0

Bermula Langkah Kali Pertama~~

Bismillah Wa Alhamdulillah..

"Bermula langkah kali pertama, ketika kubuka mata seluasnya. "

Jam skrg adlh 2.30 pg waktu Mesir, 6 April 2011. Alamak, sy lupa sesuatu! tatkala menaip tarikh ini, bru sy teringat akan anniversary ayh bonda ke 26 pd 4hb 4, iaitu dua hr lps. Thun ni sy tlepas utk ucap & doa pd mereka. tp doa sy sepanjang masa, bkn di hari2 bahagia mereka shj.

Semenjak dua menjak ni jd begitu, biasa sgt lupa. makan semut kah? pelik2. rehat2 sambil bersihkan sawang pd blog. agak lama, dan ini post yang pertama utk tahun 2011. terlalu byk kekangan, hingga sy tdk punya waktu utk membazirkan tenaga, masa, karen & letrik di ruangan ini.

Rentetan revolusi kebangkitan rakyat Mesir, kami dibawa pulang secara percuma oleh Kerajaan Malaysia dan dihantar kembali ke bumi kinanah ini oleh Kerajaan Negeri Terengganu [jg ditanggung perbelanjaan] setelah keadaan mesir stabil pd 28 Mac baru2 ini.

Selesai imtihan pd awal tahun, terus rusuhan. then, berpindah ke Jeddah sblm dibawa pulang ke Malaysia, tanah air tercinta. byk yg dipelajari dr peristiwa rusuhan ini, seolah-olah sedang beramal dgn ilmu2 yg dipelajari. begitu jg ketika berada di Jeddah. subhanallah. ujian demi ujian bt kami matang dan menghargai pengalaman yg dilalui.

Tiba di Malaysia pd pagi 14 Februari 2011. group kami pljr terengganu adlh yg terakhir. selesai group kami, maka berakhirlah misi ops piramid. demikian itu bermulalah kehidupan 'baru' di bumi bertuah tersebut. gembira dpt jupa keluarga, Alhamdulillah!!

Aaaa.....sambung bt keje, da hmpir pukul 3..esok la pulak sambung membazir karen di sini..adios~
0

Imtihan 'alal Bab~

"Imtihan 'alal Bab, lakin baby leisa 'alal bab," sengih2 je saya bace. apelah. huhu. *selingan*
Peperiksaan Fasa 1 semakin hampir. debaran tu usah dikira lah. masih terumbang-ambing di lautan ilmu itu. Ya Robb~~



Walaupun zahirnya cuma nampak menuju ke dewan peperiksaan saja, namun hakikat sebenar kepala ini bercabang-cabang sepertinya~ pelbagai~ banyaaaaak~ harus bagaimana. bkn sengaja mencampur adukkan, tp sudah sebati dlm kehidupan.



Tahun ni rasa cm xde semangat je. [tahun lepas pn ckp cm ni jgk..huhu~]
kalo sebut ayat ni kt mak, mesti mak jawab "bakpe? bla bla bla," taw da mak nk kate pe. huhu. pandai je reka. tu jwpn tahun lepas, tahun ni tukar skrip da kot. rindu sekali ingin mendengarkan amanat emas bonda. amanat abah lg best, konfem. T_T

Mcm-mcm cabaran nk hadapi exam ni. Kak Ibah, due 20hb. tp baby x nk kuar lg. mula runsing sbb takut x sempat exam. oh baby, keluarlah! he~ moga kak ibah selamat blake n blh pekse ngan kami jgk. :)

anok kak ibah..hehe~ *reka*


Tarikh imtihan dekat dh, 'adik-beradik' sume demam, ateh n andak je segor. usu bru bek demam. along bru demam lepas kne cucuk 2 hari lepas. achik lak makin teruk demam lepas kne cucuk. alang pn da mai angin kus-kus nk demam, sore tenggelam timbul, batuk2,pening. uda pn jgn ngade2 nk demam, letih saya. tau da muka merah gitu, ade simptom2, cpt minum ubat. cegah sblm rawat.

Kesian tgk mereka. nk bace buku pn xleh. blawan dgn sejuk, btarung dgn sakit. Ya Robb, berikan mereka kekuatan dan kesembuhan. suara pn da x bape nk dengar. sian along, nk cakap telefon urusan penting pn, mtk saya tlg cakapkan. sampai nk check email td mtk tlg jgk. achik plak still xtau jumlah ahli yg nk ikut jaulah. dgn kondisinya skrg begitu. alang pn td mtk saya buka email dia sbb nk send maklumat penting. subhanallah, sakit pn masih fikirkan masalah dan tanggungjawab. padahal boleh saja saya membantu mereka sementara dipinjamkan nikmat sihat ini.


