SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN KEKOSONGAN JAWATAN: A. Ahli Syurga Dari Awal. B. Ahli Neraka Dari Awal. C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga. EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A): 1. Nikmat kubur. 2. Perlindungan di Padang Mahsyar. 3. Keselamatan Meniti Titian Sirat. 4. Syurga yang kekal abadi. TARIKH TEMUDUGA: Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini. LOKASI TEMUDUGA: Di dalam kubur (alam barzakh). KELAYAKAN: Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet. Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit. Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul. Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi. Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan. PANEL/PENEMUDUGA: Mungkar dan Nakir.
ENAM SOALAN BOCOR: 1. Siapa Tuhan anda? 2. Apa Agama anda? 3. Siapa Nabi anda? 4. Apa Kitab anda? 5. Di mana Kiblat anda? 6. Siapa Saudara anda?
CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu.
Ia diberi nama Izrail. TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI: Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:
Sabda Rasulullah S.A.W:
'Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara (terompah kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekah jariah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya..' Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk.
Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan masuk. Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu : Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang. Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepada nya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah Nabi Muhammad S.A.W dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Maka malaikat berkata kepada mayat itu : Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula di akhirat insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya'.
Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.
Wallahu-a'lam. Semoga berjaya dalam temuduga ini.
Indahnya DUNIA hanya sementara,Indahnya CINTA hanya seketika,
Indahnya MIMPI kadang-kadang tak pasti,
tetapi indahnya KENANGAN bersamamu,..SUKAR DICARI GANTI...
Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas seharian sama ada di rumah mahupun di tempat kerja, bolehlah jadikan petua yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. kepada puteri kesayangannya Saidatina Fatimah sebagai penawarnya.
Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali bin Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti..
Saidina Ali berkata :"Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang. Berjumpalah dia dan mintalah seorang khadam untuk membantu mu."
Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah. Bagaimanapun Rasulullah s.a.w. tidak mampu memenuhi permintaan anak kesayangannya itu. Lalu Baginda s.a.w. pergi menemui puterinya serta menantu itu.
Baginda s.a.w. berkata:"Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur, bertasbihlah(Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan bertakbir (Allahuakbar! ) 33 kali.Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam."
Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anak dan menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua.Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah.s. a.w. ini. Katanya "Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia diajarkan kepadaku."
Sayugia dicadangkan kepada sesiapa sahaja yang merasai kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian supaya mengamalkan membaca 'Subhanallah' (33 kali), 'Alhamdulillah' (33 kali)dan 'Allahuakbar' (33 kali) pada setiap malam iaitu sebelum melelapkan mata. Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan), InsyaAllah petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan hidup seharian kita. Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengan senyuman.
"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"(Sabda Rasulullah SAW)"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar
Semoga bahagia n dikurnia anak2 comel soleh solehah.
Kak AniemNurrul-Haniem Mustaphy
Kak Illa Rafazila Razak
Kak Emma Nur Hamimah Endut
"Sesiapa yang berkahwin sesengguhnya ia telah menyempurnakan separuh daripada agamanya...maka bertakwalah ia pd separuh yang lain..." (hadis riwayat tabrani)
ok, ucapan yg pendek tp ikhlas tau. huhu. i got to go. esok sy pekse. kertas tauhid pulak. k doakan najah~
30 mei 2009. bersatu dua hati. selamat pengantin baru kpd pengantin2 pengantin 30 mei. terlalu ramai saya rasa. berapa pasang ye hati yang bersatu? mungkin agak kelewatan mengepos ini, sbbnya terlalu sibuk dan x berkesempatan. ni pun sekadar ucapan saya utk kenalan2 saya dr kecil sampai la saya besar sekarang. oh ya, skrg cuti sekolah. patutla ramai buat majlis ye. dan saya? x berkesempatan utk hadiri. huhu. apa pun dari jauh ni saya ucap tahniah la utk kalian.
Pertama-tamanya, kak nurul.Nurul Syuhada bt Zakaria(22), dengan mujahid pilihan. sape? tak tau la saya. hehe. kak nurul orang kampung saya. dulu sekolah alfalah. sekolah rendah dulu je sekolah same2. jd saya x rapat sangat la. cuma tegur2 gitu je. tahniah ye kak nurul. saya tahu ni pun dr kak suli (suliza mohammad kapten aspuri 05/06), kawan baik kak nurul. kak suli bila lagi? hehe.
