0

Malam 26

Alhamdulillah. Semalam sempat menunaikan solat terawih bersama sheikh yusri sebanyak 20 rakaat, menghabiskan juzuk2 terakhir 28 29 dan 30. Syukur kerana diberi peluang sebegitu, sbb saya rasa begitu bertuah dapat jejakkan kaki ke sana. Walaupun ada yang pernah sampai dua kali ke sana, saya dengan nikmat sekali yg Allah bagi, rasa bersyukur sangat.

Selepas 10 rakaat terawih, sheikh buka kitab. ilmu+makrifah. Saya agak kurang faham dengan kalam2 sheikh tapi saya dapat tangkap perkataan ni :

"العلم من باب الكليف والمعرفة من باب التشريف"

Kemudian sambung kembali 10 rakaat lagi, menghabiskan akhir alquran, juzuk 30. Lama...tapi saya rasa puas.

0 comments:

Catat Ulasan

Back to Top