0

Salam Aidilfitri Dari Perantauan

Kali ini kali kedua saya beraya di perantauan. best ke? of course la best, berjauhan, rindu-rinduan. Sungguh, saya rindu benar suara takbir abah. tolong,, recordkan untuk saya. Huhu,sedihnye! Saya bertakbir di sini, yang lain bertakbir di sana, kat kampung ramai-ramai, pak sedare,mak sedare,sepupu. Sayu mendengar suara2 di sini bertakbir. Teringat pulak mase dulu2, boleh takbir ramai2. Kalau dulu duduk kat beranda kat rumah tok, rasa sedih dengar orang masjid takbir raya. Sbb ramadhan dh habis, orang yang kt dlm kubur kene siksa balik, nanti kita plak duk sana. Dan sekarang sedihnya jadi dua, ramadhan dh habis, dan saya x dpt sama2 dengan sanak saudara bertakbir malam raya. Malam raya yang sayu.

Ahh, saya sepatutnya berutung n bersyukur sbb dapat rasa kelainan serta keindahan 1 syawal di sini. Saya juga ingin ceria di aidilfitri seperti yang lain. Alhamdulillah, semalam hari yang sempurna walaupun beraya di 3 buah rumah sahaja. Hari ini, beraya lagi bersama anak-anak Terengganu yang tidak pulang beraya di Malaysia. InsyaAllah semuanya baik, mak abah n semua jgn risau k. Saya juga gembira beraya kat sini.

sebelum.....


selepas.....


ni bukan kump nasyid, tapi warna tema tahun ni...
x dpt bt dgn family, bt dgn kwn2 pn jadilah....
merawat duka beraya diperantauan.....

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat
1-tok, tok ki
2-aba, mok,
3-kakak,
4-kak yah,
5-anah,
6-ahmad,
7-ijah,
8-adik,
[sebelah mok]
9-mama & abah &
~abg.khairi,
10-p.yie & c.yam &
~yoe+una+ija+baby,
11-c.man & c.illa &
~shasha+irfan+baby,
12-m.teh & a.teh &
~tini+faiz+iffah+idiey,
13-m.ya & c.nasa &
~syakirah+raihanah+farhan+idham,
14-p.mu
15-p.wan
[sebelah aba]
16-p.long & m.long &,
~anak2 & cucu2,
17-p.long kadir & m.long khadijah &,
~abg.na'aman & k.long &
-->asyraf+afiq
~k.sarah & abg.naza &
-->yoe+idham+iqa
~abg.naim & k.wah
~abg.mat & k.nor &
-->wafi
~k.sah, k.mah, hamdan, naimah, salmiah, udin, ina
18-p.teh & m.teh &
~abg.kamal+k.nor+k.ila+adah+duan
19-sedara mara yang jauh, dua pupu, tiga pupu, semua la....
20-guru2,sahabat2 kat mesia@mesir@di mana saja berada,
~ex sk seri bandi
~ex smaasza
~BTN tanjung rhu sepang 19-24 ogos 2009 [terengganu+kelantan]
~universiti al-azhar mesir
~sesiapa yang mengenali diri ini

Maaf Zahir Batin segala salah silap. Kullu am wa antum bikhair.
0

30 Ramadhan









Kat atas tu semua gambar kuih raya made in mesir...saya yang buat. eh, kak aisyah ahli bait saya yang buat. saya tukang tekap2, bakar2 tu boleh la. lepas habis satu, terus buat yang lain. mmg x stop la. macam kilang kuih raya plak rasenye. tapi saya yang agak2 keletihan berperang dengan gigi yang sakit semalam, x dapat bagi komitmen yang penuh. maaf ye!

dah habis dh Ramadhan. harapannye agar Allah terima ibadat yang x seberapa ni. banyak betul diduga bulan Ramadhan ni. tapi saya redha sbb mungkin e2 kafarah dosa lalu. semoga ramadhan ini berlalu dengan penuh makna. "Ramadhan yang Sama Natijah yang Berbeza".
0

Malam 26

Alhamdulillah. Semalam sempat menunaikan solat terawih bersama sheikh yusri sebanyak 20 rakaat, menghabiskan juzuk2 terakhir 28 29 dan 30. Syukur kerana diberi peluang sebegitu, sbb saya rasa begitu bertuah dapat jejakkan kaki ke sana. Walaupun ada yang pernah sampai dua kali ke sana, saya dengan nikmat sekali yg Allah bagi, rasa bersyukur sangat.

