0

Kuasa Cinta

Kuasa Cinta mampu mengubah dunia. cinta bisa mengubah duri jadi mawar, mengubah cuka jadi anggur, mengubah marah jadi ramah, mengubah musibah jadi muhibbah.

Siapa tidak tahu TAJ MAHAL? Taj Mahal adalah di antara 7 keajaiban dunia. pembinaannya yang bermula pada tahun 1632 ini adalah simbolik kisah cinta tradisional 2 insan; protagonis lelaki : Shah Jahan (Putera Khurram) & protagonis wanita : Mahal Mumtaz (Arjumand Banu Begum). kisah cinta mereka adalah sebuah kisah cinta yg menjadi lakaran sejarah dunia. siapa sangka kekecewaan Shah Jahan terhadap kematian isterinya, satu monumen telah dibina yang memakan masa selama 22 tahun untuk menyiapkannya adalah sebagai bukti cinta abadi. wah, besar sungguh harga cinta mereka! :)

Siapa tidak kenal Laila Majnun? Mengenali Laila Majnun sebagai alegori perjalanan seorang hamba untuk sampai kepada Tuhan membawa kita pada proses mencintai, dimana kecintaan telah membuat Majnun (sebagai seorang makhluk; hamba) dengan sukarela menanggalkan egonya, memandang dirinya dan Tuhannya sebagai suatu kesatuan yang tak terpisahkan, hingga mencapai fase peniadaan diri. kisah yang akhirnya si lelaki menjadi gila. Laila dan Majnun bisa saling mencintai sedemikian besarnya padahal mereka hanya bertemu beberapa kali dan berkomunikasi juga sangat terbatas. hebat kuasa cinta, bukan?


Subhanallah! ini hakikat. ini sejarah yg terlakar di dada dunia.

Kata Shaikh :

-"Orang yang bercinta akan mencintai yang dicinta dengan cintanya, dan dia akan bahagia dengan cinta itu, akhirnya sang cinta itulah yang menjadi sang bahagia."

-"Cinta adalah rahasia diciptakannya makhluk ini. Maka miskin dan menderita org yg tdk memiliki cinta."

-"Bahagia adalah tujuan diciptakannya makhluk ini. Maka menderita dan menyesal lah org yang tdk mencapai kebhagiaan."


Tiba-tiba bicara tajuk ini. saya tdk minat sejarah. namun, kesungguhan mengkaji apa makna KUASA CINTA, buat saya tertarik dgn kisah cinta dunia & apa yg tersirat di sebalik cerita² ini. mungkin blh faham, mungkin juga tidak. sbb setiap orang pasti punya ta'rifan berbeza; apa makna KUASA CINTA??
0

Perkhidmatan Berakhir (?)

Jari mengakses internet, sedang hati merintih pilu. oh, handphone! di mana kamu? puas mencari di segenap ruang isi beg (walaupun mengetahui kewujudannya bukan di situ). depan, belakang, di sebalik kitab2. hampa. ~_~"


tempat terakhir keberadaan telefon itu sepanjang sedar adlh dlm jaket. excited rakam suasana hari & detik-detik akhir pesta buku antarabangsa. seorang pak cik yang selesai membeli buku, sama-sama menunggu di luar, turut bangun merakam pemandangan akhir tempat tersebut. bersedia utk pulang, memasukkan telefon ke jaket & membolos diri ke dalam teksi.

usai solat maghrib, buka al-Quran, terlintas di mana letak telefon td. biar dulu, habiskan bacaan. ahli rumah siap2 utk makan, namun selera hilang. mula x sedap hati, mana ya duduk telefon ni. makan sekejap, pegi cari telefon. tiada. tiada. di manakah?

