0

3-2-1-tamat~

21 Jun 2010 - [fiqh muqoron]

hari isnin, sunat berpuasa! dlm lemah tetap bertegas dgn cuaca yg panas terik umpama membakar kulit2. dlm laporan akhbar, suhu semalam mencecah hampir 50 darjah celcius. dahsyat! sgt panas.


maktabah tunggang langgang, dipenuhi manusia yg bersaing mendapatkan sesuatu yg melegakan dr penghawa dingin di situ. lagaknya kawasan itu seperti rumah kedua mereka. dan saya setia dgn ruangan sendiri utk mengulangkaji. lagi sikit org, lg mudah dan aman nk baca buku. bukanlah selfish, cuma gaya belajar masing2 yg berbeza.

puasa di hari peperiksaan sbnrnya bukan penghalang, tp utk isnin 21 jun 2010 kurasakan begitu azab. Allah, kuatnya ujian ini! suhu yg tinggi rentetan dr hari semalam buatkan diri amat lemah. mau saja rasanya pengsan di situ. di luar dan di dlm dewan peperiksaan cukup menguji iman.


24 Jun 2010 [Ahwal Syakhsiah]

tgk soalan mula2, mmg terkejut yg amat. panjang sgt soalan. cukup ke jawapan2 yg ade dlm pengetahuanku ini. huhu~

malam exam sguh kuat ujian. dgn satu rumah ni dh habis ujian tinggal kami 2 org je. tensen tgk org habis pekse tu satu [istilah lain : rayer]. satu lg tensen dgn org sambut raya dgn meriahnya sdg kami khusyuk membuat persediaan utk esok. mmg mcm raya, kt dapur mcm wt kenduri kt kampung je. dhla siap org kampung lain lagi mai tolong masak. uh, seronok sgt!

pastu mai lepak lam bilik ni plak, siap eksiden dgn wayar laptop kite lg. sabo jela weh. nk tutup pintu bilik kang, x tergamak pulak. x psl2 jd kera yg dermawan [kera sumbang la tu].


28 Jun 2010 [Qoah Bahas]

kertas last. hr ini tenang saja. tiada halangan. hanya peluang. he2. blh tahan soalannya. alhamdulillah atas rahmat kurniaan. tawakkal penuh pd Allah.

"kita merancang, Allah juga merancang. Dan Allah itu sebaik-baik perancang."
0

4

Ringkas dan pendek soalan qoah bahas fiqh muqoron. kdg2 rasa pelik knp mudah begitu. Allah~ saya x mampu nk fikir pasal ni.

saya tidak mahu hidup dilimpahi kesenangan yg panjang dan melalaikan. cukuplah Dia beri saya yg terbaik utk saya pandu hidup saya di landasan yg betul. biarlah dengan kesulitan, asal saya mampu kekal dalam rahmat kasih sayang Tuhan.

Saya dh letih utk menulis. sy perlu masa utk berfikir. bolehkah saya berhenti? di sini?
0

5

Bukanlah utk beritahu dunia yg hati saya berbunga riang krn peperiksaan usul fiqh td..cuma ingin sekali memanjatkan rasa syukur yg tiada henti atas kemudahan pd kesulitan yg Allah bg. Alhamdulillah..alhamdulillah. ilham yg dipinjamkan sebentar td betul2 lakarkan satu keinsafan buat diri.

hurm.. masih berbaki 4 kertas. sabarlah~

*************************


baru je buka laptop..
tiba-tiba..

tgh2 syok..

dtglah ketuaku.

"nk tgk iklan,"
"hah??" [buat2 terkejut] bru teringat iklan selonggok kt atas kamus miftah. aduh,camno leh lupo.

"hehe, sori, x igt. hr tu sy nk tampal, tp sy tangguh dulu sbb nk tny kne cop dulu x iklan2 ni. pastu pas kesudoh x igt."

-moral : JANGAN BERTANGGUH-


"awk bt ape tu?" tetiba je g jenguk kt laptop ambe.

walaupon tanpa bantuan penglihatannya [spek la tu], sy percaya dia nampak itu adlh padang rumput. hua3~ kantoi!

"baru balik pekse, hehe, " dgn muka selambe, sempat lg bg alasan.
"eh xpe je, sile2,"sambil sengih2 [ikhlas tuu..].

waa...besnya ada org spoting gini. :D

-moral : SOKONGLAH MINAT SAYA [:P]-

*************************

Alhamdulillah, dh 2 Rejab, berkesampatan jua utk merasainya pada tahun ini. so, biarlah tahun ni yg terbaik berbanding tahun2 sudah. mana tau tahun depan jumpa lg ke x.

Allahumma Barik lana fi Rajaba wa Sya'ban, wa Ballighna Ramadhan....
Ya Allah, Kau berkatilah kami d spnjg bulan Rajab n Sya'ban, dan Sampaikanlah kami kpd bulan Ramadhan...

