirat.



13 September 2010 - Genaplah usia 14 adik, Sumaiyyah Kamaruddin. matang-matangkan diri, sematang anjakan usiamu. Hospital Kemaman jadi saksi kelahiran, dh la mase baru keluar tu muka cm cina. sampai mak jd konpius takut ade sorg anak down sindrome ke ape kn. tp redha je kalau Allah tetapkan dh mcm tu.

bile ingat2 balik rase klako je. hurm~ mase dulu duk kemaman, kalu nk beli kasut or selipar ke mesti g kt kedai cina depan stesen bas tu. alkisahnya, mak bawak la adik n ijah ke kedai kasut, mase tu umur diorg sekitar 3 5 tahun macam tu lah. dalam kedai tu ade tokey cina tu n sorg lg pelanggan lain. kt dlm kedai, ijah ni kejarlah sumaiyyah. pastu, si ijah ni siap kena tegur plak dgn pelanggan sorg tu. dia kata kt ijah, "maroh di tokey kang kejor anok die" [au kama qol~]. mak pn kejut gop, gane la anak dia tiba2 tukar jadi anak tokey ni. kompius2~

balik umah, org criter balik. mmg pakat sukke lah blake. jadi sguh. tu lah, kalu adik degil2 sgt, ugut sket dia "hantor ke tok kt cukai nung kang!". aduh la. lening duk tranung dh. nk g ato cukai jauh ngat. duk dumoh jela deh. adik pun x degil dh beso2 ni.

utk adik : belajar sguh2. tebus balik yg upsr dulu tu. igt nape adik janji ke kak teh. chaiyok2, adik boleh!! xdop dh org nk suruh2, kne bt sdiri blake dh leni. oke, wish u luck oweyz. bittaufiq wannajah~



6 Oktober 2010 - Cik Yuhanah Sofiyah tlh masuk umur 20 tahun. nk nikoh dh [opss..kontroversi semata-mata..saloh org..]. semoga jd hamba yg lebih sabarnya lebih syukurnya, muslimah solehah penyejuk mata ibu bapa.

awal pesan supaya saya x lupakan tarikh keramat [konon2nya] itu. mmg x sempat nk wish sbb xde mase satu, yg kedua plak xde kredit. tp jgn bmbg ingat je. kekangan waktu je pun. maaf byk la tu.

dulu suka gaduh mase kecik2 dulu. beso ni xdop komitmen dhla. hehe. sian mak dengar kami gaduh selalu. org tua kata 'air dicincang xkan putus'. betul dh gitu. kn anah kn~

utk anah : blajo molek, blajo rajin2, tlg la mak tu bila balik cuti, kne pandai berjimat-cermat deh, sbb pe ramai2 adik beradik kite, anah paling sesak skali? [soalan cepumas..haha~]



owh, terlebih plak. Sanah Helwah utk kedua-dua adindaku ini. saya x pernah lupa & saya sayang kalian kerana Allah~
0

Oh,tidak!! [catatan lama yg baru nk keluar]

Salam kemerdekaan..salam 1 PMRAM..

Kehangatan KEKAL yg tiada lenyap. sudah dua hari berlangsung, dgn makna dua hari sibuk melunaskan tanggungjawab secara zahirnya. semalam acara dewan, hari ini acara padang, esok, esok dan esok lagi, berlangsung selama 5 hari. tanggungjawab tetap tanggungjawab! mengikut prioriti, bila nama tanggungjawab, kne laksanakan. Allah~

1st skali, nk MTK MAAF kt ahli 302. ke hulu ke hilir, ke hilir ke hulu, terlupa duty memasak sabtu lepas. sampai org lain tlg masak, n rentetan hr trsbt, 3 hr rumah ni x masak. dh mcm puasa dh. saya nk volunteer mmg x sempat, kalau saya sempat blh je saya bt. so, saya mtk maaf sgt2.

Kdg2 fikir, knpla payah sgt nk bhgikan waktu ni betul2. alasan sibuk x blh pakai dlm rumah ni. sape nk pk sal rumah kalau saya x pk. Allah, lemahnya hambaMu.

Hari ni saya buat perkara yg x pernah saya buat. rasa mcm nk menangis kuat2. tlg la,, knp saya begini?? bila igt2 balik, rasa macam.......argh, teruknya.......knp saya blh lupa ttg hari ini. hati mula diruntun sebak dan pilu, teruknya anak sepertiku.

2 Ogos 2010 - Hari ini hari lahir ibuku.
~salam uangtahun kelahiran, mak. mesti saya yg last wish. maafla lambat. mmg xde alasan nk bg, sbb ni mmg salah saya. harap mak gembira selalu walaupun ade anak mcm saya ni.~ T_T

Ibuku ratu hatiku. beliau cermin kehidupanku. menurutnya, ibu bapa pasti inginkan yg sempurna utk anak2nya. oleh kerana itu, ibuku adalah cermin terbaik utkku dan adik-beradikku.

