0

Jumaat

Jumaat, sayyidul ayyam. Masih ada perkara tertentu yang masih belum langsai. Hari yg baik penuh barokah, saya masih terfikir tentang diri yang banyak kelamahan ini. Sampai bila saya harus begini, dan terus mengunci mulut. Saya tersiksa sebenarnya.

Saya mohon maaf atas kesenyapan. Sekadar memujuk hati yang gundah, bukan membenci ataupun memusuhi sesiapa. Saya rimas dengan tindakan yang saya buat sendiri. Mengunci mulut dan terus berdiam diri. Saya anggap perkara ini selesai. Saya x mahu gadaikan persahabatan kerana secebis kesilapan lalu mengundang api kemarahan yang dinyalakan syaitan laknatullah.

Maafkan saya~

*********************************************************************************

Selesai Ijtima' HEWI [hal ehwal wanita islam] dan mesyuarat agung tahunan, MAT. Turun pimpinan lama, diganti dengan yang baru. Kata orang, patah tumbuh hilang berganti. Amanah bukan perkara main-main. Pemimpin mesti telus. Ana doakan pimpinan yang baru thabat dlm perjuangan. Sebelum akhirnya, teringat pula pada ibu yang amat gemar pantun ini. Bila ada buat salah atau tidak tahu nk buat sesuatu perkara, ibu akan berpantun.....

buah cempedak di luar pagar,
ambil galah tolong jolokkan;
saya budak baru belajar,
kalau salah tolong tunjukkan...

Selamat berjuang~

0 comments:

Catat Ulasan

Back to Top