Selepas 10 rakaat terawih, sheikh buka kitab. ilmu+makrifah. Saya agak kurang faham dengan kalam2 sheikh tapi saya dapat tangkap perkataan ni :

"العلم من باب الكليف والمعرفة من باب التشريف"

Kemudian sambung kembali 10 rakaat lagi, menghabiskan akhir alquran, juzuk 30. Lama...tapi saya rasa puas.
0

23 Ramadhan berlalu

Masa berlalu begitu pantas, sedar tak sedar kita sudah di fasa ketiga Ramadhan. Ramadhan masih berbaki lebih kurang seminggu saja lagi. Bulan Ramadhan merupakan bulan tarbiyah dalam melahirkan hamba Allah yang bertaqwa. Ramadhan yang datang sebulan dalam setahun merupakan anugerah Allah yang tidak ternilai dan mesti digunakan peluang yang terbuka ini dengan sebaiknya agar kita tergolong dalam golongan mereka yang bertaqwa kepada Allah. Memastikan diri kita agar bukan sekadar menahan lapar dan dahaga saja, tapi turut memastikan anggota kita terpelihara dari melakukan perkara yang dilarang agama.Pastikan anugerah penggandaan pahala dan pengampunan dosa yang ditawarkan oleh Allah sempena kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini dapat sama-sama kita capai dan tingkatkan kadar dan mutu segala amalan soleh kita.

Dah 23 hari Ramadhan berlalu. Bagaimana dengan amalan-amalanku? Dua minggu demam, target untuk khatam quran lebih dr sekali mmg x dpt. Ya Allah, berikanku kesempatan di akhir-akhir ramadhan ini.
0

Oh Tuhan

Ramadhan Kareem...

Saya rindu sangat kat family. family saya rindu saya x? mase kat alex baru ni, saya terfikir nak isi blog saya ni dengan luahan rasa sedih, dengan berita yang saya terima dari ibu. kat alex, saya call mak. mak bagitau saya berita yang perit untuk saya terima tu. saya tau, mak mesti lagi perit terima hakikat ni kan. sebelum saya menulis ni, saya terbaca blog ya akhiii [surat dari anak mak, dah x degil]. sayu jiwa saya membaca. Ya Allah, bantulah hambaMu...jiwaku gersang. aku rasa kebelakangan ni selalu menangis. Oh Tuhan, ampuni dosa2ku. aku begitu lemah hadapi ujian ni. habis demam, 4 hari je boleh makan nasi, kemudian tu sakit gigi pula datang. sekaligus membantutkan rasa ingin kepada nasi tu. Allah........aku reda jika ini kafarah dosa. meringkuk kesakitan menahan derita sakit gigi tu. sakit sangat, orang menikmati percutian di alex, sedang diriku menderita kesakitan. ampuni dosa2ku Ya Allah.

kat alex, saya ade call mak, saya bagitau mak yang saya ke sini untuk mengubati demam saya yang larat seminggu. saya dh pulih, tapi sekarang saya menahan derita sakit gigi yang amat sangat. lama saya berbual dengan mak. saya nak lepaskan segala rindu saya pada mak mase tu. saya nak dengar mak cakap. banyak juga pesan mak, saya jadi pendengar yang setia.

bila dh agak2 topik yang ingin dibualkan hampir kehabisan, ku bertanya pada mak.
"sape ade kat rumah?"
saya betul terlupa, yang hari tu adalah hari ahad pukul 11.30 malam malaysia. abah mmg xde kat rumah, masih di masjid, saya tahu rutin hariannya. adik2 pula mesti kat asrama, kan hari sekolah. sumaiyyah adik bongsu saya pun kat asrama. mmg sunyi rumah. nak trahu apa jawapan mak terhadap soalan saya. mak kata:
"duk sorg la, tahu je la aba tu balik kul brape. skrg duk sorg, nanti lepas raya lagi la mmg betul2 duk sorg. tunggu aba balik dari masjid, mmg x balik la."

