Memaparkan catatan dengan label saje-saje. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label saje-saje. Papar semua catatan
0

RINDU

Rasa ikhlas pada hati-hati yang dipisah
Tiada dipaksa akan segenap rasa
Tiada langsung diduga kehadirannya
Murni dan jujur ia pada lafaz

Yang mampu menutur tanpa sedar adalah pada hati yang benar-benar terpisah
Yang datangnya jauh dari sudut hati kecil yang paling bawah
Yang sangat tulus pada meluah gelisah
Yang sangat tegar dan setia sekalipun diancam mehnah

Dipisah jarak dan waktu
Diuji teguh mempertahan rindu
Yang tinggal cuma memori semalam
Untuk dikenang dan terus mengenang

Agar esok mampu tersenyum pada perasaan
Khabari ia : "ya, kita tidak akan tewas dengan dugaan!"



0

Pengakhiran 'Bad Mood'

Seharian emosi tidak sihat. saya kira malam ini, beliau akan stabil. alhamdulillah, mampu senyum semula.

Terima kasih yg senyum pd saya tadi secara langsung atau tidak. sedikit berbunga rasa hati.

Senyuman paling terkesan sekali; senyuman anakanda Husna Rumaysa. saya x perasan Husna masuk rumah ni bila. cuma terkejut, bila Husna datang dan menuju ke arah saya dengan senyumannya yg kiut tu. siap tegur saya dengan sebut nama saya lagi (walaupun pelat).

Sangat damai hati melihat senyum dia; Husna yg comel. saya balas senyum dia dan bertanya khabarnya. khas untukmu, senyum pertamaku untuk hari ini, untukmu anakanda Husna.


Sudah, akhirnya Husna mengubat resah. senyum menawan. and my heart is melted. Thanks lil cute girl. You inspired me!! :)

Apalah untung sebuah masalah, andai kita tidak pandai mengatasinya dengan hikmah.

Sungguh, jika perkara kecil pun dianggap seperti masalah besar, bimbang nanti bila betul-betul datang masalah besar, langsung tidak dapat untuk selesaikan!


---> bahagia sekali saat kuketahui kata maafku diterima. sungguh, tiada kusut lagi. bahagia~ :)
0

Ulangtahun

24 April 2012 | pejam celik pejam celik. sudah genap setahun. setahun dua hari. teringat episod muram setahun lalu. semangat jadi pudar. untuk teruskan kehidupan rasa putus asa. sepatutnya saya harus percaya bahawa ujian itu tanda Allah sayang. tapi mengapa wujud rasa kecewa.

ujian yg Allah beri bukan sia-sia. tempoh sakit ajar saya kuat. tempoh ini juga ajar saya reti berterima kasih & rasa syukur. tempoh ini ajar saya byk perkara.

saya tolak satu taklifan. pernah terfikir; adakah ini kafarah. pasrah. saya terima ujian Allah. saya belajar menghargai nikmat sihat & masa lapang. sungguh, bersyukurlah dgn segenap kenikmatan.

***** ***** ***** ***** ***** ***** ***** ***** ***** ***** ***** *****

tahun lepas, berjalan menuju imtihan dipimpin teman2 akibat sukar hayun langkahan. masih sakit. tapi kawan2 saya penyabar semua. kami berjalan beriringan. menahan karenah arab dalam terik kepanasan. berbekal sabar, kami meneruskan kehidupan berimtihan.

Tapi tahun ini tidak lg. masih berjalan beriringan, cuma dewan peperiksaan berbeza sekali. teman2 sudah tahun 4, cuma saya tahun 3. selesai imtihan nanti, mereka sudah bisa pulang. tetapi tidak saya. ya, cuma saya.

terima kasih sahabat2 yg banyak bantu tahun lepas. sedih kenang kembali. susah payah kalian bawa saya lintas jalan. susah payah cari tempat duduk selesa utk saya. sanggup cari kerusi, walaupun kena pusing satu floor utk dapatkannya. kalian sanggup bersila di lantai, di tepi kerusi saya, supaya saya tidak ditinggal keseorangan. balik imtihan kalian x blh merewang-rewang sbb kena teman saya balik rumah terus. pegi balik imtihan kena naik teksi je.

