0

Selamat Menempuh Peperiksaan~

"Jika anak-anak kita akan menghadapi peperiksaan, kita akan berpesan kepadanya, jawab sebagaimana yang cikgu ajar. Jika betul, lulus. Jika salah jawabnya gagal. Di akhirat kelak, peperiksaan di hadapan Allah SWT nanti juga memerlukan jawapan yang sama dengan cikgu ajar. Cikgu itu ialah Rasulullah SAW yang diutuskan oleh Allah SWT. Jawab seperti yang cikgu ajar, syurga balasannya. Gagal menjawab seperti yang diajar cikgu, nerakalah balasannnya..."- Tazkirah ringkas daripada tokguru saya.

Selamat Menempuhi Peperiksaan buat sahabat-sahabat perjuangan semua. Doakan kejayaan bersama. Ameen, InsyaAllah...


credit to : Kak Hidayah Sulaiman =)

---> dpt semangat baru, alhamdulillah. :)
(sentiasa ingin men'topup' semangat~)
0

Imtihan Menghadapi Imtihan~

Alhamdulillah. lbh stabil semalam. dh boleh mula langkah perlahan-lahan. Alhamdulillah.

Semalam membuat panggilan ke telefon bimbit bonda. berbasi-basi. ah, perlu ke saya cakap yg sebenar. saya bimbang bonda hati bonda luka. saya ingin cuba! tekad! insyaAllah, moga bonda menerima. jika langkah pertama bejaya, saya teruskan ke langkah kedua. jika langkah kedua gagal, saya x kn teruskan yg ketiga. kerana yg ketiga adlh tujuan sebenar saya.

"mak, saya ujian lisan 4, 5, 6 & 14 hb ni," saya mula dgn penuh cermat. bonda cuma jwb pendek, tanda faham.
"mohon doa ye, xtau la bace ape. sbb xleh nk fokus baca. buku x habis2. bla bla bla~" ntah apa yg saya bebel.

Bercerita perihal sakit yg sgt sakit. Ya Allah~ ini ujian yg saya terima utk imtihan kali ini. moga Allah tambah sabar saya. Rancak bercerita kpd bonda bersama esakan kecil yg tdk dpt ditahan. sungguh, saya tdk perasan! terlalu asyik meluahkan sampai saya lupa saya buat hati bonda gusar. sehinggalah terdengar sendu di hujung kalam beliau. ah, teruknya saya!

Tersedar langkah kedua yg dh terlajak-lajak, saya cancel langkah ketiga.

Langkah Ketiga (yg sebenarnya) : EXTEND SETAHUN

Sangat Stress. sakit. buku x hbs baca. exam dh nk dekat. Allah~~~
2

Minggu keempat..

Pagi yg tenang. sejuk je rasa. angin di luar agak kuat bertiup. semalam genaplah 4 minggu keadaanku seperti ini. harapnya kali ini lebih kuat utk tdk beremosi, tdk tertekan & dpt mengawal diri dr terus merasa lemah dan putus asa. sungguh, saya begitu yakin dan percaya pasti ada hikmah yg tersembunyi di sebalik semua ini.


Allah sdg uji sabar. kata housemate ku; k.mizah, sakit ini adlh tanda Allah sayang kita. x dibiar jauh terleka, rindu pd esak tangis hambaNya. beliau jg berpesan supaya byk berdoa, krn doa org sakit mustajab. sempat pula mengirimiku doa, agar beliau najah dlm imtihan tahun ni. ya, saya x pernah lupa mendoakan mereka yg byk berjasa, byk bantu pergerakan seharian saya. mana mungkin saya lupa.

4 minggu atau sebulan, agak lama! kalau sembuh nanti, saya fikir saya tlh lupa bagaimana cara berjalan sebenar agaknya. kaget~ lamanya~ utk kali ini, saya cuba bertahan utk tdk terus kalah dr perasaan yg lemah. Allah~

Kata k.hasni, "Allah nk tegur kita," sambil menyapu ubat dan mengurut2 kaki. pjg k.hasni bersyarah, saya cuma diam dan angguk akur kebenaran kata2nya. pokoknya adlh sabar! ya, saya sedar saya sdg dimotivasi oleh beliau. terima kasih, kak!


Memikirkan halangan2 melaksanakan tanggungjawab dgn sempurna itulah buat saya futur kdg2. Rasa mcm nk cakap kt penasihat, "saya nk letak jawatan," serta-merta! tanggungjawab lain jg rasa terabai.

Sudahlah, saya rasa teruk sgt! k.M tny : "mcm mne, awk blh join x utk 3 hr ni?" soalannya penuh dgn harapan. bersungguh-sungguh beliau ber-'itu' 'ini'. namun apakan daya, jwpnku adlh skrip yg sama (digunakan bila x dpt join apa2 aktiviti) "saya masih belum sembuh."

