Tidak Sihat (~_~)"

Mahu bernafas dengan tenang. Ya Allah, kuatkanlah. kataku untuk tidak berfikir tentang itu cuma dibibir, hakikatnya hati masih memikirkan. x henti. sayu sungguh malam ini.

"Sampai hati". itu saja perkataan tekeluar petang tadi. saya betul tersinggung. sedih sgt. T_T

Hanya melukut di tepi gantang. saya tahu saya bukan siapa2. saya nk cakap, rasa seperti bisu. tp saya masih belum buta. saya juga tidak pekak. apa yg saya nampak dan apa yg saya dengar terkadang perlu kepada penjelasan. sayangnya, saya rasa seperti org bisu.

Tidak mengapalah. biar saya ubat sendiri. saya akan kekal dlm berbaik sangka ini walau tanpa penjelasan. saya tidak mahu kecewa, saya cuma mahu setia. semoga Allah mudahkan.


---> semoga mlm ini saya tidak rosakkan mood siapa2. biar saya sahaja yg begini.
---> siapa agaknya yg seterusnya akan jd mangsa basah ribaannya dgn air mata saya malam ini.
---> Ya Allah, kuatkan saya. T_T saya enggan dikuasai emosi.
3

Jaga Hati

‎"AWAK, APA HUBUNGAN KITA?"

"Assalamualaikum lama tak tegur awak. Makin laju gerak kerja dakwah. Hari sabtu lepas saya sempat pergi dengar ceramah awak di Surau Blok F".

Mesej ukhti Ira tiba-tiba muncul di ruangan chatting Facebook. Agak berderau darah jantan aku apabila insan yang semakin aku pendam perasaan kepadanya menegur aku.

"Hehe....saya biasa saje. Awak pun apa kurangnya. Dengar cite selalu on9 kt group FB, AKU BENCI DEDAH AURAT DIFACEBOOK. Tak silap saya awak pun dapat anugerah tokoh muslimah harapan ummah sempena Bulan Dakwah di tempat pengajian awakkan?"

Dengan laju aku membalas mesej sekaligus menghiraukan assignment yang berlambak depan mata. Sungguh bersemangat aku chatting dengan ukhti Ira sehingga tidak sedar sudah larut malam. Pantang muamalat muslimin muslimat sepatutnya terhad pukul 12 tengah malam. Itupun aku langgar.

Kerana apa?

Sayang. Betulkah aku sayang dia? Sayang sebagai apa?

"Awak, boleh saya tanya apa hubungan kita ye? Sekadar sahabat ke?" tanya ukhti Ira kelmarin membuatkan tidur semalamanku menjadi tidak lena. Aku mula rasa serba salah.

"Awak, awak...kenapa awak panggil kita Ira je? Bahasakan awak saya? Kenapa tidak enta enti macam yang awak gunakan dengan muslimat yang lain?"

Pertanyaan demi pertanyaan membunuh ego hubungan aku dengan dia. Ego apakah yang aku pertahankan ini?

Ego aku dengan Allah di atas hubungan yang tidak pasti. Adakah aku talam dua muka? Mempunyai 2 identiti? Kala iman naik, alim aku mengalahkan sufi yang bertapa. Kala nafsu melonjak, ghairah aku untuk kembali jahil.

Naik gila aku fikir. Aku benar-benar rasa bersalah. Sangat berdosa dengan Tuhan.

Ya, aku menghidapi penyakit hati. Hati aku sudah rosak kerana wanita, kecantikan, nama dan candu dunia.

Ya, pada asalnya niat aku dan ukhti Ira berukhwah kerana Allah. Tapi lama kelamaan bisikan demi bisikan syaitan yang didengari mula membogelkan niat suci tadi.

Hubungan yang mula dipertahankan dengan ego atas dasar dakwah. Gerak kerja bersama. Dibaluti dengan sutera Rabithah menjadikan hati teruja dengan keasyikan berukhawah muslimin muslimat. Akibat terlalu asyik, jiwa menjadi leka. Nama dakwah hanya menjadi lesen berhubung.

"Awak, maaf saya tanya. Awak tahu tak apa itu dosa?" Aku mula berani membuang ego.

"................"

Tiada jawapan.