0

Mari Periksa Hati

Di'tembak' dgn pelbagai tohmahan, kritikan dan segala unsur yg menyakitkan adlh satu ujian kesabaran yg besar. bagi saya ia cukup trajis utk dihadapi, tp sedarlah Allah sdg menguji tahap kesabaran. bilamana melalui ujian tersebut, jgnlah terus melatah. hadapi dgn profesional dan matang.

Manusia yg tdk pernah lari dr buat silap. stp manusia pasti ad kekurangan dan kelebihan masing2. tp knp bila kekurangan tersebut, ada manusia yg x dpt terima. sy jd semakin pelik dan hairan, apakah dia si penghukum kesilapan org lain itu tidak pernah buat salah. sempurnakah dia?

Sepatutnya bagaimana? sepatutnnya, tegurlah dgn hikmah. carilah jalan terbaik utk rungkaikan apa yg kusut. bukanlah dgn memberitahu org ramai suatu kesilapan, sdgkan si pembuat silap itu tidak menyedari silapnya. dgn tindakan 'bijak' itu, apakah kesudahannya? bkn semakin baik, bahkan semakin parah jadinya. kesilapan x diperbetulkan, ukhuwah jd pincang.


Salah..silap..sdh jd adat dlm melayari kehidupan. kata org, belajar dr kesilapan! bila kita x buat salah, kita x tau perkara tu salah melainkan kita dh sedia maklum yg perkara itu mmg salah. sy tidak beremosi ketika menulis ini, sbb sy sedia terima kesalahan sy utk memperbaiki agar jd lebih baik.

Saya suka dinasihati, ditegur..bila saya ada bt salah. dulu, saya biasa diteguri mak akan silap salah saya dalam langkahan gerak tari kehidupan. kata mak, "ibu bapa ni cermin kpd anak2. salah silap semua kne tegur supaya anak2 tahu mana yg betul, mana yg salah, dan di mana yg tidak kena"

Salahkah kita menjadi cermin sempurna? menghebahkan kesilapan org di khalayak sedangkan si pembuat kesilapan tidak mengetahui hujung pangkal, bukanlah satu penyelesaian saya kira! saya di pihak tertuduh rasa cukup sedih bila ada yg begini. tidak berhadapan dgn 'tuan' sendiri, tp menyibukkan diri di ruangan umum mengkhabarkan.

Apapun saya secara peribadi mengucapkan terima kasih atas segala kritikan, nasihat dll. tp saya kira ini satu fitnah! mana mungkin manusia gembira dan tenang hidup bergelumang dgn dosa. saya yakin dan percaya semua org pasti berusaha membawa diri mereka ke jalan keredhaan. cukuplah bila tersalah, tdk mengulangi kesilapan itu lagi. sungguh, saya sgt sakit ditikam dgn tuduhan itu!

Saya tidak pasti sahabat lain bagaimana. sama-samalah baiki diri, walaupun sedaya upaya menjauhi kesilapan. tohmahan demi tohmahan, hadapi dgn tenang! jadikan ia sbg batu loncatan utk terus maju, bkn menta'wil qada' qadar Allah. dia dihantar utk menjadi cermin kita [harap dia lbh profesional slps ni]. Allah penilai terbaik. manusia tdk sempurna n mmg tdk lari dr kesilapan dan dosa. dari kelas pertama sehingga yg paling bawah, pasti stp hari ada salahnya.

Jalannya, insafilah diri terhadap segala kesilapan, tidak kira dgn Allah mahupun manusia. Saya tak salahkan dia, walaupun uslubnya agak 'cantik'. sbb saya tau dia jg manusia biasa, mungkin terlalu emosi bila menuturkan. cuma saya agak terkesan dgn tuduhan. Allah, kalaulah betul begitu~~~


Ampuni aku dan mereka Ya Allah. lorongkan jalan hidup kami dgn cahaya hidayahMu yang tak kunjung malap. nastaghfirullahal azim.. T_T
0

6

Selamatlah kertas jawapan hadis ahkam di tangan mereka. dan sy cuma tinggal tawakkal. alhamdulillah, terima kasih Allah atas kudrat yg Kau pinjamkan. alaika tawakkaltu~
0

7

Ya Allah..apa yg Kau kurniakan itulah yang terbaik. selesai menghantar kertas jawapan fiqh, terus sms mak.

mak, doakan ye. sy takut sgt. mak n abah doakan sy.

mak jwb : tawakkal byk2, insyaallah. anak mak pn kne doa. jaga kesihatan, jaga solat.

instinct seorg ibu. pening2 jwb exam td, spt ad burung2 terbang kt atas kepala. sy cuba igt apa yg dibaca dan sy sgt lemah. kblkgn solat jemaah selalu lwt, t'kdg imam dh solat, t'kdg lgsg x sempat imam pertama. Allah, berkatilah imtihan hidup ini~
0

Jumaatku Jumaatmu

Bismillah, Alhamdulillah, Allahumma solli ala sayyidina muhammad wa ala alihi wasohbihi ajma'in.
{إن الله وملائكته يصلون على النبي يآيها الذين آمنوا صلوا عليه وسلموا تسليما}

Salam Jumaat, Salam Sayyidul Ayyam, salam seharum kasturi sebersih titis embun pagi. Sudah bersedia hadapi hari ini? moga hari jumaat yg berkat ini, Allah beri kita keberkatan yg panjang dlm menerus sisa baki kehidupan di atas dunia. jom sama2 baiki iman agar terus menerus berada dakapan rahmat kasih sayang Allah.