tadi ada mak bagitau yang abah dipindahkan ke pejabat felcra bukit sudu, kuala terengganu. lepas raya nanti abah kena bertugas kat sana. tapi mak kata mak x ikut. sepeninggalan abah nanti, mak kata mak ttp nak stay kt seri bandi kemaman. mak nk duduk je quaters kerja abah tu [rumah yang kami duduk sekarang]. klau dia mintak sewa bayar ajelah, katanya. kalau dia bagi duduk free je alhamdulillah. abah dh kene tukar, lepas raya ni x bertugas di pejabat felcra seri bandi lagi.

mendengar jawapan mak yang ade unsur keluhan tadi, menitis air nata saya. saya x dapat bayangkan yang mak akan lebih kesunyian bila abah bertugas di kuala terengganu nanti. kalau sekarang mak sunyi bila siang abah pergi kerja, dan malam abah pergi masjid...lepas ni mak akan lagi kesunyian bila jasad abah nun jauh di sana. hari2 yang akan datang kubayangkan cukup mengerikan. lencun bantal kak hannan dek kerana teringatkan mak yang jauh, nasib mak. ditinggalkan, kemudian ditinggalkan. sakit gigiku mmg tiada lagi dalam fikiran. mindaku hanya mak...mak...dan mak...

saya menangis sekuat hati. sampai hati semua orang tinggalkan mak. salah siapa? aku tidak tahu. masing2 perlu lunaskan tanggungjawab. dulu, mak jugak pernah kata yang kita kene berkorban, insyaallah manis hasilnya. saya pegang kata2 mak. mak sungguh tabah. dan saya di sini, saya x tahu apa yang harus saya lakukan. saya harap kakak, kak ngah, anah, ahmad, ijah n adik boleh isi kesunyian mak kt kemaman, bila ada cuti. saya?? saya juga ingin buat begitu. tapi saya tidak mampu. dari jauh saya hembuskan doa agar mak bahagia selalu, Allah lancarkan segala urusan.

mak, saya sedih sangat tau. saya sentiasa menangis. saya sedih mak. mak ok ke? saya tau mak mesti lagi sedih dari saya. macam mane mak nanti? macam mane ijah n adik nk balik dari asrama nanti? ahmad xpe, saya tahu dia mmg pandai berdikari. dia pun biasa tumpang kawan2 dia balik. lelaki ni mudah, main redah je. baguslah x menyusahkan abah. macam mane keperluan harian mak nanti. saya tahu mak banyak sangat berkorban, seolah-olah semuanya mak boleh buat sendiri. mak, mak duk elok2 ye. letih saya menangis, ingat pasal mak. saya rasa nak temankan mak, walaupun kadang2 saya ni degil.

abah, saya bukan salahkan abah sbb ditukarkan jauh. saya cuma sedih bila saya perhatikan yang mak sentiasa ditinggalkan. sorg demi sorg melangkah mengejar cita. saya tahu, abah pun mesti lagi sedih kan. berhijrah ke sana sorg2, tanpa sayap kiri. ye, saya paham sangat abah. abah x makan kalau hari2 mak pergi kursus. apa yang saya masak abah cuma jamah sedikit. of course la masakan saya x sedap dan x setanding mak. saya x berkecil hati langsung. saya tahu mase tu abah tunggu mak pulang dari berkursus, kami adik beradik pun ternanti-nanti kepulangan itu.

masih saya ingat ketika mak pergi berkursus kalau x salah, kebetulan mak sedara saya dari perak [adik mak] datang terenganu untuk berubat penyakitnya, masak lauk favourite kami, ikan patin masak tempoyak. abah balik untuk makan tengahari tapi langsung abah x sentuh hidangan yang menyelerakan tu. lagaknya seperti org berpuasa. saya tahu abah nak mak jugak. lepas saya explain kat mak sedara pasal ni, dia faham, dan dia pun x ambik hati katanya. tapi terkadang ada dia perli. saya pun x pasti macam mane abah lepas ni. saya doa abah sihat2 selalu. abah boleh balik rumah adik beradik dia pak teh n pak long kalau nak makan, memandangkan tempat kerja baru abah nanti selang dua kampung je dr kampung halaman abah. abah, abah kene makan selalu, nanti sakit mak xde. mak jauhhhhhhh... sekalung doa saya hadiahkan buat abah agar abah tabah di sana, tanpa mak, dan anak2 yang jarang ketemu. abah makan selalu ye, sbb saya x nak tengok abah semakin kurus.

