0

Hati yg Rawan

Berkongsi lagu ni. Hati yg merewang-rewang. Biar lagu ini bercerita. Allah, jgn tinggalkan aku.

Jalanku Pulang (UNIC)

Tundukku malu didepanMu

kernaku insan berdosa

kuadukan sesalanku apakah kan Kau terima

kesunyian ini sedarkan diriku yang lena

tinggalkan semalam yang nanah

lantas meratap hina kan ku pada sempurnaMu,

terpaut aku tak berpaling

bersyukur hanya padaMu tuhan kau temukan laluan bermula

Dan cintaMu bagai air di tandus sahara yang melepas dahaga

suburkan cahaya menerangi langkahku

semaikan segala hiasan indah cintaMu

bersyukur hanya padaMu tuhan kau temukan laluan bermula

Dan cintaMu bagai air di tandus sahara yang melepas dahaga

ku mohon kau tenangkan resah hatiku yang rawan

bimbang Kau singkirkan taubatku

kurayu Kau hulurkan keampunanMu padaku

kelakku zalimi diriku

Janjiku padaMu abdikan seluruh jiwa

sehingga masanya kau seru hujung nyawaku

Tak jemu dimanakah hentinya rayuan taubatku padaMu


0

Sanah Helwah Akhi Almahbub

Semoga panjang umur murah rezeki, Allah beri kelapangan dlm setiap urusan menuntut ilmu. Semoga hari-hari mendatang menjanjikan kebaikan buatmu adikku. Kudoakan bertambahnya usiamu, bertambahlah kematangan, keimanan & ketaqwaanmu pd Tuhan. Berjalan meniti usia, menjulang izzahnya agamamu Islam.


Injakan usiamu ke angka 18, dirimu sudah besar. Sudah tahu menilai baik buruk, mematangkan lagi fikiran, memantapkan lagi keimanan, semakin faham erti kehidupan. Menelusuri alur pemusafiran dunia yg punya penghujung, pertingkatkan saham akhirat. Jgn biar hidup ini terus sia-sia, bangkit dan terus usaha demi menjadi hamba yg sedar hakikat diciptakan pencipta.


Special thanks 2 my lil bro..4 everything. Seorg yg murah hati, tidak lokek, penyayang n responsible. Bercerita ttg murah hatinya mengingatkan saya satu peristiwa. Biarlah saya simpan kemas dlm kotak ingatan, bimbang manik-manik bersih berderaian lagi. Sangat terharu pada kelakuan yg buat saya tdk percaya, betulkah apa yg saya lalui? Dengan panas baran x tentu hala, tiba-tiba jd murah hati sebegitu betul bt saya berfikir dan terus berfikir. Kalaulah saya tahu hati boleh jadi semulia itu. Menggadai impian demi sebuah kasih sayang dan persaudaraan, tidak mengira akan penat lelah, malahan mendidik jiwa agar lebih sabar.


The Hero of My Siblings. Menyukai dan disukai kanak-kanak. Mengapa begitu jadinya? ish3. pelik tapi benar. Itulah dia adikku, the only one, Ahmad Firdaus Kamaruddin. Yg poyo n suka sakat org pn dialah. Walaupun lelaki sorg, tp rasanya spt ramai bila taringnya mula keluar.

Cukup sekadar ni saya rasa, dan utk akhirnya.

Ahmad dearie,
Selamat Ulangtahun Kelahiran, moga jadi anak soleh penawar hati mak + abah n berjaya dunia akhirat. Salam ingatan dr kandamu di kejauhan.
0

Liqa' Fuad 2010

keunguan

Berkejar-kejaran, siapkan itu, siapkan ini. Liqo' amali di hadiqoh athfal, awal makrom. bercacangan depan pintu hadiqoh, amu kejap kate masuk kul 9, pastu kul 10. sabo jela, mcm tugu dh berdiri dr tadi dalam silau mentari pagi tu. sabo pny sabo, dpt gk masuk kul 9.30, kire 1st customer la ni.

manafaatkan waktu..ammu x buka pintu..

