0

Lillahi !


Bismillah. dalam satu hari pasti ada silap di mana-mana. siapa yang tiada melakukan kesalahan dalam satu hari kehidupan? ya, kita dicipta sebagai manusia. banyak yang kita lupa, sehingga terkadang kita khilaf dengan alpa dan lalai kita.

Lalu bagaimana kita? terus-terusan berteman dosa nista? dari hari ke hari perlu ada kesedaran, perlu ada perubahan. ya, pastinya ke arah yang lebih baik! andai hari ini berbuat kesalahan, esok jadikan kesalahan itu sebagai pengajaran, dan yang paling penting, jangan sesekali kembali amalkan.

Seperti kata hukama' : jadikan hari ini lebih baik dari hari semalam, dan hari esok lebih baik dari hari ini.


Terkadang terfikir juga, betulkah kita selalu membetulkan diri dari sehari ke sehari dalam keadaan kita mengetahui begitulah yang sepatutnya. ia tidak terlaksana tatkala hati jauh dihanyut angan-angan dan mainan dunia. maka setelah tersedar, kembalilah memohon keampunan Tuhan.

***** ***** ***** ***** ***** ***** ***** ***** ***** *****

Posting ni untuk ubat hati kecewa. kecewa melihat tingkah aksi. bukanlah nk halang pergaulan, cuma bagi saya pergaulan itu ada batas. jangan sampai menimbul fitnah. kalau dh terbiasa sebelum ini, maka tinggalkanlah tatkala ianya tidak memberi faedah.

Masih punya waktu untuk berubah !

Maka saya tekankan kepada diri saya untuk tidak ulang-ulang kesilapan sama. kalau sebelum ni pernah buat, untuk medatang saya berazam untuk tidak melakukannya lagi. semoga Allah bantu dan pelihara.


Sungguh, saya kecewa! saya sedar saya bukan siapa siapa. tiada yg lebih, melainkan banyak kurang. saya bukan siapa-siapa. adakah saya punya hak untuk berkata, "JANGAN LAKUKANNYA, SAYA TIDAK SUKA!" ? apalah kuasa yang saya ada...

Entah! saya masih tertanya-tanya; dia siapa? saya siapa? apa hak saya? saya juga masih keliru dengan rasa; kecewa atau cemburu? serius saya kecewa? atau cemburu semata-mata?

Tidak ! saya betul rasa kecewa. tapi cemburu ada juga. saya mahu dia bebas dari belenggu populariti dan digilai (paling utama). saya mahu bina kesejahteraan & kebahagiaan tanpa gangguan anasir luar.


Manik jernih diseka. sudah, jgn menitis terus. doa jadi pengubat. semoga saya kuat. saya jadi penasaran.


~ Andai aku mampu menutur bicara, ingin sekali aku khabari "tinggalkanlah. bukan keranaku. tp kerana Allah!" ~

0

Istikharah Sebelum Membuat Keputusan

Hari ini, ada seorang hamba Allah mengadu kepada saya, bahawa tunangnya mahu memutuskan hubungan dengannya. Bila ditanya sebabnya, dia berkata bahawa tunangnya telah beristikharah, dan di dalam istikharahnya yang muncul adalah lelaki lain.

Pertunangan mereka adalah rahsia. Lebih memburukkan keadaan, tunangnya sebelum itu dirisik lelaki di dalam mimpi istikharahnya itu. Membuatkan tunangnya itu confuse, dan mengajak untuk memutuskan tali pertunangan mereka.

Izinkan saya memberikan komen yang agak keras di dalam hal ini.

Pertamanya: Sedarlah bahawa kita ini bukanlah Rasul atau Nabi, yang mana mimpi kita membawa makna yang mendalam dan benar 100%. Tidak. Kita bukan mereka. Maka penyakit apakah ini yang membuatkan kita mempercayai sebuah mimpi, dari realiti yang berada di hadapan kita?

Sesuci mana pun kita kala beristikharah, tetap kita hanya manusia biasa dan mimpi kita masih ada kemungkinan hanya mainan syaitan semata-mata.

Siapa berani jamin dengan nyawanya bahawa mimpinya itu adalah benar-benar jawapan daripada Allah ha?

