0

Gambar kawen...

Assalamualaikum...ni untuk akak yang sedang tunggu saya upload gambar-gambar ni. maaf la, saya dh try kt email, ya ampun, lambat bangat dong. huhu. ni sekadarnya lah yang saya mampu ye.

ni gambar kat rumah pengantin...malam akad...15 oktober 2009...



21 oktober 2009...



hantaran sebelah lelaki + perempuan



by kaq sally...



by nana, uda, uppa n eina...



by kaq ecah...



also by kaq sally



nyum..nyum..lets eat...


Sekian~~
0

Meleteri suami

Abang ni balik je kerja, tak nak langsung tolong saya siapkan kerja rumah. Baca suratkhabar, menghadap TV, itu jelah yang awak tahu. Kitakan sama-sama bekerja bang. Saya pun penat macam abang juga.Sekurang- kurangnya buatlah air kopi sendiri, bukannya susah pun. Tukarkan lampin anak ke, ringan sikit kerja saya ni. Nak masak lagi. Abang juga yang nak makan nanti... pot.. pet.. pot.. pet.....' leter isteri kepada suaminya sejurus kembali dari pejabat masing-masing.

Kalaulah isteri tahu, betapa besar hukuman serta dosanya meleteri suami sendiri,sudah tentu dia tidak akan mengulangi perbuatannya itu. Lebih-lebih lagi, sekiranya menghayati ganjaran pahala yang tidak ternilai kerana berbakti kepada suaminya. Dia tidak akan merasa susah mahu pun penat dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai isteri dan ibu.

Dewasa ini boleh dikatakan fenomena isteri meleteri suami atau dalam kata lain tidak menghormati suami. Bagaikan sudah menjadi satu perkara lumrah bagi kebanyakkan pasangan, tanpa sedikitpun merasa bersalah melayani mereka seperti adik lelaki sahaja lagaknya.

Apa yang lebih mendukacitakan, apabila ada di kalangan isteri yang menyifatkan menjaga peribadinya dengan bersikap sopan terhadap suami sebagai ketinggalan zaman.

Keadaan ini juga akan menjadi model yang tidak baik kepada anak-anak yang mungkin diwarisi dari satu generasi ke satu generasi lain sehingga akhirnya menjadi satu budaya yang negatif...

Banyak nas al-Quran, terutamanya hadis Nabi yang membincangkan tentang kewajipan isteri mentaati suami, selagi tidak diminta melakukan perbuatan maksiat.

Sabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: 'Jika sekiranya aku berhak menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang yang lain, nescaya aku menyuruh para isteri sujud kepada suaminya.' Hadis tersebut menerangkan betapa kepatuhan isteri terhadap suami amat diutamakan demi kebaikan sesebuah institusi keluarga, sesuai kedudukannya sebagai pemimpin rumah tangga.

Demikian juga halnya ketika junjungan besar Nabi Muhammad s. a. w. mikraj kelangit. Baginda telah dipersaksikan dengan neraka dan penghuninya yang kebanyakkannya terdiri daripada kaum wanita.

Ali Karramallahu Wajhah berkata: 'Aku masuk ke rumah Nabi beserta Fatimah,aku mendapati baginda sedang menangis tersedu-sedan.' Aku bertanya, 'Ya Rasulullah, apa yang membuat anda menangis?'

Baginda menjawab, 'Ya Ali, pada malam aku diangkat ke langit, aku melihat kaum perempuan daripada umat ku diseksa di neraka dengan bermacam-macam seksaan. Lalu aku menangis kerana begitu berat seksaan mereka yang aku lihat.'

MENGHERDIK

Baginda antara lain melihat perempuan yang digantungkan dengan lidahnya, sedangkan air panas dituangkan ke dalam tenggoroknya kerana ia telah menyakiti dan menyumpah-nyumpah suaminya.

