0

Potong Kuku

Jumu'ah Mubaarokah.

Amalan-amalan sunat yg dilakukan di hari Jumaat salah satunya adalah memotong kuku.

Mari lihat cara potong kuku sebenar.

Begini :
***** ***** ***** ***** ***** ***** ***** ***** ***** ***** ***** *****

Rindu suasana Jumaat Malaysia yg hingar bingar dengan suara-suara kanak-kanak riang (wad 17 ;p) di rumah. rindu kt adik, ijah & ahmad yg suke tengok kartun masa kecik2 dulu (besar pn masih suka).

Rindu nk turun ke halaman, bersih2 rumah, tanam2 & siram2 pokok bunga. rindu mau lihat susuk tubuh abah berkebun. susuk tubuh mak menolong.

Dan yang paling rindu suasana potong kuku sama2. rindu juga kt org yg suka potong kuku kite. siyes. lama dh x rasa kejap tangan kakak pegang jari-jari ni utk potong kuku. kakak la yg paling best potong kuku. rasa selamat je bila dia pegang. kemas keming. comel kuku kite. hehe.

Saje imbau kenangan.

K, selamat potong kuku~ :)
0

Nakbah Palestin

15 Mei 2012 : 15 Mei 1948

Tarikh keramat bumi Palestin. Tarikh penting Umat Islam. Hak mereka dicabuli. Maruah mereka tergadai.

Ramai yang tidak mengetahui sejarah di sebalik tarikh ini. Sejarah ini terkadang tertutup dari pengetahuan kita hatta kita sendiri tertipu dengan sejarah barat. Malah kita menganggap isu umat Islam Palestin bukan isu sejagat. Bukan muruah kita bersama. Keselesaan kita hari ini terus melenyapkan kesedaran kita untuk cakna akan hal mereka.

APA ITU NAKBAH PALESTIN ?

NAKBAH bermaksud malapetaka atau bencana besar. Manakala Nakbah Palestin merujuk kepada penubuhan Negara Haram Israel yang telah diistiharkan secara rasminya pada 15hb Mei 1948. Peristiwa ini berlaku selepas terlaksananya kependudukan dan penjajahan haram oleh rejim Yahudi Zionis ke atas tanah dan penduduk asal Negara Palestin secara sistematik dengan bantuan British dan PBB.

Tarikh penting tersebut adalah detik hitam buat penduduk asal bumi Palestin, orang-orang arab dan dunia Islam secara keseluruhannya. Negara Palestin yang selama ini telah dinaungi kedamaian dan keadilan untuk ribuan tahun itu semakin merasai keperitan, kepedihan dan derita yang berpanjangan apabila mereka berada di bawah jajahan dan kongkongan Yahudi Zionis.

Info Tambahan :

Jumlah penduduk Palestin pada tahun 1900
Islam:85%
Kristian: 10%
Yahudi: 5%

Jumlah penduduk Palestin pada tahun 1947 (setelah 47 tahun)
Arab: 69%
Yahudi:31%

Pemilikan tanah di Palestin sebelum tahun 1948
Arab:91.2%
Yahudi:8.8%

Pemilikan tanah Palestin selepas Perang 1948:
Yahudi:78%
Arab:22%

Pembahagian tanah Palestin selepas 1948:
1) Tebing Barat
2) Gaza
3) Tanah 48 atau dinamakan "Israel"

Sebelum Nakbah, 1.4 juta warga Palestin mendiami Palestin. Semasa Nakbah, seramai 780,000 warga Palestin menjadi pelarian dan dalam tempoh 10 tahun selepas Nakbah, seramai 850,000 Yahudi memasuki Palestin.

Pembahagian Al-Quds:
1) Al-Quds Timur yang terdapat Masjid Al-Aqsa (dimiliki oleh Arab hingga 1967)
2) Al-Quds Barat (dikuasai penjajah Yahudi 1948)

Tahun 1949,Israel diiktiraf oleh kebanyakan negara.


Jom luangkan sehari bersama umat Islam Palestin. Keperitan mereka di sana harus dirasai bersama.
0

RINDU

Rasa ikhlas pada hati-hati yang dipisah
Tiada dipaksa akan segenap rasa
Tiada langsung diduga kehadirannya
Murni dan jujur ia pada lafaz

Yang mampu menutur tanpa sedar adalah pada hati yang benar-benar terpisah
Yang datangnya jauh dari sudut hati kecil yang paling bawah
Yang sangat tulus pada meluah gelisah
Yang sangat tegar dan setia sekalipun diancam mehnah

Dipisah jarak dan waktu
Diuji teguh mempertahan rindu
Yang tinggal cuma memori semalam
Untuk dikenang dan terus mengenang

Agar esok mampu tersenyum pada perasaan
Khabari ia : "ya, kita tidak akan tewas dengan dugaan!"