buku2, nota2, rekod2 kelas tambahan semua kalian sediakan. bila saya kata, saya nk extend & tidak mahu ambil periksa kali ini, saya dikuatkan. alhamdulillah. saya punya teman seperti kalian. tidak putus2 beri semangat dan tiupi saya kekuatan. hingga satu masa, saya terdetik, Ya Allah berilah mereka seluruh kebaikan dlm keikhlasan mereka mambantuku sehari-harian.

kawan2 saya sungguh baik. yg membantu sedia makanan, yg membantu sedia ubat-ubatan, yg menyapu ubat di tempat sakit, yg bantu pergerakan, yg bawa ke doktor setiap bulan, yg beri sumbangan material mahupun spiritual dan lain-lain. terlalu byk utk disebut. saya hanya mampu mendoakan kebaikan utk kalian. sebanyak kebaikan yg kalian buat utk saya, sebanyak itu Allah beri kepada kalian, malah lebih lagi.

sudah setahun. pahit sungguh utk dikenang. tp itu sejarah. kata bonda : "rasalah, ini pasti manis, ini pengalaman!" saya cuma tersenyum. kelat. tiada semangat utk pegang buku. seperti rebah dalam timbunan buku2 yg langsung tidak sempat ditamatkan pembacaan. dalam berkira-kira ingin pulang ke tanah air tanpa menunggu tarikh imtihan, pipi 'ditampar' teman.

"sudah, jgn kecewa terus. kamu masih punya harapan! rezeki kita tiada siapa yg blh jangka. pergi periksa dulu. natijahnya serah kpd Allah." bersungguh benar dia, sedang saya masih lemah lesu. tiada semangat. penat.


***** ***** ***** ***** ***** ***** ***** ***** ***** ***** ***** *****

HARI INI, saya tiada semangat lagi. memori berputar ke setahun yg lalu. rasanya sama, tetapi asbabnya berbeza. rasa lemah, bukan kerana tiada kekuatan luaran. rasa lemah, kerana kekuatan dalaman sudah hilang. saya sorang2. tiada kawan2. semua sudah mahu pulang. dan saya bakal ditinggal sendirian.

wahai semangat imtihan, datanglah! saya harus lulus cemerlang.
0

Kamu

sedih..
sedih..
& sedih..
sgt sedih..

sbb sgt rindu..
rindu & rindu..
patutkah aku khabari kamu,
yg aku rindu kamu selalu?

apa agaknya khabarmu..
sihatkah?
atau kamu sdg 'sakit'?
'sakit' sepertiku..

atau mungkin aku sendiri..
merasai ini..
tanpa ada tautan hati..
apakah aku sendiri??

aku sedih lg..
namun,
sedihku biarlah sendiri..
sedihku bukan minta simpati..
sedihku hanya utk aku kenangi..

aku musykil bila selalu igt kamu..
adkh kamu igt aku??
0

Tunggu dan Tunggu

2.30 a.m. - nunggu kak na call. adus, nk bt pe ni. ponin da ni. lmbtnyer la. nk biar kak na sorg2 tunggu mereka tiba, x tergamak rasanya. huhu. hr tu skali dh tolak ajakan, mintak teman g jaga kak chik je pun, tgk2kn baby. tp hr tu mmg ad keje sguh2, kali ni kne korban sikit la. tau, kak na lg letih dr saya. huhu~

sementara tu godek blog kejap td. tp cm xde hasil je. oh ya, walimah td! semuanya baik alhamdulillah. tahniah bt kedua-dua pasang pengantin kak sukainah n suami dan kak saniyah n suami. dek kerana jasa baik ustaz2 kak sukainah n kak sa yg mengajar kelas tutorial, desert mereka td ditaja oleh anak2 murid mereka [betul ke?]. apa2 pun semoga bahagia dunia akhirat bersama zuriat yg soleh dan solehah..

barakallahu lakuma,
wabaraka alaikuma,
wajama'a bainakuma fi khair..


Back to Top