Ada isteri yang tergamak bercakap kasar malah mengherdik suaminya kerana tidak mendapat apa yang diminta seperti barang kemas, perabot rumah berupa set sofa dan TV rata 29 inci yang menjadi trend semasa.

Lebih buruk lagi perangai si isteri apabila membanding-bandingk an suami dengan jiran tetangga yang mampu menyediakan barangan terbabit, sekali gus dilabelkan sebagai suami mithali. Bukan tidak boleh sama sekali meminta sesuatu daripada suami tetapi janganlah menggesa mereka menuruti kemahuan anda sehingga membebankan dirinya.

Sebaliknya, isteri patut bersyukur kerana berpeluang meraih keredhaan Allah.

Nabi Muhammad s. a. w. bersabda, 'Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada seorang isteri yang tidak bersyukur kepada suaminya.'

Hal ini biasa terjadi kepada suami yang miskin, manakala isterinya pula tergolong dalam orang-orang berada, yang suka mengungkit-ungkit mengenai hartanya, apatah lagi yang telah dinafkahkan kepada suaminya.

Mungkin ia agak sukar untuk dipenuhi apatah lagi bagi isteri yang bekerja, namun percayalah, ia bukan sahaja akan menjadi perkara biasa tetapi juga ringan dan lancar, jika kita menganggapnya sebagai ibadah dan juga satu jihad.

Marilah kita sama-sama merenungi kisah anakanda kesayangan Nabi Muhammad s.a.w... iaitu Fatimah Az-Zahra yang melaksanakan rutin hariannya sebagai seorang suri rumahtangga secara sendirian tanpa pembantu. Fatimah pada suatu hari telah meminta suaminya, Ali pergi menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta jasa baik baginda untuk menyerahkan seorang wanita tawanan perang sebagai pembantu rumah.

Rasulullah bagaimanapun tidak dapat memperkenankan permintaan puterinya kerana semua harta rampasan perang termasuk wanita-wanita itu bukan menjadi milik baginda, tetapi milik negara Islam dan kaum Muslimin seluruhnya.

Baginda tidak dapat memberikan sesuatu yang bukan menjadi miliknya.

Permintaan Fatimah itu membimbangkan baginda, bukan kerana tugas berat yang sedang dipikul oleh puterinya itu tetapi disebabkan oleh bayangan keluh kesah seorang isteri yang tertekan akibat tugas-tugas yang perlu dibereskannya.

Pada sebelah malamnya, baginda telah mengunjungi rumah Fatimah dan menyatakan kepadanya: 'Apakah kamu berdua (Fatimah dan Ali) suka kepada satu pemberian yang akan ku berikan ini, sedangkan ia lebih baik daripada apa yang kamu minta siang hari tadi?'

Fatimah amat sukacita mendengarkan tawaran tersebut sekalipun dia tidak mengetahui apa bentuknya. Rasulullah menyatakan kepada Fatimah bahawa hendaklah dia membaca Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu Akbar, masing-masing sebanyak 33 kali setiap kali sebelum tidurnya.

Semenjak itu, wirid yang diajarkan oleh Rasulullah telah menjadi amalan anak dan menantunya. Hasilnya, Fatimah mendapati dia tidak lagi menjadi keluh kesah dalam menghadapi apa jua kerja-kerja sehariannya yang berat, malah merasa cukup bahagia melakukannya.

Baginya, segala tugasan yang disempurnakannya sebagai seorang suri rumah merupakan satu amalan yang solehah. Dengan taufik Allah, sesungguhnya walau seberat mana sekalipun tugasan yang menanti di rumah, tidak akan memenatkan selagi isteri tidak meletakkan dirinya seolah-olah sama taraf dengan suami, walau setinggi mana sekalipun darjatnya.

Kepada para suami, kita sama-sama maklum, dalam zaman moden yang serba mencabar ini terutamanya di bandar-bandar besar, kita tidak dapat mengelak kos sara hidup yang tinggi sekaligus memerlukan kedua-dua suami isteri keluar bekerja...

