Memaparkan catatan dengan label tahniah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tahniah. Papar semua catatan
0

Tahniah Ijah

Selamat menempuh alam dewasa, Adinda Nur Aini Hafizah. pejam celik pejam celik....dah masuk U. tahniah ya. jaga diri baik2 di tempat (mcm jauh je).

Macam mimpi pun ada rasanya. sebelum ni, mak pun kata, macam tak percaya budak ni nk masuk U dh. sama lah, semua orang pun rasa begitu. wah, mereka mencabar kredibiliti awak ni, Ijah. :P

Yang paling manja dalam keluarga. masa kecik, kalau balik kampung nk raya, pak2 mak2 sedara panggil dia "radio buruk". suka menangis, bising bango. dari kecil hinggalah dewasa manjanya.

Sekolah menengah pilihannya pula mmg x jauh. syarat dia, nk masuk sekolah elit ke sekolah cluster ke, janji dekat dgn mak. masa duk kemaman dulu, f1 hingga f3 nya di kemaman. bila pindah tranung, usaha pulop tukor ke tranung.

Adik-beradik saya sekolah x banyak tukar pun, f1 sampai f5 sekolah tu je lah. Abah xde pulak nk susah2 pegi urus pindah sekolah bagai. dia je pelik sorang.

Kalau Ijah & Adik jalan sekali, mesti orang kata Ijah tu adik, sbb Adik lagi matured berbanding dia. tapi kalu baloh, si adik kaloh la. Adik jenis hormat orang etek. XD

Dapat U pulak, UiTM Dungun. aduh, x berkembang lah budak ni. sama U dgn Ahmad pulak.

"gi matrik la, wt mende masuk UiTM!" marah benar bunyinya. x padan dgn result lah. sosial lah. itu ini.

Matrik jauh. U dekat.

Anah kata, "tak heran lah!"

Saya, "sama je awak pun. rumah blkg U je."

Masa isi borang UPU dulu, pilihan U semua dia buat, semua U dlm terengganu di pilihan teratas. Masa isi borang matrik, pilih N9 (dekat dgn kakak), Pahang (dekat dgn Mama), Perak (dekat dengan Mok Ya). takut nk pilih tempat terbaik; kalau sains Matrik Kulim, kalau akaun Matrik Perlis. tapi tak dipilihnya. sabar ajelah Dik Jah ni. Anje ngat.


Masa Ijah isi borang matrik, selepas selesai beliau menduduki percubaan SPM, mak kata :
"mok dop caye Ijah tu nk masuk U doh," saya tergelak. sampai hati mak cakap camtu. XD

Bonda, anakmu itu sudah dewasa! :)
0

Jumu'ah Mubaarokah...

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

Salam Jumaat, Salam Sayyidul Ayyam. org kata, hari Jumaat adlh hari rindu-rinduan. betulkah?

Alhamdulillah. segar sikit dgr suara bonda. hr ni mood baik. mesti mak pelik nape nada saya gembira je hr ni. sbb saya x nk stress. esok dh mula ujian lisan. so, jgn tensi~ (nasihat pd diri sendiri..)

Hari tu bkn main lg sedih, tp hari ni mesti cool. :) alhamdulillah, everything is fine. dh x sakit sgt. mak pn bmbg, asyik bertanya saja. dh mula stabil. harap dpt fokus lbh lepas ni (ayat menenangkan diri sendiri).

Lps call mak, rasa nk ckp dgn pengantin baru pulak. :)

Gembira saya dengar suara bahagia dia. sungguh la, saya suka dgr suara Kak Ummi. ceria. dia pn cakap suka dgr suara saya. mcm gembira je. yela, saya tumpang gembira akaq la ni. hehe. smlm majlis sambut menantu kt rumah ustaz. cpt upload gambar ye. saya x sabar nk tgk ni. dh la x dapat pegi majlis. apepon, mabruk lah. :)

Selamat Pengantin Baru kak Ummi Saadah & ustaz Khairuddin. semoga kekal bahagia sampai ke syurga. :)

Ok, dh blh stop kot. jom murojaah Al-Quran. moga Allah permudahkan segala urusanku & shbt2 menjalani ujian lisan kali ini.


