0

Sekalung Tahniah Buat Adikku

Khas buat adik saya atas kejayaan dalam PMR baru-baru ni. Tahniah2. Semoga pepriksaan akan datang boleh dapat penuh juga. Mabruk adikku, Nur Aini Hafizah Kamaruddin.

Saya mesej mak tny tentang result. Adik lelaki yang balas, katanya "bese la ijah tu kan ayam tambatan," bunyi cam kelakau jer. haha. Saya tgu dia punya result SPM. Dia kata mesti gempak satu Malaysia nyer. Hadoila budak ni.
0

Yang payah, pasti ada mudahnya..

Rasa macam nk gelak je...nk nangis...nk senyum...nk citer kt semua...hehe...saya bukan gila oke. banyaknye saya rasa...nk gelak,nangis,senyum tu bergabung jd satu. jadi apa?? jadi apa ye... jadi saya la. saya la yang satu tu. ke mcm mne. huhu~

Hari ni mereka telah ulangi saya terhadap satu peristiwa yg cukup manis saya rasa. sudah lama pengalaman ni pergi dari hidup saya, namun ia kembali diundang mereka. terima kasih undangan tersebut. mana mungkin saya masih ingat peristiwa hampir 10 tahun lepas. saya terfikir...kalau mereka x berikan saya tugasan ini, saya mesti akan lupa terus tentang ini. 'ala kulli hal, alhamdulillah.

x tau nk cakap mcm mane, mula-mula diberi tugas :
-saya fikir2...eh, boleh ke saya buat ni? dah lama saya x buat.
-pastu...kira bolehla kot. saya masih x yakin, sbb saya dh tinggalkannya cukup2 lama. waktu dan suasana yang menghalang saya utk terus commit.
-saya terima. saya cuba. namun cubaan saya x berhasil. waktu tu la sedih sgt. tensen pun ade. saya pujuk hati agar sabar. "بعد عسر يسرى"
-utk kesekian kalinya, saya berharap sgt Allah cepat keluarkan dari belenggu ini. saya serah semuanya pada Allah.
-betullah, selepas kepayahan itu ada kesenangan. alhamdulillah, berjaya! bende yg simple-mimple dan mudah sekali. saya terlupa utk tukar sesuatu. semuanya baik bila Allah beri ilham utk saya.
-saya sangat gembira. saya senyum puas.
-bila saya igt2 balik, rase cam nk gelak je. td sedih sgt, ni nk sengih2 pulak. hurm~

saya dapat byk pengajaran dr ni. dari awal cerita hingga akhir, saya recall, muhasabah diri saya yg sgt kerdil ini. sekian~
0

Ayuh, cakna solat kita!

Sabda Rasulullah sollallahu alaihi wasallam : "sesungguhnya antara (pembatas) seorang lelaki itu dengan syirik dan kufur ialah meninggalkan solat."
[hadis riwayat muslim, abu daud & nasa'ie].

Sabda Rasulullah lg : " seorg yg bersolat secara berjemaah, akan digandakan dua puluh lima kali pahala lebih drpd org yg bersolat sendirian di rumah. ini kerana apbl ssorg itu mengambil wudhu' dgn sempurna, lalu berjalan menuju ke masjid semata-mata utk bersolat, maka setiap langkah yg dilangkahinya akan ditingkatkan satu darjat dan digugurkan satu dosa. setelah bersolat, jika dia terus duduk dlm masjid (dgn keadaan berwudhu') maka para malaikat akan memohon rahmat dan keampunan baginya. selama mana dia duduk menunggu utk menunaikan solat yg seterusnya, maka dia akan terus mendapat pahala solat selama masa dia menuggu solat tersebut."
[hadis riwayat abu daud, tirmizi dan ibnu majah]


Antara azab bagi mereka yg meninggalkan solat :

Dunia
  • Allah SWT menghilangkan berkat dr usaha dan rezekinya.
  • Allah SWT mencabut nur org-org mukmin (soleh) dr wajahnya.
  • Akan dibenci org-org beriman

Sakaratul Maut
  • Roh dicabut dalam keadaan yg sgt haus.
  • Merasa azab pedih ketika roh dicabut keluar.
  • su'ul khatimah

Alam Barzakh
  • Akan merasa susah utk pertanyaan malaikat mungkar dan nakir yg menggerunkan.
  • Kubur menjadi gelap.
  • Kubur akan menghimpit semua tulang-tulang rusuknya berkumpul (jari bertemu jari).
  • Siksaan binatang-binatang berbisa spt ular, lipan dan kala jengking.