Andak sempat lg ketawakan saya sbb menyamar jd along. haih~ apepun, moga semua cepat sembuh. menghadapi hari2 imtihan dgn kesihatan yg baik. sedih tgk mereka sakit. T_T

0

Mujahadah itu Payah~~

Salam buat semua. lesu, kaku. lupa kata laluan? barangkali. lama tidak menaip begini. 1, 2 @ 3 posting shj kebelakangan. masa dirasakan begitu pantas sekali, semakin diburu, semakin pantas berlalu.

Kenapa mujahadah itu payah? yang berjaya sahaja merasakan kemanisan di akhir sebuah pengorbanan. apakah kita merasa? apa dinilai stp hari atur gerak langkah kita? apakah disulami ikhlas semuanya? diniatkan hanya keranaNya? Allah~~ sungguh, insan lemah x punya apa-apa. berilah berkat pada langkah ini, agar tidak tersungkur mengejar bayang-bayang sendiri.



First n Foremost
Selamat Hari Raya Aidiladha 1431H buat seluruh keluarga nun jauh di sana. abah, mak, kakak, kak yah, anah, ahmad, adik, tok tokki, mok sdare pok sdare, sanak saudara seluruhnya.

Sungguh, rindu suasana raya di sana! rindu bergotong royong hari raya, rindu bertakbir raya bersama-sama. dan yang paling pasti.....saya sgt rindu suara takbir abah. gemersik menusuk hati. cuba pejamkan mata, mengahayati alunan merdu suara abah pd saki baki suara yg masih tinggal dlm hati ini. sudah 3 tahun, kalaupun hampir luput, cuba sekuat-kuatnya mengingat kembali, agar ia tdk terus pergi tinggalkanku sendiri.

Salam sayang + rindu kutiup bersama angin lalu buat mak abah kakak adik seluruhnya. hanya doa hadiahku buat kalian, moga menjadi hamba yang taat dan soleh, demi mencari redha Ilahi di stp detik hingga akhir semua ini.



NeXt...
Eid Milad Sai'ed buat adinda Nur Aini Hafizah pada 9 November 2010 bru2 ini. Semoga kematanganmu mengiringi usia. jgn letih dan jemu dlm menuntut ilmu selagimana masih bernafas.

x sempat SMS, wish sini pn jadilah ye. sori ijah. huhu. doakan ijah, agar tercapai cita-cita. jd kebanggaan abah mak, n paling penting agama.


skrg da 16 thun, hrp lbh matang dlm mengenal kehidupan. kak teh tau ijah boleh, ijah mampu, yg penting kne yakin n rajin. tu je. x perlu rasa kita kecil, meletakkan diri di luar kebiasaan.

ok, wish u da very best of luck~~ selamat hari lahir ke 16~~



NeXt LaGi...
Sanah Helwah ila ukhti almahbubah, Nor Azila Mamat. semoga sentiasa dilimpahi rahmat dunia akhirat. jadi muslimah solehah, penyejuk mata. semoga dpt zauj yg soleh jgk.


Tgk facebook, hr ni hr lahir awak. x prasan pulak sy mse mula2 tu. he~ sori! time kasih byk bantu selama ni. byk sumbang tenaga dan masa. terima utk bekerja bersama sy. bkn utk sy, tp utk agama. moga Allah balas setimpalnya, sbg saham akhirat, juga kredit utk Islam.

Selamat Hari Lahir org laut, blajar rajin2. uhibbuki fillah~~



& yG PaliNg AkHiR~~~

Selamat Pengantin Baru bt pasangan muda, adik Maizatul Akma binti Ali & pasangan. semoga bahagia hingga anak cucu.

Maaf sgt sbb x byk dapat bantu dalam keadaan yang pantas begitu. apepun, mabruk! selamat da jd zaujah, solehah. insyaallah, sayap kiri sang pejuang.

Baarokallohu lakuma,
Wabaroka alaikuma,
Wajama3a bainakuma fi khoir.

credit to qberphotography
[dayah, curik gambo abg dayah ni..huk2..]


0

Mabruk untuk Kakak~~

Tahniah. dh grad dh ye. means dh habis blaja la. ye, tahniah2 tuk kakak. terkilan jgk x dpt tgk kakak konvo. org lain leh je merasa. huhu, naseb badan. neway, selamatlah sudah anak sulung abah+mak. pasni, kak yah, then anah dulu kot, barulah saya.