Syafawi Tahun 3 Syariah [-Banat-]
1@4 Jun : Al-Quran
5 Jun : Fiqh Muqoron
6 Jun : Fiqh
14 Jun : Usul Fiqh
2

Mabruk~

قال رسول االه صلى الله عليه وسلم
تنكح المرأة لأربع : لمالها، ولحسبها، ولجمالها، ولدينها، فاظفر بذات الدين تربت يداك


Tahniah & Selamat Pengantin Baru, kurakamkan buat Taakhi HEWIku yg dikasihi; Nor Eina bt M. Ali dengan pasangannya Mohd Azarul Aiman bin Rosli yg selamat diijab kabulkan pd 18 Mei 2011, jam 10 mlm waktu Malaysia dan 4 ptg waktu Mesir. Doaku agar kalian kekal bahagia sampai ke syurga. Dan semoga pernikahan kalian ini memberi kontribusi besar dlm bidang dakwah hendaknya.


Menerima perkhabaran ini dr empunya diri. sungguh, kami dibalut rasa gembira di akhir pertemuan malam itu. terpegun, ternganga, bertanya, bercerita, gembira dgn kegembiraan beliau. walaupun tangan beliau bertukar sejuk, lidah terketar menuturkan kata, namun masih sempat mengukir senyum, bergelak tawa bersama kami. mungkin itu yg terakhir. bersama~~

Selepas ini, hidup kita sudah berbeza, krn anda punya tambahan tanggungjawab. sudah pasti saya; taakhi anda, sedih dgn kehilangan ini. rasa berat, namun inilah hakikat. kenangan2 pasti disemat kukuh dlm kotak ingatan. saya lepaskan anda dgn penuh ikhlas.

Semoga Allah permudahkan segala urusan seharianmu. jd isteri solehah ya!

Pernikahan di usia muda bukanlah satu perkara mudah & remeh. Secara umumnya kita dpt lihat, pelbagai rintangan & halangan yg dilalui demi mencapai sebuah ikatan yg halal dlm umur yg masih 'hijau' begini. Halangan internal; keluarga terutama ibu bapa yg masih krg yakin dgn anak2 mereka, & external; jiran tetangga, rakan taulan yg ragu2 dgn keputusan berkahwin di usia muda ini adlh menjadi satu perjuangan bg mereka yg bertekad utk meneruskan niat suci, mengikut sunnah nabi.

Masing2 punya pendapat sendiri berkenaan isu ini. ada yg bersetuju, ada pula yg tidak berdasarkan hujah2 diutarakan pada setiap pendapat. pandangan penulis pula bagaimana? apa pun pandangan kita, moga sentiasa dipandu Allah s.w.t.

p/s : selamat lah ye uda. ateh dan adik-beradik lain doakan yg terbaik utk uda sekeluarga~ :)

0

Mujahadah itu Payah~~

Salam buat semua. lesu, kaku. lupa kata laluan? barangkali. lama tidak menaip begini. 1, 2 @ 3 posting shj kebelakangan. masa dirasakan begitu pantas sekali, semakin diburu, semakin pantas berlalu.

Kenapa mujahadah itu payah? yang berjaya sahaja merasakan kemanisan di akhir sebuah pengorbanan. apakah kita merasa? apa dinilai stp hari atur gerak langkah kita? apakah disulami ikhlas semuanya? diniatkan hanya keranaNya? Allah~~ sungguh, insan lemah x punya apa-apa. berilah berkat pada langkah ini, agar tidak tersungkur mengejar bayang-bayang sendiri.



First n Foremost
Selamat Hari Raya Aidiladha 1431H buat seluruh keluarga nun jauh di sana. abah, mak, kakak, kak yah, anah, ahmad, adik, tok tokki, mok sdare pok sdare, sanak saudara seluruhnya.

