0

Bonda & Imtihan

Berkira-kira untuk jaga Habib waktu Kak Ibah pekse nanti. kebetulan ustaznya juga imtihan hari ni. wah, excited! tapi malu nk bagitau. malam tu, dlm perkiraan untuk mesej Ummu Habib, terima panggilan seorang teman. bagai mengantuk disorongkan bantal, saya menerima pelawaan Ummu Fatimah Zahra'.

***** ***** ***** ***** ***** ***** ***** ***** ***** ***** ***** *****

Mata terpaku pada si kecil. sungguh aku kagum pada himmah si ibu. besar sungguh pengorbanan seorang insan bergelar ibu. melahirkan dan membesarkan. tiada siapa yang boleh menggantikan posisinya.

***** ***** ***** ***** ***** ***** ***** ***** ***** ***** ***** *****

Pertama kali berdekatan dengan bayi yang baru dilahirkan adalah sewaktu di Mesir ini. kalau dulu2 masa mak lahirkan adik2 saya, saya masih kecil. so, tiada pengalaman.

***** ***** ***** ***** ***** ***** ***** ***** ***** ***** ***** *****

Tiba di Mesir akhir 2008, bayi pertama saya pegang adalah Ahmad Farid Wajdi; anak Kak Dina. masa tu tak rasa apa2, sbb saya tak lihat kepayahan dia mengurus anak pertama. mungkin sbb Wajdi dijaga bersama oleh ibu saudaranya; Kak Anna.

Bayi berikutnya, Aisya Nurul Ain yang lahir musim imtihan. masa ni rasa sangat. besar sungguh jasa pengorbanan ibu bapa kita dulu2. saya lihat wajah Kak Mursyidah selepas pembedahan menyambut kelahiran. Ya Allah. hanya tuhan yg tahu sakit melahirkan dan menguruskan anak2 dalam keadaan yg belum pulih begitu. ustaznya pula diajar cara mandikan bayi dan lain2 urusan mempersiap bayi.

Tiba kelahiran Muhammad Anas pada 2 Februari, nama saya juga disenarai dalam jadual penjagaan. saya tiada langsung pengalaman, cuma bila bantu2 kawan tu jadi pandailah sikit. Anas lahir juga melalui pembedahan. siksa melihat umminya waktu itu. mahu buat sesuatu memerlu bantuan orang sekeliling. sangat sakit & lemah. melihat keadaan ibunya seperti itu, saya berpaling muka, mengalih pandangan ke arah bayi dan menukar lampinnya. air mata bercucuran. tak mampu ditahan-tahan.

hati berkata kepada si kecil, "lihat ummi mu itu. besar nanti jadi anak soleh ya!"

hatiku meruntun sayu. tiba2 jadi teringat bonda. ( homesick la pulak konon :P )

Kelahiran baby Hannan juga di musim imtihan. juga melalui pembedahan. dalam kelam kabut umminya menanti detik melahirkan dan detik menghadapi peperiksaan. sakit sangat saya lihat rasa di wajah Kak Ibah. hadiah sabar, Allah pasti beri kebaikan. Ummu Hannan najah dan naik tahun.

***** ***** ***** ***** ***** ***** ***** ***** ***** ***** ***** *****

Terlalu hebat wanita bernama ibu. cukup terkesan dengan persekitaran. Si kecil Fatimah Zahra' dan Habiburrahman yg terpaksa berpisah sementara dengan umminya pada hari2 imtihan. tugas ibu tidak dapat diganti. istimewa sungguh seorang ibu. cuma si ibu dapat melerai tangis anaknya.

Kagum sungguh melihat ketabahan seorang ibu berwasilahkan mereka. disamping memahami antara satu sama lain, mereka juga saling membantu tanpa rasa terpaksa. "bagaimana keperluan bayi kita, begitu juga keperluan bayi org lain."

Masa ni amalkan konsep tolong-menolong. andai suatu masa kita dalam kesusahan, orang di sekeliling tidak teragak-agak menghulur tangan memberi bantuan.


Aku kagum dengan ibu-ibu mahasiswi. terbaikkk~
0

4

Berbaki 3. Ya Allah, aku bertawakal.

Sume org siap awal tadi. sedang tulis2, rasa vibrate handphone. ah, budak2 ni mesti dh siap. kesian pulak tunggu saya lama kt luar tu. dah la panas.

Pandang tepi, wah! kak chik sudah hilang! cepatnya dia hantar. masa ada sejam lagi. baru pukul 3. kemaskan jawapan2. hantar. keluar.

Cek hp, mesej bebudak ni gtau diorg dh balik. jalan2, nampak kak chik kt bangku sdg makan bekal coklat nya yg cair. tgk dia dh jilat jari, ajak dia balik.