Si isteri telah melakukan pengorbanan mencari rezeki tambahan untuk menyara keluarga yang sepatutnya menjadi tanggungjawab suami. Jadi sudi apalah kiranya sang suami bersama-sama meringankan tugas si isteri seadanya. Bukankah Rasulullah s.a.w... telah berpesan supaya para suami berbuat baik kepada isteri mereka. Jikalau isteri taat kepada kalian, janganlah pula menyusahkan mereka.

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang ertinya: 'Orang-orang yang terbaik daripada kamu sekalian adalah yang lebih baik dalam mempergauli keluarganya dan saya adalah yang terbaik dalam mempergauli keluarga ku.'

Bagi kaum wanita & lelaki yg sudah berumahtangga, marilah kita sama-sama belajar saling tolong menolong meringankan beban pasangan kita.

Semoga kisah tadi membawa menfaat bagi kita semua... insya'Allah.

SIKAP ISTERI tidak menghormati SUAMI adalah GEJALA SOSIAL MUSLIM sekarang. Ia dilakukan kerana berfikir bahawa SUAMI mesti buat seperti ISTERI dalam RUMAHTANGGA.

TABIAT ISTERI suka meleteri suami dan TABIAT SUAMI yang suka meletakkan semua tanggungjawab rumahtangga ke atas bahu isteri semata-mata; mestilah dihentikan, demi mendidik MENTAL ZURIAT kita ke suatu BUDAYA IBADAT.
0

Selamat Pengantin Baru

Selamat Pengantin Baru buat Kanda Umi Masmira binti Mat Ali dan pasangan, Ustaz Mohd Shafizi bin Ismail. Selamat diijabkabulkan pada 15 Oktober 2009.

Semoga bahagia hingga ke syurga.

Barakallahulakuma, wabarak alaikuma, wajama baina kuma fikhoir...




"Sesiapa yang berkahwin sesengguhnya ia telah menyempurnakan separuh daripada agamanya...maka bertakwalah ia pd separuh yang lain..."
(hadis riwayat tabrani)
0

...Aidilfitri Keluarga di Malaysia...

Firstly, thnx to Anah tukang edit gambar2 ni n pas pada saya. Suke tengok wajah ceria kalian walaupun saya x dapat bersama. Salam Aidilfitri dari saya di perantauan.


pok mu dengan gaya akhil hayy nya, pok wan pula dengan penampilan yg cukup berbeza tahun ni...
berjubah dan menyimpan janggut, ala2 ustaz gitu...

Pok wan hari tu janji nk bagi gambar dia pakai jubah, last sekali anah yg bagi, kite tunggu jugak la dia. Tapi kn, org tgk gaya pok wan mmg mcm ustaz la, patut la cik man tengok pelik je hari tu kot. hehe...:)




rase-rase ape la dialog tokki mase tu...mesti dia tengah usik anah n kak yah yang tgh sibuk nk pose...
tokki mmg suke sgt usik org...

Nape x ajak tokki pose sekali. Macam gambar tahun lepas tu, sporting habis. Tapi mane tok? X dop gambar ke? Apa la camera man.....




penampilan ijah yg sudah pasti mengejutkan, memakai spek bingkai putih...
bukan sbb spek tu bingkai putih, sbb sekarang dia sudah berkaca mata...
sekarang cuma tinggal ahmad saja yg tidak ber'mata empat'...

