0

Selesai 1

Alhamdulillah, selesai menjawab. menyerah jawapan-jawapan kepada Allah. moga di sana ada kebaikan. ada rezeki, ada lah. tawakal. -_-"

Nervous sangat pagi sebelum menuju dewan imtihan. untuk keempat kalinya (tahun keempat) jawab subjek ni, masih nervous mcm sblm ni. cuma debarnya sedikit lain.

Sedang belek-belek kali terakhir sambil berkecamuk fikir minit-minit akan datang, alangkah bahagianya mendengar bunyi mesej handphone. pastinya mesej-mesej yang menenangkan. walaupun terkadang tak membantu secara kasarnya, tapi ia telah menyuntik semangat dari dalam.

Terima kasih abah, terima kasih mak, terima kasih kawan-kawan. :)

Habis imtihan, mak mesej lagi, to ensure that i'm ok.

InsyaAllah, ini untukmu, bersama redhamu, redha Allah semestinya.

______________________________________________________________________

Kalau dulu saya cakap kt mak,
"xdop semangat!" (nada kesian), maka akan cakap begini :
"rasa xmboh balik ke? nk duk mesir lama?"
dan saya tergelak.

Tapi sekarang kalau cakap pd mak,
"xdop semangat!" (nada sebak), mak x ulang dialog biasa, tapi dia kata :
"tengok semula visi misi kita. mungkin kita lupa, sbb kita biasa rasa selesa. jangan peduli sangat halangan, tengok apa yang ada di depan. bla bla bla,"
dan saya ter'hujan'.

---> mereka tak pernah biarkan aku kecewa, walaupun aku selalu mengecewakan mereka. T_T
0

Ajibtu ^_^

stareh. tadi masa buat nota, ambil makanan ni di tepi susunan buku. semalam masa study kt maktabah, ada orang bagi. diri sendiri mmg x makan n x pernah beli mende2 camni, kecuali beli tuk budak2 je.

tetiba semalam ada orang bagi, ambik la (muka mcm ikhlas je). malangnya hidup, baru perasan rasa dia sgt sama dgn snek kt malaysia tuh. dahla mmg rindu sesangat nk makan snek, siap angan-angan lagi nk suh mak kirimkan benda alah tuh. oh, mesir pun ada jugak. bolehlaa~ walaupun tu bukan snek yoes.


i never expect this. wow~ :)

oh, sempat lagi berangan. sambunglah tengok buku tu semula.

doakan, saya imtihan lusa,
26 Disember 2012 - Nahu Sorof.
0

Terima Kasih Inspirasi

Mula berpijak dengan yakin dan kukuh. nyata, sebenarnya telah tandus. berjalan, mencari dan menggali sesuatu yang bisa menghilang haus.

"Doakan!"

"Pandang masa depan, jangan pandang kenangan. Pandang hadapan, bukan kiri kanan."

"Restukan!"

"Penantian ini ada harapan. Cuma itu harapnya."

"Maafkan!"

"Teruslah berusaha. Sehabis daya!"

"Kuatkan!"

"Awak kuat! Perbanyakkan amalan sunat, berserah hanya kepada Allah. Allah tempat pergantungan."

Bersamanya teriring sendu tak tertahan.

Ayahbonda, anakmu yang zalim ini mohon ketulusan doa, restu, kemaafan dan kekuatan. masih punya butir-butir mutiara semangat untuk dikalungkan ke leher. dengan amanat baru, aku berikrar lagi. kali ini aku juga janji. yang paling penting hati mereka, aku ingin tempatkan ia di satu bekas kaca.

Terasa kembali bertapak dan berpijak. terima kasih, sumber inspirasi!
0

Move

"Dia kunci mulut. malas kecoh."

"Tapi kenapa?"

Buntu, jawapnya gagal kutemu. bicara jadi kaku. seolah interaksi dengan si bisu. ok, baik. saya takkan cakap dah. saya tak mahu ganggu. keep moving with your own way.

Tetiba plak berserabut serabai dengan masalah.

Ok, fokus, fokus. nahu in progress~


*bajet la nk setel masalah orang. setel masalah sendiri dulu okeh. huhu. ~_~"
0

Mendekat

Someone ask me to calm and move silently. fine. almost 1 per 4 je yang dh selesai. ada lagi yang belum. fuh~ perasaan berdebar-debar masih melingkar.

"Bertenang!" ayat keramat dia buat saya lebih tenang. sabar. dan tidak kelam kabut. saya cuba ingat lagi suaranya dengan dialog bertenang. ya, jadi tenang sedikit.

Dengan rasa down yang teramat, cuba pujuk diri sendiri. masih punya masa utk tidak bersemangat begini? buntu. keliru. memandang diri yang lemah penuh dosa.

Terkadang, membiar saja diri digigit derita. asal ia mampu menghapus dosa-dosa. sang air mata jadi saksi akan redhanya hati, diuji dan diuji. tertunduk. lemah. tiada apa-apa. cuma sekadar hamba.

"Rileks!" ayat dia lagi. walaupun keadaanya juga sebenarnya tidak rileks. sempat lagi berpesan agar berhadapan dengan masalah dalam keadaan tenang. menarik nafas dalam-dalam. Allah, dengari aku~

Melihat di hadapan, air mata bergenang. Ya Allah, lemah. sungguh!

Detik berganti detik. masihkah punya peluang? seolah diburu waktu. harus bangun dan terus melangkah, bukan terduduk, menangis dan mengalah. nyata, jiwa masih belum gagah.

inspirasi, aku perlu kamu!
0

Harus Kuat

Bicara jari terkadang gagal menterjemah bicara hati. gundah gulana, remuk redam, kecewa merana, tidak asing lagi bersama. mereka bersatu menjadi satu rasa.

Membiarkan ia kaku mungkin lebih baik dari diberi perhatian. yang tinggal, cuma satu pesan yang tidak hilang : "berdoalah, itu kekuatan!"

Jangan lemah! jangan menyerah!

Kelu bersama kuasa luar biasa. bicara bisu mohon difahami. hati semakin perit meneruskan kata-kata; gambaran ia yg x pernah lupa. maafkanlah tulus hati yang tak mampu bersuara. ia perlu masa untuk sembuh dari luka-luka.
0

Janji Allah Itu Pasti

Meninggalkan jejak semalam. hari berganti hari, tua memamah usia. merungkai kekusutan menjadi kemas rapi kembali. Ya Rabb, Ya Rabb.

Jalan kehidupan jalan panjang. jalan kehidupan jalan pejuang. menyusuri denai kehidupan dengan penuh pergantungan kepada Tuhan.  disebalik ujian dan cabaran dalam menegakkan kebenaran, mempertahankan kesucian, terkadang lintasan rasa lemah dan seakan putus asa juga bertandang.

Bila mahu bahagia? usah ditanya waktunya. bukankah janji Allah itu pasti?

Sungguh, selepas kesusahan itu ada kesenangan.

Jadi yang meragukan adalah? tiada. tidak ada yang meragukan.


-imma annasru waimma asy-syahadah-

-tiada titis darah, yg ada padaku cuma titis air mata bersama kalungan doa untuk kalian;saudara-saudara palestina dan syria ku-
0

Eid Mubaarak

Hari ni sudah hari keempat. semoga belum terlambat untuk ucapkan Salam Aidiladha 1433H, kullu am wa antum bikhair. minal a'idin walfaizin walmaqbulin.


Khas untuk yg dirindu, jauh di mata dekat di hati. for sure, i miss his voice. hati yang paling dalam, gemersik suara berbisik. kukirim rindu di angin lalu. semoga Allah sentuh hati dia, khabari dia, yg saya sedang mengingatinya.




~rindu juga rumah warisan yg dikelilingi pokok duku ini. terlalu banyak kenangan raya bersama keluarga besar di sini. semoga berkesempatan lagi.

SELAMAT HARI RAYA~
0

Lalai

Weekend ni rasa sangat lemah. hari ni baru dapt meneruskan tugas harian macam biasa. tak sempat masuk kelas usul fiqh pagi ni. baru recover gini la, kena slow2 je. :'(  buat kerja laju2 kang, bimbang tak terbangun lagi skali.

Petang ni ada test di markaz bahasa. kawan saya kata : "ala, 20 markah je pon~" terr. saya berdebar-debar je sebut pasal ujian. fobia sungguh. semoga Allah cepat hilangkan rasa-rasa negatif ni. dh nak masuk minggu keempat, quite busy. sejak ambil kelas kt markaz bahasa, setiap hari rasa duk kt luar je, malam baru rehat kt rumah.