Keduanya: Islam bukan berdiri di atas mistik dan keajaiban yang tidak berasas. Islam tidak berdiri di atas dalil serapuh mimpi. Kerana itu, mimpi bukanlah boleh dijadikan sebagai dalil untuk apa situasi sekalipun.

Justeru, kita tidak boleh membuat keputusan berdasarkan mimpi semata-mata. Sedang Nabi Ibrahim pun, sebelum menyembelih anaknya, membentangkan terlebih dahulu mimpinya kepada anaknya Ismail, dan bertanya apakah dia patut meneruskannya. Walaupun Ibrahim adalah seorang Nabi!

Maka siapakah kita untuk memutuskan pertunangan hanya berdasarkan sebuah mimpi?

Mengapa tidak kita imbangi pro dan kontra. Mimpi itu ada kemungkinan mainan tidur semata-mata. Kalau kita ini belum ada apa-apa hubungan dengan sesiapa, tidak mengapalah. Ini sudah ada hubungan. Maka sepatutnya kita imbangi pro dan kontra, kita fikirkan baik, buruknya. Bukan semata-mata kata: "Dah mimpi gitu, gitulah."

Inilah yang dikatakan fitnah Istikharah!

Ketiganya: Perlu juga difahami bahawa, istikharah itu dibuat sebelum membuat keputusan. Selepas keputusan dibuat, istikharah adalah tidak bermakna. Hiduplah dengan keputusan yang telah diambil. Istikharah selepas membuat keputusan hanyalah satu ruang besar untuk syaitan menyuntikkan keraguan di dalam diri kita.

Nyata, istikharah selepas membuat keputusan itu sendiri adalah satu bentuk keraguan!

Keempat: Adalah haram merisik atas risikan saudara. Maka adalah haram, masuk meminang seorang yang sudah punya hubungan dengan seorang yang lain. Oleh kerana itulah, adalah harus menghebahkan pertunangan, agar tidak berlaku perkara-perkara sebegini. Agar tertutup perasaan orang lain terhadap kita atau pasangan kita. Agar termati rasa ingin 'mencuba' orang lain terhadap kita dan pasangan kita.

Jika kita rasa perkara sebegini mungkin berlaku di dalam hidup kita, maka hebahkanlah pertunangan. Jangan rahsiakannya. Nyatakan diri sudah berpunya!

Ini adalah pandangan saya.
Saya tegaskan di sini bahawa, istikharah bukanlah alat sakti untuk menghalalkan segala tindakan kita. Mimpi begini, Oh, inilah dia jawapan Allah kepadaku. Banyaklah jawapan Allah, boleh confirmkan?

Sebab itu Islam mendidik kita menggunakan akal fikiran, untuk berfikir membuat pertimbangan, pro dan kontra, mengira situasi diri dan orang sekeliling. Bukan pakai mimpi!

Didikan apakah ini?
Mengapa disibukkan dengan perkara sebegini, hingga terganggu satu hubungan yang murni?

Tidakkah kita membaca artikel Ustaz Hasrizal ?

Sungguh, ini mendukacitakan.
-------------------------------------------------
Sebab itu kadangkala orang yang tidak faham Islam, memandang orang Islam yang 'nampak faham' dengan pandangan yang kelakar. Kompleks. Pening.

Semuanya kerana fitnah sebegini rupa. Diamalkan Islam itu dalam keadaan bukan sebenarnya!

-HILAL ASYRAF-
0

Semoga Allah memberkati kalian~

Lama betul tak update khabar sahabat² lama; sahabat² satu permainan; sahabat² 1 tadika 1 SKSB. ramai rupanya yg dh kahwin. tak kurang juga yg sudah punya anak. fuh, mmg terkejut! nampak sgt ketidakcaknaan tu, sampai org bt majlis pun xtau masa bila. teruk kan org mcm ni.

Almost x pakai facebook, tu pasal yg jd xtau. tau2 pun dh lepas dh, bila ada yg aktif fb upload gambar. barulah tahu. :)

Apapun, tahniah! kalian telah menyempurnakan separuh dari agama.

