0

Alquran memberi syafaat

Rasalullah sollallahu 'alaihi wasallam bersabda : bila seorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiaannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua org pulang ke rumah, 2 malaikat mungkar dan nakir datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata : "Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri. Jika kamu tetap ingin menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkanya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam syurga."

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal lantas berkata : "aku adalah alquran yang mana kamu telah membacanya, kadang-kadang dengan suara nyaring, dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari mungkar dan nakir, kamu tidak akan bersedih."

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya Almalaul a'laa (malaikat dlm syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kasturi.

Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda : Di hari pengadilan di hadapan Allah, tiada syafaat yg lebih baik daripada alquran, mahupun dari nabi atau malaikat.

0 comments:

Catat Ulasan

Back to Top