Dua hari ditarik nikmat sihat. semoga Allah hapuskan dosa-dosa. banyak lalai, banyak dosa. lalai dgn Allah, lalai dgn manusia. semenjak dua hari lepas, ada buat beberapa kesilapan. lalainyaaa rasa. silap baca mesej dh 2 kali, sampai tergendala program orang. bersalah sangat rasa. teruknya saya. bersedia utk didenda. T_T

Terumbang-ambing.

oh Allah, please guide me.

Taat

Bagaimana bonda boleh pesan supaya jangan fikir. saya mungkin tak mampu, sbb ia sentiasa di fikiran. lalu bagaimana? saya tahu nalurinya kuat membaca saya. terharu T_T. tapi, saya janji untuk usahakannya; tidak fikir.

Abah pula sangat komited. so, jangan main-main. pantang benar. semangat abah saya pinjam; bersungguh-sungguh, tidak mudah putus asa.

Terima kasih atas sokongan. sungguh, pertolongan Allah itu dekat. semoga Allah permudahkan. saya mahu pastikan, tiada air muka kecewa di wajah mereka.
0

Do Care About Else

Terbaca status fb ustaz nik abduh, tiba-tiba saya terfikir. manusia ni antara 2 je : pertama merasa suka, bahagia & disayangi bila ada orang ambil berat. keduanya, menyampah sbb mungkin rasa mcm busy body, terkongkong dll.

Golongan pertama sangat banyak dijumpai di persekitaran keliling. tidak kurang golongan kedua. maka kita, di golongan mana? menghargai atau membenci? tepuk dada, tanya hati.

Ada orang tanya saya, apa watak tidak suka. saya jawab "penyibuk!" tersentak yg bertanya. xde lah, ana amzah. :) saya tak suka orang tak tahu menghargai atau kata mudahnya berterima kasih. mungkin sbb fitrah saya begini, andai ada yg berbuat baik terhadap saya 1 kebaikan, saya tidak teragak-agak membalasinya 10 kebaikan yg lain. orang lain pula, pasti punya penghargaan berbeza-beza, bukan.

Fastabiqul khairaat~
0

Santai Petang (^_^)V

1 Oktober. hari ni dh mula masuk kelas di pusat bahasa. seronok ada cikgu yg spoting, guru besar yg ramah & baik, kelas yg selesa serta banyak lagi kemudahan disediakan. sangat kondusif & fokus pembelajaran tadi. kadang-kadang terdengar bunyi suara kanak-kanak, memandangkan pusat bahasa ini bersebelahan dengan pusat jagaan kanak-kanak.

Sebelum pulang, singgah solat asar di masjid. dh siap semua, saya berlegar-legar di kawasan masjid. lapar, mengintai-intai pintu kedai, kot la ada di sekitar ni. jalan depan sikit, dengar orang jerit :

"Kak Shazazierra..."

Menoleh ke suara, mata tertumpu ke kumpulan akhawat sebrang jalan sana. pandang depan belakang, xde orang pun. dia maksudkan saya ke? cuak tiba-tiba. seorang daripada mereka mengangkat tangan, dan saya membalas semula sambil tersengih geli hati.

Aduh, sabar aje la. bila masa pulak nama saya Shazazierra. semenjak kak zira glamer dgn HEWI PMRAM dia, dgn saya skali terglamer. mmg orang biasa silap. saya pun dah lali handle situasi ini. hihi. cover la, nanti yg menegur tu bengang pulak kan. maka waktu itu, saya transform la jadi manusia paling ramah, supaya beliau tak la cemas sangat bila dh tau tersalah orang tu.

Hari tu siap badan pengurus lagi panggil saya "Ustazah Shazazierra" dalam mesyuarat cawangan bersama pusat. 2 3 orang jugak la gitu. munasabah kalau x kenal pun. akhawat pun blh tertukar, ikhwah apatah lagi.

Nak gelak rasa bila orang panggil gitu. tapi nk wt gane, perkara biasa la. yang peliknya, saya dgn kak zira bukankah kami berbeza; putih & kecik molek beliau tu, taklah sama mcm saya. sabo jela. mungkin cara kami lipat tudung sama, tu skali pandang boleh tersilap. hurm, santai2 petang. hilang pening saya petang tadi. :)

Teruskan langkah ke kedai. nk masuk kedai, mak ai, ramainya ikhwah. bila mereka dh beredar ke sebelah sana, saya pun masuk. tiba-tiba mereka datang ke sebelah sini semula beramai-ramai. alamak, xleh keluar. mujur ada ammu yg nk keluar, saya pun bontoti beliau.

Tetiba ada satu suara, "akak, nk minta plastik nk isi telur ni macam mana?"

Kesian pulak tengok. mereka semua xde musyrif ke? saya pun ajar dia cakap dgn ammu kedai tu. huh. selepas berjaya membolos keluar dari kelompok mereka, bayar semua barang saya. keluar kedai, rasa macam ada dua lembaga tegak tepi pintu kedai, "akak, terima kasih."

"ye sama-sama," saya angguk dan berlalu. hoho. kakak terus dia panggil. medic kot, pakai jeans, pakai spek besar.

pengalaman bermasyarakat petang tadi. Allah~
0

Takdir Allah Itu Cantik


Lapan bulan,
Kalau ibu mengandung,
pasti sekarang beliau sarat,
menanti saat melahirkan..
Kalau anak kecil,
pasti punya perubahan,
meniarap, merangkak dan berjalan..
Kalau kanak-kanak sekolah,
pasti sudah tidak sabar menduduki peperiksaan akhir,
kerana tidak lama lagi, cuti bakal bertandang..

Lapan bulan,
bukanlah lama,
sekejap saja..
Pejam celik, pejam celik,
sudah lapan bulan rupanya..
Sekejapnya..

Masih berbaki 4 bulan lagi,
tahun bakal berganti..
Tak lama,
sekejap saja..
Pejam celik, pejam dan celik lagi,
dah pun setahun, dua tahun, tiga tahun, ...

Andai Allah takdirkan waktu ini panjang,
sungguh, jari ini takkan membilang!
kerana kutahu, jari-jemariku tidak akan cukup untuk membilang waktu.

Andai Allah takdirkan waktu ini panjang,
sungguh, hati ini takkan terusik!
semoga Allah teguhkan hatiku, hati dia, hati mereka.

Andai Allah takdirkan waktu ini panjang,
aku mohon keiltizaman memelihara iman,
aku mohon dijauhkan dari perkara dosa, rindu dusta, noda cinta,
aku mohon dipelihara batas-batas yg harus kami jaga.

Andai Allah takdirkan waktu ini panjang,
aku terlalu berharap,
aku mampu melahirkan generasi cemerlang,
selepas berjaya melepasi garis-garis ujian Tuhan,
dalam tempoh panjang tidak terbilang..

It's about making ummah,
Oh Allah,
teach me right,
love me tight..

Apa jua tulisan takdir ini, semoga Allah sayangi dan berkati.
Cantik sungguh takdir Allah, disebalik semuanya ada hikmah.
0

Detik Waktu

Waktu ini rasa sgt lain. beza sungguh. sayu rasa. tinggal printer yg saya sayang. sape la mampu bertahan sabar dgn karenah beliau agaknya. saya harap, yg bakal jaga beliau, please take a good care of him. :'(

Pagi ni baru blh buka blog. bila ntah btukar setting baru nih? (lama sgt ke x buka) start dari awal bulan hari tu, kena kuarantin. padat sangat rasa. menghabiskan detik² kesibukan. sekarang sudah sunyi. saya cuma mohon agar dalam pimpinan Allah selalu. semoga Allah tidak tinggal saya.

-sekarang rasa KOSONG- :-(
0

Menanti Detik

Nervous tak tentu hala. semoga dalam pimpinan Allah. benda apa pun tak siap. portfolio sendiri pun masih terumbang-ambing, nk buat yang pangku pula. bila buat itu, rasa nk buat ini. bila buat ini, rasa nk bua itu pula. ke situ, ke sini, akhirnya buntu sendiri. mahu menguruskan satu unit besar juga. Ya Rabb.

Tarikh semakin dekat. semakin hari semakin terasa debarannya. melihat kertas-kertas SPR, hati jadi tak keruan. kenapa berdebar sangat?

