0

Tremco yg pelik??

Tremco? Apa tu tremco? Saya duk sini baru kenal apa itu tremco. Sebuah van yang angkut org nk pegi mana. "Ye cik,nk pergi mana?". Orang Tranung panggil prebet sapu. Macam tula lebey kurang. Dalam tu boleh la muat 13 ke 14 org. Saje je post entri ni sebab ade demand dr Nana. Nana yg suruh masukkan dlm blog.

Pagi-pagi saya dan kawan-kawan ke tempat tunggu bas utk ke kuliah (actually,xla pagi sgt pn...hehe...hr ni terlewat sikit). Jalan punya jalan, bila keluar dr lorong rumah, nampak la bas no.1. Kami decide x nak naik bas tu, sbbnya ramai orang. Bayar mahal-mahal tp x ley duduk gk (xla mahal sgt pn...dlm LE1.50 je). Bukan kedekut, tapi lau buleh jimat nk jimat la kan. Kami bertegas nk naik tremco je, sbb tremco buleh duduk, murah sikit LE1.25 (walaupun waktu sudah agak lewat). Keras kepala nye...sekali sekala apa salah nye.:)

Banyak dh bas yg berlalu. Nak naik bas yg murah2 x leh, coz mmg confirm penuh la. Kami dengan semangat tunggu tremco yg x datang2 sejak tadi. Tunggu punya tunggu punya tunggu...tiba-tiba datang tremco yg agak2 pelik la. X tau nk cerita macam mana. Tapi tengok dr luaran pn macam lain je. Ada sorg mama (mak cik arab) n sorg pempuan arab baya2 kami jgk la. Kami tanya la dia, kuliah banat ke? Dia jawab naik la...

Kitorang pn naik. X takut tu sbb dh ada dua arab kat dalam tu. Kalau ada pape x kena mesti yg berdua tu dh x naik kn. Then, kami berempat pn keluarkan 1.25 utk bayar pd ammu (pak cik driver). LE1.25x4=LE5...Kami hulurkan LE5 kt pempuan kt depan kami. Dia pn bilang2 balik. Ok,cukup 5! Kholass...

Otw nk ke kuliah tu, ada 3 orang lagi senior yg satu kuliah dgn kami (tp x kenal pn nama mereka, cam muka je) naik jgk tremco tu sbb nampak kami kt dalam. Mereka igt kami ni tahu sgt ke. Mereka bayar LE1 je setiap sorg. Mane aci ni...kami kena bayar LE1.25. Xpe la, abaikan saja. Rezeki diorg la tu. Huhu. Tiba-tiba ammu tu bising lepas dia hitung2 duit kat tangan dia. Dia kata x cukup.

Padahal duit tu cukup je. Dia yang salah kira. Kami pn lawan punya lawan (dibantu oleh pempuan arab td), akhirnya kami tewas. Malas kami layan ammu ni. Bayar jela lagi, biar puas hati dia. Kang x sampai kita ke kuliah nanti kang. Semua orang kena bayar 0.25 lg. Jadinya bila dihitung-hitung, kami telah membayar LE1.50 manakala senior yg naik slps kami bayar LE1.25. Hadoi...tremco...tremco...

Tula nk naik tremco sangat. Same je pun kalau naik bas no.1 td pn bayar LE1.50 jgk. Huh, xpe la...pengalaman... Dalam perjalanan ke kuliah, boleh lagi ammu tu tanya...
"Kamu nk ke mana?"
"Kuliah ammu.Kuliah banat..."
Ammu ni lupa ke? Ditilik-tilik wajahnya, x la tua pun. Isy, pelik2! Dah la x igt kitorang bayar berapa td.

