0

Jumu'ah Mubaarokah... [edited]


صلوا عليه يا مسلمين
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

Jumaat lg. Alhamdulillah, Allah masih denyutkan nadi utk terus dan terus menghirup udara sehingga masih boleh bernafas sampai ke hari ini. Semoga kitalah insan bersyukur, menghargai saki-baki kehidupan yg Allah beri, sblm dijemput pulang oleh Izrail. pulang pd Tuhan yg menciptakan.

Ah, karat-karat dosa masih belum tanggal! bagaimanakah? x mungkin aku ingin menghadap Rabb ku dgn keadaan begini. kotor. aku malu dgn Tuhanku.

***** ***** ***** ***** *****
Align CentreJiwa rasa tdk tenteram. apa yg tdk kena sebenarnya? ingin bedah siasat skrg!

Betullah, 2 3 hari ni sgt lalai. mengapa mesti begitu? saya sepatutnya percaya bhw laman sosial yg wujud skrg semuanya merosakkan. x patutkah saya berkata begitu? tidak, ia patut bg saya! walaupun sbnrnya hukum harus itu blh berubah, namun jujur saya katakan, saya kalah!

Lalai diri sendiri, bagaimana dosa ini? masih terhapus atau belum. yg merunsingkan bila melalaikan org lain pula. bimbang sekali rasanya. x sanggup menghinakan sesiapa dgn hinanya diri saya, dgn penuh cacat cela, dgn penuh dibalut debu-debu dosa. Allah~ ampuni aku! T_T

Tidaklah aku ingin mulia di mata manusia, cukuplah menjadi hamba taat kpd Rabb ku. aku punya Tuhan yg menciptakanku, yg masih menyayangiku; meniupiku rasa keinsafan yg panjang, lantas tergerak hati utk bersegera memohon ampun atas semua kekhilafan. hakikatnya, aku malu dgn Tuhanku. di saat aku melupaiNya, Dia masih bersamaku. menyedarkanku kesilapan pd lorong yg aku lalu. T_T

Cukuplah aku dgn timbunan dosa-dosaku ini. sungguh, aku tdk larat memikulnya lagi. memikul dosa lain pula, sungguh, aku tdk larat! krn aku tdk punya apa-apa utk berbagi. amal baikku entah banyak mana. entah ada, entah tidak?

Bimbang juga tiada 'elaun'. 'gaji' pula kena potong. bagaimana nk 'hidup' nanti. Ya Allah~ segalanya aku serahkan hanya padaMu. Moga Dia temukanku kebaikan dlm kehidupan duniaku ini. aku tdk ingin terus-terusan lalai & melalaikan.

Bagaimana harus bicara. cuma seorang insan lemah. tdk kuat dgn ujian. cukuplah Allah uji saya begini; dgn kesedaran hamba yg terlewat. saya jd malu pd manusia, bahkan pd Tuhan yg menciptakan lebih2 lg. apalah dosa ini, akhirnya buat saya sedar sendiri bhw hidup ini berTuhan. lalai sebentar bila diuji. lemahnya iman dlm diri~ T_T

Cuma ingin diam. cari ketenangan. cari hakikat kehidupan. cari redha Tuhan. bermunajat kenal diri. berusaha kenal Ilahi. lantas sayang + cinta padaNya & kekasihNya diletak paling hadapan. kemudian baru blh belajar kenal cinta insan.

Tdk sanggup menjadi korban fitnah. apalagi membawa org lain turut sama bersama saya. semoga terus kuat utk hadapi ujian ini. bkn saja utk saya, utk anda juga; pembaca. boleh ambil iktibar dr kisah ini. jgn sampai org hilang percaya pd kita, dgn kesalahan yg berpanjangan kita lakukan. kita lebih mengenal diri. menjaga izzah & iffah satu kepayahan bila menerima ujian sebegini.

Semoga Allah sentiasa pelihara hati kita. sehingga tiba waktu. harus sabar tunggu. mula2 mmg pahit, tp di akhirnya pasti ada kemanisan. yakin dgn hikmah yg Allah sembunyikan di sebalik tiap satu kejadian. mujahadahlah, moga kita di kalangan org2 yg berjaya.

Bagaimana agaknya generasi akan datang, andai kita khilaf begini. saya mahu akan datang, anak2 saya soleh solehah semuanya, kuat berpegangan agama, jd pejuang Islam, berjaya dlm seluruh aspek kehidupan. tdk seperti ibunya, diuji begini saja sudah kalah! lemahnya~ oh Ya Allah! T_T

Saya harus bersedia & berfikir itu; baik perilaku.

syair arab menyebut :
كيفما تكن يكن أبناؤك
Maksudnya : Bagaimana kamu hari ini, begitu pulalah anak-anakmu masa hadapan.

Saya ingin sendiri. menghitung sepi. menagih kasih Ilahi. sungguh, saya lemah utk berdiri lg. menjadi FITNAH itu adlh terlalu sakit rasanya. Allah gerakkan hati utk membaca komenan di laman sosial; Facebook. jantung seolah disentap. kuat rasanya ditegur Tuhan. rasa bersalah amat pd tuan punya badan. serasa perit di kerongkong utk telan. namun inilah hakikat kehidupan; jelas2 disebut Rasulullah dlm hadisnya sebagai peringatan. termenung panjang~ dosaku membilang~ bergetar hatiku, takutku teramat sangat padaMu Ya Tuhan.

Ya Allah, ikat hatiku dgn kasih sayangMu, moga tdk kuulang kesilapan ini. derita menanggung dosa. walaupun terasa malu pd manusia, padaMu lah patutnya lebih kurasa malu. Allahu Allah. T_T

Maka, ampuni kami Ya Rabb! atas dosa & kesilapan yg dilakukan; secara sedar atau tidak. sekalipun kami diuji, tetaplah hati2 kami atas landasan redhaMu. moga ditemukan kebahagiaan atas jalan keredhaan, bukan dari kemenangan syaitan.

---> akhirkanlah penderitaan ini. aku juga ingin berjaya, menjadi solehah yg sempurna. T_T
---> setialah aku hingga tiba waktu. di saat itu, aku akan ceritakan segala padamu. ini janjiku.
---> menangislah sekarang, moga kita tdk menangis akan datang. ingin sekali aku khabarkan apa rasaku, tp biarlah kukuburkan ia di pusara hati yg plg dalam.

0 comments:

Catat Ulasan

Back to Top