0

Motivasi Hilal Asyraf

Orang selalu tanya saya:
"Macam mana ya nak jadikan diri kita orang yang memang tak akan kecewa dan berputus asa?"

Sebenarnya, kita ini manusia.
Kita akan buat salah.
Kita akan tersilap.
Kita akan kecewa.
Kita akan pernah rasa nak berputus asa.

Kita tidak akan mampu menjadi yang tidak sedemikian. Kerana kita ini manusia. Jadi, realistiklah. Belajarlah bagaimana hendak berhadapan dengan kekecewaan, dan selamilah cara-cara untuk menaikkan semangat jika ditimpa rasa berputus asa.

Itulah yang sebaiknya.
Kerana untuk menjadi seorang yang langsung memang tidak akan kecewa dan tidak akan langsung punya rasa nak berputus asa, adalah mustahil bagi saya,
buat seorang manusia.

----------------------------------------------
Sebab itu saya takkan kata kita tidak akan sesekali jatuh.
Tetapi saya selalu berkata,
bila jatuh, naiklah lagi. Bila jatuh lagi, naiklah lagi. Bila jatuh lagi dan lagi, naiklah lagi dan lagi.
Hingga ke akhirnya.
^^

0 comments:

Catat Ulasan

Back to Top