Hari Kiamat
  • Hisab keatasnya menjadi sgt berat.
  • Allah SWT murka kepadanya.
  • Allah SWT menyiksa dgn api neraka.


IKRAR MUSLIM SEJATI : Allah matlamat kami, Rasul ikutan kami, Quran panduan kami, Jihad jalan kami, mati di jalan Allah cita tertinggi kami...
~~Jangan Menampal Dunia Dgn Mengoyakkan Akhirat~~
0

Oh lelaki!

"Dia mintak fasakh," atur bicaranya senada.

"Hah, biar betul!" ternganga saya mendengarkan penjelasan tersebut. Rasa mcm baru je kawen. Masa saya hbs SPM dulu. 2 tahun la lbh kurang.

"Knp??"
*************************************************************************************************
Biasa la tu kalau dh x serasi. Lelaki tu jenis layan perempuan masa sblm dia kawen dulu. x kesah la sape2. ish, takut dgr. sbb tu ke kawan saya kata dia x nk yg bekas org. hurm~ kalau sume dh bekas org, awak nk sape ye?

Knp tajuk post saya mcm tu? saya teringat rancangan kt astro ria tu, pengacaranya farah & nana. tu yg rasa cm nk letak tajuk tu je.

Lelaki ni macam-macam. muda-muda mmg nakal. life begin at 40 kononnye. tp saya sgtla geram. sdg mencari ilham nk buat post pasal fasakh ni, tiba2 berlaku perkara pelik kt status ym. ni lelaki la ni. geramnye. saya pujuk hati sendiri, diam, berfikir & berhusnozhon. bese la tu, usia yg kuat main. huh~

Teringat pulak peristiwa sblm dtg mesir hr tu. Ahmad [adik saya yg bajet dia abang] sdg sibuk main carrom di ruang rehat kt tepi surau petang tu. saya & kakak bercadang utk lalu ikut pintu pagar surau yg depan dan keluar ikut pintu pagar belakang supaya jarak n tempoh perjalanan ke tempat yg kami nk tuju tu dijimatkan.

"assalamualaikum ustazah, nk g mane tu?" tiba2 suara sumbang si ahmad berbunyi. saya yg dengar ni malu jgk rase. ade je yg kene lempang tgh2 org nanti. perjalanan balik kami pula, ade sorg yg sound, tp kali ini bukan ahmad. ai, berani pulak dia! kalau ikut nk hangin kt budak tu, dpn2 budak tu je kakak saya g marah, tp masih menjaga n sabar.

Malam tu, mmg sguh2 la kakak marah si ahmad tu. "kalau awak buat gini, mmg awak ajar kawan2 utk berani sound2 org puan gitu," bla bla bla, byk la pulok dia bebel. saya sengih2 jela malam tu, sbb saya geram masa kejadian tu je, saya malu masa tu. nk tergelak pn ade gk sbb tgk kakak marah cam klako je, muka ahmad lak poyo semacam. haha~

Ada kawan masa kt skolah menengah dulu pun, ada sorg lelaki tu pesan kt kawan dia yg perempuan, tolong tgk2kn adik perempuan dia yg baru masuk asrama masa tu, kalau ada kapel2 tolong report pada dia. dia sgt sygkan adiknya, takut sgt adiknya dipermainkan lelaki, walaupun hakikatnya dia tlh mainkan ramai perempuan.

Perempuan pulak cpt sguh cair. kalau lelaki take care sikit, "ala, caringnye!" apa2 jelah yg sewaktu dengannya. pastu kapel. pastu rosakkan diri sendiri, x kira jangka masa pendek or panjang. tengok, sampai ada yg cerai berai, minta fasakh. tipu daya syaitan semua kapel2 tu. bukankah syaitan telah berjanji nk sesatkan anak adam. jauhi dosa elakkan maksiat.

So, muhasabah diri, koreksi & insafi. Astaghfirullahal azim..astaghfirullahal azim..astaghfirullahal azim...