Sungguh, rindu suasana raya di sana! rindu bergotong royong hari raya, rindu bertakbir raya bersama-sama. dan yang paling pasti.....saya sgt rindu suara takbir abah. gemersik menusuk hati. cuba pejamkan mata, mengahayati alunan merdu suara abah pd saki baki suara yg masih tinggal dlm hati ini. sudah 3 tahun, kalaupun hampir luput, cuba sekuat-kuatnya mengingat kembali, agar ia tdk terus pergi tinggalkanku sendiri.

Salam sayang + rindu kutiup bersama angin lalu buat mak abah kakak adik seluruhnya. hanya doa hadiahku buat kalian, moga menjadi hamba yang taat dan soleh, demi mencari redha Ilahi di stp detik hingga akhir semua ini.



NeXt...
Eid Milad Sai'ed buat adinda Nur Aini Hafizah pada 9 November 2010 bru2 ini. Semoga kematanganmu mengiringi usia. jgn letih dan jemu dlm menuntut ilmu selagimana masih bernafas.

x sempat SMS, wish sini pn jadilah ye. sori ijah. huhu. doakan ijah, agar tercapai cita-cita. jd kebanggaan abah mak, n paling penting agama.


skrg da 16 thun, hrp lbh matang dlm mengenal kehidupan. kak teh tau ijah boleh, ijah mampu, yg penting kne yakin n rajin. tu je. x perlu rasa kita kecil, meletakkan diri di luar kebiasaan.

ok, wish u da very best of luck~~ selamat hari lahir ke 16~~



NeXt LaGi...
Sanah Helwah ila ukhti almahbubah, Nor Azila Mamat. semoga sentiasa dilimpahi rahmat dunia akhirat. jadi muslimah solehah, penyejuk mata. semoga dpt zauj yg soleh jgk.


Tgk facebook, hr ni hr lahir awak. x prasan pulak sy mse mula2 tu. he~ sori! time kasih byk bantu selama ni. byk sumbang tenaga dan masa. terima utk bekerja bersama sy. bkn utk sy, tp utk agama. moga Allah balas setimpalnya, sbg saham akhirat, juga kredit utk Islam.

Selamat Hari Lahir org laut, blajar rajin2. uhibbuki fillah~~



& yG PaliNg AkHiR~~~

Selamat Pengantin Baru bt pasangan muda, adik Maizatul Akma binti Ali & pasangan. semoga bahagia hingga anak cucu.

Maaf sgt sbb x byk dapat bantu dalam keadaan yang pantas begitu. apepun, mabruk! selamat da jd zaujah, solehah. insyaallah, sayap kiri sang pejuang.

Baarokallohu lakuma,
Wabaroka alaikuma,
Wajama3a bainakuma fi khoir.

credit to qberphotography
[dayah, curik gambo abg dayah ni..huk2..]


0

Mabruk untuk Kakak~~

Tahniah. dh grad dh ye. means dh habis blaja la. ye, tahniah2 tuk kakak. terkilan jgk x dpt tgk kakak konvo. org lain leh je merasa. huhu, naseb badan. neway, selamatlah sudah anak sulung abah+mak. pasni, kak yah, then anah dulu kot, barulah saya.


Hurm, kejap je kan. kite pn da besar dh sume. tp masih blajar, sorg je bru yg akan bertukar alam ke alam pekerjaan. jom, kite pow kakak bile ye keje nanti. skrg tgh tgu nk posting kt mane2, 2 3 bulan lg leh la jalan projek ni kan. :P [time kakak x keje pn, adik2 biasa pow, dh keje 6t siap sedia la..haha]


Selamat maju jaya kakak, moga dilimpahi berkat dan rahmat Allah selalu. :)

bukan nk tlg kakak betulkan jubah ke ape..sebuk nge kamera lg..haih~


adek yg suke bergambar..


lokasi kejadian : Universiti Islam Antarabangsa
Back to Top