Sementara menghayati kesibukan jalan yg dipenuhi kereta itu, saya dengar butir bicara kawan yang tiga lagi tu. Walaupn mata memandang jalan, tapi telinga saya sempat menangkap perbualan mereka.
"Ammu ni...dia igt x kita nk g kuliah?"
"Ntahnye...td kata kuliah banat, dia angguk, pastu tanya kita balik."
"Dia tu duk membebel je, sempat x nk masuk kelas ni."
"Ha'ah, dh la bayar 1.50, agaknya dia baru kot bawak tremco"
"Sudah2 la, anggap sedekah je," saya menyampuk sedikit. Diam seketika.
Tiba-tiba.....
"Jangan2 ammu ni nyanyuk kot..." selamber je dia kata ammu macam tu.
Tergelak saya dengarkan kenyataan tu. Adoyai, boleh dia fikir sampai ke situ. Ikutla nyanyuk ke tak. Asalkan kita selamat sampai kt kuliah.

Saya rasa memang betullah ammu ni x pernah bawak tremco. Biasanya tremco akan berhenti kt luar tu je, n kita akan jalan masuk ke dalam n lintas jalan. Tapi ni tidak, ammu hantar sampai kt depan pintu pagar. Spesel punya. Haha, mmg x yah jalan lagi la. Syukran ammu! Dan kami x perlu lintas jalan. Mg berbaloi! Huhu, walaupun dh berhenti depan pintu pagar, namun tetap juga kelewatan kerana doktor telah masuk kelas. Dan kami yang lewat kena lah berdiri sampai habis pelajaran (2 jam woo!).
0

Luasnya Neraka

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah kami,kedua ibubapa kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami &semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH.

Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH,namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH.
Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalahsegala ibadah dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH......AMIN.....

.: Luasnya Neraka :.

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datangkepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaanberubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w.: "Mengapa aku melihat kau berubah muka?"

Jawabnya: "Ya Muhammad, akudatang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orangyg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itubenar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasaaman dari padanya."

Lalu nabi s.a.w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifatJahannam."

Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakanselama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahunsehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitamgelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahlineraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkaudengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalamAl-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang dihujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi,dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."

Nabi s.a.w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?"

Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya dibawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun,tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (nota kefahaman:iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?"

Jawab Jibrail: "Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.
Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,
Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.
Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,
Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.
Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir."

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: "Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?"

Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat." Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu,sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar

nabi saw bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummatku yang akan masuk ke dalam neraka?" Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu."

Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyangkemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah. (dipetik dari kitab "PeringatanBagi Yg Lalai")

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku. Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kitasemua. Wallahua'lam.

Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159 Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kamiterangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.
0

Istimewa bt Nyah,Nana,Huda...

Kek siapa cantik?? Ni la kek nya. Kitorang makan kek malam tu la. Agak-agak dalam pukul 10, sbb besday gurlz sakit. So, kne tgu dia boleh bangun. huhu...siannya. Sakit-sakit pun, masih mampu senyum bila orang snap gambar dia. Neway, Selamat Hari Lahir la utk Huda, Sumaiyah n Nana yep!! Umur kita dh sama. hehe...

0

Selamat Hari Lahir Sahabat-Sahabat

Sahabat-sahabat? Ramainya... Istimewanya bulan Mac. Ramai yg lahir bulan Mac kn. Berdasarkan kajian Dato' Dr. Fadzilah Khamsah, orang yg lahir bulan Mac ni....

Berpesonaliti yg menarik dan menawan

Mudah didampingi

Sgt pemalu dan pemendam rasa

Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati

Sangat sensitive pd perkataan yg dituturkan dan alam persekitaran

Suka pada kedamaian

Sangat peka kepada orang lain

Sesuai dgn kerjaya yg memberi khidmat kpd orang lain

Tidak cepat marah dan sangat amanah

Tahu balas budi dan tahu kenang budi

Pemerhatian dan penilaian yg sangat tajam

Kecenderungan utk berdendam jika tidak dikawal

Suka berangan-angan

Suka melancong

Sangat manja dan suka diberi perhatian yg sgt tinggi

Kelam kabut dlm memilih pasangan

Suka dengan hiasan rumahtangga

Punya bakat dlm bidang seni muzik

Kecenderungan kepada bende istimewa dan baik

Jangan terlalu moody


Tu yang dikaji. Betul ke tak wallahu a'lam. Special wishes to my dear good friends...

