0

Kafarah Dosa

Berehat jap. tangan kiri masih berdenyut. sakit jugak sikit. x cukup mungkin ikan dan sayur nk disiang, toreh tangan sendiri pulak.

Sabtu lepas, terhiris kulit ibu jari tangan sebelah kiri. asyik sgt, campur excited siang ikan beso tu. siap masak, lemah terus tangan. xleh gerak sgt ibu jari.

Hari ni, tertoreh lengan kiri. toreh melintang, mujur x dalam. bt keje sambil pegang pisau, begitulah akibatnya. dh sapu minyak, tunggu kurang sikit denyut, nanti sambung masak.

Banyaknya dosa. Allahummaghfirli~

Semenjak dua menjak makin pelik jadinya. tanak nasi pun bermasalah. sepanjang duk mesir ni, x pernah tanak pakai rice cooker, semua dapur gas. ok je, xde pulak masalah mcm ni.
cakap kt sorg akak tu, "apa la x kena dgn saya ni?"
"tak lama dh tu," jawab dia selamber.
banyak laaa. akak ni mesti x dgr citer saya baik². makin merosot la, bukan makin improve. aduh~

Apapun, saya x pernah putus asa utk serve hidangan terbaik kepada ahli rumah sekalian ini.

Denyut dh kurang. dh boleh masuk dapur semula.
0

Akhir

14 Jun 2012 | Membolos diri ke dalam kenderaan. Saya tahu itu yg terakhir. Buku di tangan direnung dalam. Saya sedar ini yg terakhir. Kita tidak akan lagi merasai situasi begini selepas ini.

Kalau dulu, saya rasa yg kita telah dipisah, tapi rupanya tidak. Allah masih beri ruang untuk saya bersama kalian untuk detik² akhir. Allah aturkan jadual imtihan kita, Allah izinkan kita untuk bersama lagi. Subhanallah, maha hebat Tuhan kita.

Saya hargai setiap saat waktu. What a precious moment i have. Saya tahu ini yg terakhir. Mereka bakal pulang setelah menghabiskan ujian akhir tahun ini.

Perasaan tidak keruan mencengkam. Telah lama rasanya redha dengan takdir; kita dipisahkan, saya sendirian. Cuma Allah masih beri nikmat untuk saya rasa bahawa kita tidak terpisah.

Pelik, kenapa terasa begitu sedih. Mungkin kita pernah melakar satu kenangan; yg x mungkin kita padam, yg x mungkin hilang, yg x mungkin terbang walau ditiup angin kencang.

***** ***** ***** ***** ***** ***** ***** ***** ***** ***** *****

Saya cuma punya beberapa perkara untuk disampaikan :

*

*

*

1) TERIMA KASIH

- Sudi jadi kawan saya.
Saya tahu saya bukan kawan yg baik. Tapi saya tidak pernah suka melihat kawan² saya sedih, muram, masam mencuka, murung derita, moody tak tentu hala. Mungkin saya x pandai buat orang ketawa gembira, tapi saya sgt gembira bila lihat kalian ceria. Kadang² saya rasa bila berguarau lebih² mcm ada yg x kena. Gurauan saya mungkin ada yg menyakitkan, tapi semua tindakan itu langsung tiada niat buruk, melainkan berniat gurauan belaka semata-mata.

- Banyak bantu saya dlm pelajaran.
Esp waktu sakit dulu; tlg fotostet nota, tlg beli buku, hulur pendrive rakaman mengajar, buat study group dlm bilik saya. Sungguh, saya begitu menghargai jasa baik semua.

Peristiwa yg x boleh lupa, bila kawan² sibuk mencari kerusi untuk saya duduk, sibuk mencari lajnah untuk saya imtihan, sibuk menerobos sesak padat manusia yg kalut dalam bangunan untuk imtihan itu, semata-mata untuk memastikan perjalanan imtihan kita berjalan dengan baik. Padahal, kalian sudah letih waktu itu. Sudah pening juga mungkin dgn bisingnya arab waktu tu. Tapi cantiknya kesabaran yang ditunjukkan, buat saya semakin kagum punya kawan² seperti kalian.

Pulang dari imtihan, kita menghayun langkah perlahan, lambat, slow, stedy, demi meraikan saya yg masih belum pulih.

Terlalu banyak jasa kalian sebagai seorang sahabat untuk diingat, maka luluh hati ini mengucapkan :

A Big Thank You

*

*

*

2) MAAF

- Andai banyak perkara tidak menyenangkan kalian sepanjang kita dalam satu landasan menggenggam kejayaan. Saya bukan sahabat yg baik, tapi saya tidak pernah lalai berusaha untuk menjadi yg terbaik untuk kawan². Maafkan segala kekhilafan.

*

*

*

Last but not least~

*

*

*

*

*

*

3) SAYA SANGAT SAYANG KALIAN KERANA ALLAH!



---> Hebat aturan Allah. Dia pisahkan kita dengan baik. T_T
0

Hancur Luluh

I'm trying to stop writing, but I can't.

