15 Mei 2012 : 15 Mei 1948
Tarikh keramat bumi Palestin. Tarikh penting Umat Islam. Hak mereka dicabuli. Maruah mereka tergadai.
Ramai yang tidak mengetahui sejarah di sebalik tarikh ini. Sejarah ini terkadang tertutup dari pengetahuan kita hatta kita sendiri tertipu dengan sejarah barat. Malah kita menganggap isu umat Islam Palestin bukan isu sejagat. Bukan muruah kita bersama. Keselesaan kita hari ini terus melenyapkan kesedaran kita untuk cakna akan hal mereka.
APA ITU NAKBAH PALESTIN ?
NAKBAH bermaksud malapetaka atau bencana besar. Manakala Nakbah Palestin merujuk kepada penubuhan Negara Haram Israel yang telah diistiharkan secara rasminya pada 15hb Mei 1948. Peristiwa ini berlaku selepas terlaksananya kependudukan dan penjajahan haram oleh rejim Yahudi Zionis ke atas tanah dan penduduk asal Negara Palestin secara sistematik dengan bantuan British dan PBB.
Tarikh penting tersebut adalah detik hitam buat penduduk asal bumi Palestin, orang-orang arab dan dunia Islam secara keseluruhannya. Negara Palestin yang selama ini telah dinaungi kedamaian dan keadilan untuk ribuan tahun itu semakin merasai keperitan, kepedihan dan derita yang berpanjangan apabila mereka berada di bawah jajahan dan kongkongan Yahudi Zionis.
Info Tambahan :
Jumlah penduduk Palestin pada tahun 1900
Islam:85%
Kristian: 10%
Yahudi: 5%
Jumlah penduduk Palestin pada tahun 1947 (setelah 47 tahun)
Arab: 69%
Yahudi:31%
Pemilikan tanah di Palestin sebelum tahun 1948
Arab:91.2%
Yahudi:8.8%
Pemilikan tanah Palestin selepas Perang 1948:
Yahudi:78%
Arab:22%
Pembahagian tanah Palestin selepas 1948:
1) Tebing Barat
2) Gaza
3) Tanah 48 atau dinamakan "Israel"
Sebelum Nakbah, 1.4 juta warga Palestin mendiami Palestin. Semasa Nakbah, seramai 780,000 warga Palestin menjadi pelarian dan dalam tempoh 10 tahun selepas Nakbah, seramai 850,000 Yahudi memasuki Palestin.
Pembahagian Al-Quds:
1) Al-Quds Timur yang terdapat Masjid Al-Aqsa (dimiliki oleh Arab hingga 1967)
2) Al-Quds Barat (dikuasai penjajah Yahudi 1948)
Tahun 1949,Israel diiktiraf oleh kebanyakan negara.
Jom luangkan sehari bersama umat Islam Palestin. Keperitan mereka di sana harus dirasai bersama.
0 comments:
Catat Ulasan