Bakal mengakhiri perkhidmatan di sini. mungkin aku sedang membilang dosa, di 3 tahun ini. Ya Rabb, bantulah! aku minta ketenangan. ampuni salah silap semalam. masa-masa yang ada, izinkan hamba perbetulkan kepincangan.

---> oh, saya juga gerun untuk menghadapi masa lapang di waktu akan datang.
---> its time to survive. Robbi yassir~
0

Timbunan~

Bertimbun lagi tugasan,
Satu pun belum selesai,
Perlu ke duduk termenung & mengenangkan?

Punya banyak masa pun, sia-sia.
Kerana aku tidak mendapat taufiqNya utk buat kerja.

Belenggu sungguh keputusan peperiksaan kali ni.
Ya Allah, bantulah~

Aku enggan minta ditambah kekuatan,
minta ditambah kesabaran.
Kerana meminta kuat & sabar itu,
adalah meminta ujian.
Ujian Tuhan buat individu itu kuat,
mendidik individu jadi sabar.

Maka, aku mohon kemudahan dlm kesulitan ini.
Aku mohon perlindungan dari merosakkan diri.
Aku mohon kebaikan pada langkah kaki.
Aku mohon keberkatan pada detik2 yang aku lalui.


حسبي الله ونعم الوكيل، نعم المولى ونعم النصير
0

Blur~


Ada ramai lagi ke perlu diambil peduli?

Seruis tak faham. tak reti baca keadaan. apa yg tersirat tu pun tak tau.

Dilema sungguh kehidupan. oh Tuhan, tunjuki aku jalan. (~_~)"

Ya, hikmah kejadian itu rahsiaMu. maka, diri harus bersabar. jgn mengeluh akan ujian. buang rasa-rasa tidak enak, supaya dapat selalu berbaik sangka pada takdir ketentuan.

Aku mohon yg terbaik dariMu, Ya Rabb. jangan tinggal aku.

Mengapa harus ada rasa cemburu? tak patutlah rasa begitu, kerana aku cuma lalang, bila-bila masa saja blh terbuang. lalang terkadang jadi hiasan, terkadang tidak digunakan. bagaimanalah mahu hidup tanpa perasaan? mahu menipu diri sendiri pula. sungguh tidak mampu.

Diuji dengan kegagalan, kesedihan, kerunsingan, kebingungan. jauuuuuh sekali mahu kecapi bahagia, sesuai lah dengan diri yg hina dina banyak dosa.

Ya Rabb T_T
0

Tahun Kedukaan

Day of 3 | Semoga Allah pelihara hambaNya ini selalu. sudah 3 hari memikirkan kesilapan hasil keputusan peperiksaan. saya tak bersungguh-sungguh mungkin.

Saat pertama menerima perkhabaran sahabat, bibir mengukir senyum; panjang lagi hayatku bersama mesir, ilmu & ulama' ini. namun, minit2 berikutnya, perasaan mula bercampur; terkenangkan ayahbonda nun jauh di sana. pasti sekali mereka kecewa. elok2 pesan, study sungguh2, jgn campur benda lain (lepas tahu tahun lepas kena ulang tahun).

Ujian kegagalan adalah satu ujian besar. terasa sangat bersalah menghadiahi ayahbonda hadiah sebegitu. teruk. saya anak tak tahu diuntungkah? maafkanlah, saya telah mensia-siakan harapan. ayah ibu mana yg gembira lihat anaknya gagal? ya Rabb T_T

Saya tahu, disamping bonda menenangkanku dia sedang menenangkan dirinya sendiri juga. saya tak sedih tak dapat naik tahun, sbb cuma saya kenal saya. tapi bila melibatkan orang lain yg terkesan dgn kegagalan ini, for sure saya rasa bersalah.

Saya harap mak abah tak lah rapuh hati & murah air mata sgt mcm saya. untuk kedua kalinya, mengecewakan! kalaulah kehidupan dewasa ini semudah kehidupan kanak-kanak, saya pasti dapat melihat senyum mereka tidak putus. namun, apalah daya. dlm kehidupan mesti ada ujian.

Hari ni baru berani dgr suara, sblm ni mesej je. maafkan saya abah mak.

Kalau tak dapat terima takdir ni, samalah macam mempertikai kerja tuhan. astaghfirullah. Allah susun molek blake. ada lah hikmah yg Allah sembunyi. maka, lapanglah menerima ketentuan tertulis.


Gagahkan jua kaki untuk berdiri, tatkala ia lemah untuk berlari.


"Fikir balik nikmat2 yg Allah bagi sebelum ni. jgn putus asa!"

"Kalau rasa sedih, nk menangis, nangis lah. tu fitrah Allah beri pd kita. ada sesuatu disebaliknya yg kita tak tahu. terima dgn hati yg tenang."


~thanks all. U inspired me!
0

1 Syawal 1433H

Takbir. mcm biasa, saya akan rindu suara itu. malam siap2 utk juadah pagi raya (nasi beriani + kek. tu je.)

Gosok-gosok baju, tersentuh jahitan tepi pada jubah. subhanallah, kemasnya dia jahit. bagus sungguh ammu ni. dlm masa kurang 24jam mampu siapkan jubah2 kami (potong bawah & tepi). kami agak demand la, sbb masa tu dh 29 Ramadhan. baju raya las menet gitu la. alhamduliLlah, beliau mampu siapkan. semoga Allah murahkan rezeki dia. terima kasih memaknakan raya kami. :)

Siap2 nk g solat raya kt dataran kereta tuh, ada plak org lupa wudhu'. haha. sia-sia betul. pastu pegi masjid musa pulak, mendengar khutbah raya dr tuan presiden.

Selesai solat raya hajat nk pegi dengar hadis musalsal Sh Nuruddin, puan jamaliah pulak ajak ke rumah. kami pun berjalan-jalan dari masjid sampai ke rumah. sebelum sampai rumah, igt nk g beli air mineral jap. kami pun belok kanan.

"eh, nk g duaner? x kenal rumoh dh?" sekali kena sound. muka dh pucat waktu tu. bengang jugop. pastu serentak kami gelak.

"k.ma ni mcm mok maroh anak2 je. dh la wt dialog gitu pagi raya. teringat ke mok kite," mengimbau memori sungguh. kena molek dgn tema raya tahun ni.

sgt lama raya rumah beliau. berakar-akar dh tempat duduk. x best bakpe raya, kuih raya malaysia tu. ammar yg tidur dari tadi sampai terbangun dh, acik masih x pulang2. :P

ammar menghayati pecakapan ummi nya XD

sempat pulak jumpa puan shafieza yg datang beraya juga. dh puas2 cubit abdullah yusuf azzam, baru balik, masa tu dh azan zohor, kepenatan, tidur.

abdullah yang aktif ke sana ke mari. letih acik layan.

lepas asar baru sambung semula kembara (padahal kawasan asyir je). raya rumah puan fatimah salwani & puan ainatul mardhiyyah. tapi malangnya kelewatan, termusyrif plak suami beliau. tu la, kita mai ziarah je, bkn nk mai makan. bila makan jd lambat la (alasan :P ).

khadeeja keletihan

3 rumah je sempat. teringat pulak beraya sakan sangat kt rumah k.ma pagi tu, start lepas mayang raya sampai zohor. catat rekod ah tu. hoho.

0

Aidilfitri 1433H


Berakhir sudah Ramadhan. Syawal pula tiba. Allah! sekejap sungguh rasa. apa agaknya hasil tarbiyah Ramadhan buat diri.

Ya Allah, sampaikanlah kami ke Ramadhan akan datang.

Usai solat, jemaah bertakbir. saya janji utk tahun ini, raya saya xmau sedih2. cuma setengah2 suasana yg amat saya rindu, mmg saya xleh lupa. saya rindu sangat suara merdu abah bertakbir, dan air mata kami mengalir. Ramadhan sudah pergi, dan kembalilah manusia kepada fitrah.

Sayyiduna Jubair bin Nufair RA meriwayatkan, "Apabila para Sahabat Rasulullah SAW bertemu sesama mereka pada Hari Raya, mereka saling mengucapkan "Taqabbalallahu minna wa minka"." -Fathul Bari, Imam Ibnu Hajar al-Asqalani. Sanad Hadis : Hasan-

Salam Aidilfitri buat semua muslimin muslimat di seluruh pelusuk dunia. semoga Ramadhan kita menjadi batu loncatan dalam melakukan amalan-amalan kebaikan di bulan-bulan akan datang. berterusan dengan perkara-perkara baik, meninggalkan & berazam untuk tidak mengulangi kesilapan & dosa2 semalam.

