0

...exam mode...selamat hari lahir...

0051, 6 Jan 2010 - sistem badan yg mesih belum off sedang yg lain dibuai mimpi. senyap je mlm ni kecuali bunyi cicak. eh, cicak? mne ade cicak..bukan3. ditemani alunan saad said alghamidi. tips kecemerlangan, study 10 jam. sdh cukup? of course la belum cukup. dats why saya masih berjaga. td ngantuk, sy ngadap la ni kejap [kejap ke? huhu]. moga2 kejap je.

dalam proses menghadamkan buku ini

muhasabah diri bile duk sorg2 ni. mcm2 la duk pk. pas isyak td tazkirah psal mati. mmg betulla ustaz tu cakap. mase dpt berita student azhar meninggal, rase cm sedih sgt la. walaupun x kenal, tp baru je beberapa jam yg lalu kami warga terengganu bersolat hajat selepas isyak. terkejut, betul, Allah x melewatkan & mempercepatkan kematian walau sesaat pun. innalillahi wa inna ilaihi roji'un. masa kita pula wallahu a'lam.

sgt terkena kt diri sdiri bila pentazkirah kata : mula2 tu kite sedih la, pastu boleh pulak kite suke2, spt x igt dh blaku kematian. hakikat. betullah tu. terima berita tersebut, terkejut, terkedu, skjp je Allah nk tarik nyawa. merewang-rewang pikiran entah ke mana, mcm mana la aku mati nanti. tetiba bile duk ramai2, ade pulak kawan buat lawak, blh lg nk ketawa mase tu. hati bagai disentap rasa bersalah lps tu. dang dang je nk suke2. Ya Allah, lalainya aku. ampunkanku yang sentiasa bt silap. Allah Allah..

eh, saya harus cepat menaip ni sbb buku dh panggil tu. saya bajet 15 minit je menulis ni. dan sblm broadband ni bt hal lg [bosan sguh asek probz je]. tangan rse cm kaku nk taip, sejuuuukk. saratoga masih kemas berlipat di hujung katil. mujahadah2 [ish, betul tindakan ku ini?]. sementara tgu friendster tu [hrp x lame] tubek gambo2, sempat lg tgk friendster org. hehe. musykillah dgn sebuah friendster ini. bakpe ye? huhu, biarlah die.

oh, ya! sbnrny kan..huhu. sy tlh terlupa utk wish my fren a hepi besday. hurm, kesibukan hingga terlepas tarikhnye. 3 hb januari. itulah, saya gelakkan org. last2 skali aku yg terlepas nk wish. 2 hb hr tu dayah ade tanye saya, bile besday wani. sy kate la kt dia : besday wani x igt ke? yela, dayah bukan x igt cume dia keliru je 1 hb ke 3 hb. dang dang je mengetawakan dayah. huhu, at last diri sdiri yg patut diketawakan.

di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat hari lahir ke 21 kpd roomate sy mse thanawi 1 n thanawi 3, hazwani abdullah. semoga panjang umur, diberi keluasan rezeki, diberi keberkatan ilmu, dikurnia kesejahteraan hidup dunia dan akhirat. maaf sgt2 sbb x smpt mesej [lame da x topup..huhu].


sanah helwah ya jamilah. moga terus thabat. salam sayang fillah. panjang umur kite jumpe ye. rindu wani. :)

*kalau tahun lepas jd org first yg ucap, tahun ni jadi org last la pulak. huhu~
0

Makan??


Sabtu, petang, 2 januari 2010 - batch saya [stam 2007] + batch adik2 [stam2008] dpt merasai suasana arab menjamu selera. nyum3...sedaaapp! hingga menjilat jari la. kami mendapat stok makanan arab ni dr ustaz ibrahim, ustaz arab yg ajar kami mase stam dulu. skrg masih mengajar di sma(a)sza lg. beliau tlh mengambil flight malam semalam [malam sabtu] utk ke malaysia memandangkan sessi persekolahan akan bemula esok, 3 januari 2010.

sblm check in, ada bekas anak2 murid yg menemuinya di lapangan terbang. ada yg mengirim barang utk kepada femili kt malaysia [ish2, x malu sguh], dan ada juga yg hanya ingin bertemu mata sblm berangkatnya ustaz ke tanah air kami [huhu, sedey teringat tanah air nih]. tanpa dijangka, kami dpt hadiah besar dr ustaz yg begitu menyelerakan. nyum3. cuba teka apa dia? apa lagi..hidangan arab la. xkan isteri ustaz masak hidangan melayu pulak kan.

