0

Kamu

sedih..
sedih..
& sedih..
sgt sedih..

sbb sgt rindu..
rindu & rindu..
patutkah aku khabari kamu,
yg aku rindu kamu selalu?

apa agaknya khabarmu..
sihatkah?
atau kamu sdg 'sakit'?
'sakit' sepertiku..

atau mungkin aku sendiri..
merasai ini..
tanpa ada tautan hati..
apakah aku sendiri??

aku sedih lg..
namun,
sedihku biarlah sendiri..
sedihku bukan minta simpati..
sedihku hanya utk aku kenangi..

aku musykil bila selalu igt kamu..
adkh kamu igt aku??
0

Tamat Ujian Lisan

Alhamdulillah, selesai akhirnya ujian lisan. Selepas berhempas-pulas berhari-hari dgn penuh tekun menamatkan pembacaan kitab-kitab Fiqh, Usul Fiqh, Fiqh Perbandingan & menghadamkan juzu' 3 Al-Quran, akhirnya ujian ini tamat tatkala pelajar kelas lain sudah mula ujian bertulis. Agak lewat bg kelas kami, tp tdk mengapalah. Sudah selesai pn satu kesyukuran. Alhamdulillah.

Hari ni gerhana bulan. nk tgk bulan jugak. =D
[quote]"Ia bukanlah berlaku kerana kemurkaan Allah swt, tetapi merupakan petanda kepada kebesaran kekuasaan Allah swt. Ia juga berupaya menjadi peringatan kepada manusia tentang azab dan nikmat yang dijanjikan Allah swt pada hambanya kerana fenomena gerhana ini sangat besar ertinya samada dari penghayatan iman dan sains. Ia bukan fenomena baru yang hanya berlaku pada akhir zaman ini tapi telah berlaku sejak alam ini dijadikan dan juga pada zaman Nabi saw yang dikenali sebagai sebaik-baik kurun."

Boleh lihat selanjutnya di sini, sebagai panduan InsyaAllah. :)

Siap sedia utk bertempur di medan imtihan, bermula 18 Jun hingga 12 Julai. doakan kejayaan saya dan sahabat2 seperjuangan menjalani peperiksaan kali ini. agak mendebarkan bila masih ada buku yg belum habis baca. semoga Allah permudahkan.

Oh, lupa! sblm akhir, mahu mohon maaf kpd sesiapa yg berkenaan. yg x berkenaan juga. maafkan saya andai ada silap salah, keterlajuran kata, khilaf pd bicara & perbuatan, saya minta maaf semua. [tetiba plak rasa x sedap hati~]

Sungguh la, nampak pelik je sejak kebelakangan ni. dia jd sunyi sepi. dgn saya sekali jd kelu. saya kena boikot ke? xpelah kalau kena boikot pn, nk bt cmne dh. redha je.

Terima Kasih & MAAF~
(dr saya yg byk khilaf)
0

Jumu'ah Mubaarokah... [edited]


صلوا عليه يا مسلمين
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

Jumaat lg. Alhamdulillah, Allah masih denyutkan nadi utk terus dan terus menghirup udara sehingga masih boleh bernafas sampai ke hari ini. Semoga kitalah insan bersyukur, menghargai saki-baki kehidupan yg Allah beri, sblm dijemput pulang oleh Izrail. pulang pd Tuhan yg menciptakan.

Ah, karat-karat dosa masih belum tanggal! bagaimanakah? x mungkin aku ingin menghadap Rabb ku dgn keadaan begini. kotor. aku malu dgn Tuhanku.

***** ***** ***** ***** *****
Align CentreJiwa rasa tdk tenteram. apa yg tdk kena sebenarnya? ingin bedah siasat skrg!

Betullah, 2 3 hari ni sgt lalai. mengapa mesti begitu? saya sepatutnya percaya bhw laman sosial yg wujud skrg semuanya merosakkan. x patutkah saya berkata begitu? tidak, ia patut bg saya! walaupun sbnrnya hukum harus itu blh berubah, namun jujur saya katakan, saya kalah!

Lalai diri sendiri, bagaimana dosa ini? masih terhapus atau belum. yg merunsingkan bila melalaikan org lain pula. bimbang sekali rasanya. x sanggup menghinakan sesiapa dgn hinanya diri saya, dgn penuh cacat cela, dgn penuh dibalut debu-debu dosa. Allah~ ampuni aku! T_T

Tidaklah aku ingin mulia di mata manusia, cukuplah menjadi hamba taat kpd Rabb ku. aku punya Tuhan yg menciptakanku, yg masih menyayangiku; meniupiku rasa keinsafan yg panjang, lantas tergerak hati utk bersegera memohon ampun atas semua kekhilafan. hakikatnya, aku malu dgn Tuhanku. di saat aku melupaiNya, Dia masih bersamaku. menyedarkanku kesilapan pd lorong yg aku lalu. T_T

Cukuplah aku dgn timbunan dosa-dosaku ini. sungguh, aku tdk larat memikulnya lagi. memikul dosa lain pula, sungguh, aku tdk larat! krn aku tdk punya apa-apa utk berbagi. amal baikku entah banyak mana. entah ada, entah tidak?

Bimbang juga tiada 'elaun'. 'gaji' pula kena potong. bagaimana nk 'hidup' nanti. Ya Allah~ segalanya aku serahkan hanya padaMu. Moga Dia temukanku kebaikan dlm kehidupan duniaku ini. aku tdk ingin terus-terusan lalai & melalaikan.