Sumaiyah Bt Zakaria...9/3/1989

Nur Farhana Bt Hanafi...19/3/1989

Nurul Huda Bt Mamat...20/3/1989

Fatimah Zakiyyah Bt Abd Ghani...20/3/1989

Nurul Nadzatul Nadwa Bt Che Mohd Shabri...21/3/1990

Nur Amalina Bt Ramli...25/3/1989

Shazazierra Bt Sharif...31/3/1985


Utk besday gurlz 3 teratas...wait n see la d surprise party. Saya akan post gambar kek mereka nanti.

0

Izinkan Daku


Ya Allah,
Izinkan daku menjadi sekuntum bunga,
Yang dihiasi dengan kelopak akhlaq mulia,
Harum wanginya dengan ilmu agama,
Cantiknya kerana iman dan taqwa,

Namun keindahan zahirnya ku simpan rapi,
Biar menjadi rahsia yang kekal abadi,
Bukan perhatian mata ajnabi,
Yang menjadi punca fitnah hati,

Ya Allah,
Timbulkanlah duri yang memagari diri,
Agar diriku terpelihara dari noda duniawi,
Yang akan menghilangkan keharuman sejati,
Yang akan memudarkan kecantikan diri,

Disebalik kekurangan yang tercipta,
Bukanlah alasan untuk bermuram durja,
Kerana setiap yang tercipta ada hikmahnya,
Izinkan ya Allah agarku menjadi permata,
Tetap menyinar walau di lumpur hina,
Tetap berharga walau dimana saja,
Buat ummah dan juga keluarga,

Izinkan daku menjadi seindah mawar berduri,
Yang menjadi impian setiap muslimah,
Yang indahnya bukan untuk lelaki,
Tapi permata buat yang bernama suami...
2

..::sYuKrAn::..

Syukran ye...4 d nice cake...4 d party last night... Saya suka kek tu. Terima kasih kawan-kawan. Saya rasakan majlis yg dirancang kali ini mmg lain dr yg lepas. Kalau dulu asyik bt surprise je...tp kali ini tidak. Biasanya, kawan-kawan yg meraikan akan bt helah kononnya ada sedikit jamuan bebrbuka or something yg kononnya si besday girl x boleh detect...n bt2 lupa la hr ni besday someone...surprise la tu... Berlainan cara sambutannya kali ini. Hari lahirku diorg ucap awal-awal lg. Biasanya diorg akan wat surprise...tp berbeza kali ni. Memang x agak la yg diorg ada gimik yg dirancang rapi.

Hari Khamis yg sibuk. Saya dh tahu apa yg diorg nak masak. Pembaca tahu ke? Hehe...nasi minyak. Ooo...nak tahu macam mana saya tahu ye? Hurm...alkisahnya begini...

Tiga hari lepas ada la satu walimah. Pengantinnya kami x kenali pun. Dia kawan kepada kawan kami. Pastu...hehe...x payah la cerita panjang2. Malu la pulak...hehe... Teringin sgt rase nk makan gulai pengantin tu.

Kawan saya kata : "kita makan di rumah saja lah ye"
"Hua....nak makan gulai..."
"Wokey,kita masak gulai kat rumah,"
Hua...org nk makan pengantin pny nasi minyak. Apela...huhu...

Kami pulang ke rumah dgn perasaanku yg hampa nk makan gulai kat walimah tu. Kebetulan plak hari tu kene time masak. Tension la sikit,plan2nya x nak la masak...kwang3... Sampai depan pint, kawan2 ajak g jalan2, cari makan...hehe...x la...jalan2 cari barang. Mulanya rasa malas nak ikut mereka berempat. Tp mereka ajak jugak sbb nk mendamaikan hatiku yg x leh g walimah td. Seorg akaq yg baik hati menawarkan diri utk masak nasi sementara tunggu saya dan teman-teman pulang.
Saya pn pesan la kt akaq tu..."masak nasi warna warni yep. Saya nk warna hijau, merah n kuning or oren"
Akaq tu tny : "mcm mane nk letak kaler tu??"
Saya dgn terernye mengajar...haha...x prnh bt pn..:P
Dgn konfiden dia jawab..."baik2"

