0

Ramadhan Kareem~

Alhamdulillah. Ramadhan lg. semoga Allah beri keberkatan pada Ramadhan kali ini, bahkan lebih baik dr tahun-tahun sudah. masih diberi nafas untuk terus hidup, lantas menjejak Ramadhan yg dinanti-nanti seluruh perindunya.

Betapa besar fadhilat bulan berkat ini, yang sepatutnya manusia x sia2 kan stp detiknya. cuma Ramadhan ada solat terawih; satu kerehatan selepas berpuasa sehari di siangnya. bulan lain xde dh solat sunat terawih ini.

Selain itu, pahala digandakan, syaitan-syaitan dibelenggu, dibuka pintu syurga seluas-luasnya dan ditutup pintu-pintu neraka.

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم
{ إذا جاء رمضان فتحت أبواب الجنة، و غلقت أبواب النار و صفدت الشياطين} الحديث

Di bulan ini juga, Allah kurniakan malam qadar (lailatul qadr); malam yg istimewa. lebih baik dr seribu bulan. malam yg tdk terlalu panas dan tdk terlalu sejuk. malam yang damai sekali.

Sebab itu, Saidatina Aisyah radhiallahu 'anha ingin sekali betemu dengan lailatul qadar. Dia bertanya kpd Nabi, "bilakah akan bertemu lailatul qadar?". Baginda Rasulullah sollallohu 'alaihi wasallam betanya kpd beliau semula, "apakah yg kamu ingin lakukan bilamana kamu bertemu lailatul qadar?". Saidatina Aisyah menjawab "tidak tahu," dan kemudian bertanya lg, "apakah yg patut saya bt bila bertemu malam itu?". jawab Rasulullah sollallohu 'alaihi wasallam, "malam itu malam yg amat baik utk beramal di malamnya dan amat mudah dikabul Allah doanya,". Saidatina Aisyah betanya lg, "apakah doa yang plg baik utkku berdoa pd malam itu?". Baginda menjawab, "kalau sempat kamu berjumpa dan mengetahui bhw malam itu adlh lailatul qadar, berdoalah :


Selamat Beramal~
Back to Top