0

Salam Ulangtahun Perkahwinan


Ops. salah tajuk.

Salam Ulangtahun Kelahiran Along Sayang.

Moga Allah berimu segala yg terbaik. pjg umur, murah rezeki & diberi kesihatan yg baik.


Terima kasih atas persahabatn ini. sayang Along selalu~ :)
0

For The Rest of My Life

Sebentar di laman ini. rehat2 minda.

tiba-tiba saja terlintas. di saat ingin cuba utk menjauh, di saat ingin melupakan apa yg dilupakan org. apakah?

lupa tarikhnya. cuma mengikut putaran masa, saya rasa ianya sudah hampir setahun. (barangkali)


ah, ulangtahun rupanya!! terima kasih buat saya tertanya-tanya. :) sampai sekarang saya x tahu. barang yg tiada, payah utk digambarkan.

cuma sekadar itu. saya bangga dgn saya. SABAR hingga berganti TAHUN. mcm x percaya. tp percayalah.

setia disia-sia?

ok, stop! sambung baca buku.

SALAM IMTIHAN TEMAN-TEMAN~
0

Selamat Tahun Baru

Post pertama utk tahun 2012M & 1433H.

SeLaMaT tAhUn BaRu~~


Semoga azam baru pada tahun ini lebih mendekatkan diri kita kepada Allah, lantas kitalah golongan yg pantas mendapatkan keredhaan serta rahmat kasih sayang Allah tanpa hitungan. semoga kita juga dapat menjadikan hari ini lebih baik dari hari2 sebelumnya, dan hari esok lebih baik dari hari ini.


Gembira tengok sambutan tahun baru di Malaysia yg ada pembaharuan. Alhamdulillah. nama pun tahun baru. gaya sambutan mestilah dgn gaya baru. :)


Da'ie di Malaysia semua mantap2. program yg dianjurkan adalah inisiatif kepada sambutan2 maksiat yg berlaku setiapkali tiba tahun baru. inilah yg kita mahu. ini fitrah kita sebenarnya. di mana Allah telah takdirkan kita beragama dgn agama suci iaitu agama Islam, kehidupan haruslah dengan cara hidup Islam. bukankah cara hidup Islam yg paling sempurna?


Tidaklah kita menolak Islam itu, sedang kita sedang menganuti Islam. sanggup kita, bermaksiat sambil mengaku kita Islam? sanggupkah kita, mencaci menghina Islam sedang kita masih berharap yg kita akan mati dalam Islam, atau paling kurang bernafas dengan bantuan oksigen yg Allah beri, atau bercakap dengan kudrat yg Allah kurnia?

Subhanallah, maha luas rahmat & kasih sayangNya. sedang kita menderhaka, Allah tidak putus2 & terus-menerus memberi nikmat. Alhamdulillah.

Semoga kita jadi hamba yg taat, semakin taat, hingga saatnya kita kembali kpd pencipta dgn tersenyum di hujung hayat; akhir kehidupan insan.


~ let go of your past, so Allah can open the door of your future ~
0

Hari Kemenangan~

Salam Eid Mubarak bt muslimin & muslimat di seluruh pelusuk dunia. semoga Ramadan yg dilalui menjadikan kita muslim yg beriman, bertakwa & istiqamah, lantas kitalah graduan Ramadan yg cemerlang. mudah2an.

Bulan Ramadan, sudah melabuhkan tirai penghujungnya. Bagi individu yang sedar serta menghayati ‘tawaran' bonus yang di berikan oleh Allah SWT dan RasulNya di bulan Ramadan, mereka sudah pasti akan merasa sedih atau amat sedih dengan pemergiannya.

Sebaliknya orang yang tidak sedar atau tidak ambil endah tentang kelebihannya pasti bergembira dan berpesta dengan pemergian bulan hebat ini. Lebih malang lagi, pestanya yang dianjurnya adalah jenis pesta hiburan yang sememangnya bertentangan dengan ruh dan objektif Ramadan.

Seolah-olah individu yang berpesta maksiat di permulaan bulan Syawal ini ingin memaklumkan berkenaan ‘peperiksaan' Ramadhannya yang mendapat keputusan ‘gagal' dan berjaya peroleh doa khas Malaikat Jibrail untuk mendapat 'kecelakaan' iman yang lebih dahsyat pada bulan selanjutnya. Nau'zubillah.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud: "Dan hendaklah kamu menyempurnakan bilangan puasa (pada Bulan Ramadhan) dan hendaklah kamu bertakbir mengagungkan Allah (apabila berhari raya) kerana Allah berikan hidayah kepada kamu." (Surah Al Baqarah : 185)

Aidilfitri disambut sebagai suatu kemenangan bagi orang yang dapat mengerjakan ibadat puasa Ramadan dengan sempurna. Kemenangan itu bukan saja menang kerana berjaya mengawal nafsu makan dan minum selama sebulan pada siang hari sepanjang Ramadan, malah kejayaan menghalang diri daripada melakukan perkara dilarang, iaitu jika dilakukan akan terbatal puasanya. Lantaran itu Allah menganugerahkan satu hari untuk kita sama-sama meraikan kejayaan daripada kemenangan itu.