Wawawa...x percaya tengok husna buat peace macam tu. Dia dh ok ke skrg ni? Mesti la ok kn, dh skolah dh. Kalau dulu balik kampung, mesti janggal tengok kitorg smua. Jarang jumpa kan, biasa la tu. Pok Yie pn x pernah dtg rumah bwk anak2 dia ziarah kami. Pic di atas kt kampung tanah tumpah darah, Kampung Beladau Selat. Semua adik beradik mak pulang berkumpul kecuali mok ya yang duk nun jauh di sana. Plannya nk balik KT, tp kesihatan anak-anak yang x mengizinkan. Kesian mok ya. huhu. xpe2, kite sama. x pulang beraya. hehe~




sangat pasti sekali di mana lokasi gambar ini diambil...
dekat rumah tokki kn, sbb nampak sekolah yg kt depan tu...

Wajah-wajah ceria di hari raya. rindunye............... tahun akan datang kita jumpa ye. tapi tahun bila tu x pasti la. doa2kan saya najah sokmo, dapat ilmu yg berkat sbg bekalan untuk saya.




ini pula my uncle, cik man, adik mak, anak keempat dari lapan...
x pasti apa nama anak kecil tu, sbb x sempat tgk dia dilahirkan, saya sdh berada di sini...

Ini pula pak cik saya yang suka mengusik. Mewarisi ayahnya la kot. Masa kecik2 dulu, saya dan adik beradiklah jadi mangsa, dengan perkataan yang mudah, dibuli la lebih kurang. Tapi sekarang, kitorang buat balik kt anak2 dia apa yang dia dh buat kat kite mase zaman kite kecik dulu. Kitorg buat sikit je, x la seteruk dia buat kt kitorg dulu. huhu~

Mana makcik2 saya? dan uncle saya yang sorg lagi?? Tunggu............

0

Jumaat

Jumaat, sayyidul ayyam. Masih ada perkara tertentu yang masih belum langsai. Hari yg baik penuh barokah, saya masih terfikir tentang diri yang banyak kelamahan ini. Sampai bila saya harus begini, dan terus mengunci mulut. Saya tersiksa sebenarnya.

Saya mohon maaf atas kesenyapan. Sekadar memujuk hati yang gundah, bukan membenci ataupun memusuhi sesiapa. Saya rimas dengan tindakan yang saya buat sendiri. Mengunci mulut dan terus berdiam diri. Saya anggap perkara ini selesai. Saya x mahu gadaikan persahabatan kerana secebis kesilapan lalu mengundang api kemarahan yang dinyalakan syaitan laknatullah.

Maafkan saya~

*********************************************************************************

Selesai Ijtima' HEWI [hal ehwal wanita islam] dan mesyuarat agung tahunan, MAT. Turun pimpinan lama, diganti dengan yang baru. Kata orang, patah tumbuh hilang berganti. Amanah bukan perkara main-main. Pemimpin mesti telus. Ana doakan pimpinan yang baru thabat dlm perjuangan. Sebelum akhirnya, teringat pula pada ibu yang amat gemar pantun ini. Bila ada buat salah atau tidak tahu nk buat sesuatu perkara, ibu akan berpantun.....

buah cempedak di luar pagar,
ambil galah tolong jolokkan;
saya budak baru belajar,
kalau salah tolong tunjukkan...

Selamat berjuang~
0

Untuk Hari Ini

Esok ijtima' HEWI, Hal Ehwal Wanita Islam. ditaklifkan menjadi mc untuk majlis perasmian. belum bersedia, tp insyaallah moga2 majlis terkawal.

Terluka? kecewa? ah, kenapa mesti begitu! bukankah manusia semua tak sempurna. maafkan, moga2 hati lebih tenang. tidak perlu untuk berkecil hati ataupun terluka, sbb semuanya di luar kawalan. kita yang merancang, Allah menentukan. perancangan Allah lebih hebat bukan.

Rasa macam nk meluahkan di sini. sbb rasa sedih sangat. biar org lain x tahu, asal aku dan dia saja mengetahui, menyelesaikan. namun, tidak pasti di mana penghujungnya. sungguh, sangat2 sedih n terluka! walaupun diri tak perlukan itu. tahu semua org sibuk dgn kedatangan program mega esok n lusa. tp perlukah kita abaikan perasaan yg lain. minta maaf jika teremosi terhadap sesiapa. maaf!