Allah,, jd kaku utk menulis ttg ibu. x layak utk menghurai panjang. betullah kata mak, "ibu ni blh je nk jaga anak 10 org, tp anak-anak blm tentu blh jaga ibu sorg," ni la ayat keramat yg saya igt sgt. ketika ayat keluar dr mulut insan ini, hati diragut resah, gelisah, bimbang, bercampur baur, entah di mana punca. fikir-fikir sendiri, pasti sekali tidak mahu jadi anak seperti itu. derhakalah kalau macam tu. saya x nk masuk golongan tu.

Saya hampir lupa tarikh ini. dek kesibukan yg panjang dan berterusan, hidup ini terus menerus leka tanpa berkirim khabar ke sana. tarikh ini juga hampir terlupa, tiada yg igtkn saya. huhu, sedihnya~ mak x pernah pn lupa wish besday saya, blh plak saya yg lupa nk wish kt mak. saya minta maaf..saya xde niat..T_T

Terkadang rasa mcm teruknya saya. saya ignkn yg terbaik utk mak, tp knp saya x raikan hari-hari penting dlm hidupnya? saya mmg anak yg teruk. lama x kirim berita, sampai mak call tny khabar. rasa sgt bersalah! saya MINTA MAAF!! T_T

Ya Allah, ampunkan dosa-dosaku terhadap ibu bapaku~~


Selamat Hari Lahir Bonda yg disayangi.. Moga dalam limpah rahmat Allah selalu. Saya sentiasa igt mak walaupun x smpt nk wish hr tu. huhuhu~
0

Salam Ulangtahun Kelahiran

13 Julai 2010 - Ulangtahun kelahiran Abah ke 54, saya kirimkan pesanan ringkas utk Abah, semoga sentiasa dlm lindungan dan rahmat kasih syg Allah selalu. better late than never. walaupun dh dua hari berganjak dr tarikhnya, tp still ingin lakarkan sesuatu di sini. semalam kakak sms tny khabar n remind me about our pa's bday. saya tidak lupa, cuma tak punya kesempatan utk posting2 segala.


Abahku heroku. saya kira abah saya yang terbaik bagi saya. rutin hariannya saya hafal. pagi hingga petangnya di pejabat. pagi, punch kad, breakfast, lunch hour, makan di rumah n petang baru habis. anak2 dh siap solat asar n berpusu-pusu keluar rumah [mcm ayam keluar reban], masing2 pikul raket utk main badminton, mase tu baru abah pulang. dr kerut wajahnya, saya pasti sekali bahawa dia sangat letih.

Lepas minum petang, either dia join kami men badminton or buat kerja lain. bertukang, berkebun, plumbing, kdg2 jd mekanik, kdg2 technician dan byk lg. kalau musim ikan byk, ptg2 abah akan jahit pukat yg terkoyak, sbb esoknya sblm masuk pejabat abah akan pergi tebar pukat dlu. ptg2 mcm ni, org biasa jgk dtg umah jumpa abah. mintak tlg tgkkn rumah yg blackout, mintak bt air tawar, mintak pendapat, mintak cadangan nama anak, mintak nasihat rumah tangga yg bergolak, mintak duit [he~ni rekaan semata-mata..sbb rumah tu bkn baitulmal]. mmg mahir dlm semua bidang dan blh jimat belanja rumah tangga kdg tu. ade lg ke org mcm ni? kalu ade, nk la [ha~].

Pernah satu waktu dulu, bilamana majikan abah memberitahu quaters kami akan ditambah satu bilik setiap rumah bagi menjamin keselesaan. abah pula minta utk siapkan sendiri bilik di rumah kami, tanpa dibuat oleh tukang rumah yg sudah diupah. ble diluluskan, abah mula bertukang. dan hasilnya, rumah kami yg terkhir siap sbb abah spatutnya mengakui bhw dia sbnrnya bkn byk masa sgt. tp bilik buatan abah ini sgt special bilamana semua org yg masuk bilik tu pasti memuji. "wah,ade kelas la!" [ayat yg kureka]. bilik dua jalan keluar tp satu pintu. amazing kn. :D

Malamnya selepas pulang dr masjid, abah pasti heret meja keciknya ke kerusi di ruang tamu. mula membaca. tumpuan penuh pd kitab2 tinggalan bt saya tmbh kagum pd insan ini. kdg2 tu, pernah je 'penonton2 wayang' dgn cerita yg ntah pape tu, kne sound ngan abah. tula bdk2 ni mmg x alert dgn keadaan sguh, g la bt keje skolah ke study bace2 buku [hu2,aku la tu]. sampai lewat mlm pn abah masih tetap di situ, he's a strong man.