Selamat Hari Raya semua~ :)

0

Ramadhan Kareem~

Alhamdulillah. Ramadhan lg. semoga Allah beri keberkatan pada Ramadhan kali ini, bahkan lebih baik dr tahun-tahun sudah. masih diberi nafas untuk terus hidup, lantas menjejak Ramadhan yg dinanti-nanti seluruh perindunya.

Betapa besar fadhilat bulan berkat ini, yang sepatutnya manusia x sia2 kan stp detiknya. cuma Ramadhan ada solat terawih; satu kerehatan selepas berpuasa sehari di siangnya. bulan lain xde dh solat sunat terawih ini.

Selain itu, pahala digandakan, syaitan-syaitan dibelenggu, dibuka pintu syurga seluas-luasnya dan ditutup pintu-pintu neraka.

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم
{ إذا جاء رمضان فتحت أبواب الجنة، و غلقت أبواب النار و صفدت الشياطين} الحديث

Di bulan ini juga, Allah kurniakan malam qadar (lailatul qadr); malam yg istimewa. lebih baik dr seribu bulan. malam yg tdk terlalu panas dan tdk terlalu sejuk. malam yang damai sekali.

Sebab itu, Saidatina Aisyah radhiallahu 'anha ingin sekali betemu dengan lailatul qadar. Dia bertanya kpd Nabi, "bilakah akan bertemu lailatul qadar?". Baginda Rasulullah sollallohu 'alaihi wasallam betanya kpd beliau semula, "apakah yg kamu ingin lakukan bilamana kamu bertemu lailatul qadar?". Saidatina Aisyah menjawab "tidak tahu," dan kemudian bertanya lg, "apakah yg patut saya bt bila bertemu malam itu?". jawab Rasulullah sollallohu 'alaihi wasallam, "malam itu malam yg amat baik utk beramal di malamnya dan amat mudah dikabul Allah doanya,". Saidatina Aisyah betanya lg, "apakah doa yang plg baik utkku berdoa pd malam itu?". Baginda menjawab, "kalau sempat kamu berjumpa dan mengetahui bhw malam itu adlh lailatul qadar, berdoalah :


Selamat Beramal~
0

Kembara..

Kembara Merentas Bumi Palestin | program anjuran hal ehwal wanita islam (HEWI), Keluarga Penuntut2 Terengganu (KPT) Mesir, di bwh anjuran unit sambutan & rehlah. program ini sdg berlangsung di dewan asrama darul iman, di bhg akhawat. jemput semua hadir memeriahkan.

Cuma mata yang tertancap pada layar pancaran LCD, tapi hati sudah jauh berlari-lari. Ya, cuma mata! jiwaku bukan di palestin, jiwaku sedang di awan-awan, tidak tahu mana arah ingin terbang.

Runsing~ kad bank kena telan~ masih belum punya tarikh pulang~ & sakitku yang panjang~

Allah~~~ T_T
0

Manusia & Kehidupan~

Bismillah walhamdulillah..

[tukar mode. beberapa saat berada di blog ini, bukan exam mode~]


Hari ni paper kelima; baru saja selesai ptg td, madah fiqh. byk sgt soalan td, pukul 4 keluar. mmg pecah rekod. satu kelas keluar lewat. fuhh~! rehat2 minda sebentar, bersedia utk paper seterusnya, Selasa ini.

Termenung pjg di hdpn skrin; air dhla xde, lapar pulak tuh bru balik exam, mknn pn x beli balik dr kuliah td sbb balik ngan teksi, bilik air lak xde air, nk basuh baju camner, bla bla bla. ujian blake. mujur xde air, kalo xde letrik, lg pyh kita nk membaca dlm fatrah imtihan camni. apapon, mesti syukur, ada lg yg lg payah dr kita (mungkin).


Dgn menggunakan tema "jgn dera perut anda", dgn sabar saya tadah air dr sinki dapur utk dijerang (percubaan ign mkn megi). slps 15 minit, dptla segelas, Alhamdulillah. dpt juge makan akhirnya. x lapar dh, cuma masih fikir ttg air lg. hurm~ hari ni, majoriti rumah2 cuti masak. sume dimasak di kedai, kita tinggal beli saja. kalau nk masak jugak, kne tanggung risiko utk bersihkan pinggan mangkuk periuk belanga. nk cari air utk wudhuk pun menye'eh, apatah lg nk bt 'rajin' mengemas dapur di kala bangunan ini mengalami mslh air begini.

Mata masih tertancap pd skrin, jari mengakses internet. ym, facebook, blog, akhbar, youtube, dll. penuh~ yg sdg hangat diperkatakan skrg adlh berkenaan BERSIH 2.0. ada apa dgn warna kuning? terlalu memberi kesan kpd kerajaan mungkin, shgga ditangkapnya mereka yg berbaju kuning; BERSIH.


