14 April 2009...
Hari berlalu seperti biasa. ke kuliah selepas tamat kelas tutor yg mula jam 7 hingga 8. hari ni naik bas yg agak murah la dr biasa, LE1. perjalanan ke kuliah mmg makan masa pjg (sbbnya kami berjalan lagaknya spt masih awal). sampai kt kelas dlm pukul 9 begitu. saya bersama 3 sahabat (sorg x g kuliah sbb sakit,kesian!) ambik tempat kat depan. biasanya duk belakang je, bg peluang arab duk depan. kalau dulu2 kami selalu duk depan, sbbnye sblm kak yong balik mesia hr tu kak yong pesan "pegi kuliah awal, duk depan2, nanti duk belakang kebetulan mic x molek kang, kite gak rugi, x dengar doktor cakap pe"
Bila nk duk depan tu, ktorg saling berpandangan.
"teringat plak pesan kak yong suruh kita duk depan," saya dengar 1 suara.
"yela, lame dah kita x bt gitu kn," ad yg sampuk.
terimbau plak kisah dulu...huhu...
exam dh dekat ni, mesti ade soalan2 atau tajuk2 penting yg akan dikasi tahu. huhu. tunggu pny tunggu, penantian x sia2 rupanya. arab siap umumkan jadual exam lg. bersediakah utk periksa?? huh, takut plak rase. sblm ujian bertulis 17 hb ni, ade imtihan syafawi (oral test) 3hb.
"jgn lupa kelas tutor malam ni kt rumah kak dina yep," ketua kami bersuara.
"baik!"
9.00 malam (rumah kak dina)
dengan semangatnya kak dina bacakan kami kitab fiqh ibadat. dh dua tajuk (istihadah n nifas) diajar malam tu. alhamdulillah, selesai! pelajar2 mula menggeliat dek kelamaan mengadap kitab n duduk bersimpuh kemudian bersila kemudian bersimpuh semula. huh, macam2 gaya la. ada yang duk kenyit2 mata kat wajdi (anak kak dina yg kt atas ribanya). dlm tempoh sessi soal jawab mana2 yg x faham, tiba2 wajdi terbatuk.
"dok lepah ye batuk," nana cuba mengomen cara wajdi batuk.
"habis tu, kalau lepas macam mana?" tanya seorang sahabat selangor yg kehairanan. semua orang tergelak.
"tu pn nk tny,"
"la,ingat cakap bahasa terengganu yg x difahami td," kesian syifa'.
agaknya nana cakap terlalu laju sampaikan kawan tu x paham. pdhl biasa2 je pn. boleh paham lg kawan2 dia yg lain.
x cukup dengan tu. dia pusing2kan badan membetulkan urat2.
"dok rok rase," menambahkan lagi pening kawan2 selangor.
"ape tu?" berani je mereka tny. x takut kena main ke? haha.
"dok rok tu asalnya tak larat la," si nana cuba memberi faham.
"ooo, dok rok tu tak larat..." dengan gaya fahamnya mereka angguk2kan kepala.
lepas ni bila awok2 ganu ni kate dok rok kompem ye paham ni.
selesai kelas kak dina, turun tangga, asyik duk ulang2 perkataan tu. dok rok...dok rok...dok rok... hahaha, lawak r dengar org luar sebut tu. sementara menunggu orang untuk pulang ke asrama, sambung lg pelajaran bahasa terengganu.
"syifa'!!" nana pny lebih semangat malam tu utk ajar bahasa terengganu.
"apa?"
"dengar ni...mende makne dok rok cetong?" menambahkan lagi entri kamus terengganu bg kawan2 selangor ni. syifa' dan kawan2nya macam kompius je nk jawab.
masih memikirkan jawapan yg sesuai utk diberikan.
"hah,tahu! tak larat nak cedok," x rase bersalah langsung mukanya bila dia jwb mcm tu.
dan saya x mampu bt apa2 melaikan gelak sampai sakit perut2. begitu juga kawan2 terengganu lain yg memahami, mengisi perjalanan pulang dengan geli hati mendengar jawapan syifa' td.
1 comments:
salam imtihan...maan najah. boleh buat kelas loght trg tuh..
Catat Ulasan