"Sesiapa yg berkahwin sesungguhnya ia telah menyempurnakan separuh dari agamanya, maka bertakwalah ia pada separuh yg lain" -hadis

Musim ni musim orang kawen. banyak invite di facebook.

Ucapan istimewa, Selamat Pengantin Baru khas untuk pengantin² bulan Mac :-
1) Nurul Diyana & pasangan; Hanfiah
[smaasza]

2) Norul Ibtisam & pasangan; Tengku Wafi
[smaasza]

3) Fatin Azrin & pasangan; Tarmizi
[SKSB]

4) Norazlinda & pasangan
[TABIKA KEMAS - SKSB]

5) Samihah Abdullah & pasangan; Abdul Haadi Awang
[smaasza - al-azhar, mesir]


Nabi mengajar doa ini untuk pengantin :-

0

Kuasa Cinta

Kuasa Cinta mampu mengubah dunia. cinta bisa mengubah duri jadi mawar, mengubah cuka jadi anggur, mengubah marah jadi ramah, mengubah musibah jadi muhibbah.

Siapa tidak tahu TAJ MAHAL? Taj Mahal adalah di antara 7 keajaiban dunia. pembinaannya yang bermula pada tahun 1632 ini adalah simbolik kisah cinta tradisional 2 insan; protagonis lelaki : Shah Jahan (Putera Khurram) & protagonis wanita : Mahal Mumtaz (Arjumand Banu Begum). kisah cinta mereka adalah sebuah kisah cinta yg menjadi lakaran sejarah dunia. siapa sangka kekecewaan Shah Jahan terhadap kematian isterinya, satu monumen telah dibina yang memakan masa selama 22 tahun untuk menyiapkannya adalah sebagai bukti cinta abadi. wah, besar sungguh harga cinta mereka! :)

Siapa tidak kenal Laila Majnun? Mengenali Laila Majnun sebagai alegori perjalanan seorang hamba untuk sampai kepada Tuhan membawa kita pada proses mencintai, dimana kecintaan telah membuat Majnun (sebagai seorang makhluk; hamba) dengan sukarela menanggalkan egonya, memandang dirinya dan Tuhannya sebagai suatu kesatuan yang tak terpisahkan, hingga mencapai fase peniadaan diri. kisah yang akhirnya si lelaki menjadi gila. Laila dan Majnun bisa saling mencintai sedemikian besarnya padahal mereka hanya bertemu beberapa kali dan berkomunikasi juga sangat terbatas. hebat kuasa cinta, bukan?


Subhanallah! ini hakikat. ini sejarah yg terlakar di dada dunia.

Kata Shaikh :

-"Orang yang bercinta akan mencintai yang dicinta dengan cintanya, dan dia akan bahagia dengan cinta itu, akhirnya sang cinta itulah yang menjadi sang bahagia."

-"Cinta adalah rahasia diciptakannya makhluk ini. Maka miskin dan menderita org yg tdk memiliki cinta."

-"Bahagia adalah tujuan diciptakannya makhluk ini. Maka menderita dan menyesal lah org yang tdk mencapai kebhagiaan."


Tiba-tiba bicara tajuk ini. saya tdk minat sejarah. namun, kesungguhan mengkaji apa makna KUASA CINTA, buat saya tertarik dgn kisah cinta dunia & apa yg tersirat di sebalik cerita² ini. mungkin blh faham, mungkin juga tidak. sbb setiap orang pasti punya ta'rifan berbeza; apa makna KUASA CINTA??
0

Perkhidmatan Berakhir (?)

Jari mengakses internet, sedang hati merintih pilu. oh, handphone! di mana kamu? puas mencari di segenap ruang isi beg (walaupun mengetahui kewujudannya bukan di situ). depan, belakang, di sebalik kitab2. hampa. ~_~"


tempat terakhir keberadaan telefon itu sepanjang sedar adlh dlm jaket. excited rakam suasana hari & detik-detik akhir pesta buku antarabangsa. seorang pak cik yang selesai membeli buku, sama-sama menunggu di luar, turut bangun merakam pemandangan akhir tempat tersebut. bersedia utk pulang, memasukkan telefon ke jaket & membolos diri ke dalam teksi.

usai solat maghrib, buka al-Quran, terlintas di mana letak telefon td. biar dulu, habiskan bacaan. ahli rumah siap2 utk makan, namun selera hilang. mula x sedap hati, mana ya duduk telefon ni. makan sekejap, pegi cari telefon. tiada. tiada. di manakah?