Selamat Hari Raya juga buat keluarga sanak saudara yg jauh di mata dekat di hati. bersederhanalah menyambut lebaran, jgn dilupa orang yg x berdaya, orang2 yg x mampu tersenyum gembira menyambut hari raya, yg merempat di bumi sendiri.
p/s :
[abah] tlg bank in duit raya :P
[mak] kalau buat ketupat, sila ingat saya. teringin sangat. huhu :(
[adik kakak] sila upload gambar raya utk saya. lambat nanti denda.

Selamat menyambut lebaran juga buat sahabat handai, di mana saja berada (Malaysia, Mesir, Jordan, Dubai, Indonesia dll). semoga Allah terima amalan kita semua.

تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ

Happy Eid Mubarak~
0

Sarat Mengusung Rindu

Kuat sungguh hati bertahan. di mana kepastian, bahawa rasa ini sampai kepada insan-insan berkenaan. rindu. terlalu. T_T

Ya Allah, padamkanlah rasa cemburu terhadap kelebihan orang lain; yang mampu mengumpulkan hati-hati mereka bersama orang-orang yang mereka sayang. terkadang diri harus dikorbankan demi kemaslahatan panjang. bukanlah Allah tidak sayang, tapi Dia tangguhkan dulu kesenangan/kebahagiaan.

Diri terlebih harus merasa untung & syukur, mendapat perhatian daripada Tuhan. menelusuri ranjau kehidupan penuh ujian, buat diri sedar, hidup ini cuma sebuah pengembaraan. bila-bila masa dijemput Tuhan. dan waktu itu, sudah bersedia dengan cukup bekalan.

Namun, apalah daya menahan manik-manik jernih dari berguguran. sesekali dihempas badai, hati pernah juga berkecai. bukan menyesali ketentuan, tapi berterima kasih kerana Allah masih tidak tinggalkan hambanya ini yang penuh kelekaan. lantas, mencari kekuatan. meminta agar Tuhan sentiasa memberi pertolongan di atas kekurangan. bersama iringan ayat suci al-Quran, hati tertunduk malu. laju menerima pujukan.

"maka, nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan." [QS]

***** ***** ***** ***** ***** ***** ***** ***** ***** ***** ***** *****

Saya : "Anah, berapa minit lagi nk berbuka?"
Anah : "ada 2 3 minit lagi. dekat nk sampai umah pok mu dh ni. berbuka sana. nanti balik terengganu konvoi ramai-ramai."
Saya : "dari N9 ke Shah Alam tu sape drive? awak ke?"
Anah : "Kakak."

Wow, that's a new improvement to my sis! big big surprise. setahun x jumpa kakak, dh blh drive jauh. kalau dulu, nk masuk lorong rumah baru Ahmad kasi drive (Ahmad driver setia kepada kakak-kakaknya). tu pun nampak x nampak je driver dalam kereta tu, sbb saiz kereta abah dgn saiz ke'besar'an kakak itu sgt tidak sesuai. sambil2 drive, sambil2 dikutuk si Ahmad. apapun, nice try. hihi. bagus2, ada peningkatan. cuma dia xleh memandu sorg2, sesat barat. :P

Anah : "nk cakap dgn pok wan x?"

pass handphone kepada satu2nya pak sedara saya yg belum kahwin tu (katanya nk bt majlis sama2 dgn anak2 sedara. haha.)

Saya : "btolak terengganu pukul berapa?"
Pok Wan : "pukul 1 2 pagi gitu la kot. bukan kakak drive, pok wan. kakak xleh drive jauh2. bahaya."
Saya : "kakak buat apa? nk cakap jap."
Pok Wan : "Akak tengah ngemas kete dia. nk bbuka dh ni." (sibuk teh org ada kete leni, x layan doh kite op~)
Saya : "ok la. nanti raya saya telefon lagi. selamat berbuka. kim salam semua pak sedara mak sedara."

Tipu r x jeles. jeles amat! balik raya terengganu blake (lagu latar : dendang perantau). uhuk2. ada untung saya x sempat sembang dengan kakak tadi. kalau tak, free2 je dia menyumbangkan sebuah lagu raya tanpa dipinta-pinta nanti. walaupun masa dia nyanyi tu mmg dh nk tergelak, tp hati Tuhan saja yg tahu. tersentuh juga.

***** ***** ***** ***** ***** ***** ***** ***** ***** ***** ***** *****

Saya : "Assalamualaikum. mak sihat ke?"
Bonda : "Alhamdulillah."

bla bla bla

Saya : "Adik, mak sihat tak? mak makan tak waktu berbuka? banyak tak makan? Ramadhan ni ada demam tak?"
Adik : "ok. rilek2. malam tadi gi klinik. mak sakit, tapi doktor bagi ubat dh. insyaAllah, sembuh la kekgi."

Saya meragui percakapan bonda kerana saya tahu, dia takkan bagitau kalau dia sakit. Ramadhan lepas, sempat bersama keluarga. mak makan sikit sangat. masa tu demam. saya balik masa tu, baru telan nasi. Ya Rabb T_T. abah pun tak berapa nk lalu sgt makan tu. tak semangat.


"bertiga je. anak2 x balik."

ayahbonda, anak2mu berbondong2 pulang (kecuali yg ini), mahu meraikan lebaran bersama. second big sis juga akan pulang, cuma mengintai2 peluang, mana masa yang paling sesuai untuk cilok, balik terengganu.

-drive safely-


ingatlah orang tersayang



rindu mau pulang terengganu. ~_~"
0

La Tahzan

Nangis, nagis, nangis, tidur. tak patut betul. mata dh bengkak, jalur2 air mata terasa perit di muka. mana taknya, masa tidur mana ada orang sapu air mata. jadi, ia keringlah sendiri di situ.

Pelik sungguh manusia; menangis kerana manusia. alangkah baiknya jika setiap malam boleh menangis begitu, di dalam sujud di sepertiga malam. menyesali silap2 semalam, memohon keampunan atas setiap kekhilafan serta bertekad untuk terus meninggalkan. meneruskan pencarian dalam menemukan redha Tuhan. Allah, sampaikanlah~ T_T

Rasulullah saw bersabda, “Ada dua mata yang tidak akan tersentuh api neraka; mata yang menangis kerana merasa takut kepada Allah, dan mata yang berjaga di malam hari kerana menjaga pertahanan kaum muslimin dalam jihad di jalan Allah.” (HR. Tirmidzi)

***** ***** ***** ***** ***** ***** ***** ***** ***** ***** ***** *****

Semoga titis2 ini adalah semangat & kekuatan; supaya aku tidak terus lemah dipukul ombak, supaya aku lebih gagah berenang merentas lautan.

Maaf, tangisan tak mampu ditahan. bila ditegah, hati terasa ingin pecah. maka, aku biarkan ia 'bekerja'. sampailah ia puas. aku juga tidak tahu bila. aku cuma duduk & berserah, cepatlah sembuh duhai hati. aku ingin kembali.

Semenjak semalam. aku masih begini. aku harap sangat ia tak melarat. berhentilah bila kau sudah penat.

Aku juga merasa sayu, bila air mata tak henti2 menampilkan kesungguhan 'kerja'nya itu di hadapan ku.

---> Ya Rabb, aku mohon, kau redhakanlah aku terhadap setiap takdirMu.
---> Terima kasih Allah atas utusan kegembiraan. walau aku tak mampu senyum ketawa, tapi aku percaya aturan Tuhan tak pernah sia-sia.
0

They are going to miss you

Mesir dan seluruh isinya bakal merindui kamu.


Sayu~ :(
0

Pelik ke Istimewa?

we are plan about something just now. as usual la, Anas si budak kecil itu selalu jadi iklan di tengah2 bulatan perbincangan kami. kebiasaan beliau lagi adalah menyibuk; rebut pen & buku orang lain. dlm keadaan sebegitu, haruslah ada extra pen & kertas/buku.

buat2 sibuk dia tu, tetiba suruh acik lukis. acik ni lukis la sorang budak pakai tudung. tiba2, dia punya hyperaktif pegi tarik tudung ummi dia.

"Anas nak tudung, Anas nak tudung," sambil tarik-tarik.

"xleh la, ni tudung ummi," kata ummi nya sambil menyelamatkan diri.

kerakusan yg menjadi-jadi, ummi nya bangun ambilkan tudung. merah. dia pun pakai. muka tu dh la poyo. maunye kami tak tergolek-golek ketawakan beliau. Anas, Anas. Anas dh cool down, ummi nya pun bebel la (letih layan :P ).