dsbbkn keletihan balik dr epot, x termakan lagi la sume tu. haflah makan2 diadakan petang sabtu. x cukup dgn tukang sponsornye ustaz ibrahim, kite ade lg 2 org tukang sponsor. hehe, OKB [org kaya baru kah mereka?]. menu tambahan adlh firokh masywi atau dgn nama melayunya ayam panggang. best3.

ade byk la makanan. tp x igt dh ape, sbb smua dh hbs. yg ni je smpt snap.

tadaa....~

ni namanya tursyi [طرشي]

ni pun adik kecik pakai spek tu la yg amek gambau. ye suh saya wat masuk blog. selepas ditapis2 dr dua keping gambar, saya just wat masuk satu je. hehe. sori r, gambar tu kne reject bkn sbb awak x reti snap, tp sisa dh tu. nk tepek kt blog malu wase. haih la. atas permintaan dia tu, saya wat masuk la. sian lop, nangis kang. puas hati ye eina.

tgk la saya korbankan masa saya kejap duk layan ke permintaan dia. huh. xpe la, nasib baik td dh belanja firokh masywi. hehe. ok, saya ade kelas sorof ni. jaga diri semua.

sekian~
0

Selamat Tahun Baru Masihi..2010..

15 Muharam bersamaan 1 Januari 2010. Alhamdulillah, masih diberi nafas utk terus berdiri di sini, menyelesaikan apa yg belum selesai sblm kembali selama-lamanya ke sisi pencipta. sangat baik hari ini, Jumaat, tahun 2010 bermula, moga2 Allah sentiasa beri berkat dan rahmat sepanjang meniti usia. terlalu byk nikmat yg perlu disyukuri, nikmat iman, nikmat islam, bersyukur menjadi umat baginda Rasulullah sollallahu alaihi wasallam yg akan memberi syafaat di akhirat kelak.

Ayuh perbanyakkan selawat. Allahumma solli ala sayyidina muhammad wa ala alihi wa sohbihi ajma'in. hari Jumaat yang penuh berkat, pagi yg damai, sgt bahagia hari ini, moga2 hari ini lebih baik dr semalam. selepas membasuh dosa2 dengan air mata di hening malam, dengan harapan taubat itu tidak palsu, marilah sama-sama mengislah diri. kesalahan2 yg lalu x perlulah diulang, bahkan patut dijadikan iktibar supaya jalan kita tidak tersasar lagi. ampunkan dosa2 kami wahai tuhan sekalian alam.

"اللهم اغفرلنا ذنوبنا ولوالدينا والمؤمنين والمؤمنات والمسلمين والمسلمات برحمتك يا أرحم الراحمين "

Oh sblm terlupa, sanah helwa abg long nu'man. bape umurnye ye? hehe..saya pn x pasti~ semoga panjang umur, diluaskan rezeki, dan lain-lain lagi. hihi. ni je la satu2nye kazen belah ayah yg saya tahu besdaynye. yg lain saya x tau sbb ramai sangat. hehe, soriiii.... tu r, jarang balik kampung belah abah jd ginila. kalau balik pun, duk kejap je, kdg2 tu x tido sane pun. balik pulak waktu2 raya je n musim durian [best3].

Waktu dulu2 la, mase tu kazen saya yg ni duk ngan femili kite kejap, lepas dia hbs blaja. mase tu saya ngan adik beradik kecik2 lagi. saya pn masih belum skolah lagi. walaupun mase tu masih kecik, saya ingat la dia kate dia lahir 1 hb 1. saya kate la dia tipu saya. tp dinafikan, "kalau x percaya tengok r ic," katanya. dengan terkebil-kebilnye saya bantah cakapnya "bakpe nk tengok ic, bkn blh jd bukti nape," konon2nya saya bijok sgt la mase tu nk bangkang2 cakap org tue nih. pdhl saya x tahu pape pun, sbb pe ic tu blh jd bukti akan kelahirannya 1 hb 1. malu jgk la kalu pk2 balik. haha. tp kazen saya tu lagi la x logik, ade ke patut budak kecik macam saya yg x skolah lagi nih dia suruh tgk ic dia. haish~ tp peristiwa tu saya masih igt lagi la. klako bile igt balik.