Teringat cerita dua tahun lepas, sewaktu menghadiri kenduri sepupu, anak pak long yg bongsu. pak long n mak long tak terlibat dlm cerita ni, sbb semua kerja2 dilakukan oleh anak2 mereka. petang kenduri mmg tersangat letih. masing2 semua dgn emosi sendiri. ptg tu kami sekeluarga pulang ke kemaman setelah kenduri berakhir. dlm perjalanan mak buka cerita tentang kejadian yg berlaku dlm rumah abg aziz, kak ngah nangis. kenapa? mak kata, biasa la letih2 ni org emosi belaka. kak ngah tersalah buat apa ntah. kenangan dua tahun lalu jadi motivasi kepada saya. tak perlu lah saya berkesil hati. tak perlu lah saya terluka. tapi saya perlu sendirian untuk tenangkan diri saya sendiri.

Saya pulang dari tempat kejadian seorang diri, menenangkan fikiran dengan keindahan alam sepanjang perjalanan. menenangkan hati dari perasaan marah dan geram yang memuncak masa tu. saya sedih sangat, saya rasa bodoh. arab dlm kenderaan tu tengok pelik je nampak saya menangis. saya sangat sedih! sampai rumah saya SMS mak. tp tak berbalas, mungkin mak dh tido. tiada siapa utk saya ceritakan masalah ini.

Mujahidah perlu kuat. saya tak perlu menangis lagi. saya dh letih. pergilah kesedihan. aku ingin sendirian.
0

Manisnya Berukhuwah

Malam yang sangat sejuk. Masih mencari-cari remote econ, mane la orang letak. haish, sejuk yang amat la. Sambil membantu sahabat s/u MAT edit sket2 kad jawatankuasa pelaksana program tu, rasa macam nk lakarkan sedikit kegembiraan di sini. Hari ni rasa terubat hati dapat jumpa adik2 medic kat Asrama Rumah Melayu Abbasiyah (ARMA).

Sana sini orang bercerita tentang kes 'culik-menculik' adik-adik baru pelajar Terengganu. Di sini pun ada. Kenyataan rasmi YDP KPT di sini. Tak perlu rasanya untuk saya mengulas panjang, sbb rasa macam geram sangat. huh, zalim punya orang. Memang tak patut. Ni saya promosikan best punya blog, di sini ada pendedahan eksklusif tentang perjalanan kezaliman yang dilakukan pihak tertentu. Akibat ketidakpuasan hati yang terlampau, lahirlah post2 berkenaan. Sungguh, siapa yang tidak geram. Kami pelajar-pelajar Terengganu yg ternanti-nanti ketibaan adik2 baru, tiba-tiba hak kami dinafikan bilamana Unit Sambutan Mahasiswa Baru (USMB) ditubuhkan secara tidak rasmi. Kita sudah ada USMB yang terdiri daripada ahli-ahli Keluarga Penuntut Terengganu (KPT), kenapa mesti wujud USMB yang terdiri dari sape2 ntah...UMNO...ISMA... Nk kata org Terengganu, bukan rasanya. Pergilah, penyibuk!

Last sekali makan ke mana, solat ke mana. Bukan rekaan semata-mata fakta ini, adik-adik yang cerita, semua ma'ruf tentang cerita ini kan. Kesian kat mereka, mereka sepatutnya diberi layanan yang paling baik. Ni lah akibat bila orang tubuh USMB, dia pula mahukan USMB yang ditubuhkannya sendiri. Last sekali, siapa yang masak sarapan untuk adik-adik yg kelaparan tu? USMB KPT kn. Siapa yg hantar makanan utk adik-adik yang ditempatkan jauh-jauh dari asrama tu? Bukan USMB KPT? Pulak tu, bila kita buatkan adik-adik sarapan nasi goreng, boleh pulak dia join adik-adik sarapan sekali. Hadoi, kenapa jd x tahu malu macam tu? Sabar jela dik, mmg dia muka tak malu. Dh la sambut adik org, dia tu dari negeri mana ntah. Yg Terengganu sorg je rasanya. Malas ingat lagi pasal mereka yang menyakitkan hati tu. Cukuplah, x sanggup nk abadikan kenangan yang perit utk ditelan tu di sini. Saya ingin bercerita tentang adik-adik baru td, bukan cerita pasal mereka.

