0

Tahniah Ijah

Selamat menempuh alam dewasa, Adinda Nur Aini Hafizah. pejam celik pejam celik....dah masuk U. tahniah ya. jaga diri baik2 di tempat (mcm jauh je).

Macam mimpi pun ada rasanya. sebelum ni, mak pun kata, macam tak percaya budak ni nk masuk U dh. sama lah, semua orang pun rasa begitu. wah, mereka mencabar kredibiliti awak ni, Ijah. :P

Yang paling manja dalam keluarga. masa kecik, kalau balik kampung nk raya, pak2 mak2 sedara panggil dia "radio buruk". suka menangis, bising bango. dari kecil hinggalah dewasa manjanya.

Sekolah menengah pilihannya pula mmg x jauh. syarat dia, nk masuk sekolah elit ke sekolah cluster ke, janji dekat dgn mak. masa duk kemaman dulu, f1 hingga f3 nya di kemaman. bila pindah tranung, usaha pulop tukor ke tranung.

Adik-beradik saya sekolah x banyak tukar pun, f1 sampai f5 sekolah tu je lah. Abah xde pulak nk susah2 pegi urus pindah sekolah bagai. dia je pelik sorang.

Kalau Ijah & Adik jalan sekali, mesti orang kata Ijah tu adik, sbb Adik lagi matured berbanding dia. tapi kalu baloh, si adik kaloh la. Adik jenis hormat orang etek. XD

Dapat U pulak, UiTM Dungun. aduh, x berkembang lah budak ni. sama U dgn Ahmad pulak.

"gi matrik la, wt mende masuk UiTM!" marah benar bunyinya. x padan dgn result lah. sosial lah. itu ini.

Matrik jauh. U dekat.

Anah kata, "tak heran lah!"

Saya, "sama je awak pun. rumah blkg U je."

Masa isi borang UPU dulu, pilihan U semua dia buat, semua U dlm terengganu di pilihan teratas. Masa isi borang matrik, pilih N9 (dekat dgn kakak), Pahang (dekat dgn Mama), Perak (dekat dengan Mok Ya). takut nk pilih tempat terbaik; kalau sains Matrik Kulim, kalau akaun Matrik Perlis. tapi tak dipilihnya. sabar ajelah Dik Jah ni. Anje ngat.


Masa Ijah isi borang matrik, selepas selesai beliau menduduki percubaan SPM, mak kata :
"mok dop caye Ijah tu nk masuk U doh," saya tergelak. sampai hati mak cakap camtu. XD

Bonda, anakmu itu sudah dewasa! :)

0 comments:

Catat Ulasan

Back to Top