Bab study, mmg abah role modelku. bila futur, pasti igt abah, semangat abah, ketekunan abah. dlm stiap sms abah, pasti ada ayat belajar sguh2, pgg btul2 amanah ini. ayat2 tu terkadang bt saya jd serba salah dan sgt tidak bersedia pulang ke Malaysia bersua muka dgn abah walaupun hakikatnya saya sgt rindu abah, mak, kakak, kak yah, dan adik2 smua. [hu~kalu la pgg sguh2 alasan ni, 4 thun duk sini dok balik la ambe]

Itulah abah saya. sekian~

eh..lupa..

khas utk abah yg disayangi lagi diingati :
SeLaMaT HaRi LaHiR, semoga panjang umur, murah rezeki, diberi kelapangan pd ilmu, moga jannah jd milikmu. saya sayang abah kerana Allah~
0

Salam Ulangtahun Kelahiran utk boyz yg dikasihi :)

1 Julai 2010.. genaplah usia mereka. ditatang bagai minyak yg penuh, dibelai disayang semua, bukan setakat ibu bapa, acik2 juga.. :P

Agak-agak hari lahir siapa pulak ye kali ni?? em, teka3. siapa lagi kalau budak2 kecik ni...



Imran Zulfadhli Mohd Asri

&


Habiburrahman Abdullah Mukhlis



Imran

umur dh masuk 3 tahun. dulu mase duk umah sewa, umah kite dekat je. acik kt bawah, imran plak kt atas. kalau acik2 umah bawah tu bosan, mesti g kidnap imran. sampaikan imran xnk balik pun pernah 2 3 kali tu. kak yati pernah je izinkan imran tido tanpa umi n abi. tula imran, dtg je umah tu mesti xnk balik pny.

Imran lepas tu nk dapat adik. acik2 bawah la yg jaga imran mase umi nk lahirkan aisyah dulu. petang2 kalau abi x bawak imran keluar jalan2, acik2 la ambik tempat abi. bawak imran keluar. bes kn imran, sampai imran pon xnk langkah tangga rumah nk balik.

Sekarang da xley da bt mcm dulu lg. Kak Yati n family da pulang ke tanah air. imran pulak cuma tinggal kenangan [he2]. xley da nk buli bdk ni. wink~ *_~


Pepon, Selamat Hari Lahir utk Imran yg kt Malaysia skrg ni. moga jd anak soleh penyejuk mata umi n abi. rindu kt imran.. :P



Habiburrahman a.k.a. Hasan

Umi imran sy kenal sejak di smaasza lg, berbeza dgn umi hasan. Saya kenali kak nurul di sini, mesir bumi berkat ini. walimah pertama yg saya hadiri sejak menjejakkan kaki di sini adlh walimah kak nurul. alhamdulillah, sempat pulak dgn anak pertamanya.

Panggilannya adlh hasan. zohor td sempat naik ke rumah atas sbb nk ambik charger bateri kamera, tetiba plak nampak hasan. bru je smlm bdk2 ni ade sebut yg hr ni ulangtahun kelahiran hasan. lpas siap menyelongkar org bilik mencari charger, g la menyibuk kt ibu n anak ini. smentara main2 ngan hasan, kak nurul g dapur cuci gelas.

Lpas kak nurul xde je, terus dia bingkas naik atas riba, paut tengkuk mcm xnk lepas. sian jgk bdk ni. dukung la wt g jalan. ai bdk ni, acik ade keje kt bawah ni. nk tinggal x tergamak. mujur hr ni besday awk kn, acik pn layan je [hu2].


Kebetulan pulak jumpa besday boy hr ni. so, acik ucap sanah helwa yg pertama utk hasan. moga jd anak soleh jgk. mcm abg imran.. :)
0

Sanah Helwah Akhi Almahbub

Semoga panjang umur murah rezeki, Allah beri kelapangan dlm setiap urusan menuntut ilmu. Semoga hari-hari mendatang menjanjikan kebaikan buatmu adikku. Kudoakan bertambahnya usiamu, bertambahlah kematangan, keimanan & ketaqwaanmu pd Tuhan. Berjalan meniti usia, menjulang izzahnya agamamu Islam.


Injakan usiamu ke angka 18, dirimu sudah besar. Sudah tahu menilai baik buruk, mematangkan lagi fikiran, memantapkan lagi keimanan, semakin faham erti kehidupan. Menelusuri alur pemusafiran dunia yg punya penghujung, pertingkatkan saham akhirat. Jgn biar hidup ini terus sia-sia, bangkit dan terus usaha demi menjadi hamba yg sedar hakikat diciptakan pencipta.


Special thanks 2 my lil bro..4 everything. Seorg yg murah hati, tidak lokek, penyayang n responsible. Bercerita ttg murah hatinya mengingatkan saya satu peristiwa. Biarlah saya simpan kemas dlm kotak ingatan, bimbang manik-manik bersih berderaian lagi. Sangat terharu pada kelakuan yg buat saya tdk percaya, betulkah apa yg saya lalui? Dengan panas baran x tentu hala, tiba-tiba jd murah hati sebegitu betul bt saya berfikir dan terus berfikir. Kalaulah saya tahu hati boleh jadi semulia itu. Menggadai impian demi sebuah kasih sayang dan persaudaraan, tidak mengira akan penat lelah, malahan mendidik jiwa agar lebih sabar.


The Hero of My Siblings. Menyukai dan disukai kanak-kanak. Mengapa begitu jadinya? ish3. pelik tapi benar. Itulah dia adikku, the only one, Ahmad Firdaus Kamaruddin. Yg poyo n suka sakat org pn dialah. Walaupun lelaki sorg, tp rasanya spt ramai bila taringnya mula keluar.

