Masa berlalu begitu pantas, sedar tak sedar kita sudah di fasa ketiga Ramadhan. Ramadhan masih berbaki lebih kurang seminggu saja lagi. Bulan Ramadhan merupakan bulan tarbiyah dalam melahirkan hamba Allah yang bertaqwa. Ramadhan yang datang sebulan dalam setahun merupakan anugerah Allah yang tidak ternilai dan mesti digunakan peluang yang terbuka ini dengan sebaiknya agar kita tergolong dalam golongan mereka yang bertaqwa kepada Allah. Memastikan diri kita agar bukan sekadar menahan lapar dan dahaga saja, tapi turut memastikan anggota kita terpelihara dari melakukan perkara yang dilarang agama.Pastikan anugerah penggandaan pahala dan pengampunan dosa yang ditawarkan oleh Allah sempena kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini dapat sama-sama kita capai dan tingkatkan kadar dan mutu segala amalan soleh kita.
Dah 23 hari Ramadhan berlalu. Bagaimana dengan amalan-amalanku? Dua minggu demam, target untuk khatam quran lebih dr sekali mmg x dpt. Ya Allah, berikanku kesempatan di akhir-akhir ramadhan ini.
Dah 23 hari Ramadhan berlalu. Bagaimana dengan amalan-amalanku? Dua minggu demam, target untuk khatam quran lebih dr sekali mmg x dpt. Ya Allah, berikanku kesempatan di akhir-akhir ramadhan ini.
0 comments:
Catat Ulasan