2

Sanah Helwa Ilaa Akhi Almahbuub

Telah melanggar janji? huhu, xpe hr ni ada excuse. just nk wish him hepi besday. kalau dulu orang tny my parents,
"anak berapa?"
"7, 6 puan, sorg laki,"
"sorg je laki??"
"tu la racun tu la penawar.."
biasa sangat dengar ayat last tu. ayat tu mmg khas 4 my lil' bro ahmad firdaus..

Selamat Hari Lahir ke17. semoga panjang umur murah rezeki. dibuka kelapangan dada menerima ilmu. belajar sungguh2. nk spm dh tu. tunai apa yg dh janji pd diri sendiri. ahmad yg kena buat. kak teh nk tgk sejauh mana ahmad boleh dan buktikan yg sebenarnya kita di dunia ni x sia2. chaiyok2. 10A1 spm! ingat janji pada diri tu. doa selalu, tingkatkan ibadat, moga2 dirimu beroleh rahmat.

bukannya dia suka bergambar (macam abah jugak)...ni muka terpaksa la ni...


Untuk kesekian kalinya saya terlupa. bimbang juga takut2 jeles. dek kesibukan yg ntah pape, x sempat nk wish utk my sis. maaf. kakak, hepi belated burfday tau! nk hadiah..hehe.. kakak dh tua, dh 23. cpt2la habis belajar. balik duk dgn mak n abah. adik dh masuk asrama, rumah skrg mesti sunyi sepi kn.

bro (ahmad firdaus)...sis (bidayatul hida)


oh ya, di kesempatan ini, ingin saya rakamkan ucapan terima kasih atas segala jasa kalian. terkadang rasa sedih bila teringatkan kembali. kakak walaupun masih belajar, sangat suka bantu orang dgn wang ringgit (tau la dpt elaun). begitu jg dgn ahmad. selagi mampu mereka nk bantu org mereka akan bantu. rajin dan pemaaf disemai dalam diri. alhamdulillah, moga2 hatimu istiqomah. cop, satu lagi! kakak, terima kasih coz sponsor tiket kapal terbang. hadiah yg amat mahal tuh. huhu, syukran!

0

Zon Imtihan~


Untuk persediaan menghadapi imtihan. InsyaAllah, akan ditawaqufkan penulisan dlm blog ini. Salam imtihan buat teman2 yang akan bertempur di medan peperiksaan..

Doakan kejayaan bersama..bittaufiq wannajah...
0

Wanita Ibarat Rumput Semalu

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.

Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada
pohon semalu ini dari 4 aspek.


Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.

Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.

Hadoi...sakit perut gelak...

14 April 2009...

Hari berlalu seperti biasa. ke kuliah selepas tamat kelas tutor yg mula jam 7 hingga 8. hari ni naik bas yg agak murah la dr biasa, LE1. perjalanan ke kuliah mmg makan masa pjg (sbbnya kami berjalan lagaknya spt masih awal). sampai kt kelas dlm pukul 9 begitu. saya bersama 3 sahabat (sorg x g kuliah sbb sakit,kesian!) ambik tempat kat depan. biasanya duk belakang je, bg peluang arab duk depan. kalau dulu2 kami selalu duk depan, sbbnye sblm kak yong balik mesia hr tu kak yong pesan "pegi kuliah awal, duk depan2, nanti duk belakang kebetulan mic x molek kang, kite gak rugi, x dengar doktor cakap pe"

Bila nk duk depan tu, ktorg saling berpandangan.
"teringat plak pesan kak yong suruh kita duk depan," saya dengar 1 suara.
"yela, lame dah kita x bt gitu kn," ad yg sampuk.
terimbau plak kisah dulu...huhu...

exam dh dekat ni, mesti ade soalan2 atau tajuk2 penting yg akan dikasi tahu. huhu. tunggu pny tunggu, penantian x sia2 rupanya. arab siap umumkan jadual exam lg. bersediakah utk periksa?? huh, takut plak rase. sblm ujian bertulis 17 hb ni, ade
imtihan syafawi (oral test) 3hb.

"jgn lupa kelas tutor malam ni kt rumah kak dina yep," ketua kami bersuara.
"baik!"


9.00 malam (rumah kak dina)

dengan semangatnya kak dina bacakan kami kitab fiqh ibadat. dh dua tajuk (istihadah n nifas) diajar malam tu. alhamdulillah, selesai! pelajar2 mula menggeliat dek kelamaan mengadap kitab n duduk bersimpuh kemudian bersila kemudian bersimpuh semula. huh, macam2 gaya la. ada yang duk kenyit2 mata kat wajdi (anak kak dina yg kt atas ribanya). dlm tempoh sessi soal jawab mana2 yg x faham, tiba2 wajdi terbatuk.

"dok lepah ye batuk," nana cuba mengomen cara wajdi batuk.
"habis tu, kalau lepas macam mana?" tanya seorang sahabat selangor yg kehairanan. semua orang tergelak.
"tu pn nk tny,"
"la,ingat cakap bahasa terengganu yg x difahami td," kesian syifa'.
agaknya nana cakap terlalu laju sampaikan kawan tu x paham. pdhl biasa2 je pn. boleh paham lg kawan2 dia yg lain.

x cukup dengan tu. dia pusing2kan badan membetulkan urat2.
"dok rok rase," menambahkan lagi pening kawan2 selangor.
"ape tu?" berani je mereka tny. x takut kena main ke? haha.
"dok rok tu asalnya tak larat la," si nana cuba memberi faham.
"ooo, dok rok tu tak larat..." dengan gaya fahamnya mereka angguk2kan kepala.
lepas ni bila awok2 ganu ni kate
dok rok kompem ye paham ni.

selesai kelas kak dina, turun tangga, asyik duk ulang2 perkataan tu.
dok rok...dok rok...dok rok... hahaha, lawak r dengar org luar sebut tu. sementara menunggu orang untuk pulang ke asrama, sambung lg pelajaran bahasa terengganu.