Seterusnya, kak lily.Tengku Rosmaliza bt Tengku Seman (24). adiknya sama dgn saya, tengku nur aisyah tengku seman. kak lily exco la masa kt smaasza dulu (tahun 03/04). selamat pengantin baru ye kak lily. semoga bahagia sampai akhir hayat. Lagi, kak ani.Noraini (24). kak ani tu nama glamer. tp masa kat smaasza org panggil ustazah ain. cikgu praktikal kusza. masa tu saya form 4 kalau x silap. kak ani kawan kak ila. kak ila pun dh nk kahwin. gaia insyaallah. Salam bahagia utk semua. semoga Allah kurniakan anak2 comel yg soleh dan solehah.
Semalam paper kelima. qaah bahas usul fiqh. saya masih ada 3 lagi. doakan saya yep. huhu, takut. alhamdulillah, saya dpt hadiri peperiksaan. tp macam mana dengan sahabat yg punya masalah dan x boleh hadiri peperiksaan??
sabar ye sahabat. saya doa moga ujian Allah ini dapat kalian lalui dgn tabah. utk kak hilwa (negeri sembilan)..saya ucapkan semoga cepat sembuh. di tengah2 fatrah imtihan, kak hilwa diserang sakit perut yg amat sangat. lepas check, then operate.. ahad tu, paper alquran (1st paper), ditawaqqufkan utk tahun akan datang. sy n sahabat2 terengganu n selangor g la melawat kak hilwa petang habis jawab alquran tu. muka kak hilwa tenang saja. ada jg yg tanya, "kak suka makanpedas ye?". dia senyum je, "org negeri sembilan." kak hilwa tabah. moga Allah beri najah pd akaq. saya kagum dgn kak hilwa.
sahabat saya yg banyak dugaan semenjak menjejak kaki ke bumi kinanah ini. saya ucap takziah utk amalina. dalam usaha mengubati sakit ayah yang pada mulanya dikatakan sakit barah hati, kemudian ada yg kata dibuat orang. perut sepertinya ada ketumbuhan. baru je nk berjuang di sini, tiba2 terdengar berita yg kurang enak itu. selesai fasal satu dengan bersungguh2 menghadiri peperiksaan, tiba pula imtihan fasal dua. call malaysia, adik kata "teruk jugak ayah." dengan nasihat kawan2, dia membuat keputusan utk terbang. melihatkan keadaan sakit ayah yg semakin meruncing, dia korbankan imtihan fasal dua. hari ini, 1 jun 2009, jam 2 pagi waktu mesir, ayahnya menghembuskan nafas terakhir. baru tersedar kami. kami sibuk berjuang di sini dgn kertas2 peperiksaan, dia di sana berjuang mengubati ayahnya. dgn operation yg x berjaya mengeluarkan ketumbuhan dlm perut itu, dgn keadaan ayahnya yg semakin lemah hingga terpaksa dipindahkan ke hospital kuala lumpur. tabah kawan! Allah syg kamu.
semoga roh allahyarham Allah tempatkan bersama orang2 soleh. ameen.
Semalam hari yg banyak kelemahan. hari yang banyak tidur, yang terkurang makan, terkurang bercakap, terkurang membaca... rasanya seperti bukan diriku. siang yg merugikan. termenung aku bermuhasabah petang itu. terpinga-pinga mencari jawapan.
Terdengar ajakan seorang teman melihatkan kristal2 yg baru dibeli. kristal? oh,aku sudah melihatnya di ym semalam. sekadar melihat gambar. ingin juga rasanya melihat yang sebenar. tp apalah dayaku. huhu. aku x tega utk berkata, aku juga ingin melihat kristal2 itu seperti mereka.
Biarlah aku di sini. biarkan aku sendiri. kurasakan tenang begini. namun aku punya pesan untuk mu dan untuk dia (sememangnya aku bukan layak untuk beri pesan,,sekadar ingatan). jangan pula rasa bersalah tentang apa yg sudah berlaku. tp harapanku agar perkara yg sama x kan berulang lagi. terpulanglah jika ianya bukan untukku, tp untuk yg lain. jangan biarkan mereka bersedih sepertiku, cukuplah aku seorang. walaupun jauh di sudut hati, aku begitu berkecil hati.
Termanggu sejenak meneliti silap diri. maafkan aku teman. aku sayang kalian~
At this very moment I know well you are putting this last fact to the test...
..now remove your thumb from your nose and pass this on to the friends you think might be interested in comparing their thumbs to their noses as well. :)