0

Tips Berurusan Dengan Lelaki

SALAM..brikut adalah 5 tips bagaimana berurusan dengan lelaki ajnabi. Tips-tips ini telah dikongsi oleh seorang sahabat yang amat disegani oleh kaum lelaki dan kaum wanita. Semoga dengan mengamalkan perbatasan hubungan ini, akan lebih mensucikan hati kita dan hati mereka. Sama-samalah kita menjaga hati...

1. Elakkan berurusan dengan lelaki - Selagi masih boleh dan berpeluang untuk minta tolong daripada perempuan. Kecuali dalam hal seperti dalam hal repair kereta, repair laptop dan lain-lain.. Disebabkan limitation kemampuan wanita dalam hal tersebut, maka terpaksalah juga akhirnya minta bantuan daripada orang lelaki.


2. Kalau terpaksa berkomunikasi dengan orang lelaki, gunakanlah medium perantaraan dalam bentuk tulisan seperti SMS, e-mail atau nota kecil. Gunakan perkataan-perkataan formal,bukan bahasa pasar. Contoh :maaf(bukan sorrie..), terima kasih(bukan time kacih..). Lagi satu, tak payahlah buat smiley face ke =),gelak ke (hihihi...), dan lain-lain yang kurang berfaedah.

Elakkan bercakap melalui telefon kalau belum betul-betul desperate. Ini kerana suara wanita amat lunak dan boleh menggetarkan jiwa insan yang bernama lelaki. Buktinya sampai ALLAH sound kepada wanita supaya keraskan suara!


Rujuk Quran,Surah Al-Ahzab, ayat 32 :"Wahai isteri-isteri nabi, kamu bukanlah seperti perempuan-perempuan lain jika kamu bertaqwa. Maka janganlah lemah-lembutkan suara dalam berbicara, sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yang baik." Kalau rasa ayat ini ditujukan kepada isteri-isteri nabi sahaja, sepatutnya kita juga menyahut seruan tersebut untuk mencapai darjat yang sama seperti mereka-darjat wanita bertaqwa dan darjat wanita-wanita yang terpilih. Best kan ???


3. Tundukkan hati. Apabila terpaksa berurusan dengan lelaki, kita sepatutnya merasa bulu roma kita meremang-kerana takut pada ALLAH! Kita sangat takut sekiranya disebabkan kita, lelaki tersebut tertarik kepada kita. Sewaktu berhadapan dengan lelaki-lelaki tersebut, banyakkan beristighfar dan berdoa “ YA ALLAH, janganlah KAU jadikan lelaki ini tertarik kepadaku. Jauhkan pandangannya daripada panahan-panahan syaitan.”


4. Tundukkan pandangan. Jangan tertipu dengan subjek communication skills yang pernah kita belajar, "make eye contact with the person you’re talking to..". Ianya applicable kalau kita bercakap dengan sesama jantina sahaja. Kalau ada eye contact dengan orang yang berlainan jantina, kita akan mendapati teori “dari mata turun ke hati” itu benar-benar bisa berlaku.

Para sahabat dahulu pun, ALLAH perintahkan supaya tahan pandangan mata mereka apabila berurusan dengan isteri-isteri nabi.


Rujuk kembali Surah Al-Ahzab, ayat 53 :"…apabila kamu meminta sesuatu daripada isteri nabi, mintalah dari belakang tabir. Itu lebih suci bagimu dan hati mereka…". Tetapi kita bukanlah disuruh membawa tabir ke mana-mana kita pergi. Kalau susah sangat nak jaga mata, tutuplah pandangan dengan buku ke, fail ke..

Kita lihat betapa ALLAH sangat mengambil berat masalah hati para sahabat dan isteri-isteri nabi supaya mereka tidak tewas ke dalm kemungkaran. Kalau kita nak jadi sehebat mereka, kenalah aplikasikan apa yang mereka lakukan. Takkan nak tunggu ALLAH sebut nama kita dalam Quran baru nak buat. Contoh :"Wahai cik _____, tundukkanlah pandangan..". Isk,isk..tak layaknya..


5. Cepatkan urusan. Perkara ini mungkin applicable kepada students/orang yang dah bekerja dan terpaksa berurusan dengan team lelaki. Dah tak dapat nak dielakkan, mereka sahaja teammate kita. So, apa-apa kerja yang dibuat bersama, buat sahajalah kerja tersebut. Tak payahlah nak berborak-borak, tanya hal peribadi, gelak-gelak, buat lawak...TAK PERLU! Siapkan kerja cepat2, then go.


Discussion venue pula buatlah di tempat yang proper dan b'urusanlah secara profesional. Semoga bermanfaat dan semoga kita dikenali sebagai wanita mu’minah yg ada identiti, yg taat perintah ALLAH dan takutkan hari pembalasan...

