2

Terima Kasih

mcsa amieha 86: YA ALLAH..KAU BANTULAH ADIK2KU..KUATKNLAH SEMANGAT MEREKA..
Last message received on 5/21 at 9:23 PM

sungguh..sgt lemah tidak berdaya hari ini...saat terima mesej dr kak samihah, terus gugur air mata..entah kali yang ke berapa utk hari ini..knp lemah sgt..semangat menghilang entah ke mana..respon kak sa dr status ym yg kucipta krn rawan hati..

1/4 dr kitab ahwal tak berjaya dihabiskan..kumencari sisa-sisa kekuatan, andai ada yang tersesat di celahan tulisan-tulisan, ternyata usahaku gagal sama sekali..

detik demi detik kuberlari mencari asal usul diri. waktu demi waktu kudidik hati lebih sabar membaiki stp kesilapan yg kulalui. kuyakin dan percaya segala khilaf dan silap orang pdku hari ini adalah berpunca dr silapku sendiri. jgn bimbang, diri ini manusia biasa, kumaafkan semua orang. cuma sedikit terkilan dengan peristiwa pagi td membuatkanku jd lemah semangat dan terus diam begini.

kak mizah menepuk-nepuk lututku. diulang-ulang ayatnya, jgn diam sangat, jangan diam sangat! senyumku tanda akur. terima kasih kakak-kakakku~

nazneen A.Hannan: ya allah.kuat kn kakakku
nazneen A.Hannan: dy memang kuat.tmbhkan kekuatan ny
nazneen A.Hannan: n kekal kn dy dlm kekuatan i2
nazneen A.Hannan: ameen
Last message received on 5/21 at 10:18 PM

kuterima lg mesej ym, nazneen yg sering memberi semangat tatkala dilanda kesedihan dan kecelaruan. terima kasih Allah, menghantar dia yg sentiasa meniupiku semangatnya yang x kunjung lenyap.

tazkirah di musolla selepas isyak td juga benar-benar beri kesan pd hati ini. seolah-olah Allah hantar pesanan berwasilahkan pentazkirah td. terima kasih~

Ya Allah, kumohon kekuatan sekuat srikandi2 pejuang agamaMu.. T-T
0

Bantah Provokasi jahat di Facebook

Mahkamah Pakistan hari ini memerintahkan Kerajaan Pakistan menutup satu laman sosial yang popular, iaitu 'facebook' buat sementara waktu setelah membangkitkan ketidakpuasan berikutan wujudnya pertandingan melukis karikatur Nabi Muhammad SAW dalam laman itu.

Sumber Pakistan menyebut, mahkamah tinggi di Lahore, Pakistan yang terletak di timur Negara itu telah mengeluarkan ketetapan yang diminta oleh gerakan peguam muslim. Berikutan itu, mahkamah telah membuat desakan kepada kerajaan Pakistan natijah dari masalah pertandingan yang dicetuskan di peringkat dunia.

Sumber menjelaskan, ketetapan tersebut adalah desakan dari peguam-peguam yang menjelaskan pertandingan memburukkan Islam dijadualkan berlangsung pada 14 sehingga 20 Mei. Pertandingan yang digerakkan oleh sebuah kumpulan dalam laman facebook telah menyakiti perasaan kerana ia bersifat keagamaan. Tambahan pula, 45 juta penduduk Pakistan menggunakan facebook.

Chowdry Zulfaqar, peguam yang menyuarakan desakan berkata, "Mahkamah telah mengeluarkan perintah kepada kerajaan bagi menutup laman web sosial facebook di Pakistan sehingga 31 Mei ini".

Tambah beliau, 'sekiranya permintaan yang telah dikemukakan kepada mahkamah tidak ada satu tindakan yang munasabah dibuat bagi menentang apa yang tertera dalam facebook, maka protes bantahan secara meluas boleh tercetus di Pakistan sebagaimana yang berlaku pada tahun 2006. Pada tahun tersebut, satu tunjuk perasaan besar-besaran telah diadakan di Pakistan kerana membantah dua buah akhbar Denmark yang menyiarkan karikatur menghina Nabi Muhammad SAW'. Sumber 19/05/2010, web berita Islamtoday.net

3

Exam + Tag

Imtihan yg menjenguk...

