0

Tremco yg pelik??

Tremco? Apa tu tremco? Saya duk sini baru kenal apa itu tremco. Sebuah van yang angkut org nk pegi mana. "Ye cik,nk pergi mana?". Orang Tranung panggil prebet sapu. Macam tula lebey kurang. Dalam tu boleh la muat 13 ke 14 org. Saje je post entri ni sebab ade demand dr Nana. Nana yg suruh masukkan dlm blog.

Pagi-pagi saya dan kawan-kawan ke tempat tunggu bas utk ke kuliah (actually,xla pagi sgt pn...hehe...hr ni terlewat sikit). Jalan punya jalan, bila keluar dr lorong rumah, nampak la bas no.1. Kami decide x nak naik bas tu, sbbnya ramai orang. Bayar mahal-mahal tp x ley duduk gk (xla mahal sgt pn...dlm LE1.50 je). Bukan kedekut, tapi lau buleh jimat nk jimat la kan. Kami bertegas nk naik tremco je, sbb tremco buleh duduk, murah sikit LE1.25 (walaupun waktu sudah agak lewat). Keras kepala nye...sekali sekala apa salah nye.:)

Banyak dh bas yg berlalu. Nak naik bas yg murah2 x leh, coz mmg confirm penuh la. Kami dengan semangat tunggu tremco yg x datang2 sejak tadi. Tunggu punya tunggu punya tunggu...tiba-tiba datang tremco yg agak2 pelik la. X tau nk cerita macam mana. Tapi tengok dr luaran pn macam lain je. Ada sorg mama (mak cik arab) n sorg pempuan arab baya2 kami jgk la. Kami tanya la dia, kuliah banat ke? Dia jawab naik la...

Kitorang pn naik. X takut tu sbb dh ada dua arab kat dalam tu. Kalau ada pape x kena mesti yg berdua tu dh x naik kn. Then, kami berempat pn keluarkan 1.25 utk bayar pd ammu (pak cik driver). LE1.25x4=LE5...Kami hulurkan LE5 kt pempuan kt depan kami. Dia pn bilang2 balik. Ok,cukup 5! Kholass...

Otw nk ke kuliah tu, ada 3 orang lagi senior yg satu kuliah dgn kami (tp x kenal pn nama mereka, cam muka je) naik jgk tremco tu sbb nampak kami kt dalam. Mereka igt kami ni tahu sgt ke. Mereka bayar LE1 je setiap sorg. Mane aci ni...kami kena bayar LE1.25. Xpe la, abaikan saja. Rezeki diorg la tu. Huhu. Tiba-tiba ammu tu bising lepas dia hitung2 duit kat tangan dia. Dia kata x cukup.

Padahal duit tu cukup je. Dia yang salah kira. Kami pn lawan punya lawan (dibantu oleh pempuan arab td), akhirnya kami tewas. Malas kami layan ammu ni. Bayar jela lagi, biar puas hati dia. Kang x sampai kita ke kuliah nanti kang. Semua orang kena bayar 0.25 lg. Jadinya bila dihitung-hitung, kami telah membayar LE1.50 manakala senior yg naik slps kami bayar LE1.25. Hadoi...tremco...tremco...

Tula nk naik tremco sangat. Same je pun kalau naik bas no.1 td pn bayar LE1.50 jgk. Huh, xpe la...pengalaman... Dalam perjalanan ke kuliah, boleh lagi ammu tu tanya...
"Kamu nk ke mana?"
"Kuliah ammu.Kuliah banat..."
Ammu ni lupa ke? Ditilik-tilik wajahnya, x la tua pun. Isy, pelik2! Dah la x igt kitorang bayar berapa td.

Sementara menghayati kesibukan jalan yg dipenuhi kereta itu, saya dengar butir bicara kawan yang tiga lagi tu. Walaupn mata memandang jalan, tapi telinga saya sempat menangkap perbualan mereka.
"Ammu ni...dia igt x kita nk g kuliah?"
"Ntahnye...td kata kuliah banat, dia angguk, pastu tanya kita balik."
"Dia tu duk membebel je, sempat x nk masuk kelas ni."
"Ha'ah, dh la bayar 1.50, agaknya dia baru kot bawak tremco"
"Sudah2 la, anggap sedekah je," saya menyampuk sedikit. Diam seketika.
Tiba-tiba.....
"Jangan2 ammu ni nyanyuk kot..." selamber je dia kata ammu macam tu.
Tergelak saya dengarkan kenyataan tu. Adoyai, boleh dia fikir sampai ke situ. Ikutla nyanyuk ke tak. Asalkan kita selamat sampai kt kuliah.

Saya rasa memang betullah ammu ni x pernah bawak tremco. Biasanya tremco akan berhenti kt luar tu je, n kita akan jalan masuk ke dalam n lintas jalan. Tapi ni tidak, ammu hantar sampai kt depan pintu pagar. Spesel punya. Haha, mmg x yah jalan lagi la. Syukran ammu! Dan kami x perlu lintas jalan. Mg berbaloi! Huhu, walaupun dh berhenti depan pintu pagar, namun tetap juga kelewatan kerana doktor telah masuk kelas. Dan kami yang lewat kena lah berdiri sampai habis pelajaran (2 jam woo!).

0 comments:

Catat Ulasan

Back to Top