Peringatan buat diri yg sentiasa lalai. sekian~
0

Salam Aidiladha 1430H

Menelusuri kisah Nabi Ibrahim yang sanggup mengorbankan anak kesayangannya Nabi Ismail krn Allah taala. Di dlm alquran sendiri ada menceritakan beliau sendiri bingung, sedih dan berat hati utk menyembelih anak sendiri, lalu ditanyakan hal ini kpd Nabi Ismail. Hal ini diceritakan di dlm Alquran surah albaqarah ayat 99-111. Ada dlm riwayat mengatakan bahawa Nabi Ibrahim pernah berkata ketika meninggalkan Nabi Ismail bersama ibunya di kawasan terpencil, "Jika tidak diperintahkan oleh Allah, tidak mungkin aku akan meninggalkan kamu di sini,"

Sejauh mana penghayatan kita terhadap pengorbanan yg dilakukan Nabi Ibrahim sekeluarga? Hayati makna aidiladha yg sebenar, agar amalan kita bukan sia-sia semata-mata. Firman Allah di dlm alquran bermaksud : "Daging dan darah binatang korban itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa daripada kamu." [Surah Al-Hajj : 37]..

Bila tiba hari raya...semua insan bergembira...tetapi bagiku...hanya kesedihan...hehe,xde r! xknlah stp kali raya kene nangis sokmo. sambut raya mesti ceria2,hari raya kan hari kemenangan. tp hakikatnya mmg sedih la. bila duk kt surau asrama tu, bergetar jiwa saya dgr gemaan takbir. sayu..... sungguh, saya rindu suara takbir abah! sbb bila balik kampung nk raya, abah yg akan kepalai jemaah, seterusnya bertakbir, kemudian diiringi suara jemaah pk sdare mk sdare n semua. oh, saya sgt rindu suasana itu! sungguh, saya tidak bohong!

Selamat hari raya pada semua...abah, mak, mohon maaf salah silap, halal makan minum ek. sayaaaaaaaanggg abah mak. kakak, kak yah tq semua ye. time kasih sbb jd kakak2ku yg bes, spoting, caring. n understanding. & buat adik2ku maaf ye apa yg terkurang terlebih terlampau. haha. actually, kak teh sayang sgt kt smua. nk tgk adik2 ni jd comey2 blake dr setiap sudut. rindu r korg sume.



X lupa -mk sdare plg spoting..mk ya, -mk sdare plg caring..mama, -mk sdare plg jangok [haha,gurau je, jgn mrh, cpt tue kang]..mk teh, -pk sdare yg kuat berkorban..pk yie, -pk sdare yg kuat ngusik [dulu ms bl0m kawen suke sgt die 'kenayat' kami adik brdk, leni die dh ade anak kami 'kenayat' anak dia balik...haha]..cik man, -pk sdare yg kuat bt lawak..pk mu, -pk sdare yg plg spoting[dia bese jd pendengar mslh & suka duduk di meja bulat]..pk wan, serta suami@isteri & anak2, salam ingatan tulus ikhlas & salam aidiladha dr perlembahan nil.

Kukirimkan angin rindu nun jauh ke benua asia. oh angin, sampaikan salamku & khabarkan pesanan pentingku, yg aku sgt rindu pd mereka!
0

Alquran memberi syafaat

Rasalullah sollallahu 'alaihi wasallam bersabda : bila seorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiaannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua org pulang ke rumah, 2 malaikat mungkar dan nakir datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata : "Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri. Jika kamu tetap ingin menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkanya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam syurga."

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal lantas berkata : "aku adalah alquran yang mana kamu telah membacanya, kadang-kadang dengan suara nyaring, dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari mungkar dan nakir, kamu tidak akan bersedih."

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya Almalaul a'laa (malaikat dlm syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kasturi.

Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda : Di hari pengadilan di hadapan Allah, tiada syafaat yg lebih baik daripada alquran, mahupun dari nabi atau malaikat.

0

Buat yg diingati

14 November 2009-12.30 pagi..

Setelah saya decide utk serahkan kerja saya kpd org yg dipercayai, lega saya rasa. bukan saya serahkan kerja kpd org yg x sepatutnya, saya serahkan kerja itu atas dasar kerjasama. apa yg penting.....kerjasama. kan3. pandai wonderpet.

Semalam adlh Jumaat sayyidul ayyam, sayangnya. i forgot something. lupe baca surah alkahfi. apa yg disibukkan hingga lupa?? selalu Jumaatku tidak sempurna dgn amalan2 sunat yg kuwajibkan. muhasabah untukku yang sentiasa lalai. Allahumma thabbit quluubi fi diinik...