Allah. perit rasa! usianya belum cukup setahun. beberapa hari saja lg ulangtahunnya. namun, pergimu kurela dlm paksa. tenang2lah kamu tanpaku. andai kita berjodoh, kita pasti ditemukan lagi. ketahuilah, sedihku teramat sangat krn hilangnya kamu. sentiasa ingat kamu. sentiasa rindu kamu.

skrg tidak punya apa2.


laptop dirosakkan org tanpa sengaja, masih menggantung harapan, namun tiada sebarang perkhabaran. mujur barang2 simpanan dpt copy ke hardisk. cuma jasad yg masih kaku. sampai bila beliau harus begitu. miskin~ T_T


handphone hilang tanpa sedar. 2145 gambar di dalam. kenangan2 yg kurakam hilang bersama jasad beliau. asal menjadi pengubat lara kpd komputer riba yg ditahan di wad, namun apa daya utk menghalang kepergian. pergilah dgn tenang. banyak jasa beliau dalam merakam aktiviti persatuan di waktu tiada kamera.

2 benda yg sangat diperlukan memandang keperluan di waktu sekarang. kalau aku tiada tanggungjawab, aku tdk mahu miliki komputer riba lagi. kalau aku bukan siapa2, aku tdk ingin mempunyai telefon lagi slps ini. cukuplah kecewa yg amat kerana kehilangan.

Salam Perpisahan harta duniaku. :( terima kasih kerana banyak berbakti untuk Islam. semoga kuperoleh juga saham selama menjaga kalian.
0

We Are Nothing Without Allah

Terlalu sakit tatkala dikhianati. terlalu perit tatkala ditinggal sendiri. panjang sungguh kehidupan ini. sekejap melalui bunga; oh, indahnya terasa detik & waktu! sekejap melalu duri; luka berdarah, sakit maratah, kulit umpama tidak mampu melindung sakit.


Lalu apalagi yg tinggal? melainkan redha dgn ketentuan Tuhan, percaya akan hikmah disebalik kejadian, berpesan kpd diri supaya bertahan, merasa letih pd sebuah kekecewaan, merasa bosan dgn keburukan yg datang. sungguh, rahmat Allah itu sgt luas! sedar atau tidak. sedarlah!! kita masih punya Tuhan.

Manalah yg lebih baik antara kita dgn caturan Tuhan. pastilah Allah itu sgt cantik aturanNya. apa yg kita suka tidak semestinya baik, apa yg kita tdk suka pula bukan tidak baik utk kita.


Firman Allah :

وَعَسَى أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ وَعَسَى أَنْ تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَكُمْ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ
البقرة: 216

Maksudnya :
boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu. dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.

Sudah terubat hati dgn ayat Allah ini? yg kita rasa baik, bknlh terbaik utk kita. jd utk apa berputus asa? utk apa menangis kecewa?


Maka berhentilah dari bersedih dan terus sedih! mengadulah pada Allah dengan penuh rasa keinsafan dari meletakkan harapan yg tinggi kpd insan. krn kelalaian, kita lupa akan matlamat sebenar; keredhaan & kasih sayang Tuhan! krn kita manusia tidak punya apa2. apa milik kita? tiada! semua milik Allah.

Teguhlah kaki utk terus berdiri, kukuhlah hati utk terus memberi & meredhai dgn penuh rasa tulus tanpa dirayupintai sang manusia. ingat! kita tida apa. semua milik Dia.

Sekian~
0

Salam Ulangtahun Perkahwinan


Ops. salah tajuk.

Salam Ulangtahun Kelahiran Along Sayang.

Moga Allah berimu segala yg terbaik. pjg umur, murah rezeki & diberi kesihatan yg baik.


Terima kasih atas persahabatn ini. sayang Along selalu~ :)
0

For The Rest of My Life

Sebentar di laman ini. rehat2 minda.

tiba-tiba saja terlintas. di saat ingin cuba utk menjauh, di saat ingin melupakan apa yg dilupakan org. apakah?

lupa tarikhnya. cuma mengikut putaran masa, saya rasa ianya sudah hampir setahun. (barangkali)


ah, ulangtahun rupanya!! terima kasih buat saya tertanya-tanya. :) sampai sekarang saya x tahu. barang yg tiada, payah utk digambarkan.

cuma sekadar itu. saya bangga dgn saya. SABAR hingga berganti TAHUN. mcm x percaya. tp percayalah.

setia disia-sia?

ok, stop! sambung baca buku.

SALAM IMTIHAN TEMAN-TEMAN~
0

Selamat Tahun Baru

Post pertama utk tahun 2012M & 1433H.