"jom, kak chik!"

"eh, budak2 ni mana. hebat ah jawab x keluar2 lagi,"

"hebat mende. ada dumoh dh tu. jom lah kite,"

Sengih je tgk kak chik gelak. x lawak pun, sbb saya kena tinggal.

"ustaz xleh mari ambik, sbb Husna xdop org nk jaga dumoh," kata kak chik masa kami tgh jalan2 ke tempat tunggu kenderaan.

"xpe la, mujur gop. kalu dop saya balik sorang la hari ni," tanpa mood marah pun.

Sokmo jd yg last keluar dewan. last pun bukan last sangat, ramai lg dlm kelas x hantar. cuma x larat tengok muka budak2 ni, keluar2 je, seposen je muka. letih jawab pekse se, letih tunggu ambe se. hehe. kesian~
0

5

4 subjek berbaki. pening rasa pekse al-Quran td. tahap kepayahan meningkat dari satu soalan ke soalan berikutnya. soalan 1 smooth je. soalan 2 ok lg. next next. soalan 5 pula, maqro' 8. aduh. merangkak-rangkak tulis. tawakal & berserah lah. takut jugak.

Pagi-pagi lagi ada org spoil mood dh. huhu. baru je bajet nk segar-segar pagi imtihan ni. jadi teringat-ingat sampai ke dewan pekse. kasihan saya. huuuu~

Ok, siap sedia utk subjek berikutnya.

---> bittaufiq wannajah
0

Ahlan Ya Rajab


Alhamdulillah Selasa -220512- sudah 1 Rejab 1433 & kita masih lagi diberi peluang untuk melakukan ibadah di bulan ini. Jangan lepaskannya ツ.

Antara amalan² yang dianjurkan;

◆ Puasa.
- Kalau tak mampu buat semua, jangan ditinggalkan semua.

- Boleh puasa pada Isnin Khamis atau 13, 14 & 15hb Rejab ini -bersamaan 3, 4 & 5hb Jun.

* 13, 14 & 15 dikenali sebagai hari² putih setiap bulan hijrah. Rasulullah صلى الله عليه وسلم akan berpuasa juga pada hari Jumaat jika hari itu jatuh pada hari² putih tersebut. Ia hanyalah anjuran daripada saya bagi sesiapa yang rasa payah untuk berpuasa banyak hari bulan Rejab. Ini berdasarkan apa yang saya temui di dalam bab Puasa Rasulullah صلى الله عليه وسلم di dalam kitab As-Syamail tentang hari puasa sunat. Wa Allahu a'lam. Yang penting --> puasa ツ.

◆ Istighfar.
- Habib Salim Assyatiri berkata: "Istighfar dituntut amalkan sepanjang tahun namun untuk bulan Rejab ia sangat² dianjurkan".

✉ ••► Penghulu istighfar;

اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي، فَإِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ

✿ Kelebihannya: Sesiapa yang mengucapkan zikir ini pada waktu SIANG dengan meyakini apa yang diucapkannya lalu dia meninggal dunia pada masa itu sebelum masuk petang maka dia termasuk golongan ahli syurga. Dan sesiapa yang mengucapkan zikir ini pada waktu MALAM dengan meyakini apa yang diucapkannya lalu dia meninggal dunia pada masa itu sebelum masuk pagi maka dia termasuk golongan ahli syurga.
~ Riwayat Imam Al-Bukhari rahimahullah.

✉ ••► Atau boleh juga amalkan istighfar ini;

رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَارْحَمْنِيْ وتُبْ عَلَيَّ
Ya Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku & terimalah taubatku.

* Baca Subuh & Asar sebanyak 70x setiap hari.
(Sumber: Indahnya Hidup Bersyariat oleh Ust Ismail Kamus).

◆ Membaca surah Al-Ikhlas 11 kali atau lebih setiap hari.

◆ Membaca Al-Quran, perbanyakkan berdoa & lain² amalan soleh.

♥ Alhamdulillah atas ni'mat Islam & Iman yang Allah anugerahkan pada kita. Dengan 2 ni'mat itulah, amalan di atas menjadi bermakna & mendapat ganjaran pahala.

♥ Sudah hampir BULAN PESTA IBADAH -RAMADHAN-. Semoga sempat bersua dengannya, amin.

Sumber : FB Syarifah Fatimah Al-Yahya
0

Selesai

1) Imtihan Syafawi 10&17 Mei baru-baru ini. Alhamdulillah, Allah permudahkan. terima kasih doa kalian. :)

2) Saya tidak maksud melukai hati awak atau apa-apa. cuma rasanya diam saya ini adalah terbaik. diam saya memisahkan kita. semoga awak jumpa yg lagi baik, baik dari saya. saya perlu tamatkan. kali ini nekad, wlpn awak rasa sgt terkesan. saya rasa kejam bila saya diam, tp saya jadi terlebih kejam bia mengeluarkan perkataan.