Mesej ym dr sahabat upp mansurah, cik bintusufi. syukran~ :)

bintusufi: Bismillah...Ya Allah, kau peliharalah temanku ini agar dia dpt manfaat dri doanya...Suburkanlah jiwanya dgn iman..hiasilah dirinya dgn ajaran Al-Quran..Kau fahamkan dia spt kefahaman Sulaiman,..Kau kurniaknlah dia kejayaan yg berkat...Smoga dipermudahkn sgala urusan dlm imtihan nnti..mudah2an dia dpt menjawab dgn tenang, dan Insya Allah..brjaya dlm imtihan ini..Ameen..Maan najah bittaufiq...

Pengajian fasa 2 hampir tamat, maka bersiap sedialah pd pengakhiran sesi pengajian ini dgn peperiksaan. 9 madah semuanya. syafawi, tahriri, takhaluf, semua dh berserabut dlm otak nih. semua buku nk pegang rasanya, sediakah saya? jadual dh keluar n saya mula cuak. huhu~ moga Allah berkati segala ilmu2 ni. tahun depan tahun 3, kejap je [tp lame jgk tu..] belajar, pejam celik, pejam celik, habis!

=JADUAL=
TAHUN 2. SYARIAH ISLAMIYAH,
KULIAH BANAT, UNIVERSITI AL-AZHAR, KAHERAH.

31/5/2010 - ISNIN
Al-Quran

3/6/2010 - KHAMIS
English

7/6/2010 - ISNIN
Fiqh Mazhab

10/6/2010 - KHAMIS
Hadis Ahkam

14/6/2010 - ISNIN
Usul Fiqh

17/6/2010 - KHAMIS
Qoah Bahas Fiqh Muqoron

21/6/2010 - ISNIN
Fiqh Muqoron

24/6/2010 - KHAMIS
Ahwal Syakhsiah

28/6/2010 - ISNIN
Qoah Bahas Fiqh

29/6/2010
Merdekaaa....... =P



TAG BY KAK MAI

huhu..sy sgt rajin kalu bhg tag nih tau x [mafhum mukholafah ye]. ni tag yg kedua sy jawab dr yg lain2 pernah dpt. mtk maaf byk2 la sape2 tag sy x tjwb, kdg2 tu xdop mase, tag mase pekse mmg x tjwb la kn. n terima kasih tag sy. :) ~kak mai~


1. selongkar beg anda, xkisah la beg duit ke, beg tangan ke, beg bimbit ke, i dont care!

2.ambil gmba barang2 dan tag kan gmba tersebut.
3.ceritakan serba sedikit kenapa anda memerlukan barang itu berada dalam beg setiap hari setiap masa.
4.akhir sekali, tag 5 orang.



pasport : of kos la ptg sgt ni [mcm yg kak mai kate tu la..he..]
telefon : ni pn, memudahkan sy tgk jam. ye, sgt berguna!
kunci : kalu xde ni, bt jela kiut (kata Aisyah) depan pintu utama tu.


tag 5 org...[sape jd mangsa ni, maafla. hu~]

~sis -kak ngah-
~cik aiN
~epa :)
~ummu -medic azhar-
~kak ibtisam [hi~ ni kalu kak ibtisam jawab ni, mmg surprise r. tau dh akq bz, sje je letak, wt glamer.]



LASTLY

utk akhirnya sy isytiharkan :

STOP BLOGGING

n

KEEP STUDYING

tamat..wslm~
0

Biarkan Manik-Manik Jernih Itu Menjadi Saksi

Tatkala org lain ketawa, kita menangis hiba. Mengenagkan nasib Islam, yg terus-menerus dinoda. Ke kiri ke kanan, entah ke mana lagi haluan yg harus ditempuh. utk melihat Islam kembali subur sepertinya langsung tiada arah. di stp sudut ditekan, di stp laluan terhalang, namun masih adakah peluang utk terus bernafas dan dijulang?