"Awak apa kita buat ni dosa. Kita dah semakin hanyut. Ukhwah kita harus diletakkan semula atas dasar taqwa bukan perasaan suka. Bukan sayang. Apatah lagi cinta. Sayang kita pun hanya sekadar saudara seislam bertunjangkan rasa takut takut dan gentar kepada Allah. Kita orang dakwah. Dakwah bukan untuk suka-suka"

"Wahai manusia! Sungguh, Kami telah menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sungguh, yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang PALING BERTAQWA. Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Maha Teliti" (al-Hujurat: 13)

TAKWA.

Jika kita berukhwah tapi tidak membawa kita kepada Taqwa, maka dengan apakah kita berada di jalan dakwah?

Setakat bertanya khabar. Setakat menegur. Setakat beramah mesra. Setakat bergurau senda. Perlukah semua itu? Perlukah?

Aku juga mencari jawapan. Terlalu rigidkah aku untuk aku mengatakan TIDAK PERLU?! Terlalu syadidkah aku untuk bertegas TIDAK PERLU?!

Mari kita fikir-fikirkan semula ukhwah kita di mana sebenarnya?
Wujudkah ukhwah muslimin muslimat? Di mana kewujudannya?

Kita bukan orang biasa-biasa. Kita bernafas dengan oksigen dakwah. Kita hidup hanya kerana mencari redha Allah. Tidak semua tempat. Tidak semua masa hubungan ini dibolehkan. Ada batas-batasnya tersendiri kerana Allah nak jaga kita. Kerana Allah sangat sayang kita.

Jagalah hatimu. Dan aku akan jaga hatiku..
2

Hakikat - Mimpi -

hakikat - mimpi - apakah? tetiba je kan. xde pape pun. cuma kaitan antara satu sama lain nya adalah sangat rapat. mudah dan boleh terbentuk dalam satu perenggan penyataan.

"Hadir'nya' umpama dalam mimpi, terlalu indah! tapi harus sedar, itu adalah realiti. itu yg Allah beri. terkadang rasa, cuma seorang hamba kerdil & sgt hina, pada menerima sebuah kesempurnaan kurniaanNya. ditambah lagi hamba yg byk dosa, menerima kebaikan cinta Sang Pencipta. malu berharap pada kebaikan sedang diri tidak lekang dari kelalaian kepada tuhan. namun, ini hakikat yg mesti percaya. Allah memberi sesuai keperluan manusia.."

Alhamdulillah, Terima Kasih Allah atas sekalian rasa ~

0

Salam Ulangtahun Perkahwinan Ayah Bonda ke 27

[04.04.1985]
Tarikh keramat ayah ibuku. bulan menjadi saksi. dua hati bersatu. dengan akad termeterai janji.


Ingat cerita nenek saudara bagaimana ayah bonda blh jumpa. nk tergelak pun ada dgr cerita org tua-tua. kelakar. mak dan abah mmg xde apa-apa, kerana mereka bertemu berwasilahkan org tua. manis je cara mereka. berkenan saya. :)

Waktu tu abah umur 29, mak pula 23. lepas kawen, mak ikut abah tinggal di kemaman, sbb keje sane. alkisahnya, kami 7 beradik dibesarkan di sana juga lah. setelah khidmat abah hampir 20 tahun di kemaman, ditukar ke kuala terengganu pada detik2 akhir dh nk bersara. patuh. pindah.

Serius, rindu sgt tempat bermain! kata org : tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain.
(*lari tajuk)

Biarlah ia berlalu menjadi sejarah & memori agung mereka. saya dan adik beradik saban hari mendoakan kebaikan untuk mereka. bahagia sentiasa. sayaaang mak & abah sangat2.

Hari tu sembang dengan bonda, katanya "semua org dh ada menantu," sekali saya tergamam. kesian mak kan. haha. nk tergelak pun ada. "xpela, anak2 mak belajar dulu, kdian sket la kawen," wt sedap je tuh.

Saya tahu bonda mula berfikir. waktu kakak dulu, berapa kali x bersedia, x jadi. skrg kakak buat2 sibuk dgn kerjaya, seolah-olah kecewa & malas nk fikir (persepsi awal saya shj). dia byk fikir tanggungjawab, fikir mak abah, fikir adik-adik. dan saya tahu bonda runsing terhadap dia.

Latest saya dgr ayat bonda "mak igt anak2 kecil lg. bila dgr anak2 org lain yg sama baya dh kawen & dapat cucu, baru mak perasan anak2 dh 26, 25, 23, 22, 20 ..." bonda tidak merasa kami dewasa mungkin kerana jarak yg memisahkan. umur 13 semua masuk asrama. ruang bermanja terbatas.

