0

Sanah Helwa Abati...

Selamat Hari Lahir buat Abah. 13 Julai genap umur abah 53 tahun. Ateh doakan semoga panjang umur, murah rezeki, diberi kesihatan yang baik dan diberkati usia hidup ini. rindunya kat abah, rindu nk dengar kalam hikmah, rindu nk dengar tutur yg sarat dengan nasihat.

Pernah juga berguguran manik-manik halus dek kerana sayu hati mendengarkan butir katanya. Sungguh, diri ini tahu betapa abahku banyak berkorban membesarkan kami 7 beradik yang punya pelbagai ragam. Kami janji nk jadi qurratu a'yuun, macam yg abah harap dan doa selama ni. Kami hargai segala jasa, hinggakan kami semua x tahu bagaimana harus kami bayar semuanya.

Teringat pula kisah lama, pahit manis peristiwa yg dilalui demi mencari nafkah untuk kami semua. Ya Allah, tak larat lg rasanya nk menghitung. Moga Allah catat segala jasa baik dan balas dengan pahala.

Abahku heroku...

0 comments:

Catat Ulasan

Back to Top