0

Mengantuk oh Mengantuk

Jam tepat menunjukkan pukul 1.24 pagi waktu mesir. mengapa mereka enngak bisa pulang ya. ye dengan tekun menekan keyboard. lumba ye sape paling laju. sape yang paling handal menjahanamkan papan tu. huhu, saje je. mengantuk ni...bila nak balik. x rok doh rase.

Pening ke baca. mmg pening la sbb saya pn semakin pening sbb x leh tido2 lagih. huh. bila mereka nk siap nih?? skrg sdg berlangsungnya pertandingan pelajar mithali yanng dianjurkan oleh ustaz madrasah saiyyidah nafisah. tugasannya adalah menyiapkan assignment tentang hukum gambar wanita dalam friendster. esok kelas kul 8 pagi. tolong...mengantuk. bile la kawan2 sy mau siap ye?? mengantuuuuukkkkkkkkkk.................~1.43 pagi~
0

..Ikhlas..

"Mari ku ajarkan mu tentang ikhlas," kata seorang guru kepada muridnya.

"Nanti saya ambilkan buku dan pena untuk menulisnya."

"Tak payah, bawa sahaja karung guni."

"Karung guni?" soal anak muridnya, seperti tidak percaya.

"Mari kita ke pasar!"




Dalam perjalanan ke pasar mereka berdua melalui jalan yang berbatu-batu.

"Kutip batu-batu yang besar dan masukkan ke dalam guni yang kau bawa itu," kata guru itu memberi arahan.

Tanpa soal, anak muridnya memasukkan batu-batu besar yang mereka temui sepanjang jalan.

"Cukup?"

"Belum, isi sampai penuh karung guni itu. Lebih banyak lebih baik."




Sampai di pasar, mereka berdua tidak membeli apa-apa pun. Gurunya hanya berlegar-legar, melihat-lihat dan kemudiannya mula beredar ke luar.

"Tok guru, kita tidak beli apa-apa kah?"

"Tidak. Bukankah karung guni mu telah penuh?"

"Ya, ya..." kata murid itu sambil memikul guni yang berat itu kelelahan.




"Banyak beli barang," tegur seorang kenalan apabila melihat anak murid itu memikul guni yang berisi penuh dengan batu-batu.

"Wah, tentu mereka berdua ini orang kaya. Banyak sungguh barang yang mereka beli," bisik orang lalu-lalang apabila melihat guru dan anak murid tersebut.

"Agaknya, mereka hendak buat kenduri dengan barang-barang yang banyak itu," kata orang yang lain.




Sampai sahaja di tempat tinggal mereka, murid tadi meletakkan guni yang berisi batu-batu tadi.

"Oh, letih sungguh... apa yang kita nak buat dengan batu-batu ni Tok?"

"Tak buat apa-apa."

"Eh, kalau begitu letih sahajalah saya," balas anak murid.

"Letih memang letih, tapi kamu dah belajar tentang ikhlas..."

"Bagaimana?" tanya anak murid itu kehairanan.




"Kamu dah belajar apa akibatnya tidak ikhlas dalam beramal."

"Dengan memikul batu-batu ini?"

"Ya. Batu-batu itu umpama amalan yang riyak. Tidak ikhlas. Orang memujinya seperti orang-orang di pasar tadi memuji banyaknya barang yang kamu beli. Tapi, kamu sendiri tahu itu bukan barang makanan atau keperluan tetapi hanya batu-batu..."

"Amal yang tidak ikhlas umpama batu-batu ini?"

"Ya, hanya beratnya sahaja yang terpaksa ditanggung. Dipuji orang, tetapi tidak ada nilainya di sisi Allah. Yang kamu dapat, hanya penat..."

"Ya, sekarang saya sudah faham apa akibat jika beramal tetapi tidak ikhlas!" ujar murid itu.

Sekarang dia sudah faham apa akibatnya RIYAK dalam beramal.

Khas 4 my ex-jiran

Salam Tahniah buat jiran saya mase dulu2 pak cik Endut n mak cik Rokiah sekeluarga atas kehadiran ahli keluarga baru. Menerima menantu pd tanggal 6 hb 6 baru2 ini. Juga menimang cucu pertama yang comel. Semoga hidup aman sejahtera serta dilimpahi rahmat Allah sentiasa. Saya doakan kebahagiaan kalian bukan hanya di sini, tapi biar sampai ke syurga. Amin..

selamat pengantin baru kak emma..


kak emma+her parents (pak cik endut n mak cik rokiah)+her husband


ayah su (ezham)+baby (harith hannaan bin hasrul anuar)


comelnye muka dia tido.....

0

Sanah Helwa Abati...

Selamat Hari Lahir buat Abah. 13 Julai genap umur abah 53 tahun. Ateh doakan semoga panjang umur, murah rezeki, diberi kesihatan yang baik dan diberkati usia hidup ini. rindunya kat abah, rindu nk dengar kalam hikmah, rindu nk dengar tutur yg sarat dengan nasihat.