Saya dgr nada k.M berbunyi kecewa bila dia kata : "akq baru je bangga awk jd calon, lps tu tarik diri, rupanya awk sakit. xpelah, ni kira ex-calon la kn. ok la tu! akq ttp bangga dgn awk." saya terdiam. sungguh, saya mengecewakan beliau dlm 2 keadaan. iqob lah saya kak, saya sedia dan saya terima. rasa bersalah sgt~

Argh.....teruknya saya!! moga ini kafaroh dosa~~


Ya Allah, arah mana saja langkahku, Kau pimpinlah. aku buta tanpa petunjukMu~~


2

Mabruk~

قال رسول االه صلى الله عليه وسلم
تنكح المرأة لأربع : لمالها، ولحسبها، ولجمالها، ولدينها، فاظفر بذات الدين تربت يداك


Tahniah & Selamat Pengantin Baru, kurakamkan buat Taakhi HEWIku yg dikasihi; Nor Eina bt M. Ali dengan pasangannya Mohd Azarul Aiman bin Rosli yg selamat diijab kabulkan pd 18 Mei 2011, jam 10 mlm waktu Malaysia dan 4 ptg waktu Mesir. Doaku agar kalian kekal bahagia sampai ke syurga. Dan semoga pernikahan kalian ini memberi kontribusi besar dlm bidang dakwah hendaknya.


Menerima perkhabaran ini dr empunya diri. sungguh, kami dibalut rasa gembira di akhir pertemuan malam itu. terpegun, ternganga, bertanya, bercerita, gembira dgn kegembiraan beliau. walaupun tangan beliau bertukar sejuk, lidah terketar menuturkan kata, namun masih sempat mengukir senyum, bergelak tawa bersama kami. mungkin itu yg terakhir. bersama~~

Selepas ini, hidup kita sudah berbeza, krn anda punya tambahan tanggungjawab. sudah pasti saya; taakhi anda, sedih dgn kehilangan ini. rasa berat, namun inilah hakikat. kenangan2 pasti disemat kukuh dlm kotak ingatan. saya lepaskan anda dgn penuh ikhlas.

Semoga Allah permudahkan segala urusan seharianmu. jd isteri solehah ya!

Pernikahan di usia muda bukanlah satu perkara mudah & remeh. Secara umumnya kita dpt lihat, pelbagai rintangan & halangan yg dilalui demi mencapai sebuah ikatan yg halal dlm umur yg masih 'hijau' begini. Halangan internal; keluarga terutama ibu bapa yg masih krg yakin dgn anak2 mereka, & external; jiran tetangga, rakan taulan yg ragu2 dgn keputusan berkahwin di usia muda ini adlh menjadi satu perjuangan bg mereka yg bertekad utk meneruskan niat suci, mengikut sunnah nabi.

Masing2 punya pendapat sendiri berkenaan isu ini. ada yg bersetuju, ada pula yg tidak berdasarkan hujah2 diutarakan pada setiap pendapat. pandangan penulis pula bagaimana? apa pun pandangan kita, moga sentiasa dipandu Allah s.w.t.

p/s : selamat lah ye uda. ateh dan adik-beradik lain doakan yg terbaik utk uda sekeluarga~ :)

0

Bonda, dengari aku; anakandamu~~

Bonda,
Anakanda merinduimu. ingin sekali meluahkan rasa ini kpdmu. rasa rinduku, rasa peritku menahan kesakitan ini tanpamu. sungguh teramat sakit ujian ini kurasa. apa tdk cukup tabah diriku? apakah kurang sabarku?


Semalam berjaya kuhabiskan ubat-ubatan yg disyorkan doktor, stlh 3 kali membeli ubat. 1 kali beli dlm LE 30 or lebih, kalau 3 kali dh LE 100++, simen LE 65, perkhidmatan simen LE 50, x-ray LE 40, bayar itu ini bla bla bla 2 3 kali, mujur kos x sampai LE 500. tu pun sbb mtk dgn doktor nk stop dia pny perkhidmatan, dgn alasan nk bt rawatan tradisional spt kebiasaan kami di Malaysia. kalau x mtk mcm tu, konfem mlbihi jumlah kos di atas.

Semalam jg genap 3 mgu berkeadaan begini, tdk mampu berjalan sendiri, melainkan pny bantuan dan sokongan. smlm saya masih kuat, tp hr ni tdk lg. 3 minggu satu tempoh waktu yg cukup lama. saya jd futur. lemah. rebah. oh, kekuatan! di manakah menghilang. kasihanilah diri ini. saya ingin gagah spt org di sekeliling ini.

Melihat mereka senyum, ketawa, hatiku lgsg tdk berbunga, malahan hujan lebat mencurah-curah. hr ini sgt murung sekali, memikirkan keadaan yg masih begini. sgt berfikir, hingga rasa spt mahu demam. sistem badan sdh lemah. sakit kepala. loya.