Serta merta rasa mcm mahu peluk bonda seeratnya dan ucapkan "mak abah, jgn tinggal saya!"

"Kami tidak tinggalkan kamu, tp suatu hari kamu pasti meninggalkan kami," saya jd sedih terkenang dialog ini.

Cukuplah dulu. sekian~ T_T
0

Ujian & Kasih Sayang


hari berganti hari
ujian silih berganti
terkadang tatkala satu belum selesai,
kemudian yg lain datang lagi
sungguh, diri terasa lemah sekali
kaki sudah tidak kuat lagi untuk terus berdiri

mata berkaca
tertewas dengan senjata wanita
hati merayu agar dipinjamkan semangat perwira
supaya tidak terus kalah & rebah
supaya tidak undur & menyerah
tatkala diri berhadapan mehnah

lalu apa yg tinggal selain sabar
ujian itu menguji sabar
ujian itu sebenarnya penguat
ujian itu adalah semangat

dengan tribulasi yg dihadapi
aku mula belajar mengerti
aku mula belajar memberi
dan yang paling penting
aku mula belajar menghargai
nilai kasih sayang kurniaan Ilahi

terima kasih Allah untuk semua ini ~ T_T
0

Lillahi !


Bismillah. dalam satu hari pasti ada silap di mana-mana. siapa yang tiada melakukan kesalahan dalam satu hari kehidupan? ya, kita dicipta sebagai manusia. banyak yang kita lupa, sehingga terkadang kita khilaf dengan alpa dan lalai kita.

Lalu bagaimana kita? terus-terusan berteman dosa nista? dari hari ke hari perlu ada kesedaran, perlu ada perubahan. ya, pastinya ke arah yang lebih baik! andai hari ini berbuat kesalahan, esok jadikan kesalahan itu sebagai pengajaran, dan yang paling penting, jangan sesekali kembali amalkan.

Seperti kata hukama' : jadikan hari ini lebih baik dari hari semalam, dan hari esok lebih baik dari hari ini.


Terkadang terfikir juga, betulkah kita selalu membetulkan diri dari sehari ke sehari dalam keadaan kita mengetahui begitulah yang sepatutnya. ia tidak terlaksana tatkala hati jauh dihanyut angan-angan dan mainan dunia. maka setelah tersedar, kembalilah memohon keampunan Tuhan.

***** ***** ***** ***** ***** ***** ***** ***** ***** *****

Posting ni untuk ubat hati kecewa. kecewa melihat tingkah aksi. bukanlah nk halang pergaulan, cuma bagi saya pergaulan itu ada batas. jangan sampai menimbul fitnah. kalau dh terbiasa sebelum ini, maka tinggalkanlah tatkala ianya tidak memberi faedah.

Masih punya waktu untuk berubah !

Maka saya tekankan kepada diri saya untuk tidak ulang-ulang kesilapan sama. kalau sebelum ni pernah buat, untuk medatang saya berazam untuk tidak melakukannya lagi. semoga Allah bantu dan pelihara.


Sungguh, saya kecewa! saya sedar saya bukan siapa siapa. tiada yg lebih, melainkan banyak kurang. saya bukan siapa-siapa. adakah saya punya hak untuk berkata, "JANGAN LAKUKANNYA, SAYA TIDAK SUKA!" ? apalah kuasa yang saya ada...

Entah! saya masih tertanya-tanya; dia siapa? saya siapa? apa hak saya? saya juga masih keliru dengan rasa; kecewa atau cemburu? serius saya kecewa? atau cemburu semata-mata?

Tidak ! saya betul rasa kecewa. tapi cemburu ada juga. saya mahu dia bebas dari belenggu populariti dan digilai (paling utama). saya mahu bina kesejahteraan & kebahagiaan tanpa gangguan anasir luar.


Manik jernih diseka. sudah, jgn menitis terus. doa jadi pengubat. semoga saya kuat. saya jadi penasaran.


~ Andai aku mampu menutur bicara, ingin sekali aku khabari "tinggalkanlah. bukan keranaku. tp kerana Allah!" ~

0

Istikharah Sebelum Membuat Keputusan

Hari ini, ada seorang hamba Allah mengadu kepada saya, bahawa tunangnya mahu memutuskan hubungan dengannya. Bila ditanya sebabnya, dia berkata bahawa tunangnya telah beristikharah, dan di dalam istikharahnya yang muncul adalah lelaki lain.