Penyertaan memuaskan la. medic je x join sbb exam. madam pun ramai je mari. bes3. :) Ramai yg turun padang, yg sakit pn datang jgk. bagus, semangat! saya suka tgk semangat kawan-kawan.

banyak acara2 diatur, akademi da'ie, perbahasan, telefon buruk n sukaneka. akademi da'ie 3 org, aisyah, kak sa n yu. perbahasan 4 kump, tahun1+tahun3(1), tahun2+tahun4, tahun3(2)+HEWI n last skali liqo' mutazawwijat.

besnya anas tidur...

telefon buruk ni main cm bese tu, sampai2kan maklumat. org last lapor pd urusetia, x bsguh sgt pn xpe, sbb xde hadiah. he. tp mujur gop betul mende yg saya kabo ke kak sanah. mainan ni sgt bagus, mengasah ingatan. malu wse ke kak aza, bpe kali nk kne ulang hafalan sy tu dpn dia. hu.

acara last, sukaneka. x main pon, tgk je. lawak sguh kak sa tiup belon, dhla mase dia volunteer nk main tiup belon tu sume org terkejut. aish, boleh ke! dgn semangat yg tinggi, dia la juara tiup belon. ish3. jgn pandang sblh mata tu, walaupun gaya mcm dh x larat, masih mampu mengalahkan org lain yg sihat walafiat.


then tukar hadiah. aisyah dpt hadiah sy, sy dpt hadiah kak mai. tq ye~:)

cepat2 berkemas utk berangkat. pk ke rumah je masa tu, laju je jalan menuju pintu keluar (walaupun sy antara org terakhir yg tinggalkan pdg itu). mujurla ade musyrif yg tlg bw tong air yg besar gedabak tu. fuh! syukran2.
0

10 pintu masuk syaitan kuasai hati manusia

KETERBUKAAN manusia mengundang kehadiran syaitan dalam diri ada kaitan dengan sifat mazmumah yang menjadi amalan kehidupan seharian. Melalui pelbagai perbuatan maksiat dalam sedar atau tidak, sebenarnya menyediakan ruang syaitan menapak dalam diri.

Apabila syaitan sudah meraja dalam diri, individu sanggup melakukan apa juga perbuatan keji dan mungkar kerana keinginan nafsu menjadi sebati dengan sifat jahat syaitan.

Hati, organ istimewa kurniaan Allah kepada manusia pada saat itu juga goyah apabila sedikit demi sedikit syaitan durjana merayap untuk menguasai tunjang dalam badan manusia.

Berlumbalah syaitan untuk memenangi dan menguasai hati manusia. Mereka sedaya upaya menawan hati itu dan memujuk nurani manusia supaya melanggar segala perintah Allah.

Allah berfirman bermaksud: "Syaitan memberikan janji yang membangkitkan angan-angan kosong kepada mereka. Walhal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka kecuali tipu daya belaka. Tempat mereka itu ialah neraka jahanam dan mereka tidak memperoleh tempat untuk lari daripadanya." (Surah an-Nisa', ayat 120-121)

Beruntung manusia yang berupaya menangkis godaan syaitan. Menurut ulama, syaitan menguasai tubuh badan manusia melalui 10 pintu:

· Sifat sombong dan angkuh

Dua sifat mudah tersemai dan menyubur dalam diri manusia. Ia berpunca daripada keegoan manusia yang lazimnya mudah hanyut ketika dilimpahi kemewahan.

· Bakhil dan kedekut

Setiap harta benda dan kemewahan adalah kurniaan Allah yang harus dibelanjakan ke jalan benar. Ia boleh digunakan untuk membantu kesempitan hidup orang yang memerlukan sama ada melalui kewajipan berzakat atau sedekah.

· Takbur dan bongkak

Sifat ini selalu bertapak dalam diri manusia yang berasakan memiliki segala-galanya dalam hidup. Mereka terlupa kesenangan dan kenikmatan dikurniakan itu boleh ditarik oleh Allah pada bila-bila masa saja.

