0

Mari Periksa Hati

Di'tembak' dgn pelbagai tohmahan, kritikan dan segala unsur yg menyakitkan adlh satu ujian kesabaran yg besar. bagi saya ia cukup trajis utk dihadapi, tp sedarlah Allah sdg menguji tahap kesabaran. bilamana melalui ujian tersebut, jgnlah terus melatah. hadapi dgn profesional dan matang.

Manusia yg tdk pernah lari dr buat silap. stp manusia pasti ad kekurangan dan kelebihan masing2. tp knp bila kekurangan tersebut, ada manusia yg x dpt terima. sy jd semakin pelik dan hairan, apakah dia si penghukum kesilapan org lain itu tidak pernah buat salah. sempurnakah dia?

Sepatutnya bagaimana? sepatutnnya, tegurlah dgn hikmah. carilah jalan terbaik utk rungkaikan apa yg kusut. bukanlah dgn memberitahu org ramai suatu kesilapan, sdgkan si pembuat silap itu tidak menyedari silapnya. dgn tindakan 'bijak' itu, apakah kesudahannya? bkn semakin baik, bahkan semakin parah jadinya. kesilapan x diperbetulkan, ukhuwah jd pincang.


Salah..silap..sdh jd adat dlm melayari kehidupan. kata org, belajar dr kesilapan! bila kita x buat salah, kita x tau perkara tu salah melainkan kita dh sedia maklum yg perkara itu mmg salah. sy tidak beremosi ketika menulis ini, sbb sy sedia terima kesalahan sy utk memperbaiki agar jd lebih baik.

Saya suka dinasihati, ditegur..bila saya ada bt salah. dulu, saya biasa diteguri mak akan silap salah saya dalam langkahan gerak tari kehidupan. kata mak, "ibu bapa ni cermin kpd anak2. salah silap semua kne tegur supaya anak2 tahu mana yg betul, mana yg salah, dan di mana yg tidak kena"

Salahkah kita menjadi cermin sempurna? menghebahkan kesilapan org di khalayak sedangkan si pembuat kesilapan tidak mengetahui hujung pangkal, bukanlah satu penyelesaian saya kira! saya di pihak tertuduh rasa cukup sedih bila ada yg begini. tidak berhadapan dgn 'tuan' sendiri, tp menyibukkan diri di ruangan umum mengkhabarkan.

Apapun saya secara peribadi mengucapkan terima kasih atas segala kritikan, nasihat dll. tp saya kira ini satu fitnah! mana mungkin manusia gembira dan tenang hidup bergelumang dgn dosa. saya yakin dan percaya semua org pasti berusaha membawa diri mereka ke jalan keredhaan. cukuplah bila tersalah, tdk mengulangi kesilapan itu lagi. sungguh, saya sgt sakit ditikam dgn tuduhan itu!

Saya tidak pasti sahabat lain bagaimana. sama-samalah baiki diri, walaupun sedaya upaya menjauhi kesilapan. tohmahan demi tohmahan, hadapi dgn tenang! jadikan ia sbg batu loncatan utk terus maju, bkn menta'wil qada' qadar Allah. dia dihantar utk menjadi cermin kita [harap dia lbh profesional slps ni]. Allah penilai terbaik. manusia tdk sempurna n mmg tdk lari dr kesilapan dan dosa. dari kelas pertama sehingga yg paling bawah, pasti stp hari ada salahnya.

Jalannya, insafilah diri terhadap segala kesilapan, tidak kira dgn Allah mahupun manusia. Saya tak salahkan dia, walaupun uslubnya agak 'cantik'. sbb saya tau dia jg manusia biasa, mungkin terlalu emosi bila menuturkan. cuma saya agak terkesan dgn tuduhan. Allah, kalaulah betul begitu~~~


Ampuni aku dan mereka Ya Allah. lorongkan jalan hidup kami dgn cahaya hidayahMu yang tak kunjung malap. nastaghfirullahal azim.. T_T

0 comments:

Catat Ulasan

Back to Top