Hurm, kejap je kan. kite pn da besar dh sume. tp masih blajar, sorg je bru yg akan bertukar alam ke alam pekerjaan. jom, kite pow kakak bile ye keje nanti. skrg tgh tgu nk posting kt mane2, 2 3 bulan lg leh la jalan projek ni kan. :P [time kakak x keje pn, adik2 biasa pow, dh keje 6t siap sedia la..haha]


Selamat maju jaya kakak, moga dilimpahi berkat dan rahmat Allah selalu. :)

bukan nk tlg kakak betulkan jubah ke ape..sebuk nge kamera lg..haih~


adek yg suke bergambar..


lokasi kejadian : Universiti Islam Antarabangsa
0

Hepi Hepi Day [Happy Belated Birthday]



Buat tatapan adinda-adindaku yang disayangi. Selamat Hari Lahir. Semoga panjang umur, murah rezeki, diberi kelapangan pada ilmu, Allah rahmati dan pelihara hidupmu serta mendapat keredhaan di dunia dan akhirat.



13 September 2010 - Genaplah usia 14 adik, Sumaiyyah Kamaruddin. matang-matangkan diri, sematang anjakan usiamu. Hospital Kemaman jadi saksi kelahiran, dh la mase baru keluar tu muka cm cina. sampai mak jd konpius takut ade sorg anak down sindrome ke ape kn. tp redha je kalau Allah tetapkan dh mcm tu.

bile ingat2 balik rase klako je. hurm~ mase dulu duk kemaman, kalu nk beli kasut or selipar ke mesti g kt kedai cina depan stesen bas tu. alkisahnya, mak bawak la adik n ijah ke kedai kasut, mase tu umur diorg sekitar 3 5 tahun macam tu lah. dalam kedai tu ade tokey cina tu n sorg lg pelanggan lain. kt dlm kedai, ijah ni kejarlah sumaiyyah. pastu, si ijah ni siap kena tegur plak dgn pelanggan sorg tu. dia kata kt ijah, "maroh di tokey kang kejor anok die" [au kama qol~]. mak pn kejut gop, gane la anak dia tiba2 tukar jadi anak tokey ni. kompius2~

balik umah, org criter balik. mmg pakat sukke lah blake. jadi sguh. tu lah, kalu adik degil2 sgt, ugut sket dia "hantor ke tok kt cukai nung kang!". aduh la. lening duk tranung dh. nk g ato cukai jauh ngat. duk dumoh jela deh. adik pun x degil dh beso2 ni.

utk adik : belajar sguh2. tebus balik yg upsr dulu tu. igt nape adik janji ke kak teh. chaiyok2, adik boleh!! xdop dh org nk suruh2, kne bt sdiri blake dh leni. oke, wish u luck oweyz. bittaufiq wannajah~



6 Oktober 2010 - Cik Yuhanah Sofiyah tlh masuk umur 20 tahun. nk nikoh dh [opss..kontroversi semata-mata..saloh org..]. semoga jd hamba yg lebih sabarnya lebih syukurnya, muslimah solehah penyejuk mata ibu bapa.

awal pesan supaya saya x lupakan tarikh keramat [konon2nya] itu. mmg x sempat nk wish sbb xde mase satu, yg kedua plak xde kredit. tp jgn bmbg ingat je. kekangan waktu je pun. maaf byk la tu.

dulu suka gaduh mase kecik2 dulu. beso ni xdop komitmen dhla. hehe. sian mak dengar kami gaduh selalu. org tua kata 'air dicincang xkan putus'. betul dh gitu. kn anah kn~

utk anah : blajo molek, blajo rajin2, tlg la mak tu bila balik cuti, kne pandai berjimat-cermat deh, sbb pe ramai2 adik beradik kite, anah paling sesak skali? [soalan cepumas..haha~]



owh, terlebih plak. Sanah Helwah utk kedua-dua adindaku ini. saya x pernah lupa & saya sayang kalian kerana Allah~
0

Baru Nak Keluar..Sabar~~

Syawal baru saja melabuhkan tirai. Apa khabar syawal kalian? Sempatkah menghabiskan puasa 6? segala kurniaan dan janji pahala pada setiap amalan Allah tebarkan di depan mata. cuma tinggal diri sendiri saja untuk laksanakan dan rebut ganjaran tersebut.





