0

Baru~

Alhamdulillah. Segala puji dan puja hanya untuk Allah semata-mata. Selawat dan salam untuk junjungan besar Muhammad sollallohu alaihi wasallam.

Lama meninggalkan dunia blog. Ya, aku rindu. Namun futur lebih kuat melawan. Dan hari ini kembali mencoret coretan kosong setelah setahun terbiar sepi.

Banyak yang sudah berubah. Aku kini sudah punya suami dan bakal melahirkan bayi akhir Mei nanti. Semoga dipermudahkan Allah semuanya. Debaran menjadi ibu benar-benar terasa. Moga Allah memberi kami kekuatan memelihara amanahNya ini.

9 Ogos 2013, terpatri hubungan kami; kami sah sebagai suami isteri. Dengan redha dan restu kedua keluarga, kami diijabkabulkan. Alhamdulillah.

Syukur tidak terhingga kerana punya suami yang sangat baik dan santun melayani. Kami belajar memahami, menyayangi dan mencintai antara satu sama lain.

Semoga Allah kekalkan kami hingga ke syurgaNya. Amin.

0 comments:

Catat Ulasan

Back to Top