Cukuplah. kalau saya cakap pun awak x faham2. the best way is DIAM. maaf kelemahan saya. ye, kita akan jumpa lg. tp bukan skrg dan bukan dlm keadaan seperti ini. semoga semuanya baik2. maaf dan maaf. :(



0

Potong Kuku

Jumu'ah Mubaarokah.

Amalan-amalan sunat yg dilakukan di hari Jumaat salah satunya adalah memotong kuku.

Mari lihat cara potong kuku sebenar.

Begini :
***** ***** ***** ***** ***** ***** ***** ***** ***** ***** ***** *****

Rindu suasana Jumaat Malaysia yg hingar bingar dengan suara-suara kanak-kanak riang (wad 17 ;p) di rumah. rindu kt adik, ijah & ahmad yg suke tengok kartun masa kecik2 dulu (besar pn masih suka).

Rindu nk turun ke halaman, bersih2 rumah, tanam2 & siram2 pokok bunga. rindu mau lihat susuk tubuh abah berkebun. susuk tubuh mak menolong.

Dan yang paling rindu suasana potong kuku sama2. rindu juga kt org yg suka potong kuku kite. siyes. lama dh x rasa kejap tangan kakak pegang jari-jari ni utk potong kuku. kakak la yg paling best potong kuku. rasa selamat je bila dia pegang. kemas keming. comel kuku kite. hehe.

Saje imbau kenangan.

K, selamat potong kuku~ :)
0

Nakbah Palestin

15 Mei 2012 : 15 Mei 1948

Tarikh keramat bumi Palestin. Tarikh penting Umat Islam. Hak mereka dicabuli. Maruah mereka tergadai.

Ramai yang tidak mengetahui sejarah di sebalik tarikh ini. Sejarah ini terkadang tertutup dari pengetahuan kita hatta kita sendiri tertipu dengan sejarah barat. Malah kita menganggap isu umat Islam Palestin bukan isu sejagat. Bukan muruah kita bersama. Keselesaan kita hari ini terus melenyapkan kesedaran kita untuk cakna akan hal mereka.

APA ITU NAKBAH PALESTIN ?

NAKBAH bermaksud malapetaka atau bencana besar. Manakala Nakbah Palestin merujuk kepada penubuhan Negara Haram Israel yang telah diistiharkan secara rasminya pada 15hb Mei 1948. Peristiwa ini berlaku selepas terlaksananya kependudukan dan penjajahan haram oleh rejim Yahudi Zionis ke atas tanah dan penduduk asal Negara Palestin secara sistematik dengan bantuan British dan PBB.

Tarikh penting tersebut adalah detik hitam buat penduduk asal bumi Palestin, orang-orang arab dan dunia Islam secara keseluruhannya. Negara Palestin yang selama ini telah dinaungi kedamaian dan keadilan untuk ribuan tahun itu semakin merasai keperitan, kepedihan dan derita yang berpanjangan apabila mereka berada di bawah jajahan dan kongkongan Yahudi Zionis.

Info Tambahan :

Jumlah penduduk Palestin pada tahun 1900
Islam:85%
Kristian: 10%
Yahudi: 5%

Jumlah penduduk Palestin pada tahun 1947 (setelah 47 tahun)
Arab: 69%
Yahudi:31%

Pemilikan tanah di Palestin sebelum tahun 1948
Arab:91.2%
Yahudi:8.8%

Pemilikan tanah Palestin selepas Perang 1948:
Yahudi:78%
Arab:22%

Pembahagian tanah Palestin selepas 1948:
1) Tebing Barat
2) Gaza
3) Tanah 48 atau dinamakan "Israel"

Sebelum Nakbah, 1.4 juta warga Palestin mendiami Palestin. Semasa Nakbah, seramai 780,000 warga Palestin menjadi pelarian dan dalam tempoh 10 tahun selepas Nakbah, seramai 850,000 Yahudi memasuki Palestin.

Pembahagian Al-Quds:
1) Al-Quds Timur yang terdapat Masjid Al-Aqsa (dimiliki oleh Arab hingga 1967)
2) Al-Quds Barat (dikuasai penjajah Yahudi 1948)

Tahun 1949,Israel diiktiraf oleh kebanyakan negara.