Gambar ini bisu semata-mata sbb saya mls nk cakap ape-ape. raya lame dh lepas, saya plak tak menyempat utk posting bagai. xde mood dh. saje je wt tatapan org jauh nung. org di sana kata raya tahun ni kt sana x meriah pn. sy thu la sbb pe.....sbb sy xde kn. hihi.:P

Cumanya, Selamat Hari Raya [Belated] wt semua kaum muslimin muslimat khususnya family yg jauh di mata dekat di hati.

Abah~ Mak~ Kakak~ Kak Yah~ Anah~ Ahmad~ Ijah~ Adik~


sedare-mare yang sentiasa diingati..


[sebelah mak]

Tok~
Tokki~
Mama n family~ Pok Yie n family~ Cik Man n family~ Mak Teh n family~ Mok Ya n family~ Pok Mu n family~ Pok Wan yg xde family [hehe..]



[sebelah abah]

Ayah Long Kadir n family~
Pak Long n family~ Pak Teh n family~


juga bt sahabat-sahabat yang xleh raya sama-sama tahun ni..
Ain~ Nana~ Idah~ Syu~ Atiyyah~ Aisyah~ Kak Sanah~ Kak Zierra~ Kak Ha~


Sekian...Wassalam~~~
0

Diari dan Diari

Alhamdulillah, selesai menghabiskan juadah berbuka yang ala kadar. Berbuka di rumah Puan U mmg seronok, sekaligus menemani beliau yg sedang mengalami masalah kesihatan berkaitan kandungannya itu. kami doa moga selamat la sume, jaga diri molek, makan biar cukup, jgn ikut keperluan sdiri tp ikut keperluan baby [byk plop nasihat..cm nenek je..].

Dh lama dh, x meluangkan masa di sini. sgt sibuk n sampai rindu plak kt blog ni [wlopn xde pape yg spesel]. start dr habis exam, mase tu start la keje bertimbun, x smpt da nk godek2 blog ni. pastu kawan2 balik mesia. pastu program itu. pastu program ini. pastu. pastu. n pastu... xde posting ape2 yg sy bt.

[29-06-2010] Mula2 skali antara kawan2 ni, Syu n Atiyyah yg balik dlu. saya da sah2 x smpt tlg kemaskan barang dia. mlm dia bertolak tu adlh hari terakhir exam sy n kwn2 2 syariah. terkejar2 jgk nk tlg tu. menyiapkan sepantas mgkn [walaupun sy ni mmg x pantas mane]. g mator, balik mator, lgsg pengsan. stret dr siang td, mgunakan spenuhnya tenaga mental & tenaga fizikal.

Slps keberangkatan mereka, tiada lg menu2 spesel n jamuan makan ramai2 geng2 ni. teringat-ingat plak, smpai selipar kuning beliau di depan pintu rumah sy letak blkg rak kt hujung skali. hu2~

[07-07-2010] Tengku g Qatar. xde da kwn dlm umah ni. xde da kwn2 separas dgnku ini. sgt sunyi sepi. hu~ sblm beliau berangkat lgsg x tlg kemaskan barang, sbb rasa sedih. seolah-olah merelakan dia pergi. sy minta maaf, x sgup nk kemaskan brg2 sume tu. sy x nk org tgl sy.

Sy kemudian terima pengganti tengku, Kak Diah kate nk tmpg umah sy. Kak Diah nk balik mesia, klau blh nk btolak dr kaherah utk ke mator, lg jimat klau nk dbndgkn dr iskandariah. betullah pepatah "patah tumbuh hilang berganti".

[09-07-2010] Penerbangan Kak Diah malam jgk, sama dgn Syu n Atiyyah hr tu. Alhamdulillah brg2 sume lepas, cuma dua kwnny yg balik skali tpaksa cancel seat sbb lmbt sgt check in. mujur Kak Diah slmt. hu~

Lepas Kak Diah pegi, Idah tido umah saya. katanya nk duk sini sbb takut duk umah sorg2 lps teman sebiliknya bertolak ke haramain. Alhamdulillah, sepiku tdk panjang.

[13-07-2010] Pastu, Idah n Aisyah pulang ke Malaysia. ni pn sy x smpat tlg. Idah berpengurusan cekap, mmg xde org tolong la sbb awal2 da siap sblm lg. Aisyah plak last2 menet masih menanti brg2 dr saudaranya yg belum masuk list nk bwk balik. sy pn minta maaf, sikit je sy dpt tlg. bila Idah pulang, sy jd kesepian.