0

Mahu Jadi Wanita Diredhai Allah

Kerana aku Khadijah,
Aku perlu setia dan tabah.

Kerana aku Aisyah,
Aku perlu dalam ilmunya.

Kerana aku Fatimah,
Aku perlu taat pada ibu ayah.

Kerana aku Sumayyah,
Aku perlu berkorban mempertahan agama.

Kerana aku Rabi'atul Adawiyah,
Cintaku pada Allah dan Rasul-Nya tidak terkira.

Aku mahu menjadi wanita-wanita yang diredhai Allah.
Amin.
0

Motivasi Hilal Asyraf

Orang selalu tanya saya:
"Macam mana ya nak jadikan diri kita orang yang memang tak akan kecewa dan berputus asa?"

Sebenarnya, kita ini manusia.
Kita akan buat salah.
Kita akan tersilap.
Kita akan kecewa.
Kita akan pernah rasa nak berputus asa.

Kita tidak akan mampu menjadi yang tidak sedemikian. Kerana kita ini manusia. Jadi, realistiklah. Belajarlah bagaimana hendak berhadapan dengan kekecewaan, dan selamilah cara-cara untuk menaikkan semangat jika ditimpa rasa berputus asa.

Itulah yang sebaiknya.
Kerana untuk menjadi seorang yang langsung memang tidak akan kecewa dan tidak akan langsung punya rasa nak berputus asa, adalah mustahil bagi saya,
buat seorang manusia.

----------------------------------------------
Sebab itu saya takkan kata kita tidak akan sesekali jatuh.
Tetapi saya selalu berkata,
bila jatuh, naiklah lagi. Bila jatuh lagi, naiklah lagi. Bila jatuh lagi dan lagi, naiklah lagi dan lagi.
Hingga ke akhirnya.
^^
0

Pengakhiran 'Bad Mood'

Seharian emosi tidak sihat. saya kira malam ini, beliau akan stabil. alhamdulillah, mampu senyum semula.

Terima kasih yg senyum pd saya tadi secara langsung atau tidak. sedikit berbunga rasa hati.

Senyuman paling terkesan sekali; senyuman anakanda Husna Rumaysa. saya x perasan Husna masuk rumah ni bila. cuma terkejut, bila Husna datang dan menuju ke arah saya dengan senyumannya yg kiut tu. siap tegur saya dengan sebut nama saya lagi (walaupun pelat).

Sangat damai hati melihat senyum dia; Husna yg comel. saya balas senyum dia dan bertanya khabarnya. khas untukmu, senyum pertamaku untuk hari ini, untukmu anakanda Husna.


Sudah, akhirnya Husna mengubat resah. senyum menawan. and my heart is melted. Thanks lil cute girl. You inspired me!! :)

Apalah untung sebuah masalah, andai kita tidak pandai mengatasinya dengan hikmah.

Sungguh, jika perkara kecil pun dianggap seperti masalah besar, bimbang nanti bila betul-betul datang masalah besar, langsung tidak dapat untuk selesaikan!


---> bahagia sekali saat kuketahui kata maafku diterima. sungguh, tiada kusut lagi. bahagia~ :)
0

Zip Up Your Mouth !!

Jumpa statement ni kt google "I'll zip up my mouth. Angah,. Ateh mintak maaf." eh, betul ke ni? kt mana ada ni ye? lupa nk siasat td. mcm sesuai dgn keadaan sekarang. wah, main insticnt2 je. terus jadik. hebat~


***** ***** ***** ***** ***** ***** ***** ***** ***** ***** ***** *****

Saje tetiba rasa nk cakap :


DIAM BOLEH TAK???



x boleh xpe lah. go on dgn bising tu. semoga x menatijahkan perkara buruk sudah. ingat2 & fikir2lah sebelum buat. anoyying~

org tua2 ada sebut "kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa."




---> nanti ada la tu org tu terasa. saya bukan cakap kt awak pun. saya cakap sorg diri je. peace (^_^)V
Back to Top