Ucapan tahniah kpd pihak yg menjayakan solat hajat perdana semalam. rentetan dr isu2 yg tak kunjung kesudahan, ramai2 turun ke dataran memenuhi saf memohon pd Allah diberi kekuatan menghadapi ujian.

ISU 1 Perpindahan pelajar muhafazah ke kaherah. menjadi isu hangat apabila pihak universiti sendiri tlh membuat perjumpaan dgn semua pelajar wafidin di mansurah. rentetan dr tekanan yg dihadapi, pelajar menjadi tidak semangat utk menghadapi peperiksaan yg bakal tiba hujung bulan ini. sehinggakan ada yg sanggup pulang ke malaysia dan tdk mahu mengambil peperiksaan akibat dari tekanan ini. lagi mengenai isu perpindahan blh dirujuk di sini.

ISU 2 Pelajar Qiraat yg tidak naik nama. Setelah hampir setahun tinggal di bumi mesir ini, sehingga skrg nama mereka masih belum naik di kuliah. di mana slhnya? pihak mana yg tdk membuat kerja sbnrrny? knyataan lain di sini.

ISU 3 Salahlaku pegawai. ini pn 1 isu jgk. pegawai di hantar ke mesir utk menjaga pelajar. bilamana tugas2 tersebut di ambil remeh, pelajar haurs menjaga diri sendiri sehinggakan kebajikan pun terabai. hak menclaim barang2 asrama yg rosak dinafikan. di mana wang kebajikan utk kami?

ISU 4 ARMA. nama skrg dewan malaysia abasiah kaherah DMAK. peraturan baru diletakkan : membayar stp unit alatan elektrik dan lain2 lg. kos kehidupan yg makin rumit memandangkan di sana tdk dibenarkan memasak sendiri.

Dalam ucapan akhir presiden PMRAM smlm, beliau berharap agar seluruh mahasiswa tdk patah semangat walau apa jua dugaan menimpa. tabah utk meneruskan kehidupan sementara PMRAM menyelesaikan masalah2 yg timbul ini.

Biarkan manik2 bersih itu menjadi saksi, betapa jiwa2 ini disakiti.
0

Tahniah adik2ku

Sollu alan nabiyy.. Allohumma solli ala sayyidina Muhammad. Jumaat sayyidul ayyam, memperbanyak selawat.

Firman Allah : "dan kami berfirman, "wahai Adam,tinggallah engkau dan isterimu di dlm syurga, dan makanlah dgn nikmat (berbagai makanan) yg ada di sana sesukamu. ttp jgnlh kamu dekati pohon ini,nanti kamu akan termasuk org2 yg zalim!"

Di sinilah asal dtgnya kita. pernahkah syurga itu dicita2kn? kembali pd tujuan penciptaan, beribadah kpd Allah. stp langkah kita jadikan ibadat. makan kita ibadat, minum kita ibadat, belajar kita ibadat, membantu org lain dan lain2 lg semuanya kita jadikan ibadat.

Sekalung terima kasih diah, ina, ruqay, fatini n ah yg byk tlg td. moga2 Allah balas setimpalnya. sy suka tgk smgt adik2 yg x knl lelah sgup bantu sy utk siapkan perpustakaan semampunya. syukran byk sbb bantu, klau hrp sy sorg mmg x jd ape rseny. dr pg bertungkus lumus walau dgn pelbagai rintangan, sy respek komitmen adik2. paginya bantu sy di bhg perpustakaan hingga tghri, petangnya pula bantu shbt sy di bhg dapur. Allah, sy sgt kagum.

Sblm solat zohor, kerja kami yg masih blm selesai kami bt sepantas yg mgkin. smpt sy mengutarakan idea yg sy kira agak bernas.

"sian awk smua. g la nk balik tido dlu ke. rehat2. ksian plak dr pg td lg bt keje. xpe tgl je dulu."

sambil tgn menari2 di kertas manila dgn spontan dia menjawab. jwpnny bt sy diam dan sgt terharu. sy kutip percikan semangat mereka spy smgt sy ditopup kembali. tahu dia jwb apa?