Ke sana ke mari, selesaikan tgjwb itu selesaikan tgjwb ini, shingga tiada masa bsama Idah. pg keluar, maghrib baru balik. maaf, sy tiada pilihan. sy cuma harap awk gmbira je duk umah sy wlpn sy x dpt temani awk di rumah waktu siang.

Sy fikir sy sdh sdiri bila Idah pulang, ternyata sepi itu Allah ganti. Huda yg bru turun dr iskandariah mengambil alih tmpt Idah. sy n huda sejalan, klau sy sibuk dia pasti sibuk bersama sy [sehati sejiwa la katakan..huk2~]. so,xde istilah ditinggalkan ke or ape2 di sini.

Karnival DAMAI berlangsung dgn penuh meriah. kami [cuma yg tgl : ain, nana, huda n saya] da bt gerai jualan hewi mcm gerai geng kami plak. dh tu, ni je tgl. yg lain da terbang~

[19-07-2010] Dua lg shbt ingin beransur pulang mlm tersebut, brsama kakak maahad 3 org. kesibukan DAMAI x sptutnya djadikan alasan. lgsg x smpt jenguk2 mereka n tlg kemas sket2 brg mereka. sgt sedih. sume kwn2 sy wt gitu. huk2~ mujur dpt izin kak na utk hantar shbt2 ni ke mator.

Rasa ditinggalkan lg pahit dr meninggalkan. masa ni, batch kami [batch '08] semua da balik Malaysia, cuma tinggal berdua dgn Huda je. terasa sgt masa ni, sbb mereka balik 5 org, lengang terus asrama [seolah-olah].

Karnival Kenangan anjuran PMRAM pula menyusul. sibuknya bkn kepalang. tiket penerbangan huda masih lg samar2 n dia plak dgn syoknya join hewi kt bazar tanpa hiraukan tiket itu.

[03-08-2010] Dgn kecelaruan kesepahan kebolokkan, akhirnnya tibalah waktu terbang huda. sekali lg menyalahkan diri dek kesibukan program PMRAM yg masih blm berakhir. sy tlg agkt beg je, lain2 x smpt.

huda da pergi, mujur sblm huda pergi tgku balik dr bercuti di qatar smlm. sy tdk sndirian. sepi itu sntiasa diganti kehadiran seorang teman.

Ada hari tu, sblm peperiksaan tamat, sy selalu membilang hari2 yg sy akan ditinggalkan kesorgn. sy kate pd mereka yg sy akan bt diari 12 hari, menyatakan betapa sunyinya diri spnjg tmpoh bersendirian tanpa seorg pn shbt di Mesir ini. namun, perancangan Allah lg hebat, sy lgsg tdk pny masa utk mencoret di sini. tiada tulisan di blog, tiada diari 12 hari.

Hari demi hari betul2 mematangkan diri dek kesibukan yg pnjg rentetan cuti baru2 ini. byk yg sy bljr & pglm yg diperoleh. Alhamdulillah, terima kasih Allah krn masih beri ruang. namun, kelemahan diri ini buat sy rasa semakin dihimpit perasaan bersalah. mana tidaknya, kepulangan sahabat2 sy x smpt hulurkan bantuan. muncul2 bila dh ready nk g mator. yg plg menyentuh hati, bila sy lihat nama2 di kotak2 smua shbt yg ingin pulang. lgsg sy x thu, sehinggalah sy ternampaknya di mator. alamat kaherah ditulis atas nama sy. ah, teruknya! sampai tahap tu ketidakcaknaan.

Tersentuh hati, sayu, teringat balik waktu2 yg x smpt nk bg pertolongan dan khidmat sblm mereka semua pulang. Allah~ sgt berat. jd serba salah. sy sptutny lbh efisien dlm pengursan masa. maafkan kelemahan ini. mengenang kisah smlm mmg pahit. so, sy offer diri, kalau shbt2 nk mntk tolong apa2 yg sy blh tlg [taqdim syu'bah, kasyfu natijah dll], silalah mesej. sy sedia berkhidmat, menebus kelemahan semalam. bkn hny krn kslhn, tp krn tulusnya sebuah ikatan persahabatan.


~ Atiyyah ~ Syu ~ Idah ~Aisyah ~ Ain ~ Nana ~ Huda ~ K.Zira ~ K.Ha ~ K.Sanah ~


Kukirimkan salam ramadhan di angin lalu bt sahabat2ku sekalian. moga tenang dlm ibadah mencari mlm yg dijanjikan Tuhan, mlm yg lbh baik dr seribu bulan.
Saya sayang kalian krn Allah~~
Back to Top