"Anas ni depan acik bukan main la hero, depan ammu diam je. hari tu ada ammu suruh dia pakai baju kurung. sbb pemalu kot. ada ke patut kata Anas macam tu!" haha, ammu pesen tu pun ada ke.

"Anas, ammu mana yg suruh Anas pakai baju kurung? ce kabo ke ummi. ammu ***** ke? ammu ***** ke suruh Anas pakai baju kurung?" wah, sorohah betul!

saya tersengih dlm hati. nakal ammu awak tu ek, Anas.

pebincangan bersambung.

hujung-hujung perbincangan.

kelas khusus utk akhawat.

fiqh - hadis - nahu.

em, saya tau dia nk mention sape. saspen! konon la buat cool. sedang taip2 hasil perbicangan kt laptop, tetiba ada la 1 mulut wt keluar satu statement xleh blah. mujur lah sampai di situ sahaja. masa tu dh cuak. dalam hati, kalau la terbongkar kt sini, mati saya!

dari ekor mata, saya perasan tengku tgh gelak sakan. siap la, balik nanti. geram betul!

surut dh suasana, topik dh habis, tiba2 saya terkifir : ah, yg ni pun perlu masuk agenda ke? sangat istimewa. :)
0

'Rumah'

ada orang tanya, blog tutup ke?

jawab saya, "tak, ada je."

masa dulu-dulu, tengok orang ada, rasa mcm nak ada jugak. tapi ikut tak pandai & tak rajin tu, rasa tak berapa nak minat pulak.

bila baca blog sis, rasa mcm oke jugak blh update kehidupan di mesir ni utk tatapan keluarga. sis pun byk bg dorongan dlm penubuhan blog ni. update keindahan mesir dan lain-lain, mana yg sempat update.

kenapa saya tukar link? adalah sebabnya kenapa. tapi saya buat kerana orang ke? saya cuba ikhlas utk tidak buat kerana manusia. saya berkorban bukan sia-sia, tapi berkorban untuk kebaikan. saya buang kenangan. mujur tukar link je, kalau buang blog ni terus. haru jugak. mana la nk dapatkan beliau semula.

terkadang rasa malas dh nk manage blog. saya ni suka susahkan orang ke?

mujur la jenis saya ni tak suka undur bila melangkah. saya pilih jalan ini, maka saya harus laluinya walau apa jua halangan datang. teruskan hayat blog ini, belajar dari kesilapan, memperbaiki untuk masa-masa akan datang.

sikit-sikitlah, pencerahan untuk adinda yg bertanya kenapa link blog saya tukar. saya masih sayang, cuma ada keadaan yg x mengizinkan.

saya mahu ceria-ceriakan 'rumah' ini. tapi belum punya cukup masa untuk renovate keseluruhan.
0

Tazkirah Ramadhan KP

BADAR AL KUBRA
Pertembungan antara
Iman dan Kufur

Ramadhan adalah merupakan Madrasah Jihad yang telah menyaksikan satu peristiwa besar dalam lipatan sejarah kegemilangan Islam , iaitu al – Ghazwatul Badr al – Kubra .

Peristiwa yang berlaku pada tanggal 17 Ramadhan Tahun kedua Hijrah .( 13 March 624 Masehi ) ini adalah peristiwa yang menjadi mercu tanda kehebatan kalimah Tauhid di mata dunia.

Pertembungan antara tentera Muhammad saw. seramai 313 hingga 317 orang dengan tentera yang dipimpin oleh Abu Jahal ibnu Hisyam seramai 1300 orang [1] , menyaksikan pertarungan sengit dan mendebarkan.

Suatu pertarungan yang mendesak sehingga Baginda Rasul saw. menadah dan mengangkat tangan sehingga jatuh selindang di bahunya, baginda merintih dalam satu munajat yang masyhur: [2]

اللَّهُمَّ أَنْجِزْنِيْ مَا وَعَدْتَنِيْ . اللَّهُمَّ آتِ مَا وَعَدْتَنِيْ . اللّهُمَّ إِنْ تَهْلِك هَذِهِ الْعِصَابَة لاَ تُعْبَد في الأرض

Ya Allah Ya Tuhanku , tunaikanlah apa yang telah engkau janjikan kepada ku. Ya Allah Ya Tuhanku , kurniakanlah apa yang telah engkau janjikan kepada ku . Ya Allah Ya Tuhanku , Jika binasa battalion ini , nescaya tiada siapa lagi yang menyembahMu di dunia ini .

Perang Badar yang berlaku pada tahun kedua hijrah ini adalah merupakan satu cabaran besar dan tamparan hebat buat Islam yang dipimpin oleh baginda saw. sementara Negara Islam Madinah baru berusia 2 tahun penubuhannya.

Wajah Pejuang yang membawa pulang Kemenangan.

Rasulullah saw. mengambil langkah bermesyuarat terlebih dahulu dengan para sahabat rhm. dalam menentu sikap terhadap isu getir yang sedang dihadapi ummat Islam pada waktu itu.

Apakah para sahabat baginda saw. bersedia untuk berperang dalam keadaan mereka masih di peringkat awal membangunkan Negara Islam yang pertama itu ? atau merancang untuk mengelak dari peperangan ?

Ianya menjadi persoalan yang mesti dirungkai pada waktu itu dalam menentu sikap disaat getir . Nabi saw. memanggil para sahabatnya dari pihak Muhajirin dan Ansar untuk bermesyuarat.

Tanpa lengah , al Miqdad bin al Aswad dari pihak Muhajirin tangkas tampil mengeluarkan kenyataan :

يَا رَسُولَ اللهِ اِمْضِ لِماَ أَرَاكَ اللهُ فَنَحْنُ مَعَكَ , وَ اللهِ لاَ نَقُوْلُ لَكَ كَماَ قَالَتْ بَنُوْا إِسْرَائِيْلَ لِمُوْسَى : اِذْهَبْ أَنْتَ وَ رَبُّكَ فَقَاتِلاَ إِناَّ ههُناَ قَاعِدُوْنَ , وَلكِنِ اِذْهَبْ أَنْتَ وَ رَبُّكَ فَقَاتِلاَ إِنَّا مَعَكُمَا مُقَاتِلُوْنَ , فَوَالَّذِي بَعَثَكَ بِالْحَقِّ لَوْ سِرْتَ بِنَا إِلى بَرْكِ الْغِمَادِ لَجَالَدْنَا مَعَك، مِنْ دُوْنِهِ حَتَّى تَبْلُغَهُ .

“ Wahai Rasulullah , teruskan apa yang telah ditunjukkan kepada mu oleh Allah nescaya kami bersama , demi Allah kami tidak akan berkata kepadamu sebagaimana berkata Bani Israel kepada Nabi Musa , pergilah kamu bersama tuhanmu , berperanglah kamu berdua , kami mahu tinggal di sini sahaja . Tetapi kami akan berkata : Pergilah kamu bersama tuhanmu , kami pasti akan berperang bersama kamu berdua , maka demi tuhan yang membangkitkan kamu dengan kebenaran.

Kalau engkau berjalan dengan kami ke Birk al Ghimad ( satu tempat yang jauh di Yaman ) nescaya kami pergi bersamamu sehingga sampai walau apa pun yang terjadi .”

Rasulullah saw. memuji sikap tegas yang diambil oleh al Miqdad dan mendoakannya , lantas Rasulullah bersabda :

أَشِيْرُونِي أَيْهاَ النَّاسُ

“ Berilah pendapat kamu wahai Manusia ”

Tiba – tiba tampil Saad bin Muadz Rha. wakil dari Ansar lalu berkata :

وَاللهِ لَكَأَنَّكَ تُرِيْدُنَا ياَ رَسُولَ اللهِ

“ Demi Allah , seperti kamu mahukan kenyataan dari kami pula ya Rasulullah!”

