0

Takdir Allah Itu Cantik


Lapan bulan,
Kalau ibu mengandung,
pasti sekarang beliau sarat,
menanti saat melahirkan..
Kalau anak kecil,
pasti punya perubahan,
meniarap, merangkak dan berjalan..
Kalau kanak-kanak sekolah,
pasti sudah tidak sabar menduduki peperiksaan akhir,
kerana tidak lama lagi, cuti bakal bertandang..

Lapan bulan,
bukanlah lama,
sekejap saja..
Pejam celik, pejam celik,
sudah lapan bulan rupanya..
Sekejapnya..

Masih berbaki 4 bulan lagi,
tahun bakal berganti..
Tak lama,
sekejap saja..
Pejam celik, pejam dan celik lagi,
dah pun setahun, dua tahun, tiga tahun, ...

Andai Allah takdirkan waktu ini panjang,
sungguh, jari ini takkan membilang!
kerana kutahu, jari-jemariku tidak akan cukup untuk membilang waktu.

Andai Allah takdirkan waktu ini panjang,
sungguh, hati ini takkan terusik!
semoga Allah teguhkan hatiku, hati dia, hati mereka.

Andai Allah takdirkan waktu ini panjang,
aku mohon keiltizaman memelihara iman,
aku mohon dijauhkan dari perkara dosa, rindu dusta, noda cinta,
aku mohon dipelihara batas-batas yg harus kami jaga.

Andai Allah takdirkan waktu ini panjang,
aku terlalu berharap,
aku mampu melahirkan generasi cemerlang,
selepas berjaya melepasi garis-garis ujian Tuhan,
dalam tempoh panjang tidak terbilang..

It's about making ummah,
Oh Allah,
teach me right,
love me tight..

Apa jua tulisan takdir ini, semoga Allah sayangi dan berkati.
Cantik sungguh takdir Allah, disebalik semuanya ada hikmah.

0 comments:

Catat Ulasan

Back to Top