Pertunangan mereka adalah rahsia. Lebih memburukkan keadaan, tunangnya sebelum itu dirisik lelaki di dalam mimpi istikharahnya itu. Membuatkan tunangnya itu confuse, dan mengajak untuk memutuskan tali pertunangan mereka.

Izinkan saya memberikan komen yang agak keras di dalam hal ini.

Pertamanya: Sedarlah bahawa kita ini bukanlah Rasul atau Nabi, yang mana mimpi kita membawa makna yang mendalam dan benar 100%. Tidak. Kita bukan mereka. Maka penyakit apakah ini yang membuatkan kita mempercayai sebuah mimpi, dari realiti yang berada di hadapan kita?

Sesuci mana pun kita kala beristikharah, tetap kita hanya manusia biasa dan mimpi kita masih ada kemungkinan hanya mainan syaitan semata-mata.

Siapa berani jamin dengan nyawanya bahawa mimpinya itu adalah benar-benar jawapan daripada Allah ha?

Keduanya: Islam bukan berdiri di atas mistik dan keajaiban yang tidak berasas. Islam tidak berdiri di atas dalil serapuh mimpi. Kerana itu, mimpi bukanlah boleh dijadikan sebagai dalil untuk apa situasi sekalipun.

Justeru, kita tidak boleh membuat keputusan berdasarkan mimpi semata-mata. Sedang Nabi Ibrahim pun, sebelum menyembelih anaknya, membentangkan terlebih dahulu mimpinya kepada anaknya Ismail, dan bertanya apakah dia patut meneruskannya. Walaupun Ibrahim adalah seorang Nabi!

Maka siapakah kita untuk memutuskan pertunangan hanya berdasarkan sebuah mimpi?

Mengapa tidak kita imbangi pro dan kontra. Mimpi itu ada kemungkinan mainan tidur semata-mata. Kalau kita ini belum ada apa-apa hubungan dengan sesiapa, tidak mengapalah. Ini sudah ada hubungan. Maka sepatutnya kita imbangi pro dan kontra, kita fikirkan baik, buruknya. Bukan semata-mata kata: "Dah mimpi gitu, gitulah."

Inilah yang dikatakan fitnah Istikharah!

Ketiganya: Perlu juga difahami bahawa, istikharah itu dibuat sebelum membuat keputusan. Selepas keputusan dibuat, istikharah adalah tidak bermakna. Hiduplah dengan keputusan yang telah diambil. Istikharah selepas membuat keputusan hanyalah satu ruang besar untuk syaitan menyuntikkan keraguan di dalam diri kita.

Nyata, istikharah selepas membuat keputusan itu sendiri adalah satu bentuk keraguan!

Keempat: Adalah haram merisik atas risikan saudara. Maka adalah haram, masuk meminang seorang yang sudah punya hubungan dengan seorang yang lain. Oleh kerana itulah, adalah harus menghebahkan pertunangan, agar tidak berlaku perkara-perkara sebegini. Agar tertutup perasaan orang lain terhadap kita atau pasangan kita. Agar termati rasa ingin 'mencuba' orang lain terhadap kita dan pasangan kita.

Jika kita rasa perkara sebegini mungkin berlaku di dalam hidup kita, maka hebahkanlah pertunangan. Jangan rahsiakannya. Nyatakan diri sudah berpunya!

Ini adalah pandangan saya.
Saya tegaskan di sini bahawa, istikharah bukanlah alat sakti untuk menghalalkan segala tindakan kita. Mimpi begini, Oh, inilah dia jawapan Allah kepadaku. Banyaklah jawapan Allah, boleh confirmkan?

Sebab itu Islam mendidik kita menggunakan akal fikiran, untuk berfikir membuat pertimbangan, pro dan kontra, mengira situasi diri dan orang sekeliling. Bukan pakai mimpi!

Didikan apakah ini?
Mengapa disibukkan dengan perkara sebegini, hingga terganggu satu hubungan yang murni?

Tidakkah kita membaca artikel Ustaz Hasrizal ?

Sungguh, ini mendukacitakan.
-------------------------------------------------
Sebab itu kadangkala orang yang tidak faham Islam, memandang orang Islam yang 'nampak faham' dengan pandangan yang kelakar. Kompleks. Pening.

Semuanya kerana fitnah sebegini rupa. Diamalkan Islam itu dalam keadaan bukan sebenarnya!

-HILAL ASYRAF-
Back to Top