Pulang dr jalan2 cari barang...saya angkat tutup periuk. Agak pelik warnanya. Tp xpe...asal ade warna hijau dh ok...hehe... Nasi minyak ke menu hari ni?? Yela kot. Td duk bising2 tgh jalan td cakap nk bt nasi minyak kt rumah. Agaknya nasi minyak la menu hr ni. Huh, saya kn chef hari ni. Tp, cop2! Bila masa plak saya reti masak gulai ni...huhu... Hmm, kalau tunggu jgk chef ini masak gulai...malam la baru makan. Tu pn kena ada sifu. Utk jimatkan masa, chef bertukar. Nasinya sudah selesai tinggal lg gulainya. Sementara chef itu memasak...saya dgn sesuka hati mengadap pc...(haha...sori, lupa...) Saya online ym.

Tetiba...dgr ade sorg mintak maaf. Hah, apa lagi la ni.
"mintak maaf...mintak maaf...x tahu pun nk suruh masak nasi minyak,"
"hah, dh tu masak nasi apa yg berwarna warni tu?" terkejut la jgk saya.
"nasi biasa la...x tahu pn nak masak nasi minyak...tu yg pelik tu...sbb tu td tny, mcm mana nk bt nasi kaler2 tu,"
huaaaa....utk kesekian kali. "xpe2 kak, jgn rase bersalah pulak,"
sempat lg dia nk melawak..."6t kita bt lain kali, xpe nasi ni kurang kolestrol, sbb xde minyak,"
huhu...

Tula kisahnya...3 hari kemudian 5 Mac, diorg bt nasi minyak smula. Alhamdulillah, sedap sangat...sesape nk tempah or nk rasa masakan chef terhandal ahli bait saya hubungi saya ye...(hehe...maaf syu, promosi sket ni...kui2...) Mmg puas hati la. Terima kasih ye sbb masak nasi minyak tu. Huhu. Lepas maghrib, kami makan2. Lepas isyak, saya di depan pc. Say thanks 2 sesape yg wish melalui ym. X la sibuk sgt...tp kalau ade yg saya x sempat ucap terima kasih, saya minta maaf ye, saya ucap 'syukran' di sini...syukran!

Sdg asyik lyn ym, orang panggil semua keluar. Betul saya kata...saya x agak yg mereka ada surprise. Bg saya, cukuplah nasi minyak best yg saya teringin sgt nak makan tu. Ayat diorg pn sempoi je. X jangka langsung. Saya ke ruang tamu...diorg tutup lampu. Terkejut la jgk...tp x melatah la. Datangla 3 makhluk dari dapur. Bawak objek yg sinonim dgn hari lahir.....kek....kek yg cantik. Terima kasih. Sayang kalian. Terharu sebenarnya. Tp x nangis pn, jatuh standard...(standard mesti jaga...hehe...gurau je...)

Mmg langsung di luar jangkaan. Saya tahu pasal nasi minyak tu. Tp saya x tahu pasal kek. Padahal saya dan kawan-kawan satu kuliah. Cuma dua tiga org je x sama kuliah. Saya x tahu siapa yg buat kek, bila buat kek, saya betul x perasan semua tu. Oh, agaknya ketika saya lena petang itu, slps pulang dr kuliah n sblm ke kelas tutor petang itu. Letih sangat rasenye hr tu. Tp kawan-kawan x tido pn, sibuk di dapur. Kesiannya kawan2...saya x tahu pn kalian menahan kantuk demi jayakan misi menyambut hari lahir saya. Terharunye...

Istimewa bt kawan-kawan saya...SYU, KU, SU, UDA, IDAH, ATIYYAH, AISYAH, AIN, NANA, KAQ DIAH, KAQ INTAN...(maaf,urutan mana2 pn xpe ye!!)...
~TERIMA KASIH UTK SEMUANYA...MAAF SEGALA SALAH SILAP SELAMA NI...SAYA SAYANG SEMUA~

..::Sanah Helwa::..