Allah. perit rasa! usianya belum cukup setahun. beberapa hari saja lg ulangtahunnya. namun, pergimu kurela dlm paksa. tenang2lah kamu tanpaku. andai kita berjodoh, kita pasti ditemukan lagi. ketahuilah, sedihku teramat sangat krn hilangnya kamu. sentiasa ingat kamu. sentiasa rindu kamu.

skrg tidak punya apa2.


laptop dirosakkan org tanpa sengaja, masih menggantung harapan, namun tiada sebarang perkhabaran. mujur barang2 simpanan dpt copy ke hardisk. cuma jasad yg masih kaku. sampai bila beliau harus begitu. miskin~ T_T


handphone hilang tanpa sedar. 2145 gambar di dalam. kenangan2 yg kurakam hilang bersama jasad beliau. asal menjadi pengubat lara kpd komputer riba yg ditahan di wad, namun apa daya utk menghalang kepergian. pergilah dgn tenang. banyak jasa beliau dalam merakam aktiviti persatuan di waktu tiada kamera.

2 benda yg sangat diperlukan memandang keperluan di waktu sekarang. kalau aku tiada tanggungjawab, aku tdk mahu miliki komputer riba lagi. kalau aku bukan siapa2, aku tdk ingin mempunyai telefon lagi slps ini. cukuplah kecewa yg amat kerana kehilangan.

Salam Perpisahan harta duniaku. :( terima kasih kerana banyak berbakti untuk Islam. semoga kuperoleh juga saham selama menjaga kalian.
0

We Are Nothing Without Allah

Terlalu sakit tatkala dikhianati. terlalu perit tatkala ditinggal sendiri. panjang sungguh kehidupan ini. sekejap melalui bunga; oh, indahnya terasa detik & waktu! sekejap melalu duri; luka berdarah, sakit maratah, kulit umpama tidak mampu melindung sakit.


Lalu apalagi yg tinggal? melainkan redha dgn ketentuan Tuhan, percaya akan hikmah disebalik kejadian, berpesan kpd diri supaya bertahan, merasa letih pd sebuah kekecewaan, merasa bosan dgn keburukan yg datang. sungguh, rahmat Allah itu sgt luas! sedar atau tidak. sedarlah!! kita masih punya Tuhan.

Manalah yg lebih baik antara kita dgn caturan Tuhan. pastilah Allah itu sgt cantik aturanNya. apa yg kita suka tidak semestinya baik, apa yg kita tdk suka pula bukan tidak baik utk kita.


Firman Allah :

وَعَسَى أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ وَعَسَى أَنْ تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَكُمْ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ
البقرة: 216

Maksudnya :
boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu. dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.

Sudah terubat hati dgn ayat Allah ini? yg kita rasa baik, bknlh terbaik utk kita. jd utk apa berputus asa? utk apa menangis kecewa?


Maka berhentilah dari bersedih dan terus sedih! mengadulah pada Allah dengan penuh rasa keinsafan dari meletakkan harapan yg tinggi kpd insan. krn kelalaian, kita lupa akan matlamat sebenar; keredhaan & kasih sayang Tuhan! krn kita manusia tidak punya apa2. apa milik kita? tiada! semua milik Allah.

Teguhlah kaki utk terus berdiri, kukuhlah hati utk terus memberi & meredhai dgn penuh rasa tulus tanpa dirayupintai sang manusia. ingat! kita tida apa. semua milik Dia.

Sekian~
0

Salam Ulangtahun Perkahwinan


Ops. salah tajuk.

Salam Ulangtahun Kelahiran Along Sayang.

Moga Allah berimu segala yg terbaik. pjg umur, murah rezeki & diberi kesihatan yg baik.


Terima kasih atas persahabatn ini. sayang Along selalu~ :)
Back to Top