Rasulullah saw. menjawab “ Ya ! ”

Lalu Saad bin Muadz menegaskan :

فَقَدْ آمَنَّا بِكَ فَصَدَّقْناَكَ وَ شَهِدْناَ أَنَّ مَا جِئْتُ بِهِ هُوَ الْحَقُّ وَ أَعْطَيْناَكَ عَلى ذلِكَ عُهُوْدَناَ وَ مَوَاثِيْقَناَ عَلى السَّمْعِ وَ الطَّاعَةِ , فَامْضِ ياَ رَسُوْلَ اللهِ لِمَا أَرَدْتَ فَوَالَّذِيْ بَعَثَكَ بِالْحَقِّ لَوِاسْتَعْرَضْتَ بِنَا هذَا الْبَحْرَ فَخُضْتَهُ لَخُضْناَهُ مَعَكَ مَا تَخَلَّفَ مِنَّا رَجُلٌ وَاحِدٌ , وَ مَا نَكْرَهُ أَنْ تَلْقَى بِناَ عَدُوَّناَ غَدًا , إِناَّ لَصُبُرٌ فِي الْحَرْبِ صُدُقٌ فِي اللِّقاَءِ . وَ لَعَلَّ اللهَ يُرِيْكَ مِنَّا ماَ تَقَرُّبِهِ عَيْنُكَ فَسِرْ بِناَ عَلى بَرَكَةِ اللهِ

“ Demi sesungguhnya kami telah beriman kepadamu , percaya kepadamu , kami bersaksi bahawa apa yang kamu datangkan kepada kami itu adalah benar dan kami berikan atas dasar itu janji – janji dan ikatan kesetiaan . Kami sedia mendengar dan taat kepadamu . Maka teruskanlah wahai Rasulullah kepada apa sahaja yang engkau kehendaki.

Maka demi tuhan yang membangkitkan kamu dengan kebenaran , kalau sekiranya kamu bentangkan kepada kami laut yang luas lalu engkau mengharunginya nescaya kami akan mengharunginya bersamamu. Tiada seorang pun diantara kami yang akan berundur kebelakang dan tidaklah kami merasai benci apabila engkau bertemu musuh dan kami akan bersama kamu esok .

Sesungguhnya kami adalah orang – orang yang sabar di medan perang , benar mengotakan apa yang kami kata sekiranya bertempur dengan musuh dan mudah – mudahan Allah membuktikan kepadamu dari kami , apa yang memuaskan hati kamu dengan melihat sendiri apa yang kami lakukan . Marilah kita teruskan perjalanan , mudah – mudahan Allah memberkati kita .” [3]

Mendengar penegasan dari wakil kaum Ansar , Nabi saw terus bangkit dan mengerahkan para sahabat untuk berangkat menuju medan dengan sabdanya :[4]

سِيْرُوْا وَ أَبْشِرُوْا فَإِنَّ اللهَ تَعاَلى قَدْ وَعَدَنِيْ إِحْدَى الطَّائِفَتَيْنِ وَ اللهِ لَكَأَنِّي اْلآن أَنْظُرُ إِلى مَصَارِعِ اْلقَوْمِ .

“ Berangkat dan bergembiralah kamu , sesungguhnya Allah swt. telah berjanji kepadaku salah satu dari dua pasukan ( pasukan pimpinan Abu Sufian atau Abu Jahal ) Demi Allah , seakan – akan aku nampak tempat binasa mereka .”

Saudara Muslimin dan Muslimat sekelian .

Lahirnya peribadi pejuang yang kasihkan agama , semangat mempertahankan agama dan cintakan syahid sebagaimana al Miqdad dan Saad ibn Muadz dalam saf perjuangan Islam (pimpinan Rasulullah saw.) inilah membentuk satu kekuatan gerakan yang tiada taranya . Tidak mungkin mampu dirempuh oleh musuh durjana apatah lagi untuk mengaku tewas sebelum bertarung .

Begitulah kita lihat seorang sahabat yang bernama U’mair ibn al-Hummam , sejurus mendengar pidato Rasulullah saw :[5]

وَ الَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ , لاَ يُقَاتِلُهُمُ الْيَوْمُ رَجُلٌ فَيَقْتُلُ صَابِراً مُحْتَسِبًا , مُقْبِلاً غَيْرَ مُدْبِرٍ إِلاَّ أَدْخَلَهُ اللهُ الْجَنَّةَ .

“ Demi ( Allah ) yang diri Muhammad di dalam genggamannya , Tidaklah seseorang yang berperang menentang mereka ( musyrikin ) hari ini lalu ia berperang ( berjuang ) penuh kesabaran dan penghayatan serta sedia menghadapi musuh tanpa gentar ( berundur ) melainkan Allah akan memasukkanya ke dalam syurga .”

Lalu U’mair mengatakan :

أَفَمَا بَيْنِيْ وَ بَيْنَ أَنْ أَدْخُلَ الْجَنَّةَ إِلاَّ أَنْ يَقْتُلَنِيْ هَؤُلاَء بَخٍّ , بَخٍّ

“ apa lagi yang berada antara aku dengan hasratku memasuki syurga jika tidak kerana mereka membunuhku.”

Kemudian U’mair terus mencampakkan beberapa biji tamar yang berada ditangannya ( yang siap untuk dimakan ) lantas mencapai pedangnya dan ia turun berperang sehingga ia mati syahid .

Wajah yang membawa pertolongan Ilahi dan kemenangan hakiki buat perjuangan Islam sebagaimana watak – watak di atas , membuatkan musuh mengalami kekalahan teruk dalam berhadapan dengan gerakan Islam ini .

Kemenangan seperti ini tidak hanya terhenti pada ghazwatul Badar , tetapi juga pasti akan berlaku di sepanjang zaman , seandainya kita dapat melahirkan watak – watak pejuang sebagaimana mereka .( golongan as – saabiquunal awwaluun )

Allah membantu HambaNya

Setelah baginda saw. bermunajat kepada Allah swt. memohon pertolongan bagi Islam dan ummatnya , maka Allah qabulkan munajat tersebut dengan firmannya :

إِذْ تَسْتَغِيثُونَ رَبَّكُمْ فَاسْتَجَابَ لَكُمْ أَنِّي مُمِدُّكُم بِأَلْفٍ مِّنَ الْمَلَائِكَةِ مُرْدِفِينَ
وَمَا جَعَلَهُ اللَّهُ إِلَّا بُشْرَىٰ وَلِتَطْمَئِنَّ بِهِ قُلُوبُكُمْ وَمَا النَّصْرُ إِلَّا مِنْ عِندِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

“ (ingatlah) ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhan kamu, lalu ia perkenankan permohonan kamu (dengan firmanNya): "Sesungguhnya Aku akan membantu kamu Dengan seribu (bala tentera) dari malaikat Yang datang berturut-turut. Dan Allah tidak menjadikan (bantuan malaikat) itu melainkan sebagai berita gembira dan supaya hati kamu tenang tenteram dengannya. dan kemenangan itu pula hanyalah dari sisi Allah. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”

( Surah al – Anfaal : Ayat 9 – 10 )

Firman Allah swt lagi :

“ (ingatlah) ketika Tuhanmu wahyukan kepada malaikat: "Sesungguhnya Aku menyertai kamu (memberi pertolongan), maka Tetapkanlah (hati) orang-orang Yang beriman. Aku akan mengisi hati orang-orang Yang kafir Dengan perasaan gerun; oleh itu, pancunglah leher mereka (musuh) dan potonglah tiap-tiap anggota mereka" (perintah) Yang demikian ialah kerana Sesungguhnya mereka menentang Allah dan RasulNya; dan sesiapa Yang menentang Allah dan RasulNya, maka Sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya.”

Saudara Muslimin dan Muslimat sekelian .

Apa yang wajib kita belajar dari Ghazwatul Badar ini ialah :

Optimis bahawa pertembungan antara Iman dan Kufur pasti akan berlaku dan ia pastinya pula berpihak kepada Iman .

Jumlah ( kuantiti ) bukan menjadi perkiraan asas dalam menghadapi kekuatan musuh sebaliknya prestasi ( kualiti ) setiap individu muslim yang menjadi nilaian utama, apakah ia menepati kriteria muslim mujahid yang diredhai oleh Allah swt.

Kecintaan yang tinggi terhadap agama dan kerinduan yang mendalam untuk mati syahid menjadi prestasi utama untuk seorang muslim memiliki kekuatan luar biasa yang tidak mungkin dapat ditewaskan oleh musuh – musuh Islam . Mungkin jasad mereka boleh dibunuh namun Islam , agama yang mereka anut tidak sekali – kali dapat dibunuh .

Pergantungan yang tinggi kepada Allah swt. Justeru kemenangan adalah anugerah Ilahi sementara kita tidak berkeupayaan tanpa pertolongan daripadaNya .

Sabar dan Taqwa antara syarat kemenangan yang mesti dimiliki oleh setiap kita . Firman Allah swt :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اصْبِرُوا وَصَابِرُوا وَرَابِطُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Wahai orang-orang Yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi Segala kesukaran Dalam mengerjakan perkara-perkara Yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).