Cukup sekadar ni saya rasa, dan utk akhirnya.

Ahmad dearie,
Selamat Ulangtahun Kelahiran, moga jadi anak soleh penawar hati mak + abah n berjaya dunia akhirat. Salam ingatan dr kandamu di kejauhan.
0

Dedikasi Khas Untuk Sahabatku

10 April 2010. Genap usianya 21. Sanah helwa sahabatku. Moga panjang umur murah rezeki, diberi keluasan ilmu, ditambah iman dan amal. moga dgn peningkatan umur, meningkatlah kematangan. semoga berjaya dunia akhirat. mohon maaf segala ketelanjuran. terima kasih sbb jd kwn sy :)



She is my friend. my good friend. we share our probz tgther. masa sekolah dulu kami biasa bergilir2 beli tiket nk g sekolah [nana pn masuk geng jgk ni..]. tp lps ni xde dh beli tiket nk g KT sbb sy bukan geng kemaman lg. apapun kngn dulu2 tu mmg x lupa la, sampai driver bas tu leh cam kite kn.ha2. tula kalau ada award pelanggan paling setia, kite la tu pemilik award tu kn. sgt suka g KT lps STAM sbb settlekan psl nk g mesir ni la.

Dulu dia kawan adik sy masa dia di Al Falah, lps masuk smaasza f4 jd kawan sy plak, tp masa thanawi 3 baru sekelas. Temuduga pnjaman sama2, x dpt pnjaman pun sama2 :D.. Kt mesir duk rumah sewa sama2, n masuk asrama ni pun still satu rumah lg. kita ditakdirkan utk bersamakah?

Ketawa dan menangis bersama. Moga Allah temukan kita semula di syurga.
0

Puteri-Puteri Mac..

Sanah Helwah dan Sanah helwah lg..ramai sguh kenalan puteri Mac ni. Ramai nk jd geng sy nih. Apapun, Selamat Hari Lahir utk ol of them :


--> 01-03-1987 : Kak Syazwani Ab Ghani -jiran sblh umah ni..mesir la,bkn mesia..

--> 03-03-1989 : Nur Fakruziey Fauzi - kwn skolah rendah dulu. makan sm2 waktu rehat dulu.

--> 04-03-1989 : Munirah Alias - roomate mase f1. f2,dia pndh KIST. x jmpe dh la tp still kontek.

--> 05-03-1989 : sape ek kt sini?? aish sibuk je. xyh masuk list spatutnya nih.

--> 06-03-1989 : Nur Fadhilah Alias - kwn skolah rendah. shbt menti ku. mentornye Sir Rizal.

--> 07-03-1988 : Kak Nurul Izzah Nokman - seSMAASZA dlu. naqibah usrah mse f3.

--> 08-03-1985 : Kak Nooraiha Mamat - seSMAASZA. ni kkq Huda. Huda ane? Huda Mamat la. haih~

--> 09-03-1989 : Sumaiyah Zakaria - shbt seperjuanganku. dr f1 hg f6 sekelas [kecuali f3-pisah]

--> 19-03-1989 : Nur Farhana Hanafi - shbt seperjuangan gk ni. teman pemusafiran ke KT. hu2~

--> 20-03-1989 : Nurul Huda Mamat - ni pn shbt seperjuangan. susah pyh, kite bersama.

--> 21-03-1990 : Nurul Nadzatul Nadwa Che Mohd Shabri - adik comel. roomate f6 SMAASZA.

--> 24-03-1989 : Siti Iziatul Hawa Mohd Yusof - Melaka. knl kt BTN. kt Mesir ni pn still kwn.

--> 25-03-1989 : Nur Amalina Ramli - shbt seperjuangan. byk melalui getirnya sebuah khdpn.

--> 31-03-1985 : Kak Shazazierra Sharif - 1st knl kt BTN. pdhl pekse STAM sedewan, tp x prsn. hu2~


Ye, sanah helwah utk semua. ramai..mmg ramai. kalu sy nk post satu2 mmg xdang la. huhu. semoga panjang umur, murah rezeki, diberi berkat pd kehidupan, dilimpahkan kasih kasih sayang Tuhan yang tiada sempadan. Semoga amalanmu diterima dalam bersama menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran. salam thabat pd perjuangan buat kalian, mujahidah menuju jannah. SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN KELAHIRAN SAUDARI-SAUDARI ISLAMKU~

I'm getting older~

Mencuri kesempatan yg x seberapa ada ini. saya ucapkan terima kasih kpd semua. walaupun 5 mac dh berlalu, saya terpanggil utk merakamkan di sini ucapan terima kasih saya kepada kalian yg wish n mendoakan. moga2 Allah pilih utk berada dikalangan orang-orang yg berjaya di dunia dan akhirat.