SeLaMaT tAhUn BaRu~~


Semoga azam baru pada tahun ini lebih mendekatkan diri kita kepada Allah, lantas kitalah golongan yg pantas mendapatkan keredhaan serta rahmat kasih sayang Allah tanpa hitungan. semoga kita juga dapat menjadikan hari ini lebih baik dari hari2 sebelumnya, dan hari esok lebih baik dari hari ini.


Gembira tengok sambutan tahun baru di Malaysia yg ada pembaharuan. Alhamdulillah. nama pun tahun baru. gaya sambutan mestilah dgn gaya baru. :)


Da'ie di Malaysia semua mantap2. program yg dianjurkan adalah inisiatif kepada sambutan2 maksiat yg berlaku setiapkali tiba tahun baru. inilah yg kita mahu. ini fitrah kita sebenarnya. di mana Allah telah takdirkan kita beragama dgn agama suci iaitu agama Islam, kehidupan haruslah dengan cara hidup Islam. bukankah cara hidup Islam yg paling sempurna?


Tidaklah kita menolak Islam itu, sedang kita sedang menganuti Islam. sanggup kita, bermaksiat sambil mengaku kita Islam? sanggupkah kita, mencaci menghina Islam sedang kita masih berharap yg kita akan mati dalam Islam, atau paling kurang bernafas dengan bantuan oksigen yg Allah beri, atau bercakap dengan kudrat yg Allah kurnia?

Subhanallah, maha luas rahmat & kasih sayangNya. sedang kita menderhaka, Allah tidak putus2 & terus-menerus memberi nikmat. Alhamdulillah.

Semoga kita jadi hamba yg taat, semakin taat, hingga saatnya kita kembali kpd pencipta dgn tersenyum di hujung hayat; akhir kehidupan insan.


~ let go of your past, so Allah can open the door of your future ~
0

Hari Kemenangan~

Salam Eid Mubarak bt muslimin & muslimat di seluruh pelusuk dunia. semoga Ramadan yg dilalui menjadikan kita muslim yg beriman, bertakwa & istiqamah, lantas kitalah graduan Ramadan yg cemerlang. mudah2an.

Bulan Ramadan, sudah melabuhkan tirai penghujungnya. Bagi individu yang sedar serta menghayati ‘tawaran' bonus yang di berikan oleh Allah SWT dan RasulNya di bulan Ramadan, mereka sudah pasti akan merasa sedih atau amat sedih dengan pemergiannya.

Sebaliknya orang yang tidak sedar atau tidak ambil endah tentang kelebihannya pasti bergembira dan berpesta dengan pemergian bulan hebat ini. Lebih malang lagi, pestanya yang dianjurnya adalah jenis pesta hiburan yang sememangnya bertentangan dengan ruh dan objektif Ramadan.

Seolah-olah individu yang berpesta maksiat di permulaan bulan Syawal ini ingin memaklumkan berkenaan ‘peperiksaan' Ramadhannya yang mendapat keputusan ‘gagal' dan berjaya peroleh doa khas Malaikat Jibrail untuk mendapat 'kecelakaan' iman yang lebih dahsyat pada bulan selanjutnya. Nau'zubillah.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud: "Dan hendaklah kamu menyempurnakan bilangan puasa (pada Bulan Ramadhan) dan hendaklah kamu bertakbir mengagungkan Allah (apabila berhari raya) kerana Allah berikan hidayah kepada kamu." (Surah Al Baqarah : 185)

Aidilfitri disambut sebagai suatu kemenangan bagi orang yang dapat mengerjakan ibadat puasa Ramadan dengan sempurna. Kemenangan itu bukan saja menang kerana berjaya mengawal nafsu makan dan minum selama sebulan pada siang hari sepanjang Ramadan, malah kejayaan menghalang diri daripada melakukan perkara dilarang, iaitu jika dilakukan akan terbatal puasanya. Lantaran itu Allah menganugerahkan satu hari untuk kita sama-sama meraikan kejayaan daripada kemenangan itu.

Selamat Hari Raya semua~ :)

Back to Top