Tp sekarang waktu dh jauh tinggalkan kenangan tersebut. abg long nu'man itu tlh kahwin dengan kak long rosma, n dh ade anak pun. ahmad asyraf aiman + ahmad ammar afiq permata hati. rasanya xde adik lagi kot si afiq neh, sbbny masa lahirkan dia, kak long kena bedah. nk upload gambau budak kecik berdua ni, tp x igt gambar tu duk mane, ni je yg ade, huhu.

asyraf yg suke conteng white board...

ni afiq versi pompuan...sape la yg khianati bdk ini...bukan saya ye...
tp kn sebijik la mcm muka kak long, tp dia chubby je sikit.
huhu~

oke, sambung study plak, exam dua minggu stgh je lg. selamat la sepupu-sepupu saya, anak-anak sepupu saya.

Oh ya, jgn lupa selawat ke atas junjungan besar kita hari ini ye.

Sekian~
0

Sekalung Tahniah Buat Adikku

Khas buat adik saya atas kejayaan dalam PMR baru-baru ni. Tahniah2. Semoga pepriksaan akan datang boleh dapat penuh juga. Mabruk adikku, Nur Aini Hafizah Kamaruddin.

Saya mesej mak tny tentang result. Adik lelaki yang balas, katanya "bese la ijah tu kan ayam tambatan," bunyi cam kelakau jer. haha. Saya tgu dia punya result SPM. Dia kata mesti gempak satu Malaysia nyer. Hadoila budak ni.
0

Yang payah, pasti ada mudahnya..

Rasa macam nk gelak je...nk nangis...nk senyum...nk citer kt semua...hehe...saya bukan gila oke. banyaknye saya rasa...nk gelak,nangis,senyum tu bergabung jd satu. jadi apa?? jadi apa ye... jadi saya la. saya la yang satu tu. ke mcm mne. huhu~

Hari ni mereka telah ulangi saya terhadap satu peristiwa yg cukup manis saya rasa. sudah lama pengalaman ni pergi dari hidup saya, namun ia kembali diundang mereka. terima kasih undangan tersebut. mana mungkin saya masih ingat peristiwa hampir 10 tahun lepas. saya terfikir...kalau mereka x berikan saya tugasan ini, saya mesti akan lupa terus tentang ini. 'ala kulli hal, alhamdulillah.

x tau nk cakap mcm mane, mula-mula diberi tugas :
-saya fikir2...eh, boleh ke saya buat ni? dah lama saya x buat.
-pastu...kira bolehla kot. saya masih x yakin, sbb saya dh tinggalkannya cukup2 lama. waktu dan suasana yang menghalang saya utk terus commit.
-saya terima. saya cuba. namun cubaan saya x berhasil. waktu tu la sedih sgt. tensen pun ade. saya pujuk hati agar sabar. "بعد عسر يسرى"
-utk kesekian kalinya, saya berharap sgt Allah cepat keluarkan dari belenggu ini. saya serah semuanya pada Allah.
-betullah, selepas kepayahan itu ada kesenangan. alhamdulillah, berjaya! bende yg simple-mimple dan mudah sekali. saya terlupa utk tukar sesuatu. semuanya baik bila Allah beri ilham utk saya.
-saya sangat gembira. saya senyum puas.
-bila saya igt2 balik, rase cam nk gelak je. td sedih sgt, ni nk sengih2 pulak. hurm~

saya dapat byk pengajaran dr ni. dari awal cerita hingga akhir, saya recall, muhasabah diri saya yg sgt kerdil ini. sekian~
0

Ayuh, cakna solat kita!

Sabda Rasulullah sollallahu alaihi wasallam : "sesungguhnya antara (pembatas) seorang lelaki itu dengan syirik dan kufur ialah meninggalkan solat."
[hadis riwayat muslim, abu daud & nasa'ie].

Sabda Rasulullah lg : " seorg yg bersolat secara berjemaah, akan digandakan dua puluh lima kali pahala lebih drpd org yg bersolat sendirian di rumah. ini kerana apbl ssorg itu mengambil wudhu' dgn sempurna, lalu berjalan menuju ke masjid semata-mata utk bersolat, maka setiap langkah yg dilangkahinya akan ditingkatkan satu darjat dan digugurkan satu dosa. setelah bersolat, jika dia terus duduk dlm masjid (dgn keadaan berwudhu') maka para malaikat akan memohon rahmat dan keampunan baginya. selama mana dia duduk menunggu utk menunaikan solat yg seterusnya, maka dia akan terus mendapat pahala solat selama masa dia menuggu solat tersebut."
[hadis riwayat abu daud, tirmizi dan ibnu majah]


Antara azab bagi mereka yg meninggalkan solat :

Dunia
  • Allah SWT menghilangkan berkat dr usaha dan rezekinya.
  • Allah SWT mencabut nur org-org mukmin (soleh) dr wajahnya.
  • Akan dibenci org-org beriman

Sakaratul Maut
  • Roh dicabut dalam keadaan yg sgt haus.
  • Merasa azab pedih ketika roh dicabut keluar.
  • su'ul khatimah

Alam Barzakh
  • Akan merasa susah utk pertanyaan malaikat mungkar dan nakir yg menggerunkan.
  • Kubur menjadi gelap.
  • Kubur akan menghimpit semua tulang-tulang rusuknya berkumpul (jari bertemu jari).
  • Siksaan binatang-binatang berbisa spt ular, lipan dan kala jengking.