Bagaimana harus bicara. cuma seorang insan lemah. tdk kuat dgn ujian. cukuplah Allah uji saya begini; dgn kesedaran hamba yg terlewat. saya jd malu pd manusia, bahkan pd Tuhan yg menciptakan lebih2 lg. apalah dosa ini, akhirnya buat saya sedar sendiri bhw hidup ini berTuhan. lalai sebentar bila diuji. lemahnya iman dlm diri~ T_T

Cuma ingin diam. cari ketenangan. cari hakikat kehidupan. cari redha Tuhan. bermunajat kenal diri. berusaha kenal Ilahi. lantas sayang + cinta padaNya & kekasihNya diletak paling hadapan. kemudian baru blh belajar kenal cinta insan.

Tdk sanggup menjadi korban fitnah. apalagi membawa org lain turut sama bersama saya. semoga terus kuat utk hadapi ujian ini. bkn saja utk saya, utk anda juga; pembaca. boleh ambil iktibar dr kisah ini. jgn sampai org hilang percaya pd kita, dgn kesalahan yg berpanjangan kita lakukan. kita lebih mengenal diri. menjaga izzah & iffah satu kepayahan bila menerima ujian sebegini.

Semoga Allah sentiasa pelihara hati kita. sehingga tiba waktu. harus sabar tunggu. mula2 mmg pahit, tp di akhirnya pasti ada kemanisan. yakin dgn hikmah yg Allah sembunyikan di sebalik tiap satu kejadian. mujahadahlah, moga kita di kalangan org2 yg berjaya.

Bagaimana agaknya generasi akan datang, andai kita khilaf begini. saya mahu akan datang, anak2 saya soleh solehah semuanya, kuat berpegangan agama, jd pejuang Islam, berjaya dlm seluruh aspek kehidupan. tdk seperti ibunya, diuji begini saja sudah kalah! lemahnya~ oh Ya Allah! T_T

Saya harus bersedia & berfikir itu; baik perilaku.

syair arab menyebut :
كيفما تكن يكن أبناؤك
Maksudnya : Bagaimana kamu hari ini, begitu pulalah anak-anakmu masa hadapan.

Saya ingin sendiri. menghitung sepi. menagih kasih Ilahi. sungguh, saya lemah utk berdiri lg. menjadi FITNAH itu adlh terlalu sakit rasanya. Allah gerakkan hati utk membaca komenan di laman sosial; Facebook. jantung seolah disentap. kuat rasanya ditegur Tuhan. rasa bersalah amat pd tuan punya badan. serasa perit di kerongkong utk telan. namun inilah hakikat kehidupan; jelas2 disebut Rasulullah dlm hadisnya sebagai peringatan. termenung panjang~ dosaku membilang~ bergetar hatiku, takutku teramat sangat padaMu Ya Tuhan.

Ya Allah, ikat hatiku dgn kasih sayangMu, moga tdk kuulang kesilapan ini. derita menanggung dosa. walaupun terasa malu pd manusia, padaMu lah patutnya lebih kurasa malu. Allahu Allah. T_T

Maka, ampuni kami Ya Rabb! atas dosa & kesilapan yg dilakukan; secara sedar atau tidak. sekalipun kami diuji, tetaplah hati2 kami atas landasan redhaMu. moga ditemukan kebahagiaan atas jalan keredhaan, bukan dari kemenangan syaitan.

---> akhirkanlah penderitaan ini. aku juga ingin berjaya, menjadi solehah yg sempurna. T_T
---> setialah aku hingga tiba waktu. di saat itu, aku akan ceritakan segala padamu. ini janjiku.
---> menangislah sekarang, moga kita tdk menangis akan datang. ingin sekali aku khabarkan apa rasaku, tp biarlah kukuburkan ia di pusara hati yg plg dalam.
0

Jumu'ah Mubaarokah...

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

Salam Jumaat, Salam Sayyidul Ayyam. org kata, hari Jumaat adlh hari rindu-rinduan. betulkah?

Alhamdulillah. segar sikit dgr suara bonda. hr ni mood baik. mesti mak pelik nape nada saya gembira je hr ni. sbb saya x nk stress. esok dh mula ujian lisan. so, jgn tensi~ (nasihat pd diri sendiri..)

Hari tu bkn main lg sedih, tp hari ni mesti cool. :) alhamdulillah, everything is fine. dh x sakit sgt. mak pn bmbg, asyik bertanya saja. dh mula stabil. harap dpt fokus lbh lepas ni (ayat menenangkan diri sendiri).

Lps call mak, rasa nk ckp dgn pengantin baru pulak. :)

Gembira saya dengar suara bahagia dia. sungguh la, saya suka dgr suara Kak Ummi. ceria. dia pn cakap suka dgr suara saya. mcm gembira je. yela, saya tumpang gembira akaq la ni. hehe. smlm majlis sambut menantu kt rumah ustaz. cpt upload gambar ye. saya x sabar nk tgk ni. dh la x dapat pegi majlis. apepon, mabruk lah. :)

Selamat Pengantin Baru kak Ummi Saadah & ustaz Khairuddin. semoga kekal bahagia sampai ke syurga. :)

Ok, dh blh stop kot. jom murojaah Al-Quran. moga Allah permudahkan segala urusanku & shbt2 menjalani ujian lisan kali ini.


Syafawi Tahun 3 Syariah [-Banat-]
1@4 Jun : Al-Quran
5 Jun : Fiqh Muqoron
6 Jun : Fiqh
14 Jun : Usul Fiqh
Back to Top