Allah berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang yang takbur." (Surah an-Nahl, ayat 23)

· Sifat khianat

Khianat yang dimaksudkan bukan saja melalui perbuatan merosakkan sesuatu yang menjadi milik orang lain, tetapi juga mengkhianati hidup orang lain dengan tidak mematuhi perjanjian atau perkongsian yang dibuat.

· Tidak suka menerima ilmu dan nasihat

Junjungan Rasulullah SAW selalu menasihati sahabat supaya mengelakkan diri daripada menjadi golongan keempat di kalangan manusia yang dibenci Allah iaitu tidak suka diri mereka dinasihati atau mendengar nasihat orang lain.

· Hasad dengki

Sifat ini selalu diikuti rasa benci dan dendam berpanjangan. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Hindari kamu sifat hasad kerana ia memakan amalan kamu seperti api memakan kayu kering." (Hadis riwayat Bukhori dan Muslim)

· Meremehkan orang lain

Sifat ego manusia selalu lahir apabila individu berasa dirinya sempurna berbanding orang lain yang dilihat terlalu kecil dan kerdil dengan apa dia miliki.

Abu Umamah pernah meriwayatkan Rasulullah SAW pernah bersabda bermaksud: "Tiga kelompok manusia yang tidak boleh dihina kecuali orang munafik ialah orang tua Muslim, orang berilmu dan imam yang adil." (Hadis riwayat Muslim)

· Sifat ujub atau bangga diri

Menurut Imam Ahmad, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Jangan kamu bersenang-lenang dalam kemewahan kerana sesungguhnya hamba Allah bukan orang yang bersenang-senang saja." (Hadis riwayat Abu Naim daripada Muaz bin Jabal)

· Suka berangan-angan

Islam anti-kemalasan. Orang yang berat tulang untuk berusaha mencapai kecemerlangan dalam hidup dipandang hina oleh Allah dan manusia. Mereka lebih gemar berpeluk tubuh dan menyimpan impian tinggi tetapi amat malas berusaha untuk memperolehnya.

· Buruk sangka

Seseorang yang suka menuduh orang lain melakukan sesuatu kejahatan tanpa diselidik amat dicela Islam. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Nanti akan ada seseorang berkata kepada orang ramai bahawa mereka sudah rosak. Sesungguhnya orang yang berkata itulah sebenarnya yang sudah rosak dirinya." (Hadis riwayat Muslim)

Suburkan diri dengan iman sebagai perisai tangkis godaan lakukan maksiat..Berjuanglah melawan syaitan!!

Sumber : http://paksi.net/

What u give u get back


Kelas Fiqh pukul 4.30 p.m. di rumah selangor. ingatkan pd shbt yg nampak lena di atas singgahsana. bingkas berwudhuk dan tunaikan solat. saya kembali menyambung ayat-ayat terakhir pd kertas nota yg ditinggalkan td sementara tgu beliau selesai solat dan bersiap. dan akhirnya kedengaran pintu ditutup. oh, bertuah pny kawan! semangat kita tgu dia, last skali dia tinggal plak. geram ke? geram la jgk sikit. ade ke patut. haish~

Pegi la saya sorg2. bukan takut pn nk g umah selangor tu, depan tu je. tp rasa cm geram tu x hbs lg la. aih~ sabau je le. naik atas ust dh start kelas, dgn muka poyonye masuk n duk blkg skali la mai lmbt sgt. 10 ust cakap 1 je saya catat. melayang-layang dh fikiran ntah ke mana. saya sedang pelik nape dia tinggal saya? kenapa? kenapa? igt nk mogok td. tp x jadi sbb tgk tom yam tu [bukan ini alasan sebenar] tambahan saya x tergamak nk tolak pelawaan ahli bait yg sudah membentuk bulatan di sekeliling talam. jgn ikut hati, ikutlah iman.