( Surah Aali Imran : Ayat : 200 )

Thabat ( tetap pendirian ) dan banyak mengingati Allah oleh para pejuangnya juga merupakan elemen utama yang menarik sokongan dan pertolongan Ilahi dalam setiap pertarungan antara iman dan kufur . Firman Allah swt :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا لَقِيتُمْ فِئَةً فَاثْبُتُوا وَاذْكُرُوا اللَّهَ كَثِيرًا لَّعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

“ Wahai orang-orang Yang beriman! apabila kamu bertemu Dengan sesuatu pasukan (musuh) maka hendaklah kamu tetap teguh menghadapinya, dan sebutlah serta ingatilah Allah (dengan doa) banyak-banyak, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan). ”

( Surah al Anfaal : Ayat : 45 )

Jauhi sebarang anasir yang boleh merenggangkan hubungan dan meretakkan ukhuwwah sesama kita kerana ia menjadi satu lubang besar yang membolehkan segala jenis musuh Allah mencerobohinya dan ianya menjadi virus yang akan merosakkan kekuatan kita dari dalam . Firman Allah swt :

“ Dan Taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi Segala kesukaran Dengan cekal hati); Sesungguhnya Allah beserta orang-orang Yang sabar. ”

Terbunuhnya Firaun Ummat ini .

Ibnu Ishaq menyebut dalam kitabnya Sirah an Nabawiyyah bahawa Muadz bin Amru bin Jamuh telah berjaya merempuh benteng yang dibuat dari lembing dan tombak untuk melindungi Abu Jahal sehingga Muadz berjaya menetak di tengah betis Abu Jahal.

Tiba – tiba anak Abu Jahal ( Ikrimah ) menetak leher Muadz dan terkena tangannya hingga hampir putus. Muadz akhirnya mengheret tangan yang terkulai untuk meneruskan peperangan dan apabila terasa sakit , ia memijak tangannya dan menyentap sehingga putus .

Kemudian Muadz bin A’fra’ menyerang Abu jahal dan berjaya menetaknya sehingga hampir maut . Sejurus itu , datang pula Abdullah bin Mas’ud memancung leher Abu Jahal lalu dibawa kepala Abu Jahal kepada nabi saw . lantas rasulullah saw bersabda :

الله الذي لآ إله إلا هو , الله الذي لآ إله إلا هو , الله الذي لآ إله إلا هو . الله أكبر , الحمد لله الذي صَدَقَ وَعْدَهُ وَ نَصَرَ عَبْدَهُ وَ هَزَمَ اْلأَحْزَابَ وَحْدَهُ

Kemudian Rasulullah saw. menyambung kenyataannya :

هَذَا فِرْعَوْنَ هَذِهِ اْلأُمَّةِ .

“ Inilah Firaun kepada Ummat Ini ”

Saudara Muslimin dan Muslimat sekelian :

Siapa kata Firaun tidak boleh dikalahkan ? Bukankah ia telah kalah ditangan Nabi Musa as.

Siapa kata Abu Jahal tidak boleh dikalahkan ? Bukankah ia telah tewas ditangan Nabi Kita Muhammad saw.

Siapa kata Rom dan Parsi ( kuasa besar dunia ) tidak boleh dikalahkan ? Bukankah kuasa besar itu tersungkur mencium bumi ditangan Saiyidina Omar al Khattab Rha.

Siapa kata benteng Kostantinapel tidak boleh diruntuhkan ? Bukankah Sultan Muhammad al Fateh telah berjaya menawan dan meruntuhkannya .[6]

Siapa kata tentera Solib tidak boleh dikalahkan ? Bukankah ia telah ditewaskan oleh Sultan Salahuddin al Ayyubi .[7]

Siapa kata Beruang Merah Soviet Union tidak boleh dikalahkan ? Bukankah mereka telah dihalau keluar dan dikalahkan oleh Mujahidin Afghanistan .

Siapa kata Israel tidak boleh dikalahkan ? Bukankah ia telah ditewas dan diaibkan oleh tentera Hizbullah yang hanya seramai 1500 orang .

Siapa yang kata Musuh Allah tidak boleh dikalahkan ?

Sejarah Kegemilangan Islam telah mengemuka jawapan yang jelas bahawa kebhatilan pasti hancur .

وَقُلْ جَاءَ الْحَقُّ وَزَهَقَ الْبَاطِلُ إِنَّ الْبَاطِلَ كَانَ زَهُوقًا

“ Dan Katakanlah:" telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara Yang salah (kufur dan syirik); Sesungguhnya Yang salah itu sememangnya satu perkara Yang tetap lenyap".”

( Surah al Israa’ : Ayat : 81 )

[1] Fiqhul Harakah fi Sirah an Nabawiyyah . Oleh Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang. Jilid 2 / muka surat 60 – 62 . Cetakan DPF.

[2] At Tabari . Jilid 2 / muka surat 447 . al Bidayah wa an – Nihayah . Jilid 3 / muka surat 272 .

[3] Kisah ini diringkaskan dari pelbagai rujukan , antaranya : Sierah Ibnu Hisyam Jil. 2 / muka surat 187 . at Tabari Jil. 2 / muka surat 434 .

[4] Al – Bidayah wan Nihayah . Jil. 3 / muka surat 262 - 263

[5] Rujuk kisahnya di dalam Kitab al Jihadu fil Islam : Karangan Dr. al - Imam Abdul Halim Mahmud , di bawah tajuk : دور الإيمان في المعركة . M/surat 47 . Terbitan Darul Ma’arif Qaherah .

[6] Penawanan Costantinople oleh Sultan Muhammad Al-Fatih pada th. 1453

[7] Pada tahun 1187 selepas 82 tahun terjajah oleh tentera Salib (1099-1187)

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.
0

Iringan Doa Kejayaan

Nervous tak? Esok natijah, ya?

InsyaAllah. keputusan esok adalah keputusan terbaik. dh usaha, dh doa, dh tawakal pun, kan. apa pun natijahnya, terima dengan sabar, dengan hati yg penuh ikhlas & rasa syukur.

Keputusan ini adalah ujian; berjaya itu ujian rasa syukur, manakala gagal adalah ujian sabar.

Semoga lulus dengan cemerlang.

*saya tau, awak terbaik. :)
0

NUZUL AL-QURAN

Nuzul Al Quran bererti penurunan wahyu kalam suci yang Maha Agung Allah s.w.t. melalui Malaikat Jibrail a.s. kepada Nabi Muhammad s.a.w. Menurut pendapat sesetengah ahli sejarah dan ahli hadis, Al Quran diturunkan pada malam 17 Ramadhan 13 tahun sebelum Rasulullah s.a.w. berhijrah ke Madinah Al Munawarah.

Proses penurunan Al Quran dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah secara serentak. Kemudian Al Quran diturunkan secara berperingkat kepada Rasulullah s.a.w. mengikut ketetapan dan perintah Allah dalam jangka masa lebih kurang 23 tahun demi penyempurnaan misi dan visi Nubuwah serta manhaj Islam untuk manusia sejagat di alam buana ini. Firman Allah s.w.t. “ Bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al Quran,menjadi petunjuk bagi sekalian manusia,dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjadi pembeda antara haq dan batil…….” ayat 185 surah al Baqarah.

Al Quran merupakan mukjizat agung bagi Nabi Muhammad s.a.w. yang tidak ada syak dan waham baginya seperti Firman Allah s.w.t. “ Alif Lam Mim Kitab (Al Quran) ini tidak ada keraguan baginya,petunjuk bagi mereka yang bertaqwa “ ayat 1-2 surah al Baqarah.

Penegasan kebenaran dan kesucian Al Quran jelas lagi nyata dengan FirmanNya “ Sekiranya kamu merasa ragu tentang apa yang kami turunkan (Al Quran) kepada hamba kami (Muhammad), maka cuba buat dan datangkan satu surah yang sebanding dengannya (surah dalam Al Quran) serta ajaklah saksi-saksi kamu (tuhan-tuhan yang kamu sembah) selain daripada Allah ( yang kamu percaya boleh menolong kamu) jika kamu orang yang benar “ ayat 23 surah al Baqarah. Golongan kuffar terus gagal menyahut cabaran Allah tersebut meskipun cabaran ini telah berlangsung semenjak 15 abad yang lampau!