Pernah juga berguguran manik-manik halus dek kerana sayu hati mendengarkan butir katanya. Sungguh, diri ini tahu betapa abahku banyak berkorban membesarkan kami 7 beradik yang punya pelbagai ragam. Kami janji nk jadi qurratu a'yuun, macam yg abah harap dan doa selama ni. Kami hargai segala jasa, hinggakan kami semua x tahu bagaimana harus kami bayar semuanya.

Teringat pula kisah lama, pahit manis peristiwa yg dilalui demi mencari nafkah untuk kami semua. Ya Allah, tak larat lg rasanya nk menghitung. Moga Allah catat segala jasa baik dan balas dengan pahala.

Abahku heroku...
0

..Pengalaman Berharga..

Pengalaman baru yg x dpt dibeli dgn wang ringgit. bernilai sungguh. betullah disebalik kejadian tu, ada hikmahnya. disebabkan kesibukan harian, rasanya terlambat utk merakamkan memori indah BAZARIA DARUL IMAN. namun saya tetap ingin mengabadikannya di sini sebagai tanda kenangan. lain kali takut dh x lalui pengalaman sebegini (huhu..cukuplah sekali..serik aku)..

Mulanya mmg x nk pn ambik tender. mase tu pk nk makan je. makan makanan terengganu. yg ditunggu-tunggu sgt, nasi kerabu la (my peberet tuh). kalu kt mesia dulu hr khamis je, g pasar minggu, beli nasi kerabu cik ngah ani. skrg cik ngah ani duk jauh pn masih dpt rase nasi kerabu dr gerai sabri restoran kt bazar baru ni. alhamdulillah~ eh,panjang pulak meleret.

Tp disebabkan nampak ada yg semangat, saya x sanggup nk hampakan. insyaallah saya boleh join tolong2 mereka (masuk saham la kirenye). tetiba pulak dikejutkan satu berita. gempak jugakla. efeknye, ramai yg nk tarik diri, x nk join. semua jd x semangat, semua nk marah2, semua nk rase2 hati. so, kami semua (10 org : idah, atiyah, nana, enny, uppa, ku, huda, nyah, syu, kak diah) pakat utk teruskan awal2 perancangan kami (ambik tender bazar) dsbbkn berlaku terlalu byk salah faham serta utk mengelakkan masam muka dan salah sangka. kami duduk semeja dan bincang : mane yg salah faham, mane yg rse x puas hati, mane yg nk disettlekan, semuanya di meja bulat itu. KEPUTUSAN TERAKHIR KAMI : semua kene join kecuali 3 org (x masuk saham) yg nk balik malaysia 30hb 6. yg bertujuh lain kene masuk semua supaya adil (huh, kan mudah tu..).


Seven Stars Corner...nama tu kami pilih sbb..(adela tu sbbnya,biar ia jd rahsia kami). setelah puas duk cadang idea2 mengarut utk dijadikan nama kumpulan, akhirnya bertemu juga satu nama comel ni. huhu. menu kami pn entah pape. 4 menu : nasi turkey, mee rebus, bebola daging, jelly koktail. nasi turkey n bebola daging tu, ade sifu (ambk resepi dgn timbalan pengarah lg..huhu..). mee rebus ade org pro, xde masalah. jelly koktail plak adalah hasil gabungan idea kreatif dua di antara kami.

Terus terang saya katakan, saya malu sebenarnya. bukan saya x open-minded. tp saya rasa takut utk beri org rasa masakan saya yg x banyak pengalaman dlm bidang masakan ni. memang bukan semua yg saya kene masak, tapi bila turn saya x jaga kaunter, saya harus masak, sbb dh x de orang lg. huhu. alhamdulillah, Allah nk ajar saya supaya pandai buat semua tu. dan saya punya ilmu baru sekarang. saya juga belajar utk lebih konfiden bila berdepan dgn orang ramai (pelanggan la tu). alhamdulillah, saya diberi peluang utk itu.

0

..Temuduga Jawatan Kosong..

SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN

KEKOSONGAN JAWATAN:

A. Ahli Syurga Dari Awal.

B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN
(khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA
:

Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA
:
Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN
:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet.
Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan
tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.

PANEL/PENEMUDUGA
:
Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?

3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu.

Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI
:
Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud
begini:

Sabda Rasulullah S.A.W:
'Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara (terompah kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekah jariah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya..' Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk.

Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan masuk. Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu : Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang. Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepada nya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah Nabi Muhammad S.A.W dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Maka malaikat berkata kepada mayat itu : Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula di akhirat insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya'.

Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.

Wallahu-a'lam. Semoga berjaya dalam temuduga ini.

Indahnya DUNIA hanya sementara,Indahnya CINTA hanya seketika,
Indahnya MIMPI kadang-kadang tak pasti,
tetapi indahnya KENANGAN bersamamu,..SUKAR DICARI GANTI...



Back to Top