0

..::Hikmat 09::..


Hari Keluarga yg best. Xde beza pn mse kat Malaysia dulu. Cuma 1 jela,kat sini mak ayah xde. Huhu. Em,xde pe pn nk citer...sbbnya hari keluarga ni dh lama lepas. Nk bgthu je, backdrop tu saya yg buat. Hihi...bkn buat sorang2. Ramai2 la. Huhu~
4

..::entah...saya pun tak tahu::..

Lenanya teman-teman dalam selimut tebal itu, aku buka telekung sembahyang, kulipat kemas. Ah, aku terlena lg slps subuh. Mngkn dek keletihan seharian join hari keluarga smlm. Byk kurakam memori indah yg kusemat kukuh dlm memori. Indahnya ukhuwah yg aku rasa spnjg berlangsungnya Hari Keluarga & Mahabbah Penuntut2 Terengganu (HIKMAT). Pelajar-pelajar medic yg sorg pn aku x knl, kukenali mereka dlm HIKMAT yg baru saja lepas.


Aku on kn pc. Rasanya ingin mengisi blogku ini dgn perasaan gembiraku spnjg HIKMAT. Kujelajah internet membuka ym. Ada sahabat yang menegur, “Assalamulaikum..”

Siapa? Ntah..aku pn x kenal siapa. Baiklah…aku blh katakan yg dia rakan chatting ku. Dia byk ilmu…kadang2 bila chatting dgn dia rasa malu pn nada. Aku ni bkn byk sgt pn membaca. Skdr sepintas lalu tu adalah. Aku x byk rakam pembacaanku, cukuplah sekadar aku tahu.


Aku sign in blog ni. Then, aku biarkan ia terbuka lantaran aku asyik melayan sahabat chattingku. Dia bertanya padaku bgaimana memilih pasangan mengikut kehendak Islam. Aku kaku, aku masih muda (hihi..belum 20 lg), pglmn pn blum ada, aku masih mentah. Kalau inginkan pandanganku, kataku pilihlah yg beragama. Menepati hadis Rasulullah dlm sabdanya bermaksud…


“Seseorang wanita itu dikahwini kerana empat perkara:Kerana hartanya,keturunannya,kecantikannya dan agamanya.Utamakanlah yang mempunyai agama,nescaya kamu akan selamat”- (Riwayat Bukhari dan Muslim)


Oh, rupanya dia dlm proses mencari jodoh. Kutanyakan pdnya, apa pilihan antara empat? Dia pilih agama dan rupa. Kuberikan pandangaku. Kecantikan, biar secantik mana pun, akan pudar dengan perjalanan masa. Kecantikan, biar secantik mana sekali pun, boleh dicabar oleh naluri manusia yang mudah kalah dengan alasan JEMU. Mahu berkahwin sementara cantik, dan buang selepas cantik dan kacak bergaya itu dimamah usia?


Aku memberikan sedikit pendapat peribadi tentang pilihanya itu. Aku ada terbaca blog kakak senior mase sekolah menengah dulu…

"Waktu saya menghadiri ‘Parental Skill’ waktu kat matrik dulu pun ada salah seorang ahli panel menyebut salah satu penanda aras untuk melayakkannya menikah ialah tidak tidur selepas subuh."

Malulah utk bertanyakan pdnya ttg itu…krn aku baru tersedar dr lena slps subuh. Kudoakan moga dia bisa ketemu jodoh yg soleh, lantas membina kelurga harmoni dgn suasana Islam, melahirkan aulad soleh solehah yg menjadi generasi yg akan menegakkan kalimah kebenaran di atas muka bumi ini.


Aku melayan topic perbualannya hingga aku lupa utk menulis ttg HIKMAT. Xpe la, lain waktu ye. Kerana bilal tlh mengajak muslimin bertemu pencipta. Aku akan sambung sebentar lg. Atau mungkin malam ini. Take care ye semua…Assalamualaikum~

0

Takut??

"زملوني دثروني"

Rasulullah minta diselimutkan tatkala menerima wahyu oleh Allah dgn perantaraan malaikat Jibrail. Rasulullah s.a.w pulang dengan hati yang gementar, lalu terus masuk menemui Khadijah binti Khuwailid (isteri baginda) dengan berkata: Selimutkan aku, selimutkan aku. Khadijah terus menyelimutinya sehingga hilang perasaan gementar. Baginda menceritakan kepada Khadijah peristiwa yang berlaku dengan katanya: Sesungguhnya aku merasa takut terhadap apa yang menimpa diriku. Khadijah berkata: Tidak sama sekali. Demi Allah! Sesungguhnya Allah tidak akan menyusahkanmu selama-lamanya, kerana kamu telah menghubungkan silaturahim, menolong orang ramai, memberi belanja kepada orang yang harta, memuliakan tetamu dan menyebelahi orang yang benar.