Petang tadi ke ARMA, melihat keadaan adik-adik medic yang masih tinggal di sana, sedang adik-adik pengajian islam bergembira dpt jumpa kakak-kakak. Saya bersama kawan-kawan jumpa adik-adik medic Dalila, Intan, Aisyah, Liya, Karimah, Lailie, Munirah, Farihah & Roainna. Tp, Roainna ikut abangnya ke Haiyyu Asyir. Tinggal mereka berlapan saja.

Saya tanyalah mereka kot2 ada yang nak balik asyir ke. Balik ke tempat tinggal yang sepatutnya mereka berada, bukan di ARMA tu! Saya agak sedih dengan jawapannya. Bukan kerana mereka berkurang ajar dengan kami, tapi jawapan yang betul2 buat kami kesian pada mereka.

"Kami dh letih pindah randah macam ni,"

Allah... Sungguh, mereka dizalimi. Rungutan mereka berpanjangan selepas ayat tersebut terpacul dari mulut Intan. Banyak perkara yang mereka mengadu. Aduh, kesiannya adik-adik ni. Awak semua kalau x puas hati dengan kezaliman terhadap awak ni, adukan saja pada pihak tajaan pesan Puan Rozita. Puan Rozita yg jadi pengiring dr pihak yayasan pn x tahu pape tentang rancangan pegawai n konco2nya tuh.

"x rehat pn masa baru mari, terus g jln2, balik plak lewat malam, letih!"

Itu lah pegawai yang timbang rasa. Bawak la adik-adik g jalan-jalan. Nanti x kenal pulak Mesir ni kang. Pegawai tu x letih, adik-adik mesti x letih jgk kan...kan...kan... Huh!

Belum pukul 3 lagi, kami terpaksa berangkat meninggalkan mereka. Mereka pn nk pegi makan, pagi td hanya makan roti. Yela, duk ARMA x boleh masak. Sedih rasa tinggalkan adik-adik tadi, seperti ada yang belum tertunai. Mereka hantar kami sampai ke pintu gerbang. Tidak puas lagi rasanya bertemu dan berbual, kami sambung lagi di pintu gerbang. berat rasa nk melangkah tinggalkan adik-adik melihatkan mereka yang x puas-puas bertanya itu dan ini yang masih belum habis.

Kesian mereka, diculik kemudian dibiarkan. Tak tahu pasal itu, tak tahu tentang ini. 10 minit kami di pintu gerbang sebelum mengakhiri sebuah pertemuan. Tidak keruan rasa hati, terpaksa juga meninggalkan mereka. Selamat tinggal, belajar rajin-rajin, ada masalah bagitau kami ye.

Kami bergegas mengambil bas ke Haiyyu Sabiek, kemudian mengambil tremco ke Haiyyu Asyir. Langkah dihayun pantas, Roainna menunggu di asrama. Menanti saya pulang untuk mengambil borang keahlian KPT, katanya abangnya suruh isi. Bagus la, x bagi lagi dh mintak ye. Product SMAASZA mmg bagus kn. hehe, xde la saje je. Saya suruh dia bawa pulang untuk semua kawan-kawan dia kat sana juga. Sebenarnya saya bukan in charge sal borang ni, tolong s/u je, kak na ada di luar ketika saya menelefon beliau.


Manisnya Berukhuwah.....~
Back to Top