"rehat kt syurga."

sengih je sy pandang dia. sy thu mereka semestinya letih waktu tu. tp berbekalkan kuat azam n tekad, mrk ttp nk siapkan jgk. alhamdulillah, rajin2 blake adik2 ni. untung ad org gini.

fikiran sy melayang-layang lg utk kesekian kalinya. Allah, terima kasih utk semua ni.
0

Hati yg Rawan

Berkongsi lagu ni. Hati yg merewang-rewang. Biar lagu ini bercerita. Allah, jgn tinggalkan aku.

Jalanku Pulang (UNIC)

Tundukku malu didepanMu

kernaku insan berdosa

kuadukan sesalanku apakah kan Kau terima

kesunyian ini sedarkan diriku yang lena

tinggalkan semalam yang nanah

lantas meratap hina kan ku pada sempurnaMu,

terpaut aku tak berpaling

bersyukur hanya padaMu tuhan kau temukan laluan bermula

Dan cintaMu bagai air di tandus sahara yang melepas dahaga

suburkan cahaya menerangi langkahku

semaikan segala hiasan indah cintaMu

bersyukur hanya padaMu tuhan kau temukan laluan bermula

Dan cintaMu bagai air di tandus sahara yang melepas dahaga

ku mohon kau tenangkan resah hatiku yang rawan

bimbang Kau singkirkan taubatku

kurayu Kau hulurkan keampunanMu padaku

kelakku zalimi diriku

Janjiku padaMu abdikan seluruh jiwa

sehingga masanya kau seru hujung nyawaku

Tak jemu dimanakah hentinya rayuan taubatku padaMu


0

Sanah Helwah Akhi Almahbub

Semoga panjang umur murah rezeki, Allah beri kelapangan dlm setiap urusan menuntut ilmu. Semoga hari-hari mendatang menjanjikan kebaikan buatmu adikku. Kudoakan bertambahnya usiamu, bertambahlah kematangan, keimanan & ketaqwaanmu pd Tuhan. Berjalan meniti usia, menjulang izzahnya agamamu Islam.


Injakan usiamu ke angka 18, dirimu sudah besar. Sudah tahu menilai baik buruk, mematangkan lagi fikiran, memantapkan lagi keimanan, semakin faham erti kehidupan. Menelusuri alur pemusafiran dunia yg punya penghujung, pertingkatkan saham akhirat. Jgn biar hidup ini terus sia-sia, bangkit dan terus usaha demi menjadi hamba yg sedar hakikat diciptakan pencipta.


Special thanks 2 my lil bro..4 everything. Seorg yg murah hati, tidak lokek, penyayang n responsible. Bercerita ttg murah hatinya mengingatkan saya satu peristiwa. Biarlah saya simpan kemas dlm kotak ingatan, bimbang manik-manik bersih berderaian lagi. Sangat terharu pada kelakuan yg buat saya tdk percaya, betulkah apa yg saya lalui? Dengan panas baran x tentu hala, tiba-tiba jd murah hati sebegitu betul bt saya berfikir dan terus berfikir. Kalaulah saya tahu hati boleh jadi semulia itu. Menggadai impian demi sebuah kasih sayang dan persaudaraan, tidak mengira akan penat lelah, malahan mendidik jiwa agar lebih sabar.


The Hero of My Siblings. Menyukai dan disukai kanak-kanak. Mengapa begitu jadinya? ish3. pelik tapi benar. Itulah dia adikku, the only one, Ahmad Firdaus Kamaruddin. Yg poyo n suka sakat org pn dialah. Walaupun lelaki sorg, tp rasanya spt ramai bila taringnya mula keluar.

Cukup sekadar ni saya rasa, dan utk akhirnya.

Ahmad dearie,
Selamat Ulangtahun Kelahiran, moga jadi anak soleh penawar hati mak + abah n berjaya dunia akhirat. Salam ingatan dr kandamu di kejauhan.
Back to Top