Benarlah Nabi Muhammad s.a.w. sebagai pesuruhNya sebagai rahmat bagi sekalian alam; Benarlah Islam sebagai agama Hanif yang diperakui dan diredhaiNya sepertimana firmanNya dalam surah Ali Imran ayat 19 “ Sesungguhnya agama (yang diiktiraf) di sisi Allah hanyalah Ad-Dinul Islam”

Kitab suci Al Quran perlu didampingi, dibaca, difahami, dihayati, dikaji, dianalisa dan diterokai akan khazanah ilmunya yang mencakupi segenap lapangan kehidupan insan dalam usaha untuk mencapai kecemerlangan dan kebahagian hidup di dunia mahupun di akhirat.

Kegemilangan umat Islam silam seperti yang tercatat dalam tinta sejarah dunia jelas menunjukkan bahawa kehebatan umat Nabi Muhammad adalah terhasil daripada program tamrin,tanzim dan tarbiyah Nubuwah yang terencana dengan begitu halus dan rapi sehingga terbentuknya satu generasi yang digelar sebagai Generasi Al Quran yang cukup istimewa.

Generasi Al Quran ini telah membelanjakan seluruh kehidupan mereka untuk berjihad membawa cahaya dan panji-panji kebenaran Islam agar dapat dikecapi oleh manusia sejagat. Perjuangan dan pengorbanan mereka untuk membebaskan penghambaan sesama makhluk kepada pentauhidan terhadap yang Maha Esa; Menyelamatkan kekalutan nilai sosial ekonomi zaman Jahiliyah kepada kehidupan yang aman dan sejahtera dari sebarang bentuk penindasan dan kezaliman sesama insan….. .

Alangkah sedihnya kegemilangan ketamaddunan terbina dek Generasi Al Quran ini gagal dipertahankan kelangsungannya. Umat Islam hari ketinggalan dalam segenap aspek kehidupan mereka berbanding umat lain. Bahkan mereka bercakaran sesama sendiri; Perpecahan, peperangan saudara, pertelingkahan ideologi politik, penindasan dan pembolotan hasil ekonomi dan lain-lain lagi.

Kenapa boleh terjadi segala kekalutan dan kepincangan ini ??? Jawapannya umat ini telah meninggalkan ajaran dan petunjuk Al Quran ! Al Quran tidak lagi menjadi sumber rujukan dan panduan dalam merencana dan menentukan hala tuju setiap program,projek dan aktiviti kehidupan insan muslim. Hawa nafsu dan logical akal mendominasi setiap tindakan dan polisi yang digubal. Terikut-ikut dan terperangkap dalam teori dan ideologi golongan kuffar dalam mengurus tadbir negara dan ehwal umat Islam ; Umat ini telah kehilangan jati diri ; Hidup miskin dalam negara yang kaya dengan sumber hasil bumi. Menagih ihsan dan menjadi pengguna hasil rekacipta sains dan teknologi bakan Islam.

Bilangan umat ini ramai sepertimana yang digambarkan oleh Baginda Rasulullah tetapi umpama air buih selepas banjir yang tiada kekuatan yang terumbang-ambing; Ramai yang menjadi hidangan diratah kerakusan golongan kuffar.

Adakah ini ciri-ciri khairul ummah seperti yang digambar dalam Al Quran ? Sesungguh umat ini mulia, kuat, gagah perkasa kerana mereka mendampingi Al Quran siang dan malam. Mereka membaca,meneliti dan menganalisa setiap ayat suci untuk dijadikan pedoman dan kunci kejayaan segala urusan duniawi dan ukhurawi mereka. Kehebatan umat Islam yang berpegang teguh kepada Al Quran telah diakui oleh perdana menteri Britain yang pertama “ Selama mana kitab ini (Al Quran) berada di tangan orang Islam,maka selama itulah Eropah tidak dapat menguasai Timur Tengah”

Al Quran merupakan benteng terakhir agama yang menjaga keaslian dan kebenaran Agama Allah ini. Selama mana dipetahankan ajarannya maka selama itulah Islam akan kukuh di jiwa penganutnya. Jika Al Quran telah terpisah jauh daripada umat Islam,maka akan hilanglah kekuatan umat Islam. Akan tetapi jika umat Islam berpegang teguh dengan Al Quran,musuh-musuh Islam tidak akan dapat menghancurkan Islam dan umatnya.

Apabila Al Quran telah terpahat di lubuk hati umat Islam dan subur di dalam jiwa,maka tiada sebarang senjata yang dapat memusnahkannya,tiada pengaruh jahat yang akan dapat menyesatkannya walau di mana sahaja mereka berada.

Ayuh sempena menyambut hari Nuzul Al Quran tahun ini, setiap lapisan masyarakat Islam samada lelaki atau perempuan, tua atau muda,kaya atau miskin kembalilah kepada Al Quran yang maha suci ini menerusi aktiviti dan program tadarus dan pengajian tafsir Al Quran. Usaha kembali kepada Al Quran ini perlu dilakukan secara kolektif dan terancang oleh pihak kerajaan mahupun swasta.

Insya’ Allah dengan kesungguhan dan kesepaduan semua lapisan umat Islam dalam menghayati ajaran Al Quran, Generasi Al Quran yang memiliki segala kehebatan,yang disegani kawan dan dihormati lawan bakal menjelma lagi untuk membawa panji-panji keagungan Islam ke arah pembentukan sebuah Daulah Islamiah yang baik dan senantiasa beroleh keampunan Ilahi serta menabur khidmat bakti untuk umat manusia seluruhnya. Amin !

Disediakan oleh :

Mohamad Yusof Ong bin Abdullah
Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Selangor

Sumber : http://www.jais.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=632&Itemid=1
0

7 Ramadhan

Damai dan mempersona. melempar pandangan ke langit yang terbias cahaya² neon jalanan. mengukir senyum ke gumpalan awan. angin berhembus. ucapku, terima kasih. alhamdulillah, izin Tuhan, masih diberi kesempatan menikmati bulan keberkatan hinggalah malam 7 Ramadhan.

Dekat, hampir dan menusuk kalbu. suara bilal memanggil untuk bersolat maghrib. untuk pertama kalinya di Ramadhan ini berimamkan imam pertama. terlalu menghayati. tenang. seperti berada di awanan.

Kelainan untuk kali ini. gemersik sayu, syahdu menusuk kalbu. teringat orang yang tiada di mata. menukar suara imam kepada suara yang sangat dirindu. menghayati butir perkataan ayat suci kitab Allah. rindu suara merdu. oh angin, sampaikanlah rasaku.
0

Re-schedule My Ramadhan

alhamdulillah. hari ini hari keempat. semoga Allah kuatkan untuk hari-hari akan datang. supaya yang mendatang lebih baik dari sekarang.

jadual takde, tetiba re schedule. hoho. mcm berangan je. kehidupan lebih baik ada peraturan kot, takdela sewenang-wenangnya ikut hati je. rasa nk buat, buat. rasa xnak, tinggal. dengan adanya jadual, kalau malas, kena buat jugak. kerana jadual umpama janji. (^_^)V

let's improve our self. setiap masa harus ada peningkatan. jika salah, maka perbetulkanlah. jika khilaf, maka mohonlah maaf. mengekalkan diri dalam kesilapan & gagal menunduk ego pada menerima kebaikan adalah satu kerugian besar. manakan tidak, sudah tahu salah, tidak mahu mengaku salah, bahkan bodoh sombong pula. boo untuk diri sendiri. :-P

***** ***** ***** ***** ***** ***** ***** ***** ***** ***** ***** *****

saya sebenarnya tak sedia nk buka blog. sbb saya sendiri tak tahu bagaimana saya mampu untuk balance diri dari melakukan kesilapan; mengguris hati orang (mungkin). menilai-nilai tulisan, mungkin ada yg keterlaluan. Ya Allah, ampunkanlah. maafkan saya. :(

saya juga punya janji yang saya sendiri lemah untuk hadapi. tapi haruslah kuat, mahu jadi srikandi besi. walaupun saya juga masih punya perasaan manusia. saya mahu tinggalkan keseronokan kerana Allah. saya percaya, saya lemah andai kurang kebergantungan kepada Allah.

mengingat-ingat dan menghayati penyampaian ukhti berkenaan "Ramadhan fi quluubina", saya rasa malu sendiri. malu pada Allah, malu pada manusia. rasa hina diri tatkala terzahir kejahilan.

"nafsu perlu ditarbiyah. apa yang kita tidak suka, itu yang kita kena buat!"


Ya Allah, pegang hati kami. kuatkan kami. pelihara kami. T_T
Back to Top