Takut bila menghadapi perkara ganjil dlm hidup. Yg selama ni x pernah rasa. Bila laluinya akan rasa gelisah.

Hurm, sepatutnya aku bersama kwn2 di kompleks utk acara dewan seterusnya. Tp apalah dayaku. Aku wanita lemah. Aku x pny kudrat seperti mereka yg mengambil kesempatan dgn kelemahan kaum hawa. Fobia utk jalan bsorgan atau berdua.

Ketika muslimin menunaikan solat Jumaat, aku bercadang ingin pulang ke rumah dan bersoalat di rumah shj, dek keramaian anak2 Terengganu di asrama. Langkah ku atur melewati kereta2 bersidaian di tepi jalan. Orgnya mmg berkurang sbb ramai yg dh ke masjid.

Dlm perjalanan tu,kwnku rase x sdp hati. Dia cadang agar kami lalui jalan yg ade org. X la takut...sbb kwsn yg kami nk lalui pd awalnya tu nmpk seram je. Jln pny jln...nampak la sorg kt blkg kereta. Posisinya agak jauh...tp aku nampak mcm mamat tu mcm tgk kami je. Pelik la jugak,tp bt2 x thu je. Jln 2 3 langkah lg rupenye 'gs'...hadoi!!

Ke mane arah nk cabut ni?? Aku terus tarik tgn kwnku patah balik ke kompleks. Rase mcm berlari x cukup kaki. Nasib baik kereta di jalan x byk. Steret jela lari. huhu~

Dgn mengahnya,kami naik smula ke dewan. Cerita la kt kakak. Takut la mse tu...x hilang2! Dsbbkn tlalu nk sgt balik...nk tumpangla madam ni. Turun2 tangga dgr org jerit.
"ade org masuk rumah!"

Yg td pn x habis lg terkejutnyer, tambah lg yg ni. Madam plak x jd balik coz jd mcm ni plak. Kalau ikutkan,aku pn x nk balik lg. Takuutt...

Kesian ahli bait tu yg kena. Aku ade la mlwt rumah tu sblm pulang mse mula2 td tu. X sangka...deret blaku. Aku n kwnku mlwt rumah tu, then bjalan balik, pastu kami blari smula ke kompleks sbb nampak tu, naik asrama cerita2, nk turun balik ke rumah, jd la kecurian ni plak.

Aku takut utk keluar lg stlh jd dua kes ni. Mungkin ni sbg inzar dek kelalaian diri yg terlalu gembira melayan gelagat2 teman bermain. Astaghfirullah...Aku mohon keampunan atas kelalaian~
0

..::Dosa Berkuku Panjang::..

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi, jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjag.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut.... potonglah kuku anda.

The Truth


Jangan simpan kuku panjang walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala. Percayalah.

Pasal tabiat berkuku panjang inilah yang membuatkan orang Melayu mundur dan tidak berjaya. Syarikat Melayu yang bangkrap dan rugi teruk adalah kerana mempunyai pekerja dan pemilik yang berkuku panjang.Untuk yang bujang beringatlah. Kalau hendak cari pasangan dan hendak anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

And additional info, kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri.

Sumber : http://www.pmn.gov.my/terengganu/TAZKIRAHindex.htm
0

..::Hari Kekasih & Umat Lubang Biawak::..


Nabi bersabda, “Kamu akan mengikut jejak langkah orang-orang sebelummu sejengkal sejengkal dan sehasta sehasta sehingga kamu akan menuruti mereka walaupun mereka memasuki lubang-lubang biawak.” Sahabat bertanya: “Siapakah mereka itu ya Rasulullah?” Nabi menjawab: “Yahudi dan Nasara, siapa lagi.” (Riwayat Muslim)

Sebahagian umat Islam hari ini telah menjadi umat Islam pak turut atau lebih tepat menjadi umat lubang biawak berdasarkan hadis di atas. Mereka tidak lagi berbangga mematuhi landasan Islam sebaliknya lebih berbangga untuk meniru gaya dan cara hidup golongan Yahudi dan Nasara. Salah satu keramaian yang disambut oleh sebahagian umat Islam ialah sambutan hari Kekasih atau St. Valentine’s Day.