Di saat aku berpura-pura bahagia, hadir manusia menghadiahiku derita. terima kasih. :) kusedari hakikat diri yang hina dina ini. mungkin aku tidak layak untuk senyum gembira sepertimu. terima kasih atas hadirmu.

Seperti saat pertama kurasa. kau memutar memori lalu. rasa kali ini, benar2 sama dgn rasa lalu. sangat putus asa. sangat kecewa.

---> patutkah saya baca buku dan jawab pekse?? T_T
---> Ya Robb, yassir umurona, wastur 'uyubana~
---> tolong ganti semula semangat study saya!
0

Aku Ingin Berubah

Bismillahirahmanirrahim.

Ya ALLAH,
Maniskan hatiku dengan iman,
Cukupkan aku dengan bekalan sabar,
Meredah lautan hidup penuh dugaan ini.

Ya ALLAH,
Bantuku atasi amarah ini,
Dengan iman dan taqwa,
Kerana kata Luqmanul Hakim,
Taqwa adalah perahu yang utuh,
Di tengah lautan hidup ini.

Ya ALLAH,
Teguhkan hatiku (imanku),
Untuk terus melangkah dalam hidup ini,
Yang kurasakan saban hari memeritkan,
Jadikan ia kembali salju,
Kerana sabda Rasulullah s.a.w.,
Dunia ladang akhirat.

Ya ALLAH,
Aku ingin bahagia seperti mereka,
Meredah lautan dalam kedamaian dan kenyamanan.
Andai aku belum layak ya ALLAH,
Maka layakkanlah aku,
Dengan bekalan iman dan taqwa itu,
Yang kuyakini hanya itu,
Yang dapat menyelamatkan daku,
Dari berputus asa dengan rahmatMU...

Aku ingin bahagia,
Dalam dakapan kasihMU ya ALLAH...

Amin.

-Artikel Iluvislam.com
0

Minta Tenang dengan Allah

Sekejap. sementara tunggu tok bilal qomat. XD

Apakah yang mengganggu?
Maaf kalau saya ada salah.
Saya ok je.
Kenapa awak begitu?

oh,
saya lupa doakan awak juga.
supaya tenang2 menghadapi peperiksaan.

Jangan begitu.
Neutralkan semula rasa tu.
Ok, sambung baca buku.
Eh, solat Isyak berjemaah dulu.

---> Mak aih, lajunye respon (igt x baca). x risau la, saje je. study molek2. bittaufiq~
0

Tahniah Ijah

Selamat menempuh alam dewasa, Adinda Nur Aini Hafizah. pejam celik pejam celik....dah masuk U. tahniah ya. jaga diri baik2 di tempat (mcm jauh je).

Macam mimpi pun ada rasanya. sebelum ni, mak pun kata, macam tak percaya budak ni nk masuk U dh. sama lah, semua orang pun rasa begitu. wah, mereka mencabar kredibiliti awak ni, Ijah. :P

Yang paling manja dalam keluarga. masa kecik, kalau balik kampung nk raya, pak2 mak2 sedara panggil dia "radio buruk". suka menangis, bising bango. dari kecil hinggalah dewasa manjanya.

Sekolah menengah pilihannya pula mmg x jauh. syarat dia, nk masuk sekolah elit ke sekolah cluster ke, janji dekat dgn mak. masa duk kemaman dulu, f1 hingga f3 nya di kemaman. bila pindah tranung, usaha pulop tukor ke tranung.

Adik-beradik saya sekolah x banyak tukar pun, f1 sampai f5 sekolah tu je lah. Abah xde pulak nk susah2 pegi urus pindah sekolah bagai. dia je pelik sorang.

Kalau Ijah & Adik jalan sekali, mesti orang kata Ijah tu adik, sbb Adik lagi matured berbanding dia. tapi kalu baloh, si adik kaloh la. Adik jenis hormat orang etek. XD

Dapat U pulak, UiTM Dungun. aduh, x berkembang lah budak ni. sama U dgn Ahmad pulak.

"gi matrik la, wt mende masuk UiTM!" marah benar bunyinya. x padan dgn result lah. sosial lah. itu ini.

Matrik jauh. U dekat.

Anah kata, "tak heran lah!"

Saya, "sama je awak pun. rumah blkg U je."

Masa isi borang UPU dulu, pilihan U semua dia buat, semua U dlm terengganu di pilihan teratas. Masa isi borang matrik, pilih N9 (dekat dgn kakak), Pahang (dekat dgn Mama), Perak (dekat dengan Mok Ya). takut nk pilih tempat terbaik; kalau sains Matrik Kulim, kalau akaun Matrik Perlis. tapi tak dipilihnya. sabar ajelah Dik Jah ni. Anje ngat.


Masa Ijah isi borang matrik, selepas selesai beliau menduduki percubaan SPM, mak kata :
"mok dop caye Ijah tu nk masuk U doh," saya tergelak. sampai hati mak cakap camtu. XD

Bonda, anakmu itu sudah dewasa! :)
Back to Top