Perbanyakkan selawat buat nabi junjungan Muhammad Sollallohu alaihi wassalam. pentingnya selawat sehingga dlm doa pun kita kne berselawat sehingga menjadikan doa kita dikabulkan.

mengikut hadis riwayat tabrani, nabi bersabda "doa sesorang itu terhalang, sehinggalah dia berselawat ke atas nabi". pada kebiasaannya memanglah kalau kita lihat imam-imam di masjid membacakan selawat dlm doa mereka bila beramal dgn hadis ini.

dalam hadis lain pula ada menyebut, sabda nabi sollallohu alaihi wasallam "siapa yang berselawat ke atasku 10 kali di waktu pagi dan 10 kali di waktu petang, bagi mereka syafaatku". lihatlah, mudahnya cara mendapat syafaat utusan agung. berselawatlah, moga2 layak kita beroleh syafaat di akhirat kelak yg kita tidak pasti apakah nasib kita.



Ibnu Qayyim rahimahullah ada menyebut 39 faedah berselawat ke atas nabi, antaranya :

1- mengikut perintah Allah subhanahu wataala
2- Allah berselawat kepadanya 10 kali ke atas setiap 1 selawatnya
3- dicatat 10 kebaikan dan dihapuskan 10 keburukan
4- salah satu sebab diampunkan dosa
5- ternafinya sifat bakhil

banyak kelebihan berselawat. so, apa tunggu lagi? tak rugi apa pun kalau berselawat, malah kita teramat la sangat rugi kalau tak berselawat kn. Allah itu maha pemurah, Allah itu maha pengampun. marilah kembali ke fitrah hidup sebanar, moga Allah berkati setiap langkah kita dlm kehidupan.

selain selawat, byk lg perkara amalan lain yg blh kita bt. potong kuku, baca alkahfi dll. hurm, teringat plak mase kt smaasza dulu, kalau jumaat je sgt best. mcm hari raya, sbb bila jumaat je mesti ade org sebut, hari ni kn hari raya. sibuk gosok baju kurung cantek2, bkn nk g jln mane2 pn hr cuti ni, tp saje menceriakan jumaat. rindu suasana cm tu. huhu, tinggal kenangan jela.

oh ya, alang2 menulis ni [pjg la plak,igt nk post pendek je td], sy ucapkan selamat pengantin baru bt abg lan n isteri. moga kekal dan dikurnia anak2 comel soleh solehah. jiran mse kt kemaman dulu ni, mak ngan abah je g walimah tu, adik2 kne pos balik kampung sbg wakil mak n abah utk persiapan walimah pak sdare yg bakal menyusul mgu hadapan.

hah, dh smntara cuti sekolah ni ramai plak yg kawen. apepun tahniah la wat sepupu kak mah [Fatimah Abd Kadir], kak sah [Khamsah Abd Kadir], n pak sdare sy la. huhu. tak dapek den nk nolong nye. xpe, ateh doa pok mu bahagia la sokmo ye. moga hidup baru ni bg sinar baru dlm kehidupan.

kak mah

salmiah, hamdan, kak sah, kak long


smlm pon da kol ucap tahniah, n ngade2 plak mintak hadiah pok sdare ni. mcm la kite kt sini keje, belajar ni bkn mendebitkan duit, mengkreditkan duit abah tu ade la. haih~ tp xpe skali ni je sy bg hadiah ye [ha2,bkn kedekut,tp sy x keje lg]. mintak belikan baju labuh utk dia, konon2 hadiah kawen la.

saya : labuh cmne? stkt lutut ke buku lali?
dia : ikutla gane pn. asal labuh sudah. stkt pusat pn xpe.

time menyampah time ni la. suke loya buruk. apepun sy phm niat murni dia. mesti segan tu sampai mntk tlg ngan sy segala. ha2,xpe. pasni leh la pakai jubah ye [ni mesti kes jeles ngan pok wan dpt jubah yg tok belikan kt mekah hr tu].

eh,silap plak upload gambar hang jebat sesat nih..


abg khairi, pok mu, pok wan, tokki

ok,dhla tu. meleret2 plak. buku x sentuh lg. perut pn lapar. he2, jom makan~

p/s : jgn lupa selawat ye..:)
0

8

Al Azhar University
Faculty of Islamic and Arabic Studies
Department of Syariah..

Baru hbs pekse. huhu. bknlah mudah, susah pn tidak. tinggal tawakal skrg. get ready 4 da next~
Back to Top