Jom luangkan sehari bersama umat Islam Palestin. Keperitan mereka di sana harus dirasai bersama.
0

RINDU

Rasa ikhlas pada hati-hati yang dipisah
Tiada dipaksa akan segenap rasa
Tiada langsung diduga kehadirannya
Murni dan jujur ia pada lafaz

Yang mampu menutur tanpa sedar adalah pada hati yang benar-benar terpisah
Yang datangnya jauh dari sudut hati kecil yang paling bawah
Yang sangat tulus pada meluah gelisah
Yang sangat tegar dan setia sekalipun diancam mehnah

Dipisah jarak dan waktu
Diuji teguh mempertahan rindu
Yang tinggal cuma memori semalam
Untuk dikenang dan terus mengenang

Agar esok mampu tersenyum pada perasaan
Khabari ia : "ya, kita tidak akan tewas dengan dugaan!"



0

Mahu Jadi Wanita Diredhai Allah

Kerana aku Khadijah,
Aku perlu setia dan tabah.

Kerana aku Aisyah,
Aku perlu dalam ilmunya.

Kerana aku Fatimah,
Aku perlu taat pada ibu ayah.

Kerana aku Sumayyah,
Aku perlu berkorban mempertahan agama.

Kerana aku Rabi'atul Adawiyah,
Cintaku pada Allah dan Rasul-Nya tidak terkira.

Aku mahu menjadi wanita-wanita yang diredhai Allah.
Amin.
0

Motivasi Hilal Asyraf

Orang selalu tanya saya:
"Macam mana ya nak jadikan diri kita orang yang memang tak akan kecewa dan berputus asa?"

Sebenarnya, kita ini manusia.
Kita akan buat salah.
Kita akan tersilap.
Kita akan kecewa.
Kita akan pernah rasa nak berputus asa.

Kita tidak akan mampu menjadi yang tidak sedemikian. Kerana kita ini manusia. Jadi, realistiklah. Belajarlah bagaimana hendak berhadapan dengan kekecewaan, dan selamilah cara-cara untuk menaikkan semangat jika ditimpa rasa berputus asa.

Itulah yang sebaiknya.
Kerana untuk menjadi seorang yang langsung memang tidak akan kecewa dan tidak akan langsung punya rasa nak berputus asa, adalah mustahil bagi saya,
buat seorang manusia.

----------------------------------------------
Sebab itu saya takkan kata kita tidak akan sesekali jatuh.
Tetapi saya selalu berkata,
bila jatuh, naiklah lagi. Bila jatuh lagi, naiklah lagi. Bila jatuh lagi dan lagi, naiklah lagi dan lagi.
Hingga ke akhirnya.
^^
0

Pengakhiran 'Bad Mood'

Seharian emosi tidak sihat. saya kira malam ini, beliau akan stabil. alhamdulillah, mampu senyum semula.

Terima kasih yg senyum pd saya tadi secara langsung atau tidak. sedikit berbunga rasa hati.

Senyuman paling terkesan sekali; senyuman anakanda Husna Rumaysa. saya x perasan Husna masuk rumah ni bila. cuma terkejut, bila Husna datang dan menuju ke arah saya dengan senyumannya yg kiut tu. siap tegur saya dengan sebut nama saya lagi (walaupun pelat).

Sangat damai hati melihat senyum dia; Husna yg comel. saya balas senyum dia dan bertanya khabarnya. khas untukmu, senyum pertamaku untuk hari ini, untukmu anakanda Husna.


Sudah, akhirnya Husna mengubat resah. senyum menawan. and my heart is melted. Thanks lil cute girl. You inspired me!! :)

Apalah untung sebuah masalah, andai kita tidak pandai mengatasinya dengan hikmah.

Sungguh, jika perkara kecil pun dianggap seperti masalah besar, bimbang nanti bila betul-betul datang masalah besar, langsung tidak dapat untuk selesaikan!


---> bahagia sekali saat kuketahui kata maafku diterima. sungguh, tiada kusut lagi. bahagia~ :)
0

Zip Up Your Mouth !!

Jumpa statement ni kt google "I'll zip up my mouth. Angah,. Ateh mintak maaf." eh, betul ke ni? kt mana ada ni ye? lupa nk siasat td. mcm sesuai dgn keadaan sekarang. wah, main insticnt2 je. terus jadik. hebat~


***** ***** ***** ***** ***** ***** ***** ***** ***** ***** ***** *****

Saje tetiba rasa nk cakap :


DIAM BOLEH TAK???



x boleh xpe lah. go on dgn bising tu. semoga x menatijahkan perkara buruk sudah. ingat2 & fikir2lah sebelum buat. anoyying~

org tua2 ada sebut "kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa."




---> nanti ada la tu org tu terasa. saya bukan cakap kt awak pun. saya cakap sorg diri je. peace (^_^)V
Back to Top