Salam Ramadhan semua...
Sempat lagi mengisi Ramadhan kali ni dengan bernusafir ke bumi Iskandariah. baik je demam, terus kemas barang. eh, betul ke nk pegi ni?? larat ke nk pegi?? atau aku ditinggalkan sendiri tanpa teman2 yang semuanya bersiap untuk ke Iskandariah. insyaallah kukuatkan semangat, kubulatkan tekad. dh seminggu rasa tidak larat begini, mungkin perlu keluar untuk hirup udara nyaman di luar sana.
Berjalan melangkah keluar dari pintu asrama kompleks darul iman, terfikir2 kot2 la ade apa2 yang tertinggal. semua dh ambil... tp rasa macam ade yang kurang. oh, tasbih tertinggal. xpe lah, jari kan ade. harap2 dengan tertinggal satu barang ni bukanlah satu petanda buruk.
Sampai kt ramsis, ambik train ke alex. sampai kt perhentian (sidi gabir), kene ambik train lagi untuk sampai ke rumah. sementara menunggu train yang nk sampai ke rumah tu, kami tunggu dengan penuh sabar. saya pula ambil tempat dekat tepi ammu (pak cik), ade kerusi kosong kat situ. dek kerana x larat, kupenuhi tempat duduk tu. alhamdulillah, rasakan sedikit kelegaan.
Sedang asyik menikmati pemandangan dengan kesibukan warga arab yang berebut-rebut naik train, x tersedar yang sahabat2 lain dh berebut-rebut di pintu train. mujur saya terpandang pada pintu train, kalau x, mesti dh ditinggalkan. sampai hati betul la budak2 ni, x bagi isyarat pun nak naik. berlari saya mendapatkan pintu yang paling dekat, pintu depan, mmga dh sah2 la orangnya ramai. ammu sampai bergayut kat pintu. mane saya mesti terjah ni?? dengan keadaan train yang dah bergerak. ammu kate "cepat naik," semangat pulak dia. mmg la aku kene naik, kalau x mane nk pegi, dh la first time sampai alex. kepala kugaru walaupun x gatal, sedang train tersebut perlahan-lahan berjalan. ammu tu hulur tangan, bantu saya untuk naik jugak melalui pintu depan. dengan gelabah, saya berpaut pada lengan ammu bila dia menghulurkan tangannya. walaupun agak geli dengan lengan yang berbulu, tp demi nyawaku, aku terpaksa. huhu, pengalaman yang mengerikan~
Neway, pengembaraan ke alex yang mendamaikan jiwa. bermalam di rumah huda di asofiroh. singgah jugak sehari kat rumah nyah di mandaroh. berbelanja tudung raya di mansyiah. lagi ke fathallah mencari keperluan harian, mana2 yang perlu.
Pemusafiran kali ni banyak mengajar erti berdikari, kalau x pasti ditinggalkan. ah, malas fikir pasal ni, saya begitu berkecil hati. cukuplah sekadar ni, maaf sebab x mampu mengekspresi kegembiraan sepanjang bercuti di alex di sini. apa pun ia memberi pengalaman yang berharga buat saya. terima kasih tuhan kerana memberiku peluang....
berjalan~melihat~mantafsir~
0 comments:
Catat Ulasan