Penawar Kepenatan~

Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas seharian sama ada di rumah mahupun di tempat kerja, bolehlah jadikan petua yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. kepada puteri kesayangannya Saidatina Fatimah sebagai penawarnya.

Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali bin Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti..

Saidina Ali berkata :"Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang. Berjumpalah dia dan mintalah seorang khadam untuk membantu mu."

Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah. Bagaimanapun Rasulullah s.a.w. tidak mampu memenuhi permintaan anak kesayangannya itu. Lalu Baginda s.a.w. pergi menemui puterinya serta menantu itu.

Baginda s.a.w. berkata:"Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur, bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan bertakbir (Allahuakbar! ) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam."

Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anak dan menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua.Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah.s. a.w. ini. Katanya "Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia diajarkan kepadaku."

Sayugia dicadangkan kepada sesiapa sahaja yang merasai kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian supaya mengamalkan membaca 'Subhanallah' (33 kali), 'Alhamdulillah' (33 kali) dan 'Allahuakbar' (33 kali) pada setiap malam iaitu sebelum melelapkan mata. Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan), InsyaAllah petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan hidup seharian kita. Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengan senyuman.

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"(Sabda Rasulullah SAW)"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar
0

Selamat Pengantin Baru

060609-SABTU..

Semoga bahagia n dikurnia anak2 comel soleh solehah.


Kak Aniem Nurrul-Haniem Mustaphy

Kak Illa Rafazila Razak

Kak Emma Nur Hamimah Endut

"Sesiapa yang berkahwin sesengguhnya ia telah menyempurnakan separuh daripada agamanya...maka bertakwalah ia pd separuh yang lain..."
(hadis riwayat tabrani)


ok, ucapan yg pendek tp ikhlas tau. huhu. i got to go. esok sy pekse. kertas tauhid pulak. k doakan najah~
0

..salam bahagia..


30 mei 2009. bersatu dua hati. selamat pengantin baru kpd pengantin2 pengantin 30 mei. terlalu ramai saya rasa. berapa pasang ye hati yang bersatu? mungkin agak kelewatan mengepos ini, sbbnya terlalu sibuk dan x berkesempatan. ni pun sekadar ucapan saya utk kenalan2 saya dr kecil sampai la saya besar sekarang. oh ya, skrg cuti sekolah. patutla ramai buat majlis ye. dan saya? x berkesempatan utk hadiri. huhu. apa pun dari jauh ni saya ucap tahniah la utk kalian.

Pertama-tamanya, kak nurul. Nurul Syuhada bt Zakaria (22), dengan mujahid pilihan. sape? tak tau la saya. hehe. kak nurul orang kampung saya. dulu sekolah alfalah. sekolah rendah dulu je sekolah same2. jd saya x rapat sangat la. cuma tegur2 gitu je. tahniah ye kak nurul. saya tahu ni pun dr kak suli (suliza mohammad kapten aspuri 05/06), kawan baik kak nurul. kak suli bila lagi? hehe.

Seterusnya, kak lily. Tengku Rosmaliza bt Tengku Seman (24). adiknya sama dgn saya, tengku nur aisyah tengku seman. kak lily exco la masa kt smaasza dulu (tahun 03/04). selamat pengantin baru ye kak lily. semoga bahagia sampai akhir hayat.

Lagi, kak ani. Noraini (24). kak ani tu nama glamer. tp masa kat smaasza org panggil ustazah ain. cikgu praktikal kusza. masa tu saya form 4 kalau x silap. kak ani kawan kak ila. kak ila pun dh nk kahwin. gaia insyaallah.

Salam bahagia utk semua. semoga Allah kurniakan anak2 comel yg soleh dan solehah.
0

..Takziah buat sahabat..

Semalam paper kelima. qaah bahas usul fiqh. saya masih ada 3 lagi. doakan saya yep. huhu, takut. alhamdulillah, saya dpt hadiri peperiksaan. tp macam mana dengan sahabat yg punya masalah dan x boleh hadiri peperiksaan??

sabar ye sahabat. saya doa moga ujian Allah ini dapat kalian lalui dgn tabah. utk kak hilwa (negeri sembilan)..saya ucapkan semoga cepat sembuh. di tengah2 fatrah imtihan, kak hilwa diserang sakit perut yg amat sangat. lepas check, then operate.. ahad tu, paper alquran (1st paper), ditawaqqufkan utk tahun akan datang. sy n sahabat2 terengganu n selangor g la melawat kak hilwa petang habis jawab alquran tu. muka kak hilwa tenang saja. ada jg yg tanya, "kak suka makan pedas ye?". dia senyum je, "org negeri sembilan." kak hilwa tabah. moga Allah beri najah pd akaq. saya kagum dgn kak hilwa.

sahabat saya yg banyak dugaan semenjak menjejak kaki ke bumi kinanah ini. saya ucap takziah utk amalina. dalam usaha mengubati sakit ayah yang pada mulanya dikatakan sakit barah hati, kemudian ada yg kata dibuat orang. perut sepertinya ada ketumbuhan. baru je nk berjuang di sini, tiba2 terdengar berita yg kurang enak itu. selesai fasal satu dengan bersungguh2 menghadiri peperiksaan, tiba pula imtihan fasal dua. call malaysia, adik kata "teruk jugak ayah." dengan nasihat kawan2, dia membuat keputusan utk terbang. melihatkan keadaan sakit ayah yg semakin meruncing, dia korbankan imtihan fasal dua. hari ini, 1 jun 2009, jam 2 pagi waktu mesir, ayahnya menghembuskan nafas terakhir. baru tersedar kami. kami sibuk berjuang di sini dgn kertas2 peperiksaan, dia di sana berjuang mengubati ayahnya. dgn operation yg x berjaya mengeluarkan ketumbuhan dlm perut itu, dgn keadaan ayahnya yg semakin lemah hingga terpaksa dipindahkan ke hospital kuala lumpur. tabah kawan! Allah syg kamu.

semoga roh allahyarham Allah tempatkan bersama orang2 soleh. ameen.
Back to Top