Selamat Hari Lahir ke 20...3 Mac n & 4 Mac. Nur Fakruziey bt Fauzi...Munirah bt Alias...

Nk wish apa yep...macam sama je ucapan dgn org lain. Semoga panjang umur,murah rezeki. Kui2. Nah...untuk kamu berdua!




0

Hari Ini..

Hari ini hari yang begitu lapang. Kerana hari ini, start dr pagi saya free. Tiada kuliah, tiada kelas tambahan. Kurang sedikit bebanan hari ini. Tp, kotak fikiran ini x pernah berhenti memikirkan satu perkara yg x pernah selesai. Terkadang rasa seperti ingin meluahkan...tp ku rasa tiada siapa yg boleh faham. Kerana itu hidup ni rasa terumbang ambing tanpa nasihat dr kalian.

Sungguh...seperti memikul batu yg besar. Bantulah diriku. Kupinta jauh dr segala masalah. Kuharap diriku tabah hadapi ujian. Sbb ujian tu tarbiyah. Ya Allah, sucikan hatiku. Kalau ujian ini sbg kafarah dosa lalu, aku redho.

Selepas menulis pos ini, rasanya sedikit lega. Seperti meluahkan kpd seseorang. Alhamdulillah~

Kiss
0

..::Taubat Hamba::..

Sudah menjadi perkara yang maklum, bahwa tidak ada seorang manusia pun di muka bumi ini yang sempurna. Manusia adalah tempat salah dan dosa. Lupa dan khilaf sudah menjadi sesuatu yang lumrah yang akan menimpa setiap insan. Selamat dari dosa dan kesalahan tidak dapat dimiliki kecuali oleh para Nabi ‘alaihimussalam.

Kalau kita mahu menghitung, sudah berapa banyak dosa-dosa dan kesalahan yang kita lakukan hari ini, belum lagi hari kelmarin, lusa, dan seterusnya. Bukan tidak mungkin kita terjerumus ke dalam perbuatan dosa-dosa besar yang tanpa kita sadari pula. Semoga Allah melindungi kita.

Demikianlah keadaan manusia, Allah banyak menyebutkan di dalam Al Qur’an tentang keadaan manusia yang serba kurang. Diantaranya firman Allah (ertinya):

“Manusia itu diciptakan dalam keadaan lemah.” (An Nisa’: 28)

“Sesungguhnya manusia itu sangat zhalim dan sangat mengingkari (nikmat Allah).” (Ibrahim: 34)

Demikian pula Rasulullah menegaskan tentang kelemahan dan kekurangan anak cucu Adam ini. Dari sahabat Anas bin Malik , bahwa Rasulullah bersabda:


كُلُّ بَنِي آدَمَ خَطَّاءٌ وَ خَيْرُ الْخَطَّائِيْنَ التَّوَّابُونَ

“Setiap anak Adam (manusia) pasti sering berbuat kesalahan “Dan sebaik-baik orang yang berbuat kesalahan adalah yang mau bertaubat.” (H.R. Ibnu Majah no. 4251 dan lainnya)

Tidaklah Nabi mengatakan sebaik-baik manusia adalah yang tidak pernah bersalah, karena memang tidak ada seorang manusia pun yang ma’shum (terjaga dari kesalahan) kecuali para Nabi. Tetapi Rasulullah menegaskan bahwa orang-orang yang bertaubat dan mengakui kesalahan, serta kembali kepada kebenaranlah yang terbaik di antara mereka.

Oleh karena itu, bila kita terjerumus ke dalam perbuatan dosa dan kesalahan, maka segeralah bertaubat kepada Rabbul ‘alamin. Allah berfirman (ertinya): “Bersegeralah menuju kepada ampunan dari Rabb kalian dan kepada al jannah (syurga) yang seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa.” (Ali Imran: 133)
Back to Top