Hatiku berbunga hari ni. kenapa ya? siapa gerangan yg membungakan hati ni ha? td bt panggilan ke Malaysia. oh, sungguh saya rindu utk dgr suara Ahmad. sudahla jarang sekali utk telefon ke rumah. bila telefon, jarang pula saya berpeluang utk bercakap dgn Ahmad, satu2nya hero kami adik beradik. alhamdulillah, saya dpt dengar suaranya, gelak tawanya. anah juga, adik yg di bwh saya yg menuntut di kolej islam pahang sultan ahmad shah (kipsas).

Walaupun dulu saya n anah selalu gaduh [kami adlh psgn yg ideal utk bergaduh,masing2 ada psgn oke kecuali ahmad], tp skrg tidak lg. saya byk buat luahan perasaan pd dia. maybe sbb umur ktorg dkt kot, hanya beza setahun. itu...ini...itu...ini... mmg x hbs la kalau ckp dgn dia. kalau kt rumah dulu xde la nk cakap sampai mcm tu, sbb byknya kami gaduh la. huhu~ rindula nk gaduh lagi. haha~ dia dr f1 sekolah agama, masuk kolej pn still amek agama. saya x bimbang dia sbb dia pandai bawa diri.

Anah ada juga cerita pasal adik yg kedua bongsu tu, ijah. 9 november baru ni, menyambut ulang tahun kelahiran yg ke15. dh besar adik saya. tp perangainya dr kecil hingga besar sama saja. suka menangis. masa dia kecik dulu, kalau balik kampung sebelah mak, time nk raya tu, pak cik2 n mak cik2 semua gelarkan dia 'radio buruk'. ape da~ asek nanges jek.

Anah kata, masa tarikh hari lahir dia tu, dia ada call ijah kt asrama melalui hp kawannya [bdk2 skrg mmg x takut udg2...haih la~], diucapnya selamat hari lahir. dlm talian ijah mengadu katanya ; "kak teh x ucap pun besday, sedih!". lalu dia menangis. haha~ pdhl saya dh sms kt number mak dgn hrpn nanti dia balik asrama, mak akan tunjuk dia sms saya tu, yg membuktikan saya x lupa tarikh lahirnya sbb saya dh set dlm hp. anah dgn gaya selambe cuba tenteramkan dia : "hey.kak teh la org first ucap,kan mok kabo dh,". mungkin dia slh fhm kot apa yg mak bgtau dia. dan utk kesekian kalinya dia makin menangis. huwa la bdk ni. makin terharu la tu kata anah. hadoyai, macam2 la adik2ku. ni org yg kaya airmata.

Penting sgt ke ucapan saya tuh, huhu~ lepas ni saya mesti berhati-hati supaya tiada ucapan utk sesiapa pun yg saya ketinggalan. kalau x, jenuh la memujuk nanti. spesel sgtkah saya? haha~

Mungkin sbb saya je yg suke bebel, itu x kena saya bebelkan, ini x kena saya bebelkan. membebel je tahu, bukan nk tolong pn. mesti diorg rindu bebelan saya. hehe~ saya just nk ajar mereka, sbb bebelan saya utk kebaikan mereka tu. jgn salah faham ye adik2ku. ye saya mengaku, kt rumah saya byk buat peraturan, semua kena basuh pinggan masing2 slps makan oke, org last sila lap tempat makan, sidai sejadah kt ampaian tu, baju kalau dh x pakai terus masuk bakul, n so on. sori3, kak teh nk tgk adik2 pandai urus hidup dan tahniah utk semua sbb berjaya jadikan amalan. igt lagi kalau mak suruh kejut adik2 bangun subuh, saya just cuit je kaki dia dgn tekanan yg kuat dan keluarkan satu huruf sahaja iaitu huruf 'A' [sbb saya x suka ckp pagi2, dan akan biarkan mulut ni terkunci]. mereka akan bangun dan x perlu utk saya 2 3 kali mengejutkan mereka [kecuali ahmad, liat sungguh, siang2 duk lastik burung, payah la nk bangunnye]. takutkan saya ke? haha. saya garang ke adik2? xla garang, tp kalau kakak2 saya semua lembut2 dan baik2, siapa nk jd garang? saya la. kan3.