Bonda, mohon doamu. agar anakanda lbh tabah, lbh sabar~
0

Happy Happy Day

Happy Anniversary --->

04.04.2011, genap usia pernikahan ayah bonda yg ke 26. 26 tahun melayari bahtera rumah tangga bersama dgn kurniaan 10 penyeri hidup; tiganya disimpan, tujuhnya masih bernyawa sempurna, Alhamdulillah.

saya fikir saya sempat meraikan hari-hari bahagia bersama-sama keluarga baru-baru ini. rupanya tidak, tarikh penerbangan ke Mesir awal dr jangkaan [akhir Mac]. agak berkecai la saya pny plan. tp x mengapa, saya tersangat yakin bhw perancangan Allah itu terbaik.


walaupun agak lewat posting ini, saya sentiasa mendoakan kesejahteraan ayah bonda yg melahirkan, mendidik & membesarkan dr kecil hinggalah sekarang. semoga mak & abah sentiasa dlm rahmat Allah, kekal bersama sampai ke syurga.

Sungguh, saya amat sayang & rindu kalian.

Salam Ulangtahun Perkahwinan Jantung Hatiku~~~



NEXT

HaPpY BeLaTeD BiRtHdAy --->



~KAK YAH~

26 Disember 2010, Selamat Hari Lahir ke 23 bt kekanda yg diingati selalu. semoga Allah merahmati hidupmu dgn limpahan kebahagiaan & ketenangan utkmu sekeluarga. saya doakan semua yg terbaik. jgn tensi2, hidup ni kena hepi tau. :)


lokasi semasa : kuantan, pahang. penuntut Universiti Malaysia Pahang, skrg sdg praktikal, pastu nanti grad. cepat2 habis belajar ye, nanti keje bole la saya nk pow awak. :P

Sanah Helwah Ukhti Almahbubah~~~


~KAKAK~

22 Februari 2011, Hepi Besday Sis! I pray Allah to give you strength and success. moga cpt bertemu jodoh. :)


lokasi semasa : melaka, bandaraya bersejarah. seorg guru bahasa inggeris di salah sebuah sekolah di N9. beliau dpt nama baru kt sekolah tu; Ayu Widayanti. x tahan gelak dgr sejarah nama baru beliau. molek ade anak muridnya pandai2 tukar nama cikgu kelas, sbb x thu nk eja nama kakak sebenar. aduh la~ saboh dh anak murid klako gitu, teacher ye poyo ekpom. :P

Selamat Hari Lahir ke 25 kakak yg disayangi :)

~SAYA~

saya? saya pun nk masuk list juga ke? xpe je kn kalau masuk pun kn. :)

5 Mac pd tahun ini, kebetulan saya di Malaysia. di luar jangkaan, bonda masak spesel pg tu. sungguh, saya lupa tarikh tersebut! x sempat pn tlg masak sbb pg tu g basuh kain. pastu dgr mak panggil, "cepat sikit!".

agak kaget la sbb mak tgu saya, semata-mata nk breakfast sama-sama. kebetulan weekend pulak, adik2 x skola. pastu abah datang dan kami duduk semeja. mak igtkn abah suh baca doa sikit. katanya hr ni besday saya.

abah pun mcm bru teringat. beliau kemudian baca doa. sungguh, waktu tu terharu sgt. hati menangis sambil menghayati content doa abah. terharu~ waktu makan sume senyap. saya perasan abah dh cabut spek. mak mcm sapu mata masa mula-mula. saya wt2 xde perasaan. adik da mmg xde perasaan pon.

sedang asyik layan perasaan, tiba-tiba......
"tok tok tok"

"wt mende Mie tu?" abah tegur dgn suara perlahan. ntah abg mie ni, ganggu je family kami tgh feeling. haha. saya sengih je. suasana dh x sunyi lg, sbb beliau dh mula mengetuk, memecah sunyi.

stlh sekian lama 2 3 thun sambut ngan kawan2, tahun ni berpeluang dgn family. alhamdulillah. Allah masih bg peluang + ruang. Allahu Allah.

Selamat Hari Lahir utk saya :)


~AHMAD~

26 April 2011, Sanah Helwah akhuya, Ahmad Firdaus Kamaruddin. moga Allah lindungi & rahmatimu selalu. jd anak soleh ye. :)

usia beliau adlh 19 tahun. kawan adik sikit x pcaya umur dia bru 19, lps dia tgk gambar ahmad yg terselit celah kamus adik. haha. saya x percaya jgk lps adik tunjuk gambar tu. gambar passport je pn, tp wajahnya nmpk matang. humm, perangai skrg pn agak matang. sampai saya rasa dia dh mcm abg pulak. lain sgt dr dulu. berdikari~ protective~

lokasi semasa : dungun, terengganu. mahasiswa UiTM jurusan kejuruteraan. skrg sdg final exam. wish you luck my lil bro.


masa saya di Malaysia bru ni, stp weekend dia balik. kesian jgk tgk ulang alik stp mgu. mana x nye. stp mgu ade je projek dgn beliau. beliau ialah driver saya. hehe. neway, thnx la sbb byk tlg spnjg balik baru ni. moga Allah balas & kira pekerjaan tsebut sbg amalan baikmu.

Selamat Hari Lahir akhi al-mahbub~~~


** 'happy happy day' di atas semuanya adlh belated. :)


Back to Top