Semakin bertambah usia, semakin dekat menuju kematian. dan aku?? semakin lalai @ semakin takut?? bermuhasabah diri yg hina. moga Allah tambahkan iman dan amalku, kumohon jauh dr segala keburukan. berkatilah diriku meniti usia Ya Robb~

First skali yg wish adalah naimah, my kazen. awal la sgt sampai kalah mak saya. ikut waktu malaysia katanya. thnx ye semua. shbt2 yg ssh pyh bt kek n so on, tq byk2. kakak2 hewi pun yg sempat bt kek walau dlm kekalutan, timekasih2. tp kek yg ni istimewa sikit, kek gabung. bes & saya suka. syukran ye. gabung dgn puteri januari tu, sb mase tu fatrah imtihan. ye, terima kasih byk~



Sgt bes bile ade 2 keluarga...hehe~
0

Selamat Hari Lahir

Dikesempatan yg amat singkat, sy ucapkan Happy Birthday utk puteri-puteri Februari. Maaf x sempat SMS, kt blog pn jd la ye. huhu, sibuk tu x la sgt, tp x sempat. bagai dikejar-kejar oleh waktu rasanya. okla, SELAMAT HARI LAHIR buat sahabat kasih fillah :

1) Zakiatun Nazneen A.Hannan [22 Feb 1990]
Ni shbt knl masa BTN kt Tanjung Rhu Sepang. kira 1 group la ni. jd kamceng sbb dlm group masa tu 3 org je perempuan. rapat la jgk. walaupun dia di Iskandariah, tp kami biasa jumpa kt kaherah ni bila ade program. bersesuaian la dgn namanya zakiah, beliau seorg pelajar pintar. mendapat jayyid jiddan di tahun 1 pengajian. kalau akademik mase kt malaysia dulu x yah cerita la, mmg gempak. MUET band 5 tu. asal-asal mmg sgt segan utk berkawan dgnnya, tp dek krn dia sgt senang bergaul dgn siapa saja tanpa mengira batas, saya rasa begitu serasi dgnnya. Sanah Helwah ke 20 sahabat.

2) Ruhana Nurdiah Ramlee [23 Feb 1989]
Selamat Hari Lahir ke 21 sahabatku sepermainanku waktu kecil dulu. sgt rapat mase sekolah rendah, dh besar2 ni masing2 bwk haluan. tp saya still igt tarikh ni. main same2, study same2, g sekolah same2..bes kn waktu kecil dulu tu. sayangny, kita dipisahkan oleh cita dan masa depan. family saya pun dh x tgl kt kemaman lg. kita terpisah dan terus dipisahkan. walau jauh mana kita, tp doa saya tetap mengiringi. semoga kita dpt jumpa lg, Allah beri keberkatan pd usia, panjang umur murah rezeki, bahagia di dunia dan akhirat.

3) Hasnida Ismail@Nawang [23 Feb 1989]
Tarikh yg sama, mujur tempat lahirnya berbeza. Sanah helwah ke 21 bt roomate f1, f4 n f6 ku. bukan setakat roomate ni, classmate pun. Kenal masa mula masuk smaasza, f1 thn 2002. sekatil plak tu. mmg sgt rapat n suke gaduh [tp sy la yg selalu menang..ki3]. masa f6, kejap je sebilik n sekelas, pastu dia nk masuk u. dgn harapan family, dia tinggalkan sy dan sahabat2 sblm menduduki peperiksaan STAM. kalau nk criter kngn mmg x hbs. sgt byk n saya pun malas pk n igt2 dia. dh2, saya cuma nk wish hepi besday je ni. makin diingat makin rindu jadiny. so, saya stop dulu ye. Sanah Helwah ukhti almahbubah.

Semoga kalian dilimpahi rahmat kasih sayang Allah selalu, mendapat keberkatan pd usia dan diberi kelapangan pd setiap perkara. Semoga pjg umur. Selamat hari lahir. syg kalian krn Allah~

Sanah Helwah Kakak~

22 Februari 1986 - Salam Ulangtahun Kakak Sayang. Kudoakan dirimu sentiasa dlm limpahan iman, akhlak seindah bunga di taman, amalan-amalanmu yg ikhlas berpanjangan. Selamat Hari Lahir ke 24. Maaf, x bisa jd adikmu yg baik! diriku yg punya kekurangan, sentiasa menyusahkan dan jarang memikirkan akan payahnya sebuah kehidupan, kau melenturiku dengan penuh kasih sayang. Sungguh aku bangga punya kakak sepertimu. Kau mujahidah kental, tetap teguh di saat yg lain runtuh, tetap senyum dlm limpahan ujian, gah berdiri bemi Islam. Terima kasih utk segalanya, dr hujung rambut hingga hujung kaki kumohon kemaafan segala silap. Ateh sayang Kakak~ T-T


0

Salam Ulangtahun Sahabat Sayang

Bismillah walhamdulillah.

02.02.89 – Puteri ke-4 dlm susunan masa dalam thanawi dulu. Pertama hazwani, kedua nuraini, ketiga hasliza, dan yg keempat ini dia. Hari ni dia semakin tua..hihi.. sahabat saya yg paling kecik [yeke ni, ke ayu kecik lg dr saba? Huhu, ntah lah]. Kecik bukan sebarang kecik ni, jgn test, bahaya! Sekali kene kang serik terus. She is kind and hardworking. Saya suka kawan dgn dia walaupun mula2 saya x leh terima sgt cara dia [dia cam gedik je..haha..dop la..saje je tu..jgn marah ye]. Biasala tu, mula2 x kenal lg kn, lgpun dia budak baru, mmg x kawan la. Masa mula2 saya x masuk thanawi lg.