Duk mesir pn saya x putus dgn perangai tu, dgn erti kata lain ialah menasihati, di bawah kata kunci kasih sayang. tadi saya hanya cakap kejap je dgn mak, tny2 khabar, bgtau hal duit. lps tu putus. saya try call anah yg bercuti dan ada di rumah skrg. mak dh keluar, saya dgn khusyuknya melayan beliau. hp kemudian saya mntk utk pass pada ahmad. org terakhir yg ada dlm rumah tu.

Macam biasa, first sekali saya akan check dia pny result. trial baru ni, satu saja A plus, lukisan kejuruteraan. ayyo, mcm mna ni dik! "ada x yg gagal?" apa yg kusangka mmg benarlah. "add math r gagal. nape agi. rasa paham molek dh masa cikgu ngajo. jawab pekse x leh pulok eh," dgn jujurnya dia bgtau. aish, mmg la. hang x buat latihan tu pasai pa. dia tahu kelemahan dia adlh x buat latihan. dulu masa saya belum pegi mesir, dia f4, bolehlah saya tgk2kn dia walaupun dh beku add math dlm otak nih [dh 1 tahun tinggal]. saya awasi waktu study dia. tp saya percaya jika tiada saya dia mampu utk study sendiri. dia study bkn sbb saya. mak pula of course la push dia supaya lbh rajin utk hasil yg lebih. mom is a good motivator.

Igt lg masa dia nk upsr, mak ckp kalau result x ok, duk taman islam la, degil sgt, biar kena ade org tarbiyah sikit. dan dia x nak sbb katanya nanti berat kepala pakai serban. lepas kena ugut mcm tu, dia buktikan yg dia belajar dgn 4A 1B hasilnya. masa dia nk pmr pulak, dia yang terlalu kuat main. siap lari dr asrama alfalah lg tu masa f2, coz x nk duk asrama. buat hal dgn cg math, x masuk kelas n pegi tgk org berlatih utk musabaqoh, sbb dia bengang dgn cg tu yg merendah2kan pelajar asrama katanya. cg tu sorokkan beg dia sbb x masuk kelas. byk sgt bt hal, then tukar sekolah biasa memandangkan dia yg selalu memberontak. mak jd bimbang, abah dgn kegarangannya. masa f2 ambik bahasa arab lg. masuk f3 dia drop bahasa arab tanpa pengetahuan saya. sbb kalau saya tahu, mesti saya marah. usia dia yg sgt kuat3 main n x nampak ciri2 nk maju dan mencatat rekod cemerlang, abah cabar dia dgn sebuah motor bila dpt 5A ke atas. alhamdulillah, dia melebihi target abah, dan abah jd susah hati dgn janji. haha,yeke? spm pulak x tau apa cabaran dia n siapa yg terlibat. saya rasa x perlu sbb saya rasa dia sudah cukup matang.

Saya bagila dia sedikit kata2 semangat td utk exam yg akan dtg ni. pesanan saya yg penting ialah, qiyamullail. saya tahu, dia dh lama tinggal itu. tambah lagi jika asrama yg dihuni tiada aktiviti qiyamullail kecuali dlm kem2 tertentu sahaja. saya suruh dia minta dgn Allah supaya dipermudahkan utk peperiksaan nanti.

Dia ada cerita ttg warna langit yg seperti animasi, dan kedudukan bulan yg aneh sekali [asrama sekolah dia kt tepi pantai]. "bumi dh tua, kita x tau bila kiamat tu, selagi kita ada masa kita taubatlah," dan dia mengiakan kata2 saya. saya mencelah lagi, "nanti lepas kita buat solat sunat tahajud, buat la taubat pulak, lepas tu hajat,". satu persatu saya bgtau termasuk la niatnya [takut dia lupa ttg perkataan2 arab yg tlh lama ditinggalkan], tanpa dia pinta utk diberitahu. saya sangka dia ego [sifat dia kebiasaannya mcm tu la] utk bertanya, tp saya salah. dia terus dan terus bertanya bagaimana bacaan dan sebagainya. Allah...sungguh, saya amat bersyukur. saya selalu doa agar dia diberi peluang utk sambung membaca kitab2 warisan nenek moyang yg skrg ada pada abah. saya ingin lihat dia jadi ustaz walapupun saya rasa agak sukar, tp ketahuilah saya x pernah berhenti berdoa. saya dh nampak perubahan positifnya semakin dia besar. dia sdh pandai menilai. dia sudah matang.

Anah, Ahmad, Ijah n Adik. jaga diri ye. belajar rajin-rajin.


Salam juang + rindu adik2ku sayang...
Back to Top