saya rasa cukuplah di sini. saya x larat lagi nak menangis. post kali ni begitu istimewa saya rasa kerana diiringi manik2 jernih yang x putus2. moga semuanya selamat dan sejahtera. saya begitu pasti yang mereka pasti menghitung hari yang akan memisahkan mereka demi sebuah tanggungjawab.
0

...Le tour de Alexanderia...

Salam Ramadhan semua...
Sempat lagi mengisi Ramadhan kali ni dengan bernusafir ke bumi Iskandariah. baik je demam, terus kemas barang. eh, betul ke nk pegi ni?? larat ke nk pegi?? atau aku ditinggalkan sendiri tanpa teman2 yang semuanya bersiap untuk ke Iskandariah. insyaallah kukuatkan semangat, kubulatkan tekad. dh seminggu rasa tidak larat begini, mungkin perlu keluar untuk hirup udara nyaman di luar sana.

Berjalan melangkah keluar dari pintu asrama kompleks darul iman, terfikir2 kot2 la ade apa2 yang tertinggal. semua dh ambil... tp rasa macam ade yang kurang. oh, tasbih tertinggal. xpe lah, jari kan ade. harap2 dengan tertinggal satu barang ni bukanlah satu petanda buruk.

Sampai kt ramsis, ambik train ke alex. sampai kt perhentian (sidi gabir), kene ambik train lagi untuk sampai ke rumah. sementara menunggu train yang nk sampai ke rumah tu, kami tunggu dengan penuh sabar. saya pula ambil tempat dekat tepi ammu (pak cik), ade kerusi kosong kat situ. dek kerana x larat, kupenuhi tempat duduk tu. alhamdulillah, rasakan sedikit kelegaan.

Sedang asyik menikmati pemandangan dengan kesibukan warga arab yang berebut-rebut naik train, x tersedar yang sahabat2 lain dh berebut-rebut di pintu train. mujur saya terpandang pada pintu train, kalau x, mesti dh ditinggalkan. sampai hati betul la budak2 ni, x bagi isyarat pun nak naik. berlari saya mendapatkan pintu yang paling dekat, pintu depan, mmga dh sah2 la orangnya ramai. ammu sampai bergayut kat pintu. mane saya mesti terjah ni?? dengan keadaan train yang dah bergerak. ammu kate "cepat naik," semangat pulak dia. mmg la aku kene naik, kalau x mane nk pegi, dh la first time sampai alex. kepala kugaru walaupun x gatal, sedang train tersebut perlahan-lahan berjalan. ammu tu hulur tangan, bantu saya untuk naik jugak melalui pintu depan. dengan gelabah, saya berpaut pada lengan ammu bila dia menghulurkan tangannya. walaupun agak geli dengan lengan yang berbulu, tp demi nyawaku, aku terpaksa. huhu, pengalaman yang mengerikan~

Neway, pengembaraan ke alex yang mendamaikan jiwa. bermalam di rumah huda di asofiroh. singgah jugak sehari kat rumah nyah di mandaroh. berbelanja tudung raya di mansyiah. lagi ke fathallah mencari keperluan harian, mana2 yang perlu.

Pemusafiran kali ni banyak mengajar erti berdikari, kalau x pasti ditinggalkan. ah, malas fikir pasal ni, saya begitu berkecil hati. cukuplah sekadar ni, maaf sebab x mampu mengekspresi kegembiraan sepanjang bercuti di alex di sini. apa pun ia memberi pengalaman yang berharga buat saya. terima kasih tuhan kerana memberiku peluang....

berjalan~melihat~mantafsir~
Back to Top