First jumpa masa orientasi f4. X igt sgt ahli kumpulan masa tu, tp saya sgt igt waktu kena present apa ntah. Siap kena naik pentas lg. Korg tau jela, pentas kt smaasza tu tinggi bukan main la, sekolah lain rendah je pun. Aduh, mmg nervous sesangat la masa tu. Dh la kawan saya merangkap ketua kumpulan saya masa tu sakit pulak. “mmg aku dh ni yg kena present,” sy terfikir sdiri, lgpun ketua dh pass segala catatan utk presentation tu pd saya. Siap la kali ni. Dgn tidak sengaja saya terbuli budak baru masa tu..haha.. saya suruh Sabariah gantikan ketua yg sakit. Saya ajarlah sikit2 apa yg patut. Isy, x baiknye la masa tu. Tp dh terdesak sangat, bukan niat nk buli pun. Nasib baik dia memahami keadaan n terima je permintaan saya. Masa present, punya la over acting [fikiran sy je nih, pdhl x pun]. Hurm, ikut la dia nk buat macam mana, asalkan saya dh selamat..haha.. Saya Nampak awak berbakat je masa tu, sbb tu saya pass kt awak tu. Saba,sori! Huhu~

Bila dh tukar masuk thanawi, saya mula kenal dia, dh mula berkawan walaupun x rapat. Masa f5 plak, satu bilik, 11A, kak madah ketua bilik kita. Sekelas lg, thanawi 2A [kelas add math]. Saya kenal Saba yg byk membebel, gayanya spt org matang saja [pdhl x pun, hehe]. Sedikit baran la, x kena sikit pasti muncung.

“bakpe Saba?”

“bukan marahkan mu. Aku x marah mu uppa,” dgn muka bersungguh dia cakap. Tp waktu tu mmg x pandang muka org dh la. Saya igt sgt ayat ni kalau saya tny sbb pe muka masam mencuka je. Haha, masa taip ni pun terngiang2 cara dia sebut n mimik muka dia. Sweet kenangan, mmg x lupa la.

Ye2 saya tau. Mmg la awak x marah saya sbb saya kn budak baik [hihi..bahagian perasan lebih]. Saya la yg selalu tenangkan dia bila nampak muncungnye memanjang. Ada la tu x puas hati ngan sesape tu. Dia pun dh tau kalau berburuk sangka pd org tu x baik, saya pun just bg kata2 semangat jela supaya jgn marah2 sgt. Sekurang-kurangnya dia boleh luahkan drpd duk pendam sorg2.

Kali ini saya x punya peluang utk ucap besday awak face to face macam masa f5 dulu. Saya publish kt blog je ye. Saya pun x tau nk kontek awak cane, sbb awak mesti pakai nombor lain dh kn skrg. Xpe la, bila saya pulang nanti saya g umah awak. Insyaallah ingat lg kot jalannya. Moga2 kita berpeluang utk jumpa lg.

Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir Ke 21 buat sahabat kasih fillah, Sabariah binti Abu Bakar. Semoga panjang umur, murah rezeki, diberi keluasan dlm menuntut ilmu, Allah berkati setiap langkah dlm hidupmu.

Saya sayang awak kerana Allah. Panjang umur kita jumpa lagi. Saya rindu nk dengar awak gelak. Sangat unik,xde org bulih tiru. Kaulah satu-satunya. Haha, mmg ruginya x rakam. Saya minta maaf ye segala kelemahan sepanjang jd kawan awak. Last jumpa, kt KLIA, sblm terbang. Saya rindu awak sahabat..T_T

0

Sanah Helwa Sahabat Sayang Fillah

Jam menunjukkan 00:18, bermakna hari ini tlh masuk 8 Januari. Selesai perjumpaan kecil sempena meraikan hari lahir sahabat seperjuangan yg hampir mencecah jam 12. Wa, lewat sguh la! Sbb waktu siang x sempat nk buat memandangkan masing2 ada komitmen, mentelaah kitab2 sempena peperiksaan dan membuat pebincangan.

Hari ini semua orang sangat sibuk, kerana rakyat terengganu mesir digemparkan dengan 1 berita. "Baby dh keluar...baby dh keluar..." eh , baby sape tu ek? hoho, sape ye? cuba teka. pagi-pagi bising dgn berita yg kecoh ini. kak syidah dh bersalin. baby girl. bertambah bilangan anak sedare acik2 ni ye. pulang hawa' syith imran dan aisyah, ganti dgn baby cute ni. birthday baby same dgn acik ain kn baby. tahun depan leh acik ain sambut ngan baby. hehe.

ini baby kak syidah...tahniah utk akaq & ustaz...baby jd anak solehah ye...:)


Ke'syaghol'an melanda bukan menyebabkan saya terlupa utk wish selamat hari lahir pd sahabat, tp saya x sempat utk jumpa n ucap. maaf ye lewat. sy just wat status ym je. ramai pulak yg kirimkan ucapan selamat hari lahir. huhu. ok la, di kesempatan ini saya ucapkan...


sori, membolokkan rupe kek tu...huhu...