Hari Kiamat
  • Hisab keatasnya menjadi sgt berat.
  • Allah SWT murka kepadanya.
  • Allah SWT menyiksa dgn api neraka.


IKRAR MUSLIM SEJATI : Allah matlamat kami, Rasul ikutan kami, Quran panduan kami, Jihad jalan kami, mati di jalan Allah cita tertinggi kami...
~~Jangan Menampal Dunia Dgn Mengoyakkan Akhirat~~
0

Oh lelaki!

"Dia mintak fasakh," atur bicaranya senada.

"Hah, biar betul!" ternganga saya mendengarkan penjelasan tersebut. Rasa mcm baru je kawen. Masa saya hbs SPM dulu. 2 tahun la lbh kurang.

"Knp??"
*************************************************************************************************
Biasa la tu kalau dh x serasi. Lelaki tu jenis layan perempuan masa sblm dia kawen dulu. x kesah la sape2. ish, takut dgr. sbb tu ke kawan saya kata dia x nk yg bekas org. hurm~ kalau sume dh bekas org, awak nk sape ye?

Knp tajuk post saya mcm tu? saya teringat rancangan kt astro ria tu, pengacaranya farah & nana. tu yg rasa cm nk letak tajuk tu je.

Lelaki ni macam-macam. muda-muda mmg nakal. life begin at 40 kononnye. tp saya sgtla geram. sdg mencari ilham nk buat post pasal fasakh ni, tiba2 berlaku perkara pelik kt status ym. ni lelaki la ni. geramnye. saya pujuk hati sendiri, diam, berfikir & berhusnozhon. bese la tu, usia yg kuat main. huh~

Teringat pulak peristiwa sblm dtg mesir hr tu. Ahmad [adik saya yg bajet dia abang] sdg sibuk main carrom di ruang rehat kt tepi surau petang tu. saya & kakak bercadang utk lalu ikut pintu pagar surau yg depan dan keluar ikut pintu pagar belakang supaya jarak n tempoh perjalanan ke tempat yg kami nk tuju tu dijimatkan.

"assalamualaikum ustazah, nk g mane tu?" tiba2 suara sumbang si ahmad berbunyi. saya yg dengar ni malu jgk rase. ade je yg kene lempang tgh2 org nanti. perjalanan balik kami pula, ade sorg yg sound, tp kali ini bukan ahmad. ai, berani pulak dia! kalau ikut nk hangin kt budak tu, dpn2 budak tu je kakak saya g marah, tp masih menjaga n sabar.

Malam tu, mmg sguh2 la kakak marah si ahmad tu. "kalau awak buat gini, mmg awak ajar kawan2 utk berani sound2 org puan gitu," bla bla bla, byk la pulok dia bebel. saya sengih2 jela malam tu, sbb saya geram masa kejadian tu je, saya malu masa tu. nk tergelak pn ade gk sbb tgk kakak marah cam klako je, muka ahmad lak poyo semacam. haha~

Ada kawan masa kt skolah menengah dulu pun, ada sorg lelaki tu pesan kt kawan dia yg perempuan, tolong tgk2kn adik perempuan dia yg baru masuk asrama masa tu, kalau ada kapel2 tolong report pada dia. dia sgt sygkan adiknya, takut sgt adiknya dipermainkan lelaki, walaupun hakikatnya dia tlh mainkan ramai perempuan.

Perempuan pulak cpt sguh cair. kalau lelaki take care sikit, "ala, caringnye!" apa2 jelah yg sewaktu dengannya. pastu kapel. pastu rosakkan diri sendiri, x kira jangka masa pendek or panjang. tengok, sampai ada yg cerai berai, minta fasakh. tipu daya syaitan semua kapel2 tu. bukankah syaitan telah berjanji nk sesatkan anak adam. jauhi dosa elakkan maksiat.

So, muhasabah diri, koreksi & insafi. Astaghfirullahal azim..astaghfirullahal azim..astaghfirullahal azim...

Peringatan buat diri yg sentiasa lalai. sekian~
Back to Top