Asal usul hari Valentine sering kali dikaitkan dengan amalan golongan pagan jahiliah di zaman Rom Kuno dahulu. Pada bulan Februari mereka mengadakan keramaian yang dikenali sebagai Lupercalia untuk memuja tuhan Lupercus. Pada hari itu nama-nama gadis desa diletakkan dalam sebuah kotak dan setiap pemuda akan mengambil salah satu nama dari kotak tersebut secara rambang. Gadis yang terpilih akan menjadi kekasih pemuda itu sepanjang tahun.

Ketua paderi ketika itu, Paderi Gelasius 1, kemudiannya menjadikannya sebagai satu aktiviti agama Kristian dengan membuat beberapa pengubahsuaian. Antaranya dengan menggantikan nama-nama wanita dengan nama-nama tokoh Kristian di dalam kotak untuk dipilih dengan harapan masyarakat akan menjadikan tokoh-tokoh itu sebagai idola mereka. (http://www.christianitytoday.com/ct/2000/februaryweb-only/11.0a.html)

Mengikut Catholic Encyclopedia (http://www.newadvent.org/) Hari Valentine atau St. Valentine’s Day dikaitkan dengan tiga orang tokoh pejuang agama Kristian bernama Valentine, iaitu Valentine dari Terni, Valentine dari Rom dan seorang lagi dari Afrika. Wikipedia (en.wikipedia.org) memperincikan tentang ketiga-tiga tokoh ini. Valentine dari Terni ialah ketua paderi di Interamna (kemudiannya dikenali sebagai Terni) lebih kurang pada tahun 197 M. Beliau dibunuh oleh Maharaja Aurelian dan dikebumikan di Via Flaminia. Valentine dari Rom pula merupakan seorang paderi di Rom dan dibunuh pada tahun 269 M dan juga dikebumikan di Via Flaminia. Manakala tentang Valentine dari Afrika tidak banyak maklumat yang diketahui tentangnya.

Sebenarnya golongan Kristian Katolik mengiktiraf sebelas sambutan Hari Valentine salah satunya pada tanggal 14 Februari setiap tahun sehinggalah pada tahun 1969 apabila ia tidak lagi dianggap sebagai aktiviti rasmi Kristian Katolik.

Keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor menyatakan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali 1/2006 pada 21 Februari 2006 bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.

Para mufti di Malaysia juga telah bersepakat untuk memutuskan bahawa amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam seperti yang dibincangkan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 yang lalu.

Sumber : http://mindasuper.com/v2/index.php?option=com_content&task=view&id=144&Itemid=9

0

Merdeka??


Merdekakah aku? Perjuangan belum selesai. Bkn merdeka,cuma bebanan sedikit ringan. Setelah sebulan berjuang, berperang di medan imtihan, dikurung di penjara imtihan, akhirnya dibebaskan. Perjuangan x pernah selesai. Imtihan lg pd bulan mei nanti...


cuba teka kat restoran mana ni??......


Course lughoh adalah course plg akhir tamat peperiksaan.
-"ok,tgu kami kt Ramadhan Hafiz yep,"
-"korg kne la sharp,takut tgu sorg2,"
hehe...misi kami adalah.................
bkn enjoy...keluar makan ramai2 je pn.


hah,,cepat pilih...nak order plak ni...


Hbs je imtihan, terus ke tempat yg dijanji. Fuh,lazat betul la. Lme x mkn masakan melayu mcm kt kedai makan kt Malaysia dulu..huhu. Rindunya Malaysia~
0

..::Ma'rod Kutub::..


antara kitab yg dijual...

Ekspo buku yg plg best dlm byk2 yg aku pernah lewati. Unik n istimewany korg akn thu sndiri bile dh pegi sne. Betul kan kwn2...huhu... Hr terakhir ny ialah 5hb,Khamis. Byk kitab2 yg dijual. Aku jg x lepas peluang membeli kitab2 kt sne. Cewah...aku dh pny kitab sendiri. Tp aku pandai ke baca kitab? Huhu...nk pandai bkn senang. Kne merangkak dulu, then bertatih, kemudian berjalan, pastu berlari. Semuanya bermula dr langkah pertama.


suke la tu...dpt pegi ma'rod...

Kawasannya begitu luas. X puas nk ronda. Sehari mmg x cukup. Mungkin sbb tu la ma'rod ni berhari2 agakny. Hurm,penat tu x yh kire la. Penat bangat. "Rase nk bercerai pinggang dgn tubuh" (petikan kata2 bila pulang dr bu'uth utk sambung visa).


Back to Top