Selamat Hari Lahir buat sahabat sayang kasih fillah. moga panjang umur, murah rezeki, Allah beri keberkatan pd ilmu, dan terus thabat hati pd Islam dan perjuangan. Moga dpt suami soleh. n semoga najah ala tuul. Sanah helwa ya jamilah, NURAINI BINTI ABDULLAH.


duk buat ke atas ni la sapa sejam lebih..payah main nge org x pandai nih...huhu...


xde idea nk wat cane..ramai ngat penonton...kaget2...

Maaf la kek tu, comot la sgt hiasan nye. huhu, sori! tp saya puas hati bila lihat dia senyum tengok kek tu lepas tangisan terharu dia selesai. dua jam jgk nk siap hiasan tu, comot bukan main la. oh,ya! kek tersebut sbrny tlh disponsor. tq shbt yg baik hati. hehe. moga Allah balas kesudian anti menaja kek ini. :D


jomm, makaaaannnn........


Dia adlh kakak sulung di antara kami [yg sejalan dr mula2 masuk thanawi] bersepuluh, 8 kaherah, 2 iskandariah. majlis meraikan kelahiran kakak sulung ini tanpa dua sahabat di iskandariah [jauh di mata dekat di hati..huhu]. namun majlis tetap berseri dgn kakak2 ma'ahad satu batch [stam 2007]. majlis berlansung dengan jayanya tanpa berlakunya perang saudara [kalau ade pn, dh bermaafan dh, bergurau senda..huhu] atau apa2 yg unsur negatif. terima kasih kpd semua yg menjayakan suprise ini. toche..toche..
0

Selamat Tahun Baru Masihi..2010..

15 Muharam bersamaan 1 Januari 2010. Alhamdulillah, masih diberi nafas utk terus berdiri di sini, menyelesaikan apa yg belum selesai sblm kembali selama-lamanya ke sisi pencipta. sangat baik hari ini, Jumaat, tahun 2010 bermula, moga2 Allah sentiasa beri berkat dan rahmat sepanjang meniti usia. terlalu byk nikmat yg perlu disyukuri, nikmat iman, nikmat islam, bersyukur menjadi umat baginda Rasulullah sollallahu alaihi wasallam yg akan memberi syafaat di akhirat kelak.

Ayuh perbanyakkan selawat. Allahumma solli ala sayyidina muhammad wa ala alihi wa sohbihi ajma'in. hari Jumaat yang penuh berkat, pagi yg damai, sgt bahagia hari ini, moga2 hari ini lebih baik dr semalam. selepas membasuh dosa2 dengan air mata di hening malam, dengan harapan taubat itu tidak palsu, marilah sama-sama mengislah diri. kesalahan2 yg lalu x perlulah diulang, bahkan patut dijadikan iktibar supaya jalan kita tidak tersasar lagi. ampunkan dosa2 kami wahai tuhan sekalian alam.

"اللهم اغفرلنا ذنوبنا ولوالدينا والمؤمنين والمؤمنات والمسلمين والمسلمات برحمتك يا أرحم الراحمين "

Oh sblm terlupa, sanah helwa abg long nu'man. bape umurnye ye? hehe..saya pn x pasti~ semoga panjang umur, diluaskan rezeki, dan lain-lain lagi. hihi. ni je la satu2nye kazen belah ayah yg saya tahu besdaynye. yg lain saya x tau sbb ramai sangat. hehe, soriiii.... tu r, jarang balik kampung belah abah jd ginila. kalau balik pun, duk kejap je, kdg2 tu x tido sane pun. balik pulak waktu2 raya je n musim durian [best3].

Waktu dulu2 la, mase tu kazen saya yg ni duk ngan femili kite kejap, lepas dia hbs blaja. mase tu saya ngan adik beradik kecik2 lagi. saya pn masih belum skolah lagi. walaupun mase tu masih kecik, saya ingat la dia kate dia lahir 1 hb 1. saya kate la dia tipu saya. tp dinafikan, "kalau x percaya tengok r ic," katanya. dengan terkebil-kebilnye saya bantah cakapnya "bakpe nk tengok ic, bkn blh jd bukti nape," konon2nya saya bijok sgt la mase tu nk bangkang2 cakap org tue nih. pdhl saya x tahu pape pun, sbb pe ic tu blh jd bukti akan kelahirannya 1 hb 1. malu jgk la kalu pk2 balik. haha. tp kazen saya tu lagi la x logik, ade ke patut budak kecik macam saya yg x skolah lagi nih dia suruh tgk ic dia. haish~ tp peristiwa tu saya masih igt lagi la. klako bile igt balik.