"syifa'!!" nana pny lebih semangat malam tu utk ajar bahasa terengganu.
"apa?"
"dengar ni...mende makne
dok rok cetong?" menambahkan lagi entri kamus terengganu bg kawan2 selangor ni. syifa' dan kawan2nya macam kompius je nk jawab.
masih memikirkan jawapan yg sesuai utk diberikan.
"hah,tahu! tak larat nak cedok," x rase bersalah langsung mukanya bila dia jwb mcm tu.

dan saya x mampu bt apa2 melaikan gelak sampai sakit perut2. begitu juga kawan2 terengganu lain yg memahami, mengisi perjalanan pulang dengan geli hati mendengar jawapan syifa' td.
0

9 Sebab Hati Tidak Bahagia..

a) Pemarah
Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang.

b) Pendendam
Tersembunyi ibarat mengumpul lahar di dalam dada.. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

c) Hasad dengki
Amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

d) Bakhil
Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.

e) Tamak
Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut, walau berapa banyak yang diminum tetap tidak habis juga (lagipun orang tamak selalu rugi). Ingat! Yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita (mungkin ada hak orang lain di situ). Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

f) Tidak sabar
Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar.

g) Ego
Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. Pasal semua orang ada egonya sendiri, cuma tinggi atau rendah tahap keegoan tersebut.

h) Riak
Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon-lakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak, takabbur dengan apar yang kita ada.

i) Cinta Dunia
Tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah, tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu (bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yang soleh atau solehah). Cinta dunia merupakan 'neraka dunia' kerana dunia itu 'panas' akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Kesimpulan
Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dan lain lainnya, tetapi ialah MAZMUMMAH. Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak bahagia.

Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. Sama-samalah kita sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain, andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya.

Wallahualam bissawab.

"ya allah ku tak layak kesyurgamu ..namun tak pula aku sanggup
keNerakamu.. ..kami lah hamba yang mengharap belas darimu ..."ya allah
jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami .kedua
ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal
dunia"
0

Sanah Helwa~

Kawan-kawan saya dah tua macam saya. hehe.:D Special wishes 4 my housemate Tengku Fathimah. Semoga Allah beri berkat pada umurmu, beri rahmat pada usiamu. Semoga najah yep!
Maaf, simple je hias kek ni..

aku selalu rosakkan kek orang dgn hiasan hodoh yg ntah pape...huhu...sorry!

Kepada yang diraikan, semoga ceria selalu. Jangan sedih-sedih tau! Hehe, kalau nak sedih pun atas apa jua musibah, bersabarlah. Ingatlah siapa yang menentukan qadak dan qadar.
0

Tiga Cahaya di Hari Kiamat

Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :
* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.

Apabila ditanya cahaya apakah ini ? Lalu dijawab :
"Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang
ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan
mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.

Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air
sembahyang sebelum azan.

Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari.
Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam mas jid sebelum azan lagi."
Kala Jengking Neraka
Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang
bernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking.
Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti
jarak langit dan bumi.
Malaikat Jibril bertanya : " Hai Huraisy ! Engkau hendak ke mana dan siapa
yang kau cari?"
Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari lima orang.
Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang..
Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.
Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam mas jid.
Kelima, orang yang suka minum arak."
Simpanlah baik2 amanat ini dan sebagai peringatan kita setiap hari.
Sampaikan kepada sekelian muslimin/muslimat yang lain semoga
menjadi pedoman hidup hingga keakhir hayat , Insya'Allah

Alangkah berbahagianya anda semua yang mempunyai anak lelaki dan dididik
pula melaungkan azan di mas jid2 maupun disurau2..Amin.

Semoga Allah merahmati kita semua dan mengampuni segala dosa2 kita yang
lalu dan hari ini. Azan adalah dakwah yang paling utama sekali kerana
ianya mengajak kita membuat kebaikan dan mengingati Allah swt. Secara
tidak sedar kita sentiasa didakwah sebanyak 5 X sehari. Cubalah hayati
setiap perkataan dan jawaplah seperti yang disarankan. Bagi orang yang
melaungkan azan pula jika dia berniat untuk seluruh alam (spt yang
disarankan olih Allah kepada Nabi Ibrahim alaihisallam) muazin itu akan
mendapat pahala umat islam seluruh alam yang bersolat pada hari itu.
begitulah kelebihannya yang Allah beri. Wallahu a'lam.
0

Salam Ulangtahun Perkahwinan ke 24

Ucapan ini khas untuk ayah bonda nun jauh di benua asia. Kudoakan moga bahagia hingga ke syurga. Anakanda berjuang di sini, meneruskan saki baki kehidupan, mengutip khazanah ilmu yg masih tinggal. Moga Allah beri sihat pada kita supaya berpaluang untuk jumpa dan bersama. Mendengar tutur bicara, melihat raut wajah ayah bonda.

Salam sayang dan rindu di angin lalu,
Dari anakandamu di kejauhan,
Bumi Kinanah, Mesir.
Back to Top