0

Oh Tuhan

Ramadhan Kareem...

Saya rindu sangat kat family. family saya rindu saya x? mase kat alex baru ni, saya terfikir nak isi blog saya ni dengan luahan rasa sedih, dengan berita yang saya terima dari ibu. kat alex, saya call mak. mak bagitau saya berita yang perit untuk saya terima tu. saya tau, mak mesti lagi perit terima hakikat ni kan. sebelum saya menulis ni, saya terbaca blog ya akhiii [surat dari anak mak, dah x degil]. sayu jiwa saya membaca. Ya Allah, bantulah hambaMu...jiwaku gersang. aku rasa kebelakangan ni selalu menangis. Oh Tuhan, ampuni dosa2ku. aku begitu lemah hadapi ujian ni. habis demam, 4 hari je boleh makan nasi, kemudian tu sakit gigi pula datang. sekaligus membantutkan rasa ingin kepada nasi tu. Allah........aku reda jika ini kafarah dosa. meringkuk kesakitan menahan derita sakit gigi tu. sakit sangat, orang menikmati percutian di alex, sedang diriku menderita kesakitan. ampuni dosa2ku Ya Allah.

kat alex, saya ade call mak, saya bagitau mak yang saya ke sini untuk mengubati demam saya yang larat seminggu. saya dh pulih, tapi sekarang saya menahan derita sakit gigi yang amat sangat. lama saya berbual dengan mak. saya nak lepaskan segala rindu saya pada mak mase tu. saya nak dengar mak cakap. banyak juga pesan mak, saya jadi pendengar yang setia.

bila dh agak2 topik yang ingin dibualkan hampir kehabisan, ku bertanya pada mak.
"sape ade kat rumah?"
saya betul terlupa, yang hari tu adalah hari ahad pukul 11.30 malam malaysia. abah mmg xde kat rumah, masih di masjid, saya tahu rutin hariannya. adik2 pula mesti kat asrama, kan hari sekolah. sumaiyyah adik bongsu saya pun kat asrama. mmg sunyi rumah. nak trahu apa jawapan mak terhadap soalan saya. mak kata:
"duk sorg la, tahu je la aba tu balik kul brape. skrg duk sorg, nanti lepas raya lagi la mmg betul2 duk sorg. tunggu aba balik dari masjid, mmg x balik la."

tadi ada mak bagitau yang abah dipindahkan ke pejabat felcra bukit sudu, kuala terengganu. lepas raya nanti abah kena bertugas kat sana. tapi mak kata mak x ikut. sepeninggalan abah nanti, mak kata mak ttp nak stay kt seri bandi kemaman. mak nk duduk je quaters kerja abah tu [rumah yang kami duduk sekarang]. klau dia mintak sewa bayar ajelah, katanya. kalau dia bagi duduk free je alhamdulillah. abah dh kene tukar, lepas raya ni x bertugas di pejabat felcra seri bandi lagi.

mendengar jawapan mak yang ade unsur keluhan tadi, menitis air nata saya. saya x dapat bayangkan yang mak akan lebih kesunyian bila abah bertugas di kuala terengganu nanti. kalau sekarang mak sunyi bila siang abah pergi kerja, dan malam abah pergi masjid...lepas ni mak akan lagi kesunyian bila jasad abah nun jauh di sana. hari2 yang akan datang kubayangkan cukup mengerikan. lencun bantal kak hannan dek kerana teringatkan mak yang jauh, nasib mak. ditinggalkan, kemudian ditinggalkan. sakit gigiku mmg tiada lagi dalam fikiran. mindaku hanya mak...mak...dan mak...

saya menangis sekuat hati. sampai hati semua orang tinggalkan mak. salah siapa? aku tidak tahu. masing2 perlu lunaskan tanggungjawab. dulu, mak jugak pernah kata yang kita kene berkorban, insyaallah manis hasilnya. saya pegang kata2 mak. mak sungguh tabah. dan saya di sini, saya x tahu apa yang harus saya lakukan. saya harap kakak, kak ngah, anah, ahmad, ijah n adik boleh isi kesunyian mak kt kemaman, bila ada cuti. saya?? saya juga ingin buat begitu. tapi saya tidak mampu. dari jauh saya hembuskan doa agar mak bahagia selalu, Allah lancarkan segala urusan.

mak, saya sedih sangat tau. saya sentiasa menangis. saya sedih mak. mak ok ke? saya tau mak mesti lagi sedih dari saya. macam mane mak nanti? macam mane ijah n adik nk balik dari asrama nanti? ahmad xpe, saya tahu dia mmg pandai berdikari. dia pun biasa tumpang kawan2 dia balik. lelaki ni mudah, main redah je. baguslah x menyusahkan abah. macam mane keperluan harian mak nanti. saya tahu mak banyak sangat berkorban, seolah-olah semuanya mak boleh buat sendiri. mak, mak duk elok2 ye. letih saya menangis, ingat pasal mak. saya rasa nak temankan mak, walaupun kadang2 saya ni degil.

abah, saya bukan salahkan abah sbb ditukarkan jauh. saya cuma sedih bila saya perhatikan yang mak sentiasa ditinggalkan. sorg demi sorg melangkah mengejar cita. saya tahu, abah pun mesti lagi sedih kan. berhijrah ke sana sorg2, tanpa sayap kiri. ye, saya paham sangat abah. abah x makan kalau hari2 mak pergi kursus. apa yang saya masak abah cuma jamah sedikit. of course la masakan saya x sedap dan x setanding mak. saya x berkecil hati langsung. saya tahu mase tu abah tunggu mak pulang dari berkursus, kami adik beradik pun ternanti-nanti kepulangan itu.

masih saya ingat ketika mak pergi berkursus kalau x salah, kebetulan mak sedara saya dari perak [adik mak] datang terenganu untuk berubat penyakitnya, masak lauk favourite kami, ikan patin masak tempoyak. abah balik untuk makan tengahari tapi langsung abah x sentuh hidangan yang menyelerakan tu. lagaknya seperti org berpuasa. saya tahu abah nak mak jugak. lepas saya explain kat mak sedara pasal ni, dia faham, dan dia pun x ambik hati katanya. tapi terkadang ada dia perli. saya pun x pasti macam mane abah lepas ni. saya doa abah sihat2 selalu. abah boleh balik rumah adik beradik dia pak teh n pak long kalau nak makan, memandangkan tempat kerja baru abah nanti selang dua kampung je dr kampung halaman abah. abah, abah kene makan selalu, nanti sakit mak xde. mak jauhhhhhhh... sekalung doa saya hadiahkan buat abah agar abah tabah di sana, tanpa mak, dan anak2 yang jarang ketemu. abah makan selalu ye, sbb saya x nak tengok abah semakin kurus.

saya rasa cukuplah di sini. saya x larat lagi nak menangis. post kali ni begitu istimewa saya rasa kerana diiringi manik2 jernih yang x putus2. moga semuanya selamat dan sejahtera. saya begitu pasti yang mereka pasti menghitung hari yang akan memisahkan mereka demi sebuah tanggungjawab.

0 comments:

Catat Ulasan

Back to Top