0

Salam Ulangtahun Kelahiran

13 Julai 2010 - Ulangtahun kelahiran Abah ke 54, saya kirimkan pesanan ringkas utk Abah, semoga sentiasa dlm lindungan dan rahmat kasih syg Allah selalu. better late than never. walaupun dh dua hari berganjak dr tarikhnya, tp still ingin lakarkan sesuatu di sini. semalam kakak sms tny khabar n remind me about our pa's bday. saya tidak lupa, cuma tak punya kesempatan utk posting2 segala.


Abahku heroku. saya kira abah saya yang terbaik bagi saya. rutin hariannya saya hafal. pagi hingga petangnya di pejabat. pagi, punch kad, breakfast, lunch hour, makan di rumah n petang baru habis. anak2 dh siap solat asar n berpusu-pusu keluar rumah [mcm ayam keluar reban], masing2 pikul raket utk main badminton, mase tu baru abah pulang. dr kerut wajahnya, saya pasti sekali bahawa dia sangat letih.

Lepas minum petang, either dia join kami men badminton or buat kerja lain. bertukang, berkebun, plumbing, kdg2 jd mekanik, kdg2 technician dan byk lg. kalau musim ikan byk, ptg2 abah akan jahit pukat yg terkoyak, sbb esoknya sblm masuk pejabat abah akan pergi tebar pukat dlu. ptg2 mcm ni, org biasa jgk dtg umah jumpa abah. mintak tlg tgkkn rumah yg blackout, mintak bt air tawar, mintak pendapat, mintak cadangan nama anak, mintak nasihat rumah tangga yg bergolak, mintak duit [he~ni rekaan semata-mata..sbb rumah tu bkn baitulmal]. mmg mahir dlm semua bidang dan blh jimat belanja rumah tangga kdg tu. ade lg ke org mcm ni? kalu ade, nk la [ha~].

Pernah satu waktu dulu, bilamana majikan abah memberitahu quaters kami akan ditambah satu bilik setiap rumah bagi menjamin keselesaan. abah pula minta utk siapkan sendiri bilik di rumah kami, tanpa dibuat oleh tukang rumah yg sudah diupah. ble diluluskan, abah mula bertukang. dan hasilnya, rumah kami yg terkhir siap sbb abah spatutnya mengakui bhw dia sbnrnya bkn byk masa sgt. tp bilik buatan abah ini sgt special bilamana semua org yg masuk bilik tu pasti memuji. "wah,ade kelas la!" [ayat yg kureka]. bilik dua jalan keluar tp satu pintu. amazing kn. :D

Malamnya selepas pulang dr masjid, abah pasti heret meja keciknya ke kerusi di ruang tamu. mula membaca. tumpuan penuh pd kitab2 tinggalan bt saya tmbh kagum pd insan ini. kdg2 tu, pernah je 'penonton2 wayang' dgn cerita yg ntah pape tu, kne sound ngan abah. tula bdk2 ni mmg x alert dgn keadaan sguh, g la bt keje skolah ke study bace2 buku [hu2,aku la tu]. sampai lewat mlm pn abah masih tetap di situ, he's a strong man.

Bab study, mmg abah role modelku. bila futur, pasti igt abah, semangat abah, ketekunan abah. dlm stiap sms abah, pasti ada ayat belajar sguh2, pgg btul2 amanah ini. ayat2 tu terkadang bt saya jd serba salah dan sgt tidak bersedia pulang ke Malaysia bersua muka dgn abah walaupun hakikatnya saya sgt rindu abah, mak, kakak, kak yah, dan adik2 smua. [hu~kalu la pgg sguh2 alasan ni, 4 thun duk sini dok balik la ambe]

Itulah abah saya. sekian~

eh..lupa..

khas utk abah yg disayangi lagi diingati :
SeLaMaT HaRi LaHiR, semoga panjang umur, murah rezeki, diberi kelapangan pd ilmu, moga jannah jd milikmu. saya sayang abah kerana Allah~

0 comments:

Catat Ulasan

Back to Top