Sampai skrg saya masih terfikir-fikir mana salah saya. stlh ditimbang-timbang hari semalam yg sibuk, saya temui jawapan. semalam ada org terasa hati dgn saya sbb x jawab panggilan. maaf, saya sangat sibuk smlm! sampai hp silent semenjak hari muktamar lg kerana hampir terlupa utk tukar. ah, cukup memberi alasan! saya x suka org yg beralasan semata-mata membela diri yg salah. saya mohon maaf atas salah saya yg semalam.

Jujurnya, saya punya komitmen di luar waktu itu. itu saja. saya mohon ribuan kemaafan. saya faham perasaan shbt saya masa tu. mencari kami tp kami tiada, menelefon kami tp kami tidak menjawab. saya tahu sedih mcm mana bila bersungguh-sungguh berniat baik ingin menjamu kawan2, tp kawan2 seolah x menghargai. dengan ikhlas kami mohon maaf. moga luka hatimu sembuh seperti sediakala.




Betullah, Allah beri kita plak rasa hati mcm mana org rasa hati dgn kita. Astaghfirullah. Mohon pd tuhan akan damainya hati ini. Ya Allah, peganglah hati kami~
0

Dedikasi Khas Untuk Sahabatku

10 April 2010. Genap usianya 21. Sanah helwa sahabatku. Moga panjang umur murah rezeki, diberi keluasan ilmu, ditambah iman dan amal. moga dgn peningkatan umur, meningkatlah kematangan. semoga berjaya dunia akhirat. mohon maaf segala ketelanjuran. terima kasih sbb jd kwn sy :)



She is my friend. my good friend. we share our probz tgther. masa sekolah dulu kami biasa bergilir2 beli tiket nk g sekolah [nana pn masuk geng jgk ni..]. tp lps ni xde dh beli tiket nk g KT sbb sy bukan geng kemaman lg. apapun kngn dulu2 tu mmg x lupa la, sampai driver bas tu leh cam kite kn.ha2. tula kalau ada award pelanggan paling setia, kite la tu pemilik award tu kn. sgt suka g KT lps STAM sbb settlekan psl nk g mesir ni la.

Dulu dia kawan adik sy masa dia di Al Falah, lps masuk smaasza f4 jd kawan sy plak, tp masa thanawi 3 baru sekelas. Temuduga pnjaman sama2, x dpt pnjaman pun sama2 :D.. Kt mesir duk rumah sewa sama2, n masuk asrama ni pun still satu rumah lg. kita ditakdirkan utk bersamakah?

Ketawa dan menangis bersama. Moga Allah temukan kita semula di syurga.
0

Bertanyalah Pada Hati Sendiri

Kadang-kadang dalam mencari redha Tuhan,
Hati sering diuji manisnya kehidupan,
Melalai dan terus meleka dgn nikmat dunia,
Sehingga terlupa wujudnya pencipta..

Berjalan dan terus berjalan,
Tinggallah waktu silam,
Injakan usia tidak memberi apa-apa,
Malah rahmat Tuhan masih lagi belum jumpa..

Untuk apa lagi hidup ini,
Terus menerus dlm samar cahaya,
Meraba-raba tatkala yang lain bisa melihat,
Terumbang-ambing dikala teguhnya manusia..

Masih mencari rahmat Tuhan yang belum ketemu,
Ternanti-nanti bilakah hati itu akan bersamaMu,
Cuba meletakkan ikhlas pd stp percakapan dan perbuatan,
Yg setiap hari sentiasa membelenggu,
Seperti apakah nilaianMu terhadap amalan-amalan itu??
Pd kotornya jiwa dibalut lumpur dosa..

Terngiang-ngiang alunan syahdu,
Semakin cuba kudekati,
Semakin kuat pula kau mendugai aku,
Membelek-belek hati yg penuh nista dan noda,
Layakkah diletakkan Tuhan di sana selamanya??

Usah bingung dgn diri sendiri,
Suluhlah hati dengan petunjuk Ilahi,
Cari di mana pintalan dosa,
Rungkailah satu persatu kekusutan yg bersarang,
Melebihkan waktu pd meleraikan,
Supaya sepenuh hati itu..Layak diletakkan Tuhan..

Allahu Robbuna..Allah Allah~
Back to Top