Tp sekarang waktu dh jauh tinggalkan kenangan tersebut. abg long nu'man itu tlh kahwin dengan kak long rosma, n dh ade anak pun. ahmad asyraf aiman + ahmad ammar afiq permata hati. rasanya xde adik lagi kot si afiq neh, sbbny masa lahirkan dia, kak long kena bedah. nk upload gambau budak kecik berdua ni, tp x igt gambar tu duk mane, ni je yg ade, huhu.

asyraf yg suke conteng white board...

ni afiq versi pompuan...sape la yg khianati bdk ini...bukan saya ye...
tp kn sebijik la mcm muka kak long, tp dia chubby je sikit.
huhu~

oke, sambung study plak, exam dua minggu stgh je lg. selamat la sepupu-sepupu saya, anak-anak sepupu saya.

Oh ya, jgn lupa selawat ke atas junjungan besar kita hari ini ye.

Sekian~
0

...A.W.A.S...

=2 ogos 2008=
SELAMAT HARI LAHIR utk bonda tersayang. Puan Zaiton binti Jusoh, 47. semoga panjang umur murah rezeki, Allah beri keberkatan pada usia, serta Allah rahmati dirimu sentiasa. terima kasih kerana mendidik dan membesarkanku. moga2 Allah gantikan dengan syurga, pengorbanan yang tidak ternilai itu. mohon maaf andai atas segala salah sepanjang diriku dibesarkanmu. buat bonda di kejauhan, saya doa moga tabah. saya tahu bonda sunyi di sana, bonda kesepian tanpa anak-anak yang semua duk asrama kan. mari, saya sapukan penawar yang bonda sendiri cipta...pengorbanan itu pahit tapi akhirnya manis. sayang bonda selalu. miss u~

=masih lagi 2 ogos=
jom p abas elakad. ambik "gaji' bulan ni. kebetulan pulak sorg sahabat yang nak balik mesia terpaksa ditemani, katanya nk tukar duit kat sorofah, n beli kekacang kat solehuddin, n ambik duit lagi kt HSBC. ok, pastu belanja kitorg ye, lenguh jalan ni. lepas menikmati pizza n burger ayam, pulanglah dia (tukang belanja makan) dengan perut kenyang dan tinggalkan kami menelusuri pelusuk kota abas el akad mencari keperluan sorg sahabat lg. kami masuk ke khaled muluok, syurga beg n kasut. asalnye sorg je nk beli, tup2 bile masuk, jd 2 org pulak yg memilih kasut utk dibeli. pilih punya pilih berkenan la dua pasang kasut di hati mereka berdua. lame tu lame la jgk proses pemilihannya sampaikan pak cik tu gaduh sbb rebut pelanggan. huhu, sedikit glamour la kami kejap waktu tu.

sedang asyik menunggu bas yang x menampakkan bayangnya, si pembeli kasut td membelek la kasut tersebut dan mendapati... oh, tidak! jangan katakan 'ya'. depan2 kedai tu rase nk frust menonggeng coz kasut yg dibeli ade 3 titik. masing2 memberi pandangan.
"bukan kot,"
"rasenye titik dia atas n bawah,"
"yela rasenye titik 3 tu bukan berderet mcm ni,"

ting3...kelas ust nazrul semalam baru je bicarakan pasal ni. mmg kebetulan la. hurm, lepas belajar mesti praktikal kan. "al'ilmu bilaa amal..." hehe. cek punye cek...hurm, x pasti la betul tak. kesiannya sahabat saya. dengan geramnya dia forwardkan mesej melalui ym. ini mesejnya:

AWAS!!! KASUT DIPERBUAT DARI KULIT BABI MURAH & TERHANGAT DI PASARAN… BANYAK TERDAPAT DI KOMPLEX2 MEMBELI BELAH TERUTAMANYA ;
1. PERANGIN MALL
2. BUKIT JAMBUL
3. GURNEY PLAZA
4. KOMTAR
5. SUNSHINE
6. GAMA
7. PACIFIC
8. SOGO
9. QUEENSBAY

CARA NAK SYAK KASUT KULIT BABI IALAH…
1. HARGANYA LEBIH MURAH DARI KASUT KULIT LAIN
2. BIASANYA KULIT BABI NI DI PASANG DI DALAM BAHAGIAN KASUT SEBAB DIA LEMBUT
3. PALING BANYAK PADA KASUT KANAK-KANAK PEREMPUAN
4. KASUT WANITA PUN BANYAK (YANG SALE GILER TU...PERATI BETUL2)
5. SANDAL LELAKI
TOLONG PESAN KAT ORANG RUMAH ATAU SAPA2 SAJA KAUM MUSLIM KITA

KALAU ADA 3 TITIK DALAM SATU TOMPOK TU… JANGAN BELI…TU KULIT BABI…http://emjayjb.multiply.com/photos/album/46/Cara_tengok_kasut_kulit_BABI

geram sgt nmpk muka dia. sabo yep. dengan berseloroh saya cakap kt dia...
saya : "letak mesej ni kt blog ye"
dia : "letak la, geram aku beli kasut mahal!"
saya : "hehe," senyum je la. kene kt diri sendri, baru la senyum terbalik aku. huhu.
Back to Top