Antara tututan BERSIH 2.0 ini adlh : -bersihkan senarai undi, -mereformasikan undi pos, -gunakan dakwat kekal, -akses media bebas & adil, -masa kempen minima 21 hari, -kukuhkan institusi awam, -hentikan rasuah, -hentikan politik kotor.

Ni adlh antara tuntutan yg tersenarai dlm flyers yg diedarkan. ada org x berminat dgn isu ini, tp ini dianggap satu usaha penting; demi memastikan pilihanraya akan datang BERSIH dr segala KEKOTORAN.

Betul @ salah perhimpunan ini sebenarnya? menilai dgn akal fikiran, bkn semata-mata hawa nafsu. kajilah dgn iman, berdalilkan Al-Quran, moga ketemu jalan kebenaran dr Tuhan. hiduplah bersama hembus nafas Islam.

Menyoroti lg mukabuku tanpa jemu. isu lain pula. isu? isukah? terjumpa. entah milik siapa ini. bahagia sekali melihat keluarga saadah & sakinah milik mereka. indah bukan, hidup bersyariat! kagum mlhtnya. kalau yg faham agama, Alhamdulillah, tdk punya byk halangan utk membina sakinah dlm rumahtangga. kalau pula sebaliknya (basic tu ada, cuma bkn dlm bidangny), lg kagum mlht mereka; mampu membina keluarga harmoni di sebalik kebobrokan dunia hari ini. memilih jalan pernikahan, melorongkan rasa kasih sayang & cinta mereka ke lorong yg disyariatkan Tuhan.

Tgk pic kawen 1 psgn tu, merah; terang-benderang, gambar kt masjid kristal; outdoor photography : kwn2ny bykla komen kt bwh tu, dgn kekreatifan komen masing2. tertarik dgn satu komen; "dh halal kau ye". terasa jugak saya bila baca. bagus kalau smua org fikir mcm tu. dh halal. dulu haram. manalah sama dulu & skrg. kalau DULU, punya keterbatasan. SEKARANG pula, sdh tiada apa2 halangan. HALAL!!


Indah hidup bersyariat~

Saya masih merasa kagum dgn 'kejayaan' mereka yg berumahtangga (knp yg dr td kagum sgt nih?). sungguh. sbb rasa mcm kecewa sgt bila masih ada yg x rasa couple itu salah sbnrny. bkn x pernah ditegur, bkn x pernah tau; cuma x nk ambil tau. bila dh bercinta, apa pn dh tak endah dh. ada yg pernah terbaca di akhbar; ukir dgn pisau nama kekasih di lengan sendiri. bijak jugak. berdarah tu x yah kira lah, besar pulak tu. Astaghfirullah~ T_T

Itu yg jauh. saya juga tdk kenal siapakah mereka. mengukir-ukir, sampai begitu sekali kreatifnya. yg dekat lg menyedihkan. ntah. rasa spt mahu menangis kuat-kuat. sgt kecewa!! apakah ini. Ya Allah.

Satu waktu, ketika saya online chat facebook :
  • kak teh...........:(
  • kte nyesal kak teh....
  • kte nyesal.......
  • huhuhuhuhuhuhuhu...
  • kte da bt org yg kte sygggg ilang.....
  • huhuhuhuhuhuhhuhuhu....
Saya dh mula takut dgn pengakuan dia. tp bt cool je. menanti cerita dia sampai habis. waktu tu, Tuhan je tahu, tp saya bls dgn ceria, seolah-olah xde pape :
"Mcm motivater la plak. Xpe2, citer je. Kut blh bg nasihat ke n solve your probz mana thu kn."

Sampai skrg saya berbaik sangka; bhw dia x melakukan perkara yg Allah murka, yg Allah larang, yg Allah tegaskan dlm Al-Quran. mendekati perkara tersebut saja Allah larang, melakukannya apatah lagi. Ya Allah, selamatkanlah mereka.

x sgup nk dgr sambungan ayat dia; "kita dh buat org kita sayang hilang......" saya harap di situ tiada makna apa2. dia sudah spt adik saya, walaupun dulu kami cuma jiran. saya cuma nasihat dia, wasilah supaya dia bertemu jalan sebenar kehidupan. Ya Allah, jauhi aku dr berburuk sangka. kalau pun baik sangka saya ini silap, saya doakan moga dia bertemu pintu keinsafan, lantas bersujud memohon keampunan atas kesilapan berbuat kemaksiatan. :|

Semoga tidak! saya nasihatkan supaya meminang perempuan tersebut & berkahwinlah, jk sudah punya kemampuan. jgn berterus-terusan ber'couple' begitu. bmbg kemudaratan. semoga semuanya Allah permudahkan. selamat ye adikku a.k.a. ex-jiranku. Allahu Allah~ :(

ما روى عن النبي صلى الله عليه وسلم
يا معشر الشباب، من استطاع منكم البائة فليتزوج، فإنه أغض للبصر
وأحصن للفرج، ومن لم يستطع فعليه بالصوم
فإنه له وجاء


[tukar balik mode. EXAM MODE~]

p/s : selamat